Followers

Wednesday, August 26, 2009

Rezeki

hari ni, plan asal aku nak berbuka puasa di rumah. sebab kononnya, abang halim n abang hafiz da ready ngn masakan yang marvelous. so, lbh kurang pukul 5.00pm aku pon cabut kuar opis. tapi rupanya memang malang tak berbau. jalan jammed and bertambah teruk hari pon hujan.

tiba stesen ampang park, aku turun and berteduh dahulu. agak-agak hujan renyai sket, aku pon redah ke stesen lrt ampang park. dipertengahan jalan, hujan turun selebat-lebatnya. aku x sempat nak berteduh. dalam hujan yang lebat tu, aku redah jugak. aku cari-cari payung, tak jumpa-jumpa. alamatnya... basah kuyup la aku. seriously... memang kuyup giler.

sampai stesen lrt ampang park, aku da x tau nak wat apa... abg halim call, dia ckp kat bangsar hujan turun mencurah-curah... aku berfikir sejenak. if aku naik lrt gak ke abdullah hukum, sure mesti aku stuck kat situ gak. menganga jer la aku time berbuka.

nak dijadikan cerita seorang teman yang tidak disangka menelepon aku. nak belanja aku berbuka. waahhh pucuk di cita, ulam mendatang :-). aku memang da tak tau nak kemana-mana. so, meredah la dia dari masjid jamek menjemput aku di ampang park.

dengan keadaan aku separa basah kuyup ni, kami memilih restoran cozy corner (sebelah stesen lrt jer). first time aku datang sini...


black pepper steak


pilihan kawan aku


menu sampingan


waaahh! licin doh... :-)


inilah restorannya.

to my friend, tq so much... :-). next time, my turn plak. dalam keadaan aku dirundung malang, rupanya ada hikmah disebaliknya. syukur alhamdulillah


Tuesday, August 25, 2009

Terkenang

sedar x sedar, hari ni dah masuk hari keempat seluruh umat islam didunia menyambut kedatangan ramadhan. ramadhan pertama tuk aku ngn corat coret. sejak ada whitey, aku da jarang bersiaran ngn Aceriena aku... semuanya aku lakukan ngn whitey. chatting, blogging, surfing... waaahhh. syoknya!!! dunia diujung jari. aku tengah berjalan kaki ke tempat kerja pon aku blh ym ngn member aku. tgh syok bersiaran, disaat aku tengah terkenang memori silam yang manis tapi menghiris kalbu..., tetiba berbangkit cerita-cerita puasa zaman belajar dulu...

kawan-kawanku sekalian warga IS220 group B... masihkah kalian ingat saat-saat kita berbuka didining dulu? mencari juadah berbuka bersama? berhempas pulas menyiapkan assignment? berdiskusi dan bergosip thru YM... adus! rindunya saat itu...

aku masih ingat lagi. aku siapkan projek individual multimedia (kisah 4 sahabat rasulullah) dalam masa satu malam sahaja! aku start lepas berbuka sampai la tinggal beberapa minit lagi nak present... dah tengah bersiap nak g kelas, tetiba kelas cancel la plak. x jadi present... makanya, aku qada tidur ketika itu terus.

ina ngn fara... igt lagi tak kalian, kita berhempas pulas wat projek multimedia pasal accident? sampai x tido malam kita membuatnya. especially nak masukkan video accident yang formatnya x suitable ngn director 8... lepas present tu kalau tak silap aku, aku kena menjalani latihan praktikal as reference librarian kat library puncak. dan2 time tu plak dekat 24jam aku belum melelapkan mata lagi... klu x silap aku, aku siap terlentok kat reference desk lagi. abih prkatikal, aku terus balik hostel terbungkang. aku teringat. si zaid (roommate aku) pon sama gak. fara la peneman dikala susah n senang. diala yang membeli makanan tuk aku berbuka ketika itu.

korang masih ingat lagi tak... kita bergedik-gediksan mencari juadah berbuka distadium shah alam? havoc giler time tu kan? pakat pakai baju kelas sesama (sungguh skema). habis kelas en.rashid, trus menggelitis naik bas restu barakah berenti kat giant. aku ketika tu, kuat nafsu makan. semuanya nak dirembat. tapi semuanya habis dimakan... sungguh manis n indah saat-saat itu... mampukah terulangi lagi?

ketika mengimbas kenangan-kenangan lalu, terkeluarla perkataan dari fara... aku terlalu banyak berubah. SyuQ yang dia kenal dulu berbeza dgn yang sekarang. aku sekadar bertanya... apa bezanya? SyuQ dulu walau masalah melanda, still maintain happy... SyuQ sekarang,,,, fully with emosi. ha ha ha. ye ke fara. skang aku plak nak tya kau fara n tanya kawan-kawan yang mengenali aku... korang suka SyuQ yang mana? SyuQ dulu yang gemuk yang innocent n slumber badak or SyuQ skg yg slim but fully with mysterious... ???

Friday, August 21, 2009

LIVE: Marhaban Ya Ramadhan

Ahlan wa sahlan... Marhaban ya Ramadhan. Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua kawan2 aku dan pembaca2 corat coret. Dikesempatan ini aku memohon maaf atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan keatas korang semua. Sama ada mereka yang mengenaliku secara langsung dan tak lansung.

Semoga kedatangan ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat dan keberkatan.

Sama-samala kita perbaiki amalan kita supaya kehidupan kita sentiasa diberkati.AMIN...

Thursday, August 13, 2009

Mask

salam semua... apa khabar korang? semoga keceriaan menemani hari-hari anda... cee wah!. macam dee jay radio la plak. ada talent ke? He he he.

aku tak pernah imagine yg aku akan memakai mask (topeng muka) dalam negara aku sendiri. kelakar sungguh. tapi itu la yang berlaku sebagai langkah keselematan mencegah H1N1.

H1N1 yang menular dinegara kita ni memang cukup-cukup membimbangkan. berita terbaru 6 kematian yang membabitkan ibu mengandung cukup menggetarkan jiwa (aku menerima berita melalui sms)...

mula-mula aku gelak juga bila member aku yang dari kelantan muncul ngan mask dimuka. tp explanation dari beliau buat aku tambah seriau. ye la! dia kerja di medical library HUSM Kubang Kerian. hari-hari tengok orang sakit... hari-hari ngadap info pasala H1N1 ni... jangkitan dan penularan wabak ni terlalu mudah dan cepat. sehingga satu tahap bila kekebalan virus tu meningkat, jangkitan boleh berlaku hanya melalui sentuhan... Wallahualam... itulah yang diberitahu kepada aku.

so sebagai langkah keselamatan, aku cuba sesuaikan diri memakai mask bila diluar rumah. especially ditempat sesak seperti dalam lrt n pusat-pusat bandar. kata orang tua-tua, mencegah lebih baik dari mengubat.

Tuesday, August 11, 2009

ralat

dah dua bulan aku try nak upgrade sim card digi aku. dari unlimited rates (tuk access internet sahaja) ke D50 package tuk wat panggilan sekali. bermacam alasan yang dikuarkan... sistem down la, bill unlimited rates da kuar so x ley nak upgrade la, bla bla la...

satu tahap, aku da buhsan mendengar segala ayat-ayat propa dari digi center ni. ni baru aku nak upgrade. blum lg nak guna tp customer services yg dorang provide... Masyaallah...

aku x tau la, naper aku still bertahan guna digi unlimited rates tuk access internet (digi unlimited rates ni kira mcm broadband gak la... cuma digi ni capaian dia cuma GPRS je....). maybe sebab kadar bayaran yang murah... (rm66 permonth). ataupun kelajuannya yang mencapai tahap gaban or flashman.

takat ni, kawan-kawan mahupun saudara mara aku yang aku rakemenkan digi unlimited rates ni, belum pernah bersungut... bersungut blakang, x pastila aku.

so, aku harap-harap sangat, lepas 17hb ni, dapat la aku menggunakan full packages digi ni. then blh la aku bersiaran dimana saje ngn "whitey" aku yang comel ni :-)

aku rasa, x berbaloi aku nak tukaq sim card digi kat "whitey" aku. tapi aku cuma bole access internet without buat panggilan... cam x best jer.

x per la... sabo tu separuh dari iman...

Baru

hari baru, minggu baru, azam baru... apa lagik yang baru erk...? kasut baru? he he he... macam-macam yang terjadi kebelakangan ini. kalau aku tak cukup kuat, anything can happen... dimana kekuatan tu datang? Alhamdulillah, semuanya dari dalam diri aku sendiri. pengalaman banyak mengajar erti kedewasaan n juga Allah yang menjadi sandaran ceee waaahhh! :-) juga my Ayah, Emak n Adik. hurmm... tak lupa juga kawan-kawan YANG MEMAHAMI dan abang-abang dan kakak-kakakku yang lain... Thank you so much n Luv u all (korang baca ke blog aku? he he he...)

minggu ni aku rasa minggu yang memenatkan. straight 2 weeks aku keje tanpa henti, after this aku memang nak berehat secukupnya. appointment ngn supervisor thesis aku, aku terpaksa batalkan. bukan sebab tiada persediaan. tapi aku perlu rehat n modal secukupnya untuk berhujah dihadapan beliau :-)

then, i'm just waiting somebody yang terbang khas dari kelate utk spend time di KL bersama-sama aku. TQ n miss u too. he he he (sesuatu sangat). Insyallah, I will be 4 you for two days n jangan lupa barang kau kat umah aku tu...!

n tomorrow aku harap lebih better dari yang sebelumnya. especially environment tempat kerja aku yang berubah sepenuhnya n my life yg lebih smooth n better dari semalam n kelmarin.

Amin

Wednesday, August 5, 2009

Sukar

satu keputusan yang bagi aku terlalu sukar untuk aku lakukan. sekali lagi aku terasa apa ertinya sedey, perit n kecewa. bagi aku setelah aku meneliti segala aspek hubungan kami... inilah jalan yang terbaik untuk semua pihak. keputusan yang bagi aku cukup sukar. perasaan aku cukup payah dimengertikan kala ini. emosi aku kerap kali terganggu. banyak kejadiaan yang tidak diingini menimpa aku bertalu-talu dan sekaligus, sehingga meruntuhkan tembok kekebalan diriku. aku mohon maaf sangat-sangat pd sidia... bukan kehendak aku begitu. mungkin inilah namanya takdir... dan kita sebagai manusia hanya mampu merancang... hurmmm...

untuk sekelian kalinya juga, aku bakal merubah apa yang telah aku putuskan dulu. bukan aku tidak tetap pendirian... kadang-kadang aku fikir aku juga perlu menjadi seperti orang lain juga...

aku pernah teringin menjadi orang jahat. melukakan hati semua orang yang aku sayangi tanpa rasa perasaan bersalah sedikit pon, dengan mementingkan diriku sendiri... kerana sesetengah mereka juga melakukan perkara yang sama... tetapi kenapa aku tidak mampu berbuat seperti mereka?

walaupun perasaan aku dilukai sekalipun, kasih sayang, cinta dan sifat perikemanusian didalam jiwa aku masih menebal. mungkin disebabkan itu, aku masih mampu bertahan sehingga kini...

entahla...

Tuesday, August 4, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... syukur sangat2. segalanya dapat aku atasi dengan tenang dan senang. aku sendiri tak percaya ini la rupa keputusan yang aku wat... ikut hati n ikut rasa aku... Subhanallah! Hanya Allah saje yg tau apa yg bakal aku lakukan dan aku harapkan kelancaran ini akan berterusan sampai bila-bila...

sedey? kecewa? ralat? ya... hatiku memang teramat sedey, kecewa n ralat... tp nak wat camner. benda da berlaku. n aku kena terima ngn hati yg redha n tabah. setiap manusia, pasti ada berbuat kesilapan... begitu juga orang disana. dan aku berharap kesilapan sebegini tidak akan berulang lagi. Dan aku juga sentiasa mendoakan orang disana, sabar n tabah. ini semua ujian dari Allah pada hamba-hambanya. bukan semua hamba-hambanya dapat ujian istimewa dari Nya. Insyaallah setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. dan keputusan aku ini pasti ada hikmanya juga.

masalah tak abis lagi... pertukaran shift n pemergian seorang staff merangkap member aku yg paling aku sayangi dari pentadbiran Synergy ke pentadbiran BERNAMA amat2 mendukacitakan hati aku. aku da fight abis-abisan ngn management atas mempertahankan kedudukannya di AV store. kami berempat da macam adik beradik. susah senang diharungi bersama. walaupun dia masih di bawah seliaan aku, aku yakin hubungan kami berempat takkan semesra macam dulu... aku harap diskrimanasi diantara Synergy ngn BERNAMA tidak akan berlaku di AV Store ini. kita hamba Allah hanya mampu merancang, dan aku merancang yang terbaik untuk semua pihak.

dan ada beberapa lagi perkara yang aku x mampu nak selesaikannya lagi... Insyallah aku yakin, mesti ada petunjuk n sinar wat masalahku ini. yang pasti, hidup kena diteruskan.

dan Insyaallah... aku juga akan berblogging seperti biasa semula... itu pon kalau ada orang yang masih sudi membaca coretanku yang tak seberapa... dan aku harap selepas ni, kehidupan aku akan kembali normal...

AMIN

Saturday, August 1, 2009

Ujian

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmatMu ku memohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmatMu Ya Allah

Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku ampunkan
Ingin bahagia, Dunia akhirat
Turunkan rahmatMu untukku

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmatMu Ya Allah