Followers

Thursday, September 24, 2009

2 hari yang panjang

Alhamdulillah... lepas sudah. dua hari direct aku keje pagi-malam. kelmarin masuk pukul 8.00am, kuar pukul 10.00pm. semalam masuk lewat sket sebab aku da stand by equipment tuk cameraman yang pegi assignment pagi. balik lebih kurang pukul 11.15pm. tunggu cameraman yg standby malam abih duty. mujur tadi ada abang cameran baik hati menumpangkan aku sampai kerumah. ye lah, pukul 11 malam mana der bas lagi. plan asal sekadar menumpang kestesen lrt je... tp x perla. orang berbudi, kita berbahasa

pagi nanti aku da start normal shift (masih shift pagi). dengor citer, seminggu raya ni x banyak assignment. cameraman n BJ ramai yang bergilir cuti. aku still ngan mood raya lagi. masih lagi melaram ngan baju raya. he he he. keje pon ala-ala nak wat x nak jer...

letey dowh... dari pagi sampai malam duk dalam bilik beraircond jer, walaupun x wat per. badan rasa lesu. aku plak rasa malas nak kuar memana. ada gak beberapa cameraman yang ajak melepak. tapi apakan daya... sapa plak yg nak jaga "bilik mayat" ni.

p/s: x sabor nak bercuti kembali sabtu n ahad ni...

Tuesday, September 22, 2009

Salam Lebaran

Hari ni, hari ketiga umat islam seluruh dunia menyambut ketibaan syawal. masih sempat lagi ke aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin? sempatla kot sebab baru tiga syawal berlalu.

lately aku malas sesangat nak update blog. apatah lagi nak wish bagai... bkn lupa. tapi malas. wat kawan-kawan aku suma yang kirim ucapan selamat hari raya, through kad or sms, mohon maaf kalau tak berreply, bukan terlupa tapi terMALAS. :-)

raya ketiga aku da balik kl semula. memulakan tugas seperti biasa. alahai... rindunya ngn kampung halaman masih bersisa. sehingga tak mampu melelapkan mata. bukan tak biasa balik ke kampung... tetapi kali ni berbeza. kerana sambutan syawal. kalau boleh nak cuti lama-lama. tapi apakan daya...

orang memang sedap bercakap... berbagai simpulan, contoh, nasihat n andaian diberikan. tapi kalau diri ngko sendiri yang merasa, bagaimana? banyak orang cakap tak serupa bikin. cakap bertegar-tegar sampai lupa kuasa tuhan. tapi bila kena diri sendiri, HAMPEH...

waaahh marah ke aku ni? tak lah... bulan ni kan bulan baik, bulan mulia. x baik marah2. aku cuma mengingatkan pada mereka yang terlupa diluar sana, n sebagai peringatan untuk diri aku juga.

akhir qalam, selamat hari raya, maaf zahir batin... mohon maaf atas segala khilaf yang aku lakukan. bermaaf-maafan la kita bersama supaya hidup kita sentiasa diberkati...

AMIN.

Tuesday, September 15, 2009

Tahajjud Cinta


dalam kepenatan dan keletihan aku bekerja seharian, aku menggagahi diriku menyusuri kesibukan shopping complex ampang park. sambil mata melilau mencari kelibat kedai muzik. mata tertancap seketika... album tahajjud cinta ku belek dan ku amati. setelah kubayar harganya rm29.90, aku keluar dari shopping complex menuju stesen lrt ampang park. jam di tangan jelas menunjukkan tepat pukul 6.15pm. hurmmm... sempat ke aku berbuka. tapi yang pasti aku berpuas hati. apa yang aku hajati dapat diperolehi.

"umpama nyanyian bidadari dari syurga" itulah komentar seorang journalist dari akhbar kosmo! membuat aku terkesima. secara jujur, aku bukanla peminat setia Dato' Siti Nurhaliza. album beliau yang terakhir sekali aku beli adalah prasasti seni. bayangkan berapa tahun berlalu... komentar journalist itu membuat aku berfikir sejenak. best sangat ke album terbaru beliau ni? sehingga nyanyian beliau digambarkan seumpama itu?

dalam menunggu waktu berbuka, tahajjud cinta ku putarkan. dari satu track ke satu track aku mendengar sambil menikmati keindahan susunan muziknya yang cukup teratur. diadun cukup indah diselangi suara lemak merdu siti. begitu memukau! itulah yang dapat aku gambarkan. senikatanya yang cukup simbolik seperti pintu rindu, ketika cinta dan tahajjud cinta mampu meruntun hati... alunan asma ul husna mengikut lenggok beliau yang tersendiri cukup menyentuh hati sanubari. nyanyian semula ya rasulullah, cukup terkesan buat diri aku. penuh emosi yang disalut kerinduan yang mendalam...

secara jujur aku menyatakan... ini lah album terbaik Dato' Siti Nurhaliza setakat ini selepas Sanggar Mustika... walaupun sekadar hanya 8 track, tapi aku rasa berbaloi untuk dimiliki... seperti kata beliau, bingkisan beliau kali ini merupakan satu amanah. dan apa sahaja yang diperolehi darinya mudah2an dapat memberikan manfaat buat semua...

Amin...

4 in 1

Assalamualaikum... apa khabar semua? beberapa hari lagi kita bakal menyambut ketibaan syawal. macam mana persiapan korang? ok ke? tahun ini adalah kali pertama aku beraya sebagai seorang "pekerja". terasa sedikit lainnya. raya ketiga (mengikut kalendar) aku da mula bertugas balik. hu hu hu.

kalau korang baca title diatas, apa yang korang fikir, 4 in 1? kopi segera ka? x lah... entry ni aku wat sekali harungi bersempena 4 hari direct aku berbuka puasa secara special. speciala sangatkan...

kalau tak silap aku, ari rabu lepas, aku decide ngn someone tuk berbuka puasa ala buffet. jenuh gak mencari tempat. lastly we decided tuk berbuka di chicken hut times square. tapi malangnya, chicken hut tu ditutup for renovation. jadinya kami bertukar angin ke sweet chatz. boleh tahan gak menunya. dengan harga rm29.90, aku rasa berbaloi gak. apa yang bestnya kat sweet chatz? try la pan cake durian n mangonya....

hari khamis plak, lepas abih kerja, dengan tak tahu malu, aku menumpang sorang cameraman ni ke KL sentral. destinasi kali ni Putrajaya. ada apa kat sana? aku kerumah abang ngn kakak. kali ini berbuka puasa bersama famili abang. petang tu, secara paksa aku mintak abang aku bawak aku ikut dia ke bazaar ramadhan di serdang. walaweiii. kuih murah giler siot. aku beli kuih sagu 3 rm 1 jer. kat bangsar 50sen seketul. belah malam sekali lagi aku paksa abang aku bawak aku. kali ni gi terawikh di masjid besi (masjid sultan mizan zainal abidin, putrajaya). alhamdulillah... segala angan-angan aku sebelum bertandang ke putrajaya dapat aku capai.

hari jumaat plak, selepas solat jumaat, aku rushing balik bangsar. sebab ada majlis berbuka puasa biro nasyid kelab kilat tnb kuala lumpur yang meraikan anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim limpahan kasih. aku terlibat secara tak langsung sebagai AJK tuk biro protokol. seronok gak dapat menyertai majlis-majlis seperti ini. berkenalan dengan orang-orang baru. beramah mesra ngn anak yatim (yang pertama kali aku rasai).

hari sabtu, aku berbuka puasa di food court KLCC... dengan siapa? dengan kawan-kawan degree aku. Ina, Pyar n Usop. pyar seperti biasa, mempromosikan barangan terbaru dia, karipap serunding ngn popia serunding... karipap serunding pyar, memang marvelous. 5 bintang aku kasi. 100 biji cuma rm15 jer. so kalau korang berminat boleh contact pyar: 0199298806. aku jamin, sedap giler... lepas berbuka, aktiviti kami seterusnya..., shoping. destinasi pertama kami parkson (wahhh! kelas kau SyuQ. tengah kering bagak g shoping kat parkson...). destinasi berikutnya, kami ke jalan TAR n masjid india. waahhh! memang hapening giler sampai aku pening giler sebab terlalu ramai orang.

so, itulah aktiviti berbuka puasa 4 hari direct. sehingga abang halim komen, aku ni langsung x der masa berbuka puasa dirumah. budak-budak opis especially cameraman yang mengajak aku mencari "duit raya" sambil berbuka puasa pon aku terpaksa tolak. bukan x mahu berbuka dirumah dan bukan duit raya yang aku cari... tetapi kemeriahan berbuka puasa bersama mereka-mereka yang aku sayangi, itulah yang aku cari n nikmati...

p/s: gambar x dapat aku publish sebab whitey buat hal. abih semua gambar corrupted. :-(

Thursday, September 10, 2009

sawang

assalamualaikum suma... selamat berpuasa. semoga kedatangan ramadhan kali ini memberi sinar baru dalam kehidupan kita hendaknya. aminnn.

lately aku memang tak berkesempatan mengupdate blog. sekadar blogwalking thru my whitey saje. tu pon kalau ada kesempatan yang terluang cam dalam lrt. dalam bas. selepas dua hari berpuasa, aku straight 2 weeks keje shift pagi tanpa cuti. kekurangan staff di unit aku menyebabkan aku sedikit keletihan. bukan disebabkan banyak kerja. tetapi nak run 19hour per day bukannya mudah. just imagine hanya dua orang yang berkerja!

last weekend baru aku dapat berehat. dan beberapa hari lepas baru aku dapat kerja normal shift semula. dan pagi ini, dan sampai ujung bulan ni, aku da start balik shift pagi. shift pagi aku start pukul 6.00am. biasanya aku akan sampai opis around 6.30am. dan kebiasaannya assignment tuk cameraman akan bermula seawal 6.30am-7.00am. pukul 7.00am-9.00am adalah waktu2 pac hour. time ni memang berlambak cameraman nak kuar g assignment. satu cameraman paling koman akan bawak 8-10 items of equipment, termasuk camera DV or mini DV, tape, tripod, kereta n so on. mula-mula dulu, kelam kabut gak aku. lama-lama da terbiasa. alhamdulillah, sekarang ni, sesorang pon aku boleh handle semua.

disebabkan kesibukan yang tidak menentu, aku beberapa kali menolak tawaran berbuka puasa bersama kawan-kawan lain. sori sangat2. keadaan aku agak tidak menentu. korang cuti, aku kerja, korang kerja, aku cuti. alahaiiii.

disebabkan ni juga, corat coret aku bersawang tanpa citer-citer terbaru... tanpa update. sehingga seorang teman bertanya, lama sungguh aku tak mengupdate corat coret. tima kasih sebab follow blog aku ni. Insyaallah ada kelapangan, aku akan mencoret apa yang terlintas. di hati mahupun difikiran...

Selamat Berpuasa Semua...