Ini hari keenam aku di Korea. Hari ketiga di Seoul dan hari ketujuh dalam itenary. Kenapa hari di itenary tu dah hari ketujuh sebab hari keberangkatan dan hari ketibaan aku tak kira.
Jadi kami semua memutuskan bahawa Yongpyong Ski Resort kami tak jadi pergi. Itineray ke sana kami gugurkan. Kami percaya suasana disana pun lebih kurang sama di Nami Island mahupun Hallasan. Kami kesana pun sekadar mahu melihat tempat pengambaran drama Winter Sonata je ngan main snow board. Jadi rasa macam kurang berbaloi. Jadinya kami memutuskan untuk berjimbara ke Everland pada hari itu.
Nak ke Everland ni pon ada banyak pilihan. Boleh naik subway terus direct ke Everland. Sebab ada dah subway yang ke Everland. Tapi.... Anda kena bertukar banyak kali subway. Jadi kami memutuskan untuk menaiki subway separuh perjalanan dan separuh perjalanan lagi kami menaiki bas.
Dari Jonggak Station Line 1, kami naik subway ke City Hall Station. Kenapa asyik Jonggak Station? Sebab tu la stesyen subway yang terdekat dengan penginapan kami. Dari City Hall Station kami tukar subway Line 2 (warna hijau muda) dan turun di Jamsil Station dan keluar ikut Exit 6. Keluar je dari subway anda akan nampak jalan besar di kanan anda ada simpang empat besar. Di kiri kanan simpang empat tu ada Lotte Mall dan Lotte World. Kami kena menyeberang jalan besar tu untuk ke Bus Stop yang ditengah-tengah jalan raya. Ye, ada bus stop ye di tengah-tengah jalan. Jangan tak percaya. Sampai di bus stop tu cari pondok bas untuk bas nombor 5700. Itulah bas yang akan membawa kami ke Everland. Cari sampai jumpa sebab bas akan berhenti hanya di pondok bas yang ditetapkan sahaja dan lagi satu ia amat-amat menepati masa. Kalau kat skrin tu tertulis lagi 10 minit. Bermakna memang ngam-ngam bas sampai lagi 10 minit. Segala pengangkutan awam di korea ni kami gunakan T-money. Nanti aku ceritakan pasal T-money.
Dari Bus Station Jamsil kami bergerak ke Everland. Bagi tau awal-awal dengan driver bas minta dia drop kan kami di stesyen Everland. Perjalanan memang terasa jauh dan memenatkan. Lagi satu tip untuk korang. Kalau naik bas disana, pastikan anda duduk dekat ngan driver bas. Rajin-rajin kan mulut berkomunikasi walaupun bercakap macam ayam dengan itik.
Sampai di stesyen Everland hari pun dah melepasi waktu tengah hari. Dari situ kami menaiki shuttle bas everland sampai ke pintu masuknya. Free of charge je.
Sampai je di Everland mood aku dah hilang. Hahaha. Sejuk weiiiii. Sejuk menggila. Jangan cakap aku tak cukup baju. Ni susunan baju yang ku pakai; t-shirt fit, long john (boleh tahan sehingga -10), kemeja, jaket, snow fleece dan jaket winter. Cerbayangkan berapa tebal... Tapi tak mampu nak menangani suhu yang mencecah -9 pun. Huhuhu.
Disebabkan semangat tu tinggi kami teruskan jua meneroka Everland. Tiket masuk ke Everland sekitar 32,000KRW. Hahaha. Mahal. Itu pun lepas diskaun. Saya nasihatkan anda. Sebelum berangkat ke korea, rajin-rajin kumpul kupon diskaun. Kupon diskaun juga boleh di print dari internet. Sebab semua tempat-tempat yang nak dilawati berbayar ye. Walau sekadar nak tengok air terjun je.
Apa ada di Everland? Rasanya mana-mana taman tema pon sama kan. Cuma dekorasi je berbeza. Kami habiskan sepetangan di Everland sehingga ke malam dan sebelum jam 8.00pm waktu tempatan kami keluar dari Everland. Naik shuttle bas ke stesyen bas everland. Dari situ naik bas ke Jamsil Station. Dari jamsil kami berjalan kaki ke Lotte Mall untuk singgah di Hard Rock Cafe. Lokasinya di tingkat 5 dalam Lotte Mall tu gak bersebelahan dengan Lotte Cinema. Tak susah cari. Sebab ada direction dalam Lotte Mall tu.
Selesai di Hard Rock Cafe, kami pun berangkat pulang ke hostel mengikut laluan yang sama waktu pergi tadi. Satu lagi hari yang panjang pun berakhir.
Pintu masuk Everland
Antara dekorasi Everland untuk menyambut krismas. Seriously meriah giler. Dengan lagu2 santa claus is coming to everland berkumandang di genap ceruk
Everland
Ni dah nak masuk ke malam
cantik kan
Direction ke Hard Rock Cafe dalam Lotte Mall
Hard Rock Cafe
0 comments:
Post a Comment