Followers

Thursday, February 16, 2012

Shopping Online

Asslamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya. Pejam celik pejam celik kita dah mula menghampiri penghujung bulan Februari... Baru-Baru ini kita digempar dengan beberapa kes penipuan dalam perniagaan online. Business online ni bukannya kita tak boleh percaya. Tapi bila dah percaya sengat macam tu lah jadinya. Beli handphone dapat lesung batu. Beli iphone dapat komik cina.

Muala-mula dulu, aku sukar nak percaya pasal benda-benda macam ni. Aku juga ada beberapa kali kena. Tapi idak le beli handphone dapat kalendar ke. Cuma barang tu dah nampak lama dan buruk. Tidak seperti dalam gambar. semenjak itu aku dah mula kurang minat dengan bisness online ni.

Tapi ada satu kakak ni yang aku kenal menerusi Facebook. Dia juga involved ngn bisness online ni. Mula-mula aku kurang sikit, tapi lama-lama teruja melihat barang yang beliau jual. lebih murah dari harga pasaran malahan qualitinya lebih baik. Maka aku cuba membeli dan Alhamdulillah, aku dapat barang ayng aku pesan dan bukannya lesung batu. hehehe.

Apa keistimewaannnya membeli secara online ni? Kita tak perlu susah payah berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari. Duduk menghadap PC jer kita dah boleh buat survey. Malahan barang yang kita pesan terus sampai ke rumah.

Ironismya bila kes-kes penipuan macam ni terjadi, ia bakal menjejaskan nama baik bisness online itu sendiri. Malahan rasa kurang yakin dan was-was terhadap penjual semakin meningkat. Tak kurang juga yang menipu dari segi kualiti barang. Borak bagai; kata barang replika, authentic dan sebagainya, walhal made in china yg berkualiti rendah jer.

Bagi mereka yang suka membeli belah secara online, berhati-hatilah. jangan mudah terpedaya. Kenali penjual terlebih dahulu, siasat testimonial pembeli yang telah mnembeli baru kita membuat keputusan...

Tuesday, February 14, 2012

Selamat Tahun Lama

Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar hampir dua bulan kita di tahun 2012. Dua bulan juga aku tak berupdate blog. Bukannya sibuk mana pun. Tapi setiap kali nak buat entry, masa tu lah macam-macam hal terjadi. Banyak entry aku yang tertangguh dan kebanyakkan pula dah lapuk dan basi. Bila dah lama sangat terperam, malas pula nak update.

Sedar tak sedar dah setahun aku kat MM2H. Macam-macam juga yang terjadi dan bakal terjadi. Yang penting, hidup kita kena teruskan. Insyaallah, Allah akan bersama dengan kita. dari PWTC aku berpindah ke Putrajaya. Kerana sayangkan rumah lama di Kerinchi, aku gigihkan diri berulang alik Kerinchi ke Putrajaya. Bukannya mudah pada mulanya. Tapi bak kata peribahasa; alah bisa tegal biasa. Lama kelamaan aku dah semakin terbiasa dengan situasi ini. bukannya aku seorang yang berulang alik; Kuala Lumpur-Putrajaya. Ramai lagi. Dan kami pun semakin mengenali...

Cukuplah dahulu setakat ini. Insyaallah, ada rezeki kita bersua lagi...

Thursday, December 29, 2011

10 Lagu Paling Kerap Diputarkan Dalam Playlist Aku Untuk Tahun 2011

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya. Lama rasanya aku tak bersiaran di blog sendiri. Agak sibuk pun iya, tak der masa pun iya. Baru kali ini berkesempatan.

Tiba-tiba aku rasa macam nak buat carta lagu untuk tahun 2011 pula. Hahaha. Ini berdasarkan kepada lagu yang kerap berputar dalam Playlist aku. Bukan berdasarkan lagu terbaik ke, lirik terbaik ke, artis paling popular ke... Ini adalah 10 senarai lagu yang selalu berkumandang dalam playlist player aku:


1) Broken Angel/Arash featuring Helena
Lagu ni menduduki carta teratas dan paling kerap aku putarkan. Lagu ni diperkenalkan oleh seorang kawan opis. Mula-mula dengar terus jatuh cinta. liriknya pun sedap. lagu yang simple dan mendayu serta meruntun kalbu...


2) Kisah Hati/Alyah
Lagu ni sangat berhantu sebenarnya. aku pernah terlepas stesen train kerana melayan video clipnya...


3)Hatiku Milikmu/Nera AF9
Mula-mula aku ingat lagu ni, lagu Ziana Zain berdasarkan kepada Intro melodinya. Pertama kali dengar menerusi Era.fm terus ku jatuh cinta...


4) Beribu sesalan/Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah
Perrrhhhh! lagu yang meruntun kalbu bagi aku. Tapi hanya mampu menduduki carta nombor empat sahaja. Mula-mula dengar terus menangkap ke jiwa. Sedap dan lunak. Paduan 3 suara yang betul-betul memukau


5) Gamnida@I'm Going/M to M (OST Pasta, drama Korea)
Sesat celah mana lagu Korea ni boleh menduduki ranking ke 5. Hahaha. Tapi lagu ni memang sedap... Official video tak dapat dijumpai


6) Mr.Simple/Super Junior
Korea lagi. Hahaha. Kali pertama aku dengar dalam kereta menerusi Carta 30 Hot.fm. Mula-mula dengar terus suka. sedap dan catchy. Layan...


7) Nur Kasih/Yasin
Sebenarnya, aku lagi prefer versi asal nyanyian yasin ni dari versi Tiz Zaqiyah. Versi yasin ni lebih banyak jiwa dan emosinya. Lagu ini kembali berhantu disebabkan penayangan Filem Nur Kasih The Movie pada tahun ini.


8) Rela/Tila
Lagu ni tetiba jer naik carta. Hehehe. Masakan tidak sebab lagu ni tetiba jer berputaran dalam playlist aku semenjak dua menjak ni. Banyak kali dengar pun tak jemu. Versi asal aku tak pasti. Tapi aku lagi suka versi yang ini.


9) Falling in Love/ Dato' Siti Nurhaliza
Lagu ni pertama kali dengar aku tak berapa suka. Tapi dah selalu radio pasang, makin lama dengar makin sedap. Terus aku download dan pasang tak berhenti. hehehe


10) Biting My Lips/Kyuhyun, Sungmin and Ryewook (Super Junior-OST President)
Lagu ni pertama kali aku dengar bila tetiba jer berkumandang menerusi corong speaker member opis aku ni. Lagu ni memang masuk dalam halwa telinga aku. Boleh tahan sedap melodinya. Official video tidak dapat dijumpai


Itulah 10 senarai lagu yang kerap berputaran dalam playlist player aku ni. Kalau aku rajin, aku buat pula 10 Best Movie 2011 Dari Kaca Mata Aku dan 10 Best Drama Series 2011 Dari Kaca Mata Aku... Kalau aku rajinlah ye. Nak buat entry ni jer aku rasa dah memakan masa hampir 3 jam. Itupun menjadi salah satu sebab kenapa aku jarang bersiaran. Nak cerita pasal jenjalan ke sarawak pun tak dan lagi... Harap-harapnya enjoylah mendengar lagu kesukaan aku sepanjang tahun ni..

Monday, November 28, 2011

The Amazing Journey To Kuching, Sarawak: Prolog

Alhamdulillah syukur... Aku sekeluarga telah selamat mendarat di KLIA. Segala penat lelah jerih payah aku memastikan travel kali ini berjalan lancar jelas terpancar dari riak muka ayah, mak dan adik aku yang kepuasan.


Travel kali ini lebih bersifat backpakers dan hentam keromo. Segalanya dilakukan disaat akhir dan aku juga hampir-hampir membatalkannya disebabkan bebanan kerja yang tiba-tiba datang.


Pelbagai halangan ditempuhi, termasuk mak ayah aku yang kurang sihat, hotel yang ntah apa-apa, kematian dan sebagainya betul-betul aku terasa travel kali ini macam amazing race yang sangat-sangat merepek. Pertukaran tempat lawatan disaat akhir mengundang kesusahan pada kawan aku. Terima kasih Loyd. Ada rezeki dan umur kita jumpa lagi.


Insyaallah kalau ada kelapangan aku akan merakamkan segala perjalanan aku selama tiga hari dua malam di Kuching dalam blog ini. Semoga ia berguna kepada mereka yang suka berjalan tanpa bantuan ejen.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 22, 2011

Langkawi... Mengimbau Kembali Kenangan Aku Dan Dia

Asslamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. hendaknya...

Dulu aku pernah berjanji. Tidak sesekali aku akan mencoret semula segala mala kisah pahit maung hidup aku disini. Seharusnya aku bergerak lebih kehadapan untuk meraih kehidupan yang lebih sempurna. Tapi kita manusia biasa yang tak kan terlepas dari sebarang sifat mazmumah. Sekuat mana kita cuba menahan rasa hati, akhirnya kita akan tertewas jua.

Bila MM2H mengumumkan akan mengadakan retreat di Langkawi, aku sangat-sangat setuju. Diruang mata aku terbayang pinggan mangkuk Correlle, Luminarc, Arcopal dan segala mala jenis coklat yang aku gemari. Gigih aku mengumpul duit 2 bulan pertama. Mengikat perut untuk berjimba-jimba di Langkawi sehingga aku terlupa; Langkawi pernah menghadiahkan kenangan manis buat diri aku yang telah bertukar menjadi kenangan yang sangat pahit sehingga hari ini... Segala-galanya aku kunyah sendiri, aku telan sendiri... Bila ku sedar, segalanya telah terlambat untuk aku menarik diri.

Sehingga kesaat akhir keberangkatan aku hampir-hampir membatalkan hasrat. Dipujuk seorang teman. Tak kan ada saat lain yang serupa untuk bersama-sama teman-teman sepejabat melupakan seketika hiruk pikuk kota dan kerja-kerja pejabat yang tak kan ada kesudahannya. Aku setuju dan aku akur...

Saat keberangkatan tiba, aku masih cuba mengutip kembali sisa-sisa semangat aku yang hampir hilang. Aku lalui hari-hari aku di Langkawi dengan seribu satu perasaan yang aku sendiri tak dapat nak tafsirkan. Bercampur baur. Cuba berlagak seperti biasa, tapi hakikatnya aku menjadi luar biasa sehingga ditegur; apsal ko senyap jer... Gelora dihati hanya Allah yang tahu.

sehingga ke saat ini aku masih termamang entah kemana. Sekejap fikiran aku menerawang dan melayang jauh dari tempat aku berpijak. Segalanya menjadi rumit buat aku semula. Mungkin cinta dan kisah yang baru mampu mengubat luka ini dari terus bernanah kembali... Hanya Allah tempat untuk aku mengadu. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat diri ini... Saat ini...