Followers

Monday, April 5, 2010

Susahnya Menjadi Baik Dan Mudahnya Menjadi Jahat


tidak sukar untuk kita menjadi jahat. dengan segala hasutan iblis dan syaitan yang sentiasa disekeliling kita dah boleh membantu kita menjadi seburuk-buruk perangai. dan bila kita ingin berubah kearah kebaikan, bukanlah semudah yang dijangka.

yup! memang mulut berkata mudah. "berubahlah... perubahan tu bermula dari dalam diri kita sendiri..." tapi faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting. seminggu dua minggu yang lepas, entah macam mana hidayah Allah menuruni hatiku. membisikan kalimah suci. sehingga...

adikku sendiri terkejut melihat perubahanku. sehingga dia cakap "I want my bro back..." apa yang terjadi? aku menjadi sesabar-sabar manusia... aku belum pernah berperangai begini dan berperasaan begini. bayangkan ada satu ketika aku wat maybank2u, whitey aku meragam. dan2 tu plak aku da transfer some amaun tapi x boleh nak view balik, x bley nak print sebab connection putus tetiba. kalau aku yang dulu, whitey tu aku da baling kedinding dan aceriena aku, da aku ketuk disertai kata-kata carutan dan cacian. tapi tindakan reflect aku ketika itu disertai ngn kalimah Istighfar... bayangkan lebih 10x aku try access maybank2u tapi x berjaya. dan aku boleh lagi bersabar dan tersenyum.

sungguh x sangka... tapi tidak bertahan lama. cam aku cakap tadi faktor persekitaran memainkan peranan penting. dan persekitaan aku ketika itu tidak memihak pada aku. sekarang baru aku faham kenapa bekas-bekas penagih, dan bekas-beka banduan terlalu sukar untuk memulakan kehidupan baru walaupun mereka ingin mengubah hidup mereka dan menjadi diri mereka yang baru. tanpa sokongan orang sekeliling dan masyarakat, memang mudah untuk mereka kembali ke jalan kebatilan...

dan akhirnya, benteng yang aku bina, terpunah jua atas faktor yang cukup kecil. segala devil, setan dan hantu raya yang da lama kuar, kembali semula... nasib ada malaikat dikiri dan dikanan aku...

walaupun aku tidak sebaik mula-mula berubah dulu tapi aku berharap yang aku x kan kembali seperti aku yang dulu.



amin...

3 comments:

neodmarco said...

Amin..mudah-mudahan selamat.

Unknown said...

semua yg berlaku pasti ada sebab musababnya,
mudah2an semuanya kembali normal...
insya-ALLAH.....

n.u.k.i.l.a.n said...

uhm..nak komen ape eak??,, tapi nak gak komen..huhu

ape pown..saya stuju..prsekitaran kdg2 mempengaruhi sikap kita dari semasa ke semasa, sama ada mnjdi baik2 alam, sejahat2 syaitan..hehe. itu depend pada diri kita yg punya akal fikiran.

cam situasi skrg..mesti menjadi seorang yg lebey penyabar..kan.. hehe.

ape pown..good luck to be a leader..ngeehhh

ok tak komen tu??hehe.. wahai tuan punye blog..

:-p