aduhai... apa lah nak jadi. sesama bloggers pon boleh saling membenci? yang sana kutuk yang sini. yang sini mengeji yang sana. dunia maya ni walaupun besar tapi hakikatnya kecil sahaja. berkalih kesana, tersepak jua kaki orang yang kita tak suka. berkalih kesinun, terhantuk dahi orang yang kita benci tu. pusing sana, pusing sini, kat dunia maya juga dan tak kemana.
adakah kerana timbulnya sikap iri hati disebabkan traffic? atau pon earning ataupun populariti? itu semua rezeki masing-masing. cara masing-masing untuk meraih traffic dan earning. setiap bloggers ada cara tersendiri berblogging untuk meraih perhatian orang; sama ada memberi maklumat, bercerita pasal gosip atau memaparkan gambar-gambar pelik dari seluruh dunia.
sebenarnya benda ni berbalik pada diri kita sendiri. apa tujuan kita berblogging? untuk kepuasan? populariti? kejar traffic dan sebagainya. ada seorang blogger taiko yang aku terbaca entry beliau berkaitan dengan isu ini. beliau sendiri pon pernah tersasar dari visi dan misi beliau dalam berblogging.
blogging adalah satu aktiviti sihat dalam kita menyalurkan pendapat, pandangan dan maklumat untuk dikongsi bersama oleh saentereo maya pada ini. segala kisah yang kita tulis dan paparkan dalam blog kita, boleh dibaca oleh seluruh dunia. beberapa kali kita mandi, berapa kali kita masuk toilet, berapa kali kita makan. ada sesetengah orang tidak suka membaca cerita atau blog yang sebegini. ada juga yang suka. ada juga blogger yang mempromosikan blog blogger lain. masing-masing ada cara tersendiri dalam menulis dan meraih pembaca untuk terus berkunjung ke blog masing-masing
ada satu lagi blog yang aku suka masuk. beliau tidak bercerita isu semasa, gosip, macam mana nak raih traffic dan sebagainya. tapi cara penulisan beliau yang bersahaja mampu meraih followers dan pengunjung. lihat sahaja komen dalam setiap entry beliau. mencecah puluhan...
bila aku mula mengenali gengblogger, mengenali taiko-taiko blogger yang lain, menyelami dunia blogger, baru aku sedar dunia blog ni tidak lah seindah yang disangkakan. penuh isu, cemuhan dan rintangan. kena tahan mata dan juga perasaan.
bagi diri aku, aku berblogging kerana sekadar suka-suka sahaja. berkongsi cerita dan rasa. aku start berblogging setahun yang lepas dikala hatiku dirundung duka. blogging nilah yang mampu merawat hati aku yang terluka dan bergelora. dari satu blog kesatu blog aku menjelajah. membaca cerita orang suka dan duka dan dari situlah aku mula mengatur kembali perjalanan hidup aku. dan menjadikan diri aku lebih matang dalam menyusur arus kehidupan.
melalui blog juga aku menimba banyak pengalaman, menjadikan aku lebih tabah dan kuat seperti sekarang. Alhamdulillah aku bersyukur... walaupun blog aku tak segah blog blogger yang lain, tapi ia masih mampu membuatkan aku bergembira dan bersemangat setiap kali selepas aku menulis...
selamat berblogging semua! dan jangan ada rasa iri dalam diri...

2 comments:
isu blogger2 ni biasa ah... apa yg penting, enjoy blogging...
salam kenal..
setuju
yg penting enjoy berblogging
salam kenal gak...
Post a Comment