Salam semua... Sedar tak sedar sudah masuk hari ketujuh kita berpuasa. Dan tinggal 23 hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita yang pemergiannya ditangisi seluruh alam termasuk tujuh petala langit serta tujuh petala bumi.
Ramadhan kali ini cukup berbeza. Berbeza buat diri aku yang serba kekurangan. Kadang-kadang jiwa aku meronta kerana kekurangan ini. Tapi Alhadulillah... Rezeki aku masih murah disisi Allah. Walaupun sukar dan perit untuk aku hadapi tapi tidak perit sampai beronak dan berduri.
Kedatangan Ramadhan kali ini mengimbas kembali nostalgia aku kecil-kecil dahulu. Yang jelas terbayang dimata, ialah ketika arwah nenek aku masih hidup. Beliau ku panggil Embah gelaran yang diberikan kepada nenek perempuan dalam Bahasa Jawa. Ayahku berketurunan Banjar manakala Ibuku berketurunan Jawa. Embah yang aku maksudkan ialah Ibu kepada Ibuku. Setiap kali menjelang Ramadhan beliau akan bermaustautin dirumahku. Kata beliau senang untuk bertarawikh kerana ketika itu Ayahku yang menjadi Imam.
Aku akui... Dikalangan cucu-cucu beliau, aku ni yang paling nakal sekali. Tapi dengan beliau, aku jadi sedikit patuh berbanding patuh kepada Ibuku sendiri. Walaupun kadang-kadang aku melawan, tapi tidak sampai hati.
Kebiasaan selepas tarawikh, aku menghadap peti televisyen. Menonton rancangan-rancangan berbentuk keagamaan. Yang menjadi kegemaran aku ketika itu, Solat Sunat Tarawikh di Masjidil Haram. Embahku ialah peneman setia aku ketika itu. Ayahku, Adikku dan juga Ibuku telah lama hanyut dibuai mimpi indah. Dan kebiasan kami (aku dan embahku) akan mentong (ulang makan dalam istilah jawa). Kuih, Laksa dan kadang-kadang maggi pun boleh jadi santapan kami.
Embahku rajin melayan kerenah aku ketika itu. Kadang-kadang beliau sudah tertidur tapi bangun semata-mata nak menemani aku mentong dan seusai mentong, beliau akan menemani aku menonton televisyen pula.
Walaupun Embahku menghabiskan hampir sebulan Ramadhan dirumahku, beliau jarang merayakan kedatangan Aidilfitri bersama-samaku sekeluarga. Beliau lebih suka meraikannya dikampung kelahiran anak-anaknya di Perak. Manakala Ibuku saban tahun beraya bersama ayah dikediaman kami sekarang kerana kediaman kami sekarang sudah seperti kampung halaman buat adik beradik Ayahku. Dan seperti kebiasaan, 2 ke 3 hari terakhir Ramadhan, Embahku akan meminta untuk dihantar pulang ke kampung halamannya. Jarak diantara rumah aku ke sana cuma mengambil masa 45minit ke 1 jam.
Ramadhan tahun 1999... Seperti kebiasaan, kami menyambutnya bersama-sama keluarga dengan diserikan oleh kehadiran Embahku. Ketika itu aku ditingkatan 5 dan sedang menduduki peperiksaan SPM. Ramadhan diraikan dan disambut penuh kesyukuran sehinggalah menjelangnya Syawal. Pertama kali dalam sejarah, aku bersekongkol dengan adikku memujuk Embahku untuk meraikan Syawal bersama kami. Embahku bersetuju, tapi disertakan syarat; Embahku minta dihantar pulang ke kampung halamannya menjelang 1 Syawal... Kami bersetuju. Malam Raya, bersama-sama ayahku, adikku, ibuku dan juga nenekku (ibu kepada ayahku) kami bertolak ke Kampung Sg. Bugis Perak dalam misi menghantar Embahku.
Beberapa bulan selepas Syawal, Embahku sakit kuat, dan tanggal hari Jumaat tahun 2000 (aku terlupa tarikh dan hari serta bulannya), ketika aku pulang dari sekolah, aku dikejutkan dengan berita Embahku pergi untuk selama-lamanya. Aku terkesima...
Diambang Syawal lepas yang kuraikan bersama Embahku adalah Syawal pertama dan terakhir untuk kami sekeluarga. Mungkin ketika itu Embahku seperti mengerti bahawa tiada lagi Syawal buat beliau.
Setiap kali kedatangan Ramadhan, aku seakan-akan terkenangkan beliau. Hadir menghidupkan kembali malam-malam Ramadhan aku... Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, para Syuhada', Anbiya' serta Solihin... Amin. Al-Fatihah...

7 comments:
nice story..alfatihah~
al-fatihah. semoga embah awk, di tempatkan di tempat orang yang beriman. ammiinn
al-fatihah
selamat berpuasa :D
oh syuq orang jawa aik, nenek akak belah ayah memang jawa pure, tapi sayang tak ambil peluang cakap jawa dengan dia. Dia pun bila suruh ajar akan beritahu kami, tak payah belajar. Belajar ajelah cakap melayu elok2..he he..
Mesti bila ingat embah rasa rindukan syuq, macamana rindunya akak dengan mak yang meninggal masa 14 ramadhan. Moga-moga roh mereka semua ditempatkan di golongan orang yang berimana. AMINN
al-fatihah untuk arwah. smoga beliau dicucuri rahmat dari Ilahi.. AMIN...erm..aper pown slamat myambut Ramadhan al-Mubarak..yer Encik syuQ..
sedih kty baca entry nie..
al fatihah buat arwah ..semoga dtmptkan dikalangan org2 yg beriman .
rindunya saat2 tuh... hukhukhuk.. kt bc entry ni smbil air mata menitis.. :(
Post a Comment