Followers

Thursday, March 31, 2011

Ohhh... Jangan Cuba-Cuba!

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan dan rahmat serta kasih sayang daripada Allah S.W.T... Lama sungguh aku tak keluarkan entry meroyankan? Okay... Entry ni entry meroyan. Kalau tak suka tak mengapa. Aku tak paksa baca.

Masa aku balik kerja, tengah terkocoh-kocoh nak balik, dalam kepala dah mula menyusun atur apa yang perlu dibuat; mengemas periuk nasi yang telah direndam pagi tadi, kemas buah, kemas bilik, seterika baju untuk hari-hari yang berikut, masa itu jugalah seorang budak salesman Celcom Broadband menahan aku. Mempromosikan produk dia. Aku malas nak layan. Sekarang ni setiap saat amat berharga buat diri aku.

Semakin aku tak layan, semakin pulak dia ghairah menahan aku. Aku berhentilah sekejap. Bukan berniat nak membeli. Tapi beri peluang dia bercakap. Dia cakap promosi sampai hari ni sahaja; RM38 untuk 1GB penggunaan (ye lah tu hari ni saje. Sok lusa ko ada gak lagi). Satu lagi untuk korang; 1GB tu nilai penggunaan. Bukannya nilai kelajuan. Habis nilai penggunaan, maka lembablah kelajuannya.

Bab Celcom Broadband ni memang dah lama menghanginkan aku. Kerap gak aku meroyan kat facebook. Tambah meroyan dan naik syeikh bila orang paksa-paksa macam ni. Macamlah produk dia bagus sangat!
Aku cakap kat dia; "pakai Celcom Broadband tak?"
Dia cakap pakai! Baguslah! Lajulah! Pot pet pot pet! Sok sek sok sek!...
Terus aku potong cakap dia; "Apsal saya pakai lagi slow dari siput babi yang terendam dalam air?" Korang tahu tak apa dia jawab?; "OHHH ITU JAUH DARI KAWASAN LIPUTAN!" (sekali aku silambam budak ni, memang teruk la).

Lantas aku menjawab ala-ala Ziana Zain tengah melontar vokalnya; "mendenya tak der liputan? kat belakang tu saya duduk!" (aku duduk kat kawasan perumahan disebelah stesen LRT Universiti. Logik ke tak der liputan?). Terkebil-kebil budak tu.

Aku apa lagi terus tarik chorus ala-ala Wohnen pulak (ye lah aku kan batuk dan serak); "bagi tau Celcom suruh upgrade dia punya service dan jaga customer dia yang sedia ada sebelum larik. Services yang sekarang pun lebih hampeh dari hampeh. Lagi satu, (bab ni aku suka. Hahaha. Aku promosi pulak produk aku) saya pakai DiGi Data Unlimited rates (sekarang dah x der dah. Mula-mula DiGi memperkenalkan Internet Broadband dulu). Saya guna dah hampir 3 tahun. Plan tu pun dah tak der lagi. Orang sibuk merungut pasal Celcom, Maxis. Tapi saya tak der masalah dengan penggunaan DiGi, tak kan saya nak cari masalah tukar ker Celcom yang memang sudah sedia bermasalah?" Diam budak tu (aku semenjak dua menjak ni, pandai melawan, menjawab dan memprotes. Pantang benda tu tak puas dihati aku, memang kenelah... Tak tahu apa sebab).

Aku sambung lagi; "Celcom broadband yang saya subscribe weekly tu pun, slow" (masa ni aku dah cool down).
"Ohh itu lain bang!' Amboi! ada hati nak menjawab tu.
Aku senyum, kemudian aku jawab lebih kurang begini; "udah-udah lah tu dik. Cari jer orang lain". Aku terus blah. Dalam hati, Allah jer yang tahu...

5 comments:

Unknown said...

Hahahahaha,
awk mmg berani skg kan menjawab,
x mcm dulu....

saya suka:)

tuelah,
mcm2 promosi yg diorg buat,
tapi servisnya x seberapa pun...
:)

Anna said...

Whoaaa...hahahha..good one. Maxis ke, celcom ke..sama lembap tahap siput sedut...promo x hengat, nampak sgt nak menipu..airliur salesman...dulu pun akak pakai celcom..sbb kesiputannya tu terminate jer..bayar RM99/sbln servis cam hape...la ni guna jer offband..hehehe

Dah lama akak tak dgr nama Wohnen kan?. Awek rock nanyi serak2 tu....

attyfir said...

padan muka budak tu..syabas syuq..skrg2nya syuq berani bersuara.

n.u.k.i.l.a.n said...

saya sokong...a.syuq..betul tu..pomote kat stesen LRT universiti.. tak tau kita dok kat apartment belakang tu..nak access internet pown cam hampeh.. ase cam nak p perambat je bebudak tu..aish...

dyea irdina said...

nasib budak tu tak nangis syuq..klu tak saja je ko kn pujuk..hahahha..tp betul la internet axcess kat melisia ni cam sialkan..dah la agak mahal (mahal la bg orng tak kerja cam akak ni)