Followers

Friday, July 8, 2011

Sana Sini Jammed

Assalamualaikum pembaca semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Kala ini aku sedang dalam perjalanan ke Shah Alam. Seboleh mungkin aku cuba keluar dari Kuala Lumpur sebelum malam bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Ternyata dugaanku hampir betul. Kesesakan yang melampau telah terjadi di Federal Highway menghala ke Shah Alam. Malahan kat Shah Alam sendiri pun sudah mengalami kesesakan terutamanya di bulatan dan persiaran kayangan.

Semua sedia maklum apa yang akan berlaku esok hari. Pelbagai kemungkinan akan terjadi. Tapi bagi aku benda ni ada pro dan kontranya. Ini lah kontranya yg sedang aku hadapi. Nampak kecil tapi sebenarnya besar bagi sesetengah individu. Orang hanyak bertindak pada sebelah pihak tanpa memikirkan kesannya pada pihak yang lain.

Sebelum melakukan sesuatu pekara tu, kaji baik buruknya. Pro dan kontranya, kesan dan akibatnya. Kalau benda ni dapat diselesaikan secara baik, apa salahnya dilakukan rundingan. Betul juga kata pepatah Melayu. Dua ekor gajah bertelagah. Pelanduk yang mati tersepit. Fikir-fikirkanlah...
Published with Blogger-droid v1.7.2

1 comments:

N A Z M I E S K I said...

Bersyukurlah dilahirkan di negara yg Aman dan damai. Org yg buat demo nie langsung tak bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan. Saya setuju dgn pendapat abg syuq tu. Patut buat rundingan je. Sebab ia akan melibatkan org yang tak berdosa.