Followers

Wednesday, November 26, 2014

Review Filem: Spirit of The Evil

Agak lama tai review pasal film kan. Semalam entah macam mana aku boleh terfikir nak tengok wayang. No plan. Just select the movie and enjoy.

Genres filem kesukaan aku dah semestinya filem seram dan thriller. Masa tengok trailer filem ni; Spirit of The Evil, aku jangkakan sebuah filem seperti Evil Dead. Tapi aku silap…

Berlatar belakangkan abad ke 18, seorang saintis yang mengembara akhirnya terdampar di sebuah perkampungan terpencil di kawasan pergunungan. Kampung tersebut menyimpan misteri selama setahun yang tidak terungkai tentang kematian anak gadis ketua komuniti kampung tersebut. Kematiannya yang menjadi persoalan dan penduduk kampung mengaitkannya dengan sejenis makhluk bertanduk 8 yang bernama Viy.

Cerita bermula bila ketua kampung tersebut meminta bantuan saintis tersebut; Jonathan Green untuk membuat peta kawasan kampung dan beliau meminta Green untuk bermula di sebuah gereja yang telah menjadi kawasan larangan di kampung tersebut. Kerana terdesak untuk kembali ke England, Green menerima pelawaan tersebut tanpa mengetahui ada kisah disebaliknya…

Filem ini terlalu sarat dengan babak imbas kembali bagi menerangkan dan meyakinkan penonton bahawa Spirit of The Evil ialah sebuah naskah pengkisahan hantu dan jembalang. Malahan Paderi kampung tersebut bercerita perihal yang sama tentang hantu dan syaitan yang berkeliaran mengelilingi kampung, menambah keyakinan penonton bahawa hantu dan jembalang adalah wujud. Tapi anda silap!

Plot ceritanya dan garapannya kurang memuaskan. Anda kena pantas mencernakan semuanya kerana sebelum anda sempat habis berfikir anda telah dibawa ke plot yang selanjutnya. Di hujung penceritaan, babak-babaknya mula menjadi lembab dan perlahan dan di pengakhiran akan timbul beberapa persoalan yang tak terjawab.

Sinematografinya agak kemas tetapi kesan bunyi khasnya tidak mengambarkan perjalanan filem tersebut. Sepatutnya awal-awal lagi aku dapat mengagak berdasarkan kesan bunyinya, Tapi aku terlalu leka memikirkan; Jenis hantu apa cerita ni?

Aku bagi 3.5/5 Bintang. Bagi mereka yang gemarkan filem bergenre mistik, pergilah menonton

0 comments: