Followers

Thursday, July 29, 2010

Madu Oh Madu

Salam semua... Salam pagi Khamis yang ceria indah dan permai... Semoga hari Khamis yang menghampiri ambang Ramadhan memberi sejuta rahmat buat aku dan kamu semua.

Semalam, seperti kebiasan hari Rabu malam Khamis, sesudah aku bernekad mahu menceburkan diri dalam bidang MLM, aku mengikuti BP yang disediakan oleh syarikat. Kebiasaannya aku akan pergi bersama-sama sahabat aku Fairuz. Aku tidak pasti bagaimana aku boleh tertarik untuk menceburkan diri kerana sememangnya aku amat membenci MLM.

Mungkin kerana keberkesanan produk yang telah diperakui serta disertakan pengakuan beberapa orang testimonial begitu mengujakan. Bukanlah aku terlalu taksub dengan wang ringgit yang ada kat dalam beg tetapi aku taksub bagaimana orang yang seberat 80kg boleh mengurangkan berat badan sebanyak 13kg dalam masa sebulan dengan hanya minum SD2 tanpa menyekat selera makan mereka... cukup mengujakan sebab aku sendiri menyaksikan didepan mata, lantas aku teringin untuk mencubanya serta merasai sendiri keberkesanannya. Sesungguhnya aku memang menghadapi masalah berat badan. Walaupun orang ramai kata berat badan aku dah ideal, tapi bukanlah berat badan yang aku impikan.

Aku teringat bagaimana aku berjuang untuk menurunkan berat badan. Dengan diet dan Exercise tanpa henti dan aku hanya berjaya mengurangkan 2kg dalam jangka masa 2 bulan. Kalau kamu semua ditempat aku, tidakkah kamu mahu tahu rahsianya dan mahu mencubanya sendiri?

Ok. Kita berhenti bercerita pasal produk SD2. Kalau betul-betul berhasil seperti yang diwar-warkan, aku akan promote besar-besaran produk ni. Di sini :-) Sekarang ini aku dalam peringkat mengeksperimentasikan diri aku dengan produk ini. Sekarang berat aku 67kg dan aku mahu menjadi 63kg beserta saiz pinggang 34inci menjadi 31inci.

Berbalik pada tajuk diatas, selepas BP, aku beserta beberapa kenalan kami, supper di sebuah restoran mamak. Hu hu hu. Kalau kamu tengok mereka ni semua makan, macam tak hengat dunia tapi badan comel-comel belaka. Jeles sungguh aku... aku seperti kebiasan terpaksa makan makanan yang kurang kalori kerana takut kegemukan.

Tengah asyik bercerita dan berkongsi ilmu, aku terpandang lirikan mata seorang sahabat aku ni. Begitu asyik melihat perempuan-perempuan disebelah beliau. Yang lain pula seronok bercerita kisah gewe-gewe. Pada hal mereka semua sudah terikat secara sah dengan wanita bergelar isteri. Tidak cukup satukah mereka ini?

Aku mengutarakan pendapat aku; walaupun poligami itu halal disisi Allah tapi aku tidak berapa menyukainya. Berpoligami seperti suatu pengkhianatan seorang suami kepada isterinya... Menduakan kasih isteri untuk sehidup semati. Sedangkan isteri berhempas pulas untuk membahagiakan suami tetapi kenapa suami masih ingin menambah satu lagi? Tidak puaskah dengan seorang isteri? Siapalah aku untuk mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Aku hanya bercerita berdasarkan pengalaman aku. Bukan pengalaman aku berpoligami. Tetapi pengalaman insan-insan yang ku sayangi disekeliling aku.

Aku bertanya dengan seorang sahabat aku; andai kata beliau bermain mata dengan seorang perempuan dengan hanya sekadar niat mahu mengusik sehingga menyebabkan perempuan itu jatuh cinta dan sanggup dimadukan dan secara tidak langsung beliau pun berkemampuan, apakah beliau akan meneruskan untuk berkahwin? Terkedu sedikit beliau.

Maka ketika itu keluarlah fatwa Abg Hisham... Bercerita pasal lori terlebih muatan. Lori diciptakan memang untuk membawa muatan yang kadang-kadang mencecah 1 tan tetapi rodanya kecil. Semua lori sama jer. Akan tetapi eksovernya yg berlainan tulah yang digunakan untuk menampung berat muatan lori.

Aku tahu. fatwa Abg Hisham itu untuk menafikan pendapat aku. Dan aku mengakuinya... Cuba renungkan disini. Bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak, kadang-kadang mereka pun terkurang dan terlebih dalam melayan karenah anak-anak. Bukannya mudah untuk memuaskan dan memenuhi kehendak anak-anak. Inikan pula untuk membina masjid satu lagi... Bukan mampu ke tidak yang menjadi ukuran. Tetapi mampu ketidak untuk mentadbir masjid yang dibina satu lagi tu...

Aku bercerita disini sekadar untuk renungan kita bersama. Salah dan silap diatas penulisan aku ini, aku memohon sejuta kemaafan. Lain orang lain pendapatnya... Madu itu memang manis. mendapat payung emas disyurga memang indah. Tetapi berapa kerat yang rasa madu itu manis dan berapa kerat yang rasa payung emas itu indah. Tepuk dada, tanya diri sendiri...

Friday, July 23, 2010

Kemaruk

Salam semua... Salam petang Jumaat yang hening nan indah. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah segala urusan yang tidak berkenan dihati. Tak mahu lagi bercerita pasal benda-benda yang tak sepatutnya. Aku mampu menerimanya dengan berlapang dada, jauh dari sifat aku yang sebenar yang suka memberontak.

Kamu semua pernah taksub dengan sesuatu perkara? Contohnya macam taksub mengumpul keychain. Pantang je jumpa keychain pelik, mesti beli... Taksub dengan cerita atau drama di televisyen. Kalau terlepas satu episod macam tak senang duduk... Pernah ke kamu semua mengalaminya?

Aku dulu terlalu taksub dengan cerita Harry Potter. Sanggup berebut nak membeli Deathly Hallows masa mula-mula release kat pasaran Malaysia. Semua siri buku Harry Potter aku memilikinya. Begitu juga dengan koleksi filemnya.

Masa berlalu... Aku masih lagi meminati Harry Potter. Masih menanti filem terakhirnya menjengah panggung wayang Malaysia. Taksub menonton trailernya. Tapi tidak sekemaruk dulu. Sekarang perhatian aku teralih. Aku teruja dengan kisah percintaan manusia dengan pontianak diserikan lagi dengan kehadiran serigala jadian... Cukup teruja

Aku hampir selesai menghabiskan Eclipse... Aku mengambil masa yang terlalu lama membaca buku berbanding dengan manusia biasa... (ha ha ha. Berangan jadi pontianak ke?). Makan masa berhari-hari. Malah boleh jadi berminggu-minggu kerana aku terlalu sangat menyelami kedalam jalan ceritanya... (tak kiralah buku apa)

Dalam kebosanan aku menghabiskan shift sehingga pukul 8.00pm semalam, aku google pasal Breaking Dawn, siri terakhir Twilight. Manalah tahu kalau aku terserempak dengan trailer filem tu. Aku menemui maklumat yang lain, yang membuat nafsu aku teruja ketahap taksub. Lepas kerja, aku terus ke Mid Valley. Cari ATM Machine, keluarkan duit, masuk MPH terus rembat Breaking Dawn yang hanya tinggal beberapa naskah lagi. Tak menyempat, aku terus buka pembalutnya dan mencari maklumat-maklumat yang tertentu... Menakjubkan. Aku sendiri pun terkedu.

Kalau kamu semua baca entry aku yang sebelum ini, aku langsung tak ambil kisah pasal siri twilight ni. Bagi aku, siri ni serupa dengan kisah cinta remaja ala fairy tales dan bukanlah sesuatu yang aku sukai dan gemari... Tapi aku silap. Ceritanya lebih daripada itu. Sangat berbeza antara filem dan buku. Dalam buku, olahan, garapan dan penceritaannya mampu membuat aku menahan berak untuk beberapa minit lagi. he he he. Aku tak lah kata filemnya tak best. Kalau tak best masakan aku sanggup menontonnya sehingga dua kali. Cuma kurang menyengat berbanding buku.

Itu semua selera masing-masing. Tak semua menyukainya. Aku pun sebegitu. Tapi itu dulu :-)

Wednesday, July 21, 2010

Pada Mu Ku Bersujud


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

pada-MU

*Pada wajah, terpercik ketenangan, gelora dihati, tiada siapa yang tahu...

Tuesday, July 20, 2010

Berita

Salam semua... Salam petang Selasa yang remang-remang senja diringi hujan gerimis. Aku masih lagi di opis menghabiskan sisa-sisa shift aku sehingga ke pukul 8pm...

Tengah hari tadi aku menerima khabar berita yang sudah aku sedia maklum melalui firasat aku, yang tidak seberapa. Tak mengapalah. Rezeki masing-masing. Mungkin rezeki aku takat ini sahaja tetapi aku bersyukur sekurang-kurangya aku masih lagi diberi nafas untuk menjadi khalifah dimuka bumiNya.

Kalau mereka ingat aku akan meroyan, terpekik terlolong, terjerit-jerit memaki hamun dan berdrama merayu berserta air mata bagai, sememangnya mereka salah orang. Bagi aku ini lumrah kehidupan. Aku sudah mencuba yang terbaik dan takat ini sahajalah yang mampu aku lakukan. Terpulang pada mereka untuk menilai dan menerimanya. Jikalau penerimaan mereka sebegini, aku terima. Kalau mereka sengaja membuat aku sebegini, Allah maha berkuasa... Membuat orang lain teraniya, kau akan dapat balasannya. Sekarang ini, Allah bayar debit... Cash... No kredit anymore.

Aku pun tak berapa betah lagi disini, beban yang selama ini berada dipundakku, terasa terlepas dan berasa ringan sedikit. Cuma mungkin terlalu awal dari jangkaan aku. Sekurang-kurangnya aku tak terikat lagi. Lepas bebas...

Tapi seperti kebiasan perangai aku, kalau orang palitkan tahi kat aku, aku akan balas balik. Tunggu dan lihat apa yang mampu aku lakukan ;-)

Monday, July 19, 2010

Marathon Lagi

Salam semua... Salam petang Isnin yang hening. Minggu ni aku kerja shift petang. Jadi ada dua jam masa untuk berjimba-jimba sebelum aku menutup library. He he he. Semenjak dua menjak ni internet aku bermasalah sedikit. Susah nak update, reply comments dan terjah blog. Sama ada DiGi line bermasalah ataupun whitey bermasalah. Kat opis pula, segan nak buka blog sebab bos sentiasa ada. Boleh buka kalau nak, tapi lebih baik tak payah buka. Jadi attitude aku nampak macam cantik dan bersih sikit. Kali ini boleh update sebab bos aku dah balik. he he he.


Jumaat dan Sabtu lepas, aku berkesempatan bermarathon lagi menonton wayang. Kali ni pecah rekod. Dalam tempoh 24jam aku tengok 4 filem. Bermula malam sabtu, aku memilih cerita Despicable Me. Cerita ni mengisahkan Gru seorang pencuri professional yang mencuri benda-benda yang menjadi perhatian seluruh dunia. Benda terakhir yang dicurinya ialah Skrin Jumbo TV New York Time Square. Gru seorang yang langsung tidak mempunyai perasaan, tidak berperikemanusian dan bangga dengan perkara-perkara yang dilakukannya.

Suatu hari tersebar cerita piramid di Mesir telah dicuri yang meletakkan diri Gru bukan lagi antara pencuri yang terhebat. Maka di merancang satu plan untuk mencuri bulan dengan cara mengecilkan bulan menggunakan pistol pengecil. Disini bermulalah agenda Gru dalam misinya mencuri bulan. Mula-mula Gru memohon bantuan kewangan dari Bank of Devil untuk membina roket, tetapi ditolak atas sebab hasil pencurian Gru yang tidak mendatangkan keuntungan kepada bank. Disinilah Gru berkenalan dengan Vektor seorang yang naif tapi telah mencabar kewibawaan Gru kerana Vektorlah yang bertanggungjawab atas kehilangan piramid di Mesir. Atas sebab itu, maka Gru berusaha untuk membuktikan bahawa dia masih lagi seorang pencuri terhebat abad ini. Bermacam cara digunakan termasuklah mengambil 3 orang anak angkat yang bernama Margo, Agnes dan Edith. Watak Agnes paling comel sekali.

Disebalik kisah Gru, terselit kisah menyayat hati tiga orang budak terbabit. Dimana mereka dibesarkan disebuah rumah anak yatim. Saban hari mereka keluar menjual biskut dan antara pelanggan mereka adalah Vektor. Setiap malam mereka berdoa semoga suatu hari ada insan yang baik hati yang sudi mengambil mereka sebagai anak angkat...

Opss... kalau aku citer sampai habis, tak best la kan. Apa kata kamu semua luangkan masa bersama-sama keluarga menonton cerita ni. Tak rugi. Bagi aku inilah cerita kartun terbaik yang aku tonton selepas Kung Fu Panda. Penuh emosi, lawak jenaka, kekecewaan, kegembiraan dan juga perasaan marah dan geram. Semua elemen di campur dan diolah serta diadun menjadi satu serita yang penuh rencah dan warna warni. Walaupun jalan ceritanya yang simple tapi pengolahannya membuat penonton teruja untuk mengetahui setiap kesudahannya.

Ada juga beberapa kelemahan dalam cerita ni. Watak tiga budak tu kurang diperkembangkan dengan baik. Seperti asal usul mereka dan pertalian antara ketiga-tiga mereka. Apa pun aku bagi 5 bintang untuk cerita ini. Kenapa? sebab cerita ini mampu membuat aku ketawa dan berasa sedih serentak...

Filem seterusnya; Eclipse. Ha ha ha. macam tak percaya aku menontonya untuk kedua kali dengan rela hati. Jarang sekali aku menonton filem dua kali di panggung. Setakat ni Harry Potter and The Goblet of Fire dan Pontianak Harum Sundal Malam II yang aku menontonnya sebanyak dua kali, itu pun sebab terpaksa...

Eclipse aku sudah ceritakannya pada entry yang lepas. Kali ini aku menontonnya tidak berseorangan. Hari Sabtu yang damai, aku ada date dengan hanny. Kami menonton wayang bersama. Tiga cerita sekali. Siapa hanny. ha ha ha. Biarlah rahsia. Aku pilih Eclipse pun sebab aku tahu, Twilight Saga antara filem kegemarannya. Macam aku cakap, Eclipse bukanlah filem yang akan melekat kat kepala otak aku untuk tempoh jangka masa yang lama tapi boleh dikatakan terbaik berbanding Predators dan jufa terbaik dalam kelompoknya yang tersendiri.


Selepas lunch ala kadar kami masuk panggung lagi. Filem seterusnya, Inception. Filem yang agak berat temanya. Selepas matrix, aku menanti-nanti filem yang mampu membuat aku teruja disebabkan kewujudan dunia lain selain dunia realiti. Cerita ini mengisahkan Dom Cobb seorang pencuri maklumat dari minda melalui mimpi seseorang. Tugas terakhir beliau membawa beliau bertemu Saito, seorang ahli perniagaan korporat.

Dalam misi terakhir Cobb mencuri maklumat daripada mimpi Saito, beliau kehilangan seorang arkitek perancang mimpi dan Saito yang mengkagumi kelebihan Cobb menawarkan peluang pekerjaan dalam misi menanam idea, maklumat dan pemikiran palsu (dalam cerita ni benda ni ada istilahnya yang tersendiri dan aku terlupa...) dalam pemikiran pesaing dia; Fisher melalui mimpi dengan ganjaran, nama cobb dibersihkan dari tuduhan membunuh isterinya Mal dan dapat bertemu kembali dengan anak-anaknya.

Melihat peluang yang ada didepan mata, Cobb bersetuju dan mula mengumpul ahli-ahli pasukannya yang terbaru selain Arthur termasuk ahli kimia Yusuf, pakar arkitek yang masih lagi belajar Ariadne, dan pakar penyamaran Earnes. Misi kali ini disertai Saito sendiri sebagai seorang pelancong. Apakah misi mereka berjaya? Siapa pula yang membunuh Mal. Anda saksikan sendiri... :-)

Dunia mimpi dan realiti lebih kurang sama. Tiada tenaga yang luar biasa, kehebatan dalam seni bela diri dan pertarungan diluar batasan minda kita. Semuanya berlaku secara semulajadi kecuali ia terjadi didalam mimpi. Aku sendiri tak pernah terfikir cerita yang sebegini. Anda jangan terkejut, dalam mimpi, mereka mampu bermimpi lagi dan dalam mimpi tersebut, mereka bermimpi lagi...

Cerita ini sehebat The Matrix, tu yang mampu aku katakan. Sesi pertarungan dalam graviti sifar cukup mengujakan aku. Setiap babak mampu disempurnakan dengan baik dan teliti. Cuma satu sahaja. Setiap plot diolah terlalu pantas dan kadang-kadang aku terasa pening untuk memahaminya. Permulaan cerita yang agak terklimaks sedikit, membuat aku tertanya-tanya siapa penjahat yang sebenarnya... Watak Cobb agak merumitkan dengan kisah silam beliau yang sering menghantui diri beliau sendiri sehingga beliau takut untuk menjadi arkitek mimpi, pada hal beliau adalah antara arkitek mimpi yang terbaik. Satu lagi, aku rasa tiada sebab Saito harus ikut serta dalam misi ini melainkan penerbit mahukan cerita ini kelihatan berbeza dipermulaannya. Aku akui, cerita ini sedikit berbeza dari cerita yang lain diawal permulaan.

Pengakhiran cerita ini cukup mengujakan. Berkemungkinankah akan ada Inception 2. Sungguh sayang jika cerita seperti ini ditamatkan sebegitu sahaja. Untuk Inception, aku bagi 3 setengah bintang. Bagi penggemar filem Matrix, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya.


Selepas Inception, kami pergi mencari toilet dan cari makanan untuk diseludup masuk untuk filem yang seterusnya. Kali ini aku memilih filem melayu genre seram; Mantra.

Mungkin melalui trailer filem tersebut kita disajikan dengan adengan-adengan yang terasa boleh meremangkan bulu roma. Seperti kebiasaannya filem melayu lebih indah trailer dari ceritanya... Inilah cerita seram yang paling tak seram sekali yang pernah aku tonton. Aku rasa rata-rata orang dalam panggung kecewa dengan filem ini. Filem ini bukanlah terlalu hampas sangat. Bagi aku jalan ceritanya menarik, kuat dan disertai pelakon-pelakon yang berwibawa tetapi garapan dan pengolahan cerita ini sungguh mengecewakan. Aku tak nampak apa elemen seram yang cuba ditampil oleh pengarah. Filem Zombie Kampung Pisang tu lagi bagus dari Mantra.

Jangan salahkan kenapa orang kita tak suka tengok filem sendiri kalau inilah keberhasilannya... Sunguh mengecewakan. Cerita seram menjadi cerita kelakar. Dengan RM12 aku rasa tak berbaloi sangat dan layak tengok DVD cetak rompak RM5 jer. Jangan marah dan cepat melenting... Tapi seharusnya Mantra boleh dihasilkan dengan lebih bagus lagi ditangan orang yang lebih kreatif.

Cerita sehebat mana pun, tapi bila ditangani oleh orang yang tak sesuai, cerita tu akan hancur juga. Aku tak mahu ulas panjang cerita ini dan aku tak galakan kamu semua menontonnya sebab indah khabar dari rupa. Tunggu sahajalah versi cetak rompaknya dipasaran. Itu mungkin lebih berbaloi...

Habis sudah cerita pasal marathon. Aku pulang dalam kepuasan yang maksima. Sebab aku dapat menonton filem-filem yang aku mahu walaupun filem terakhir sedikit mengecewakan. Minta maaf kalau aku terlalu mengasari filem Mantra. Sebab aku mengharapkan sesuatu yang berlainan dari filem tu...

So, hanny. I'm waiting your review from your perception. Janganlah blog tu dibiarkan terus berhabuk yer... :-)

Thursday, July 15, 2010

Mengimbau Kenangan Bersama Sarah

Salam semua... Salam pagi Khamis yang hening dan ceria. Cerita ni terjadi masa hujung minggu yang lepas pada hari Ahad. Hari Sabtunya aku bekerja, kemudian marathon menonton wayang. Ahad pagi aku keluar berjalan-jalan dengan Sarah. Sarah ni kawan masa aku buat Diploma dulu kat UiTM Shah Alam. Satu kelas tapi lain batch. Aku join kelas dia atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Berjanji dengan Sarah pukul 11.00am. Tapi aku sampai Shah Alam dalam pukul 12.15pm, lebih kurang macam tu. Terlewat lebih satu jam. he he he. Nasib Sarah sporting...

Mula-mula kami ke Kenny Rogers. Aku lapar dan dia pun lapar. Aku memang teringin nak makan ayam kat Kenny Rogers tu selepas aku dengan adik aku banned Kenny Rogers kerana servicesnya yang kurang memuaskan hati kami. Tapi sekarang ni services dia dah tip top balik. Mungkin dibawah pengurusan yang baru.

menu pilihan kami.

Selepas makan, kami menyusuri bangunan Plaza Alam Sentral sebelum menuju ke Shah Alam City Centre (SACC Mall) dengan matlamat mencari beberapa buah buku. Di SACC Mall, MPH dan Ezy Video menjadi tempat persinggahan kami. Lama juga kat situ. Aku membeli beberapa buah novel nukilan Kak Norhayati Berahim. Ada beberapa buah yang aku tak jumpa, ada terjual di MPH SACC Mall. Di Ezy Video pula aku terjumpa Koleksi Album Kitaro The Deluxe Audio and Visual Collection. Rembat gak. Aku ni jenis yang kalau dah terjumpa sesuatu benda tu dan aku berkenan atau memang aku tengah mencari, wajib membelinya... Sebab kebiasaannya, aku takkan jumpa lagi benda tu untuk kedua kalinya.

Tanpa sedar, masa pantas berlalu... Tau-tau jer, hujan dah lebat kat luar. Kami pun singgah lepak kat sebuah kedai donut yang dulunya francais Starbucks (aku lupa nama kedai donut tu...) Sebelum tu haruslah singgah ke kedai-kedai perfumes dulu.

Dari SACC Mall kami masuk balik ke Kompleks PKNS. Marwillis Publisher menjadi pilihan. Disitu aku membeli sebuah lagi novel berunsurkan keislaman. Aku rasa cukuplah untuk 2, 3 bulan akan datang. Di Kompleks, kami merayau-rayau ke kedai buku yang lain pula. Kedai-kedai lain pun wajib masuk. Aku membeli beberapa barang perhiasan rumah. Selepas tu kami melepaskan lelah di McDonalds. Makan Mc Flurry jer. Sambil bercerita dan mengimbau balik kenangan masa zaman-zaman belajar dulu. Sedar tak sedar, 10 tahun dah berlalu. Terasa macam baru semalam aku berkenalan dengan Sarah. Dan terasa baru semalam aku berkenalan dengan yang lain-lain juga; Kak Zana, Loyd, Sharizal, Diana, Moon, Muza, Farasela, Laila, Shal. Mereka ini masih berhubung lagi dengan aku. Sama ada melalui Facebook atau telefon. Zaid, Amir, Safa... Mereka tak dapat dikesan... (sekadar menyebut beberapa nama... yang tak tersebut, jangan berkecil hati, kalian tetap ku ingati...)

Akhirnya, atas persetujuan Sarah, kami buat sedikit perkara yang agak giler. Masa tu jam sudah melewati pukul 6.30pm. Kami menyusuri Tasik Shah Alam menuju ke Seksyen 2; mengimbau balik kenangan masa-masa dulu. Banyak yang dah berubah. Terlihat oleh kami muka-muka baru budak-budak UiTM... Dulu Tasik, Kompleks dan Seksyen 2 menjadi lokasi lepak king kami. Kini anda pula.

Taman Tasik Shah Alam


Tasik Shah Alam


7E yang tak berubah rupa


Ada KFC dah


gerai Seksyen 2 yang dah berubah rupa

Tasik pun dah banyak berubah rupa. Begitu juga dengan gerai-gerai di Seksyen 2. Dah ada KFC. Seven Eleven masih kekal berdiri seperti dulu. Gerai Sabariah Tom Yam, tempat selalu aku melepak dengan Sarah, Safa, Moon, Loyd, Kak Zana sambil menikmati Nasi Goreng Cendawan dah tak der. Abang waiter yang selalu mengambil order kami ketika itu sudah pun bekerja di kedai yang menjual barangan cenderahati (kalau tak silap aku...)

Di Menara Sultan ni la Fakulti aku sebelum berpindah ke bangunan baru yang sekarang menjadi Fakulti Sains Sukan

Hajat dihati nak pekena ABC. Tapi memandangkan aku berjalan dengan anak dara, maka batalkan hasrat untuk melepak lagi hingga kemalam. Selepas menghantar Sarah menaiki teksi pulang kerumah dia, aku pun bergerak balik ke Vista dengan seribu satu kenangan menyesak dada...

Wednesday, July 14, 2010

Kisah Semalam

Salam semua... Anda semua sihat? Semoga diberi kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T. Minggu ni boleh dikatakan paling jarang sekali aku buka blog. Bos baru sentiasa ada dimana jua. Tahu-tahu dah muncul kat belakang. Ini pun buat entry ala merempit. Sebab bos aku baru nak lunch.

Semalam, penuh bersemangat aku datang kerja, alih-alih balik semula dengan MC. Aku kena keracunan makanan lagi. Tak pasti apa yang aku makan. Rasanya taklah berat mana. Apam balik, kuih peneram dan putu bambu. Bangun pagi masih ok lagi. Bila sampai office, kepala mula pening, loya nak muntah, nak terbuang air besar. Bila buang air besar, bukan najis yang keluar, tapi air. Aku rasa terlalu letih dan lesu sangat.

Tengah hari tu aku dah tak tahan, minta balik awal. Pergi klinik dan doktor sahkan memang keracunan makanan. Aku jarang kena demam. Alhamdulillah, sistem imuniti badan aku kuat menangkis segala jenis kuman. he he he. Cuma yang ini sahaja. Bila tersalah makan, jadi racun pula.

Mata aku melilau-lilau menaip entry ni. Mana tau, tetiba bos aku muncul dari belakang. Terasa diri ini macam pencuri pula. Ha ha ha. Dulu tak berbos, boleh la aku berjimba-jimba dengan Fizah. Library ni macam rumah aku. Ye lah, kan Executive Director aku dah cakap, buat library ni macam rumah kamu sendiri. Jadi aku buat macam rumah aku lah... Pakai selipar, selebet je, sememeh... La, kata dah rumah. Kat rumah aku macam tu lah. Alih-alih, kena tegur dengan Vice Chancellor aku... Tu pun dapat tahu, daripada orang, atas orang. Kononnya beliau tak nak Librarian beliau kesana kemari pakai selipar tandas... Ha ha ha. Kat rumah aku sebegitu. jadi aku implementlah kat rumah ketiga aku disini :-)

Shhh... Bos aku da sampai... daaaa

Monday, July 12, 2010

Dunia Baru

Salam semua... Salam Isnin yang sungguh "biru's"... Aku menaip entry dengan teramat pantas... Asalkan berupdate. Boleh? ekekeke...

Menerima kunjungan bos baru. Jadi kena tunjuk rajin (tunjuk rajin depan bos jer). Opsss... Beliau sudah melintas... Tadaaaa

(seminit jer wat entry ni. Pecah rekod...)

Sunday, July 11, 2010

Marathon

Salam semua... Salam pagi Ahad yang indah dan ceria. Hari ini ada date dengan salah seorang teman sekuliah masa diploma dulu. Itu pun plan yang tidak dijangkakan. Aku dah banyak kali juga keluar ngedate dengan dia.

Kelmarin bila aku tau, aku tak berpeluang menyertai gathering gengblogger, aku merancang sesuatu untuk menghabiskan baki hari Sabtuku selepas kerja. Jadi selepas kerja petang Jumaat yang hening, aku bergegas ke Mid Valley untuk membeli tiket wayang. Dalam waktu yang sama, aku juga nak mengambil cermin mataku yang sudah siap ditempah.

Aku lebih suka pergi membeli tiket dikaunter sebab boleh memilih sendiri tempat duduk yang aku ingini berbanding membuat tempahan. Selepas kerja semalam, aku bergerak ke Mid Valley. Subhanallah... Ramainya umat manusia. Sampai jalan jammed kesesakan. Orang terlalu ramai disegenap pelusuk Mid Valley sehingga aku berasa tak selesa sangat.


Mula-mula aku tengok Eclipse. Sequel untuk filem Twilight. Seperti yang kamu semua baca entry aku sebelum ini, Twilight bukan filem pilihan aku. Secara jujurnya, aku sendiri pun tak mengerti, tak faham dan tak ambil kisah pasal cerita ni. Sehinggalah adik aku mengenalkan buku Twilight: New Moon dalam naskah Bahasa Melayu. Baru aku tahu filem ni best.

Sebelum ke panggung aku buat research dan menonton filem-filem twilight terdahulu supaya aku faham jalan ceritanya. Sebenarnya aku boleh mengetahui kisah selanjutnya melalui buku-bukunya. Sebab aku sudah memiliki hampir kesemua koleksi Twilight dalam masa tak sampai 1 minggu. Macam dah kemaruk sangat pula. Serupa macam kekemarukan aku dengan siri Harry Potter.

Eclipse masih meneruskan legasi konfrontasi antara Serigala Jadian dengan suku sakat Pontianak dalam mempertaruhkan nyawa mereka untuk melindungi Isabella Swan, gadis yang dicintai oleh Edward Cullen dari suku pontianak dan Jacob Black dari suku serigala jadian. Kali ini penonton dapat melihat sendiri gelojak asmara yang ada dalam diri Bella. Dia mencintai Edward, dan dalam waktu yang sama dia juga menyayangi Jake, yang mana kisah cinta tiga segi ini akhirnya memihak pada diri Edward.

Dalam filem ini juga penonton akan menyaksikan buat pertama kalinya suku Pontianak dan Serigala Jadian bergabung tenaga bagi melindungi Bella dan Bandar Forks dari ancaman tentera Pontianak yang dicipta oleh Victoria bagi melunaskan dendam atas kematian kekasihnya...

Bagi aku filem ini secara keseluruhannya hampir tiada cacat cela. Macam yang telah direviewed oleh Adam Arjuna, setiap watak dikembangkan secara bersepadu; dari mana asal usul mereka ni... Berbanding dengan naskah buku, jalan penceritaan di filem lebih ketat dan kemas. Dua bab dalam sebuah buku, boleh digarap menjadi satu ke dua babak tanpa tertinggal plot-plotnya yang penting. Cuma sedikit menjengkelkan bagi aku bila setiap masa Bella dan Edward sentiasa berkepit disusuli dengan ciuman-ciuman ghairah daripada mereka berdua...


Filem kedua yang aku tonton dalam masa tak sampai 30 minit selepas Eclipse ialah Predators. Apa yang aku nampak disini, Kisah predators ni masih tidak berubah format dari zaman Arnold Schwarzenegger, Danny Glover dan sekarang Adrien Brody (yang aku rasakan beliau terlalu jambu untuk membawa watak hero dalam filem ini, mungkin kerana peranan beliau sebelum ini yang lebih menjurus kearah lelaki romantik macam filem KingKong) cuma kali ini di set yang berbeza (disebuah hutan jauh dari planet bumi) dan juga corak pentempuran yang berbeza, misi yang berbeza serta latar belakang sejarah kehidupan manusia yang berbeza-beza.

Bezanya kali ini manusia diletakkan sebagai mangsa buruan bagi predators dalam mengenal pasti kelemahan mereka sebagai pemangsa. Kesemua manusia ini dipilih berdasarkan kemampuan, skill serta kebolehan mereka dalam mengatasi pihak lawan. Ada diantara mereka adalah pembunuh, pesakit mental yang psycho, pembunuh upahan, yakuza, mafia dan sebagainya. Mereka diletakkan disuatu kawasan hutan disebuah planet dan diburu oleh predators

pelbagai cara dan taktik digunakan bagi memerangkap manusia terutamanya sifat perikemanusian manusia yang tidak bertempat yang suatu ketika boleh membunuh diri sendiri. Manusia sendiri berusaha untuk mempertahankan dan melepaskan diri dari diburu dan dibunuh oleh predators ni

Penceritaan dan garapan filem ni agak tergantung. Tiada maklumat terperinci mengapa mereka dihantar ke planet tersebut melainkan dari andaian yang mereka sendiri buat dan siapa yang menghantar mereka masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kepenghujung filem.

Cuma dua filem untuk marathon kali ini. Kebiasaannya aku akan mengambil 3 atau empat filem dalam masa tak sampai 24jam. Tapi disebabkan hari ini ada date, maka aku batalkan hasrat untuk bermarathon sejimba-jimbanya.

Kalau ditanya berapa bintang aku nak bagi pada kedua-dua filem ni? Eclipse aku bagi 3 bintang sahaja walaupun hampir sempurna tetapi bukanlah filem yang akan kekal dalam kepala otak aku untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Mungkin kerana filem ini lebih menjurus kearah percintaan romantik berlatar belakangkan kisah Pontianak dan Serigala Jadian jauh dari yang aku harapkan; sesuatu yang lebih thriller dan lebih mencabar.

Bagi filem Predators, tiada bintang yang mampu ku beri. Sebabnya mudah. Walaupun banyak perbezaan antara Predator 1, 2 dan Predators, tapi motif penceritaannya tetap sama. manusia sebagai mangsa buruan. Bersedialah untuk mendengar segala jenis ayat caci maki dalam filem ni...

Saturday, July 10, 2010

Aku Keseorangan

Salam semua... Salam pagi Sabtu yang indah dan mendamaikan. Pagi Sabtu yang lain dari yang lain bila aku kena bekerja pada hari ini. Setiap hari Sabtu, warga perpustakaan di kolej ini, mempunyai rutin giliran bekerja pada hari Sabtu sekali dalam sebulan. Kali ini giliran aku pula.

Dikala sebahagian blogger-blogger lain berjimba-jimba di Putrajaya, aku duduk termangu keseorangan menanti kedatangan pelajar yang keluar masuk ke perpustakaan. Beberapa hari yang lepas aku hampir-hampir menghubungi Joegrimjow bagi menyatakan yang aku mahu mengikuti gathering gengblogger. Bila melihat tarikh yang tertera, aku mula terasa cuak. Mungkin hari Sabtu, mungkin jua hari Ahad dan aku pun tak berapa pasti. Tapi memang bukan rezeki aku, gathering jatuh hari ini bersamaan rutin kerja hari Sabtuku...

Mula-mula aku berfikir, aku boleh cuba mengatasi penindanan masa. Aku mempertimbangkan untuk meminta bantuan Kak Yana menggantikan aku. Tapi dalam masa beberapa hari yang lepas, aku melihat Kak Yana langsung tidak mengaktifkan YM dia yang menjadi nadi penghubung kami. Ini bermakna secara rasminya Kak Yana tengah bercuti sakan dengan family dia. Terfikir pula untuk meminta bantuan Umar. Teman seangkatan yang baru menjadi warga perpustakaan di kolej ini. Bila difikirkan semula, tidak wajar aku meminta bantuan dia yang masih baru lagi dan memerlukan pendedahan yang lebih dinamik.

Bila difikirkan lebih lanjut dan mendalam, rasanya tidak wajar pula kalau aku meminta bantuan orang lain menggantikan rutin Sabtuku minggu ini. Sedangkan aku pergi berseronok dan berjimba-jimba.

Mungkin ini juga bukan masa yang sesuai untuk berkumpul dan bersuai kenal dengan para bloggers yang lain. Tapi pelik rasa dihati. Setiap kali ada anjuran yang berkaitan blogger, mesti aku tak dapat turut serta disebabkan masalah-masalah seperti ini... Ataupun bukan rezeki aku lagi untuk bertemu dengan meraka. Wallahuallam...

Friday, July 9, 2010

Cerita Kedai Kopi

Salam semua... Semoga Jumaat hari ini memberi seribu keberkatan buat kamu semua. Teringat nasihat seorang kawan yang arif dalam hal-hal berkaitan agama. Kalau kita melakukan perkara-perkara sunat yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W pada hari Jumaat, hendaklah dilakukan sebelum Solat Jumaat dan sekiranya dilakukan selepas Solat Jumaat maka tidak dikira sebagai amalan sunat... Wallhuallam. Kesahihan pernyataan beliau, aku tak mampu menyokongnya dengan hadis mahupun ayat Al-Quran. Mungkin beliau lebih memahami selok belok agama berbanding aku yang naif ini.

Di sini aku ingin menceritakan beberapa kisah yang mungkin boleh diambil iktibar untuk kita semua. Mudah-mudahan menjadi pengajaran...

Kisah Makcik Si Penjual Sup
pada suatu hari, selepas habis kerja dalam pukul 8.00pm aku pulang kerumah. Mungkin rezeki aku hari itu, makcik yang selalu menjual pelbagai jenis sup, masih meneruskan jualannya. Hari itu, mungkin nasibku kurang baik. Bihun sup yang menjadi kegemaran aku sudah habis terjual. Yang tinggal hanya laksa dan mee. Aku memilih mee dan seperti kebiasaan aku meminta daging lebih. dan dikenakan harga tambahan sebanyak 50sen menjadi RM3.50. Aku menghulurkan not kertas RM5. Kesian aku melihat makcik tu mencari baki duit, maka aku halalkanlah baki yang 10sen tu. Lalu dihulurkan kat aku RM1.40. Aku bukanlah jenis manusia yang berkira. Tapi aku berasa pelik, besar sangatkah nilai 50 sen bagi makcik tu sedangkan keuntungan yang diraih mungkin berlipat ganda? Boleh dikatakan setiap kali makcik tu membuka gerainya, mesti jualan dia akan habis... Kebiasaan yang aku alami, peniaga yang menghalalkan jualan bukannya pembeli. sekarang terbalik...

Kisah Kakak Pekedai Runcit
Suatu hari, selepas pulang dari kerja, aku singgah ke kedai runcit. Membeli aiskrim dan juga dua potong buah. Masa nak membayar, tetiba terlintas difikiran aku nak buat lawak. Selepas dikira, jumlah yang perlu dibayar sebanyak RM4.80. Aku pura-pura menyeluk poket seluar kemudian memandang kosong kat kakak tu dan berkata; "Alamak kak, saya tak bawak duit lah... Boleh hutang dulu tak?". Kakak tu terkebil-kebil memandang aku, kemudian berkata; "Tak per dik, nanti dah ada duit, adik bayarlah...". Selepas itu aiskrim dan dua potong buah yang aku beli dimasukkan dalam plastik dan dihulurkan kepadaku. Selepas menyambutnya, aku menghulurkan not kertas RM5. Terkejut kakak tu... "Tadi kamu cakap, tak bawak duit?". Lantas aku menjawab... "Sajer jer kak. Gurau2 manja..." Kakak tu tergelak dan menghulurkan baki 20 sen. aku tidak mahu mengambilnya. Apa nilainya 20sen berbanding dengan kesudian dia nak memberi hutang kat aku walhal kedai tu bukan dia yang punya.

Kisah Abang Pemandu Teksi
Suatu hari, aku terlewat pulang kerumah dari Mid Valley selepas menonton wayang. Masa tu jarum jam menunjukkan hampir ke pukul 11.00pm. Aku menunggu teksi ditempat kebiasaan orang menunggu teksi. Waktu tu aku masih lagi menetap di Jalan Tenggiri, Bangsar. Aku bertanya sebuah teksi, mahukah pemandunya ke Jalan Tenggiri Bangsar? Pemandu teksi tu meminta aku RM20 sebagai tambang. Bagi aku RM20 tu terlalu besar nilainya berdasarkan perjalanan yang hanya memakan masa 10minit sahaja. Dari Mid Valley ke rumah aku ketika itu, bukanlah jauh sangat. Malah boleh pulang dengan berjalan kaki. Tapi disebabkan hari yang telah lewat, aku memilih untuk menaiki teksi. Kadar tambang RM20 tu juga tak logik kalau diambil kira masa yang belum mencapai tengah malam. Aku memutuskan untuk mencari perkhidmatan teksi yang lain. Aku menuju kejalan besar dan menahan teksi. Alhamdulillah, rezeki. Abang teksi tu mahu menghantar aku ke Bangsar dan menggunakan meter. Sampai ke destinasi, meter teksi tu menunjukkan angka 5.30. Aku menghulurkan not RM5 dan RM1. Selepas mengucapkan terima kasih aku terus keluar. Baki duit aku tak ambil. Rezeki abang teksi tu malam tu atas kejujuran beliau.

Kisah Adik Penjual Satay
Isnin lepas, aku ke pasar malam selepas pulang dari kerja. Kat kepala, macam-macam menu yang hendak dibeli. Sampai ke gerai satay, tempat biasa aku membeli satay, aku berhenti dengan niat mahu membeli. Aku cuma mahu lima cucuk sahaja sebab aku seorang yang makan. Adik penjual satay tu berkeras mahu menjual sataynya yang tinggal 20 cucuk tu dengan harga RM6 sahaja. Jimat RM1. Aku juga berkeras. Aku mahukan 5 cucuk sahaja. Siapalah yang nak menghabiskan kalau aku beli sampai 20 cucuk. Budak-budak serumah aku, bukanlah jenis yang kuat makan sangat macam aku. Jenuh aku memberi penjelasan mengapa aku mahukan 5 cucuk sahaja dan langsung tidak dipedulikan oleh adik penjual satay. Akhirnya aku kecewa dan mengeluarkan pernyataan... "Tak mengapalah dik kalau adik tak mahu jual, masih banyak lagi gerai yang menjual satay." Aku pun berlalu pergi dan si adik yang mungkin menggantikan abang dia yang biasanya berjualan, kehilangan aku sebagai pelanggan tetap. Minta maaf, aku takkan ke gerainya lagi dan sehingga aku mahu pulang kerumah, satay yang 20 cucuk digerainya itu masih belum laku-laku lagi...

Apa yang kamu semua dapat dari kisah diatas? Kisah-kisah diatas hanyalah sebahagian dari rentetan perjalanan hidup aku sebagai seorang pencari rezeki di kota metropolitan ini. Kita sama-sama mencari rezeki. Ada masanya kita perlu tegas untuk kepentingan diri kita dan ada ketikanya kita boleh bersikap lebih kurang dengan orang yang sewajarnya. Tak semua manusia yang kita jumpa tu mempunyai hati yang baik. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain warna. Adakalanya kita memandang wajah seseorang itu bersih, suci dan bersinar-sinar... Tapi kita kena ingat tak semuanya suci dan bersih semulajadi mungkin juga dari produk pemutih muka yang dipakainya... :-)

Wednesday, July 7, 2010

Baju Pinjam

Salam semua... Hari yang mendung. Awan gelap pekat dilangit menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa... Minggu ni aku kerja shift petang. 12.00pm-8.00pm. Berselang seli dengan member opis aku. Kalau minggu ni dia pagi, aku petang. Kalau dia petang, makanya aku pagi. Begitulah seterusnya sehingga aku mampus... (he he he. Ayat-ayat giliran filem madu tiga). Idak le aku nak bekoje disini sampai mampos... Tak sanggup. (udahh... Slang Perak plak...)

Kerja petang biasanya membuatkan aku jadi sedikit malas. Boleh dikira kalau aku mampu bertahan tanpa tidur selepas Solat Subuh. Kalau dikira menggunakan jari, rasanya tak lebih daripada 10. Kalau lebih, memang aku boleh buat bachelor party ngn strip dance lagi... Mau? Ahaks. Agaknya mungkin sebab itu rezeki aku dah terlebih dahulu di patuk ayam...

Biasanya masa bangun tidur nak bersiap pergi kerja, aku akan menyarungkan apa saje jenis baju asalkan tak berkedut. Kalau rajin, biasanya aku akan iron baju untuk stock dua minggu. Kalau tak rajin, macam tu la jadinya. Pakai jer la yang tak berkedut. Asalkan boleh dipakai.

Lepas keluar dari BERNAMA TV, aku langsung kurang memikirkan pasal penampilan diri. Asal ok, udah ler... Hari ni macam tu la gak. Main sarung jer. Masa berjalan orang toleh, dalam LRT orang tengok, beli makanan orang pandang... Tersenyum gembira. Seksikah aku hari ini? La la la...

Usai lunch (makan jambu jer. Diet katanya. he he he) aku ke washroom. Baru aku tengok diri aku kat cermin... Terperanjat... Akukah itu...??? Aku disebalik baju yang kelihatan lebih besar dari saiz badanku sendiri... (errrk, aku bukan nak cakap yang aku dah slim yer...). Sesungguhnya baju tu, dua kali saiz baju yang biasanya aku pakai. Baju tu memang baju aku. Baju masa aku dialam-alam chubby dulu. Mungkin dorang tu semua tertengok-tengok sebab pelik. Baju yang ku pakai serupa macam baju pinjam. Sebab lebih besar. Pada hal baju tu baju aku. Patutla dorang tu semua tertoleh-toleh. Malunya...

Tapi peduli apa aku kan. Aku bukannya bertelanjang. Masih lagi berpakaian...

Oh ye. Disini aku nak bagi tau, pada yang bertanya. Dah abis ke citer Cuti-Cuti Labuan? Dah abis yer kengkawan. Kesinambungan dari hari ketiga, aku berangkat pulang pepagi lagi selepas sarapan. Tak der benda pun yang menarik di hari terakhir. Kecuali aku hampir-hampir ketinggalan kapal terbang.

Emosi pun dah stabil. Peduli apa aku kan. Asal aku bahagia sudah dan tak kacau kehidupan orang lain... Macam-macam orang cakap. Bagi cadangan itu ini. Buat itu buat ini. Tapi kita yang rasai, kita tau apa yang perlu kita buat. Keputusan terletak ditangan kita. Kata seorang kawan aku, ikut hati mati, ikut rasa binasa... Ikut jer naluri kau... Biasanya naluri lebih memahami apa yang tersirat...

Tuesday, July 6, 2010

Emo Yang Terlebih

Salam semua. 3 hari tanpa cerita terbaru. Aku pun takde benda nak update. Rutin harian yang membosankan seperti biasa sambil dihujani sms-sms yang semakin merimaskan. (Tolonglah jangan treated aku serupa macam laki kau...). Kisah sms... Biarlah... Aku malas nak layan.

Dua tiga menjak, aku rasa emosi aku kurang stabil sket. Perasaan cepat terganggu dan terusik. Puncanya, aku pun tak dapat cari... Mungkin sebab itu dan mungkin juga sebab ini... Aku pun tak pasti... Kadang-kadang merindu orang yang belum tentu merindui aku.

Bulan lepas banyak duit mengalir masa aku ke Labuan. Aku ingat bulan ni aku boleh tampung mana yang patut. Rupanya tidak. Masih ingat cerita aku mabuk kapal terbang? pening kepala? loya? Aku ingat aku termengandung... (ha ha ha... Motif!). Rupanya power cermin mata aku bertambah dan ada yang berkurang. Tu pasal jadi macam tu... hu hu hu, rabak lagi duit aku.

Orang dah sibuk mengumpul duit untuk beraya. Aku tak terfikir langsung kearah tu. Pakai jer la baju tahun lepas. Baju raya tahun lepas aku cuma pakai dua kali jer. Masa hari pertama raya dan masa jadi pengapit sepupu aku kahwin. Masih cantik dan boleh dipakai lagi. Cuma aku perlu kecilkan sedikit saiz perut aku. Mungkin duit raya tahun ni aku kurangkan sket. Yang dah besar panjang definitely tak dapat. He he he. Planning kearah kehidupan berkeluarga itu lebih diutamakan... :-)

Mula-mula aku ingat nak buat contest cuti-cuti Labuan. Alhamdulillah ada gak sambutan masa aku publish kat wall FB cadangan aku tu. Tapi mood aku tak berapa nak stabil. Asyik teremo sesajer... Hadiah memang dah tersedia. Tengoklah macam mana karang...

Dulu aku rajin menjelajah satu blog ke satu blog. Bukan blogwalking. Tapi membaca cerita korang, menyelami dan kadang-kadang memberikan komen yang sewajarnya. Terima kasih kepada mereka yang membuat perkara yang sama kepada aku...

Nuffnang dan YouthSays aku dah tak ambil kisah pun. Tau tau jer status Gliterati hilang sebab Nuffnang cemburu aku letak YouthSays sebagai persaingan...

Harapnya, emosi aku akan pulih dan stabil seperti biasa... Mudah-mudahan tak makan masa yang lama hendaknya...

Saturday, July 3, 2010

Hujung Minggu Di KL

Diluar kebiasaan... Begitulah yang aku boleh gambarkan. Biasanya hujung minggu aku akan dihabiskan bersama keluarga; mak, ayah dan adik aku di Puncak Perdana. Tapi kali ni aku memilih untuk tinggal di KL. Berat hati juga pada mula-mulanya. Hu hu hu. Lebih-lebih lagi bila dapat panggilan dari Ayah dan Emak aku. Emak aku ok lagi.

Tak pelah. Minggu lepas aku dah habiskan hujung minggu aku dengan mereka... Kebiasaannya bila aku ke Puncak Perdana, banyak benda yang aku tak boleh fokuskan 100%. Banyak kerja aku yang tertunggak. Aku cuma perlukan masa minggu ni sahaja untuk menyelesaikan semua perkara. Harap mereka mengerti...

Kurang masa yang dihabiskan bersama mereka, bukan bermakna aku tak menyayangi dan mengingati mereka. Kadang-kadang sebagai anak, kita juga perlukan masa untuk diri kita sendiri. Alhamdulillah Emak aku jenis yang memahami... Ayah aku pula... :-(

Kebiasaan aku pula, kadang-kadang pendirian tak tetap. Kalau selalu diterjah dengan panggilan-panggilan daripada Emak dan Ayahku, aku boleh jadi cair. Kemas barang lebih kurang. Cabut ke Puncak Perdana. Kesannya, kerja aku tertangguh lagi... Kerana kelemahan itulah, Ayahku kadang-kadang pandai mengambil kesempatan. Sampai kadang-kadang aku sendiri pun tak faham...

Minggu ni banyak benda yang perlu dibuat. Thesis aku antaranya yang perlu diberi perhatian. Pakaian aku terutamanya, baju-baju kerja untuk stock 2 minggu dah abis aku gunakan dan perlu dibasuh dan diseterika. Bilik aku yang ala-ala bilik pameran ikea pun dah macam hazab... Serupa macam tongkang pecah... dan perlu dikemas semula. Dalam perancangan aku, aku juga perlu menukar cermin mata aku yang dah out to date. Sebab tu lah kepala aku sering sakit-sakit, loya, sukar tidur, nak muntah. Sebab berkemungkinan power cermin mata aku dah naik. Cermin mata yang aku pakai sekarang, usianya dah menjangkau 4 tahun... Memang perlu ditukar... Segalanya aku perlu lakukan hujung minggu ni dalam masa dua hari.

Cuma minggu ni saje; dua hari. Mudah-mudahan, Ayah dan Emakku mengerti...

Thursday, July 1, 2010

Award


Award lagi. Kali ni datang daripada Cik Wanie. Dan ada syarat yang perlu dipenuhi bagi menerima award ni. Ho ho ho. Kalah pencalonan Oscar. Dunia blogging tak kan meriah tanpa award dan tag. Setuju tak? :-)

Rules
1. List 7 random things about yourself
a) aku kuat berangan
b) suka makan durian
c) jangan kaco aku ketika aku tengah korek hidung.
d) aku lebih suka mendiamkan diri kalau dalam keadaan marah atau tidak puas hati. Sekali aku bersuara, boleh putus kawan atau sedara...
e) nampak je keras, tapi mudah tersentuh hati. Dengar lagu pun boleh nangis. Cengeng.
f) semua jenis reptilia dan amfibia adalah kelemahan aku. Aku tak suka dan jangan disuruh aku memegang atau menangkap, kelak tak kan tahu apa yang akan terjadi...
g) aku suka berjalan (travel) dan aku suka aktiviti lasak yang mencabar.

2. Share the award up with the 15 other bloggers
- sky before pinky
- kak atty
- oya sayang
- fidiela
- kak kerull
- atan
- Sahbanuu
- Farhana
- Datin Ellis
- hanny
- Lya Colours
- sizuka
- ayu
- kak yang
- kak ena

3. Link to each of the recipients and let them know they've won via comments on their blogs.
Ok. Done

4. Thank and bring the love back to the person you won the award by linking back to them
Ok. Done. Klik award kat atas tuk masuk blog Cik Wanie