Followers

Saturday, June 12, 2010

Konfrontasi Antara Serigala Jadian Dan Pontianak

Saat aku dihulurkan dengan buku New Moon dalam bentuk naskah bahasa melayu oleh adikku, aku langsung tidak teruja untuk membacanya. Twilight Saga bukanlah satu pilihan buat aku. Sama ada dalam versi buku mahupun filem. Jadi aku menolak mentah-mentah karya Stephenie Meyer itu yang aku kelaskan sebagai sebuah kisah remaja ala fairy tales. walaupun hakikatnya novel beliau tersenarai dalam senarai buku terlaris New York Times. Begitu cepat aku menghukum sesebuah karya orang lain tanpa aku membacanya dahulu. Maafkan aku. Bukan niat aku begitu. Tetapi itu sudah menjadi lumrah manusia dan aku pun tidak terkecuali.

Suatu hari, ketika aku berkunjung kerumah adikku, untuk menziarahi kedua orang tuaku dan disaat aku menyelongkar bilik adikku untuk mencari bahan bacaan yang boleh aku baca, mataku tertancap pada buku yang bertajuk New Moon. Buku yang pernah nak dipinjamkannya kepada aku dahulu... Spontan aku mengambil buku tersebut dan ku sumbat masuk kedalam beg untuk dibawa pulang kerumah sewaanku di Kuala Lumpur.

Sampai di vista, aku meletakkan buku tersebut bersama-sama dengan novel dan buku aku yang lain. Selama beberapa hari, aku biarkan novel itu disitu sehinggalah satu hari disaat aku ingin membuang air besar, aku mencapai New Moon tanpa berfikir panjang. (aku mempunyai tabiat suka membaca didalam toilet ketika membuang air besar... he he he)

Dari satu muka surat, ke satu muka surat aku baca. Terlalu asyik sehingga aku terlupa yang aku sudah selesai membuang :-)

Pembacaanku, aku sambung semula didalam bilik. Aku teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Aku tak terfikir langsung, bagaimana dalam banyak-banyak novel dan buku kat rak yang belum aku baca lagi, aku menarik keluar New Moon dari celah-celah buku yang tersusun rapi.

Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menghabiskannya. Bukan kerana aku mengeja dahulu sebelum membaca. Tetapi kerana aku terlalu menghayati setiap jalan cerita, setiap plot dan juga klimaksnya. Aku meletakkan diri aku didalam penceritaan tersebut. Aku dapat membayangkan suasana persekitarannya dan aku juga dapat merasai serta menjiwai emosi setiap wataknya dikala bersedih mahupun bergembira... Seolah-olah setiap watak itu hidup dan beraksi di minda aku. Begitulah setiap kali aku membaca novel mahupun buku dan kerana itu aku megambil masa yang agak lama untuk menghabiskan sesuatu karya dan kerana itu juga aku terlalu memilih dalam hal yang berkaitan pembelian buku dan novel yang kebiasaannya bergantung kepada penulisnya.

Berbalik kepada Twilight Saga: New Moon, aku sudah melampaui tahap keterujaan bagi menanti sambungan yang seterusnya. Aku ingin menonton bahagian ketiga ;Eclipse dalam versi filem. Aku tidak sabar untuk mengetahui apakah kesudahannya konfrontasi dantara serigala jadian dan pontianak yang mempunyai matlamat yang sama dalam usaha untuk melindungi watak utama; Isabella Swan.

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku memborong semua siri novel Twilight Saga. Aku ambil cuti seminggu dan berkurung didalam biliku dan aku membaca kesemuanya untuk mengetahui kesudahan cerita ini sampai otakku bengong. Tapi... rasa tak mencabar pula.

Tak mengapa, aku lebih teringin untuk menyaksikan versi filemnya. Walaupun penantian itu suatu penyeksaan tapi mungkin akan menjadi kepuasan yang maksima apabila kita dapat mengetahui kesudahannya dihujung penantian itu.

Buat masa sekarang, aku layan dahulu versi filemnya yang lepas; Twilight dan New Moon. Walupun sudah dikategorikan terlambat berbanding dengan korang semua yang sudah menyaksikannya; berbaloilah juga sambil menanti Eclipse memasuki pasaran Malaysia.

sebelum itu, kita layan dulu trailer dari filem Eclipse. Bagi menambah keterujaan aku dan korang semua yang sama-sama meminati siri ini.



p/s: erkkk... agak-agak korang la, ada tak serigala jadian versi perempuan? adakah dia juga spesis Jacob and the geng yang suka tidak berbaju? he he he...

4 comments:

Maryam said...

dunia realiti taktau. tapi kat tv3 ada tayang siri dari filipina pasal serigala jadian ni. orang filipina panggil waya. :)

NIA said...

whooot.30june?comel lah.confirm pegi tgok.erk.haha.serigala jadian versi pompuan tak comel.nanti muka garanggg.haha.ni en.syuQ minat edward cullen ke jacob nih?:P

hanny said...

hehehehe...yeahhh..berjaya pengaruhi orng lain..

SyuQ said...

Maryam Abu Ahmad:
semestinya duia realiti berbeza dari duni fantasi... Apa pun kita tak pasti dunia disebalik pandangan hijab kita. semua itu kuasa Allah S.W.T

Sizuka:
tak sabar menunggu ni. mmg confirm pegi tgk :-)

hanny:
adik, ko mmg kan... :-)terpengaruh abg...