Salam semua... Salam pagi Khamis yang ceria indah dan permai... Semoga hari Khamis yang menghampiri ambang Ramadhan memberi sejuta rahmat buat aku dan kamu semua.
Semalam, seperti kebiasan hari Rabu malam Khamis, sesudah aku bernekad mahu menceburkan diri dalam bidang MLM, aku mengikuti BP yang disediakan oleh syarikat. Kebiasaannya aku akan pergi bersama-sama sahabat aku Fairuz. Aku tidak pasti bagaimana aku boleh tertarik untuk menceburkan diri kerana sememangnya aku amat membenci MLM.
Mungkin kerana keberkesanan produk yang telah diperakui serta disertakan pengakuan beberapa orang testimonial begitu mengujakan. Bukanlah aku terlalu taksub dengan wang ringgit yang ada kat dalam beg tetapi aku taksub bagaimana orang yang seberat 80kg boleh mengurangkan berat badan sebanyak 13kg dalam masa sebulan dengan hanya minum SD2 tanpa menyekat selera makan mereka... cukup mengujakan sebab aku sendiri menyaksikan didepan mata, lantas aku teringin untuk mencubanya serta merasai sendiri keberkesanannya. Sesungguhnya aku memang menghadapi masalah berat badan. Walaupun orang ramai kata berat badan aku dah ideal, tapi bukanlah berat badan yang aku impikan.
Aku teringat bagaimana aku berjuang untuk menurunkan berat badan. Dengan diet dan Exercise tanpa henti dan aku hanya berjaya mengurangkan 2kg dalam jangka masa 2 bulan. Kalau kamu semua ditempat aku, tidakkah kamu mahu tahu rahsianya dan mahu mencubanya sendiri?
Ok. Kita berhenti bercerita pasal produk SD2. Kalau betul-betul berhasil seperti yang diwar-warkan, aku akan promote besar-besaran produk ni. Di sini :-) Sekarang ini aku dalam peringkat mengeksperimentasikan diri aku dengan produk ini. Sekarang berat aku 67kg dan aku mahu menjadi 63kg beserta saiz pinggang 34inci menjadi 31inci.
Berbalik pada tajuk diatas, selepas BP, aku beserta beberapa kenalan kami, supper di sebuah restoran mamak. Hu hu hu. Kalau kamu tengok mereka ni semua makan, macam tak hengat dunia tapi badan comel-comel belaka. Jeles sungguh aku... aku seperti kebiasan terpaksa makan makanan yang kurang kalori kerana takut kegemukan.
Tengah asyik bercerita dan berkongsi ilmu, aku terpandang lirikan mata seorang sahabat aku ni. Begitu asyik melihat perempuan-perempuan disebelah beliau. Yang lain pula seronok bercerita kisah gewe-gewe. Pada hal mereka semua sudah terikat secara sah dengan wanita bergelar isteri. Tidak cukup satukah mereka ini?
Aku mengutarakan pendapat aku; walaupun poligami itu halal disisi Allah tapi aku tidak berapa menyukainya. Berpoligami seperti suatu pengkhianatan seorang suami kepada isterinya... Menduakan kasih isteri untuk sehidup semati. Sedangkan isteri berhempas pulas untuk membahagiakan suami tetapi kenapa suami masih ingin menambah satu lagi? Tidak puaskah dengan seorang isteri? Siapalah aku untuk mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Aku hanya bercerita berdasarkan pengalaman aku. Bukan pengalaman aku berpoligami. Tetapi pengalaman insan-insan yang ku sayangi disekeliling aku.
Aku bertanya dengan seorang sahabat aku; andai kata beliau bermain mata dengan seorang perempuan dengan hanya sekadar niat mahu mengusik sehingga menyebabkan perempuan itu jatuh cinta dan sanggup dimadukan dan secara tidak langsung beliau pun berkemampuan, apakah beliau akan meneruskan untuk berkahwin? Terkedu sedikit beliau.
Maka ketika itu keluarlah fatwa Abg Hisham... Bercerita pasal lori terlebih muatan. Lori diciptakan memang untuk membawa muatan yang kadang-kadang mencecah 1 tan tetapi rodanya kecil. Semua lori sama jer. Akan tetapi eksovernya yg berlainan tulah yang digunakan untuk menampung berat muatan lori.
Aku tahu. fatwa Abg Hisham itu untuk menafikan pendapat aku. Dan aku mengakuinya... Cuba renungkan disini. Bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak, kadang-kadang mereka pun terkurang dan terlebih dalam melayan karenah anak-anak. Bukannya mudah untuk memuaskan dan memenuhi kehendak anak-anak. Inikan pula untuk membina masjid satu lagi... Bukan mampu ke tidak yang menjadi ukuran. Tetapi mampu ketidak untuk mentadbir masjid yang dibina satu lagi tu...
Aku bercerita disini sekadar untuk renungan kita bersama. Salah dan silap diatas penulisan aku ini, aku memohon sejuta kemaafan. Lain orang lain pendapatnya... Madu itu memang manis. mendapat payung emas disyurga memang indah. Tetapi berapa kerat yang rasa madu itu manis dan berapa kerat yang rasa payung emas itu indah. Tepuk dada, tanya diri sendiri...

4 comments:
lebih baik diet..sendiri dr amik apa2..ubat ..kan ..syuq..tc
mcm ner la kan kalau lelaki di madukan oleh isterinya sendiri??? asyik2 isteri jer yg dimadukan oleh suami.... hehehe... baru kau rasa apa yg aku rasa...
dia org yg nak kawin satu, 2, 3 empat tu sebenarnya bukan ikut sunnah pun, bukan nak membela kaum wanita pun. Sekadar menurut nafsu. Kalau betul nak bela kaum wanita demi Allah, nape x kawin je dgn janda yang ade anak 10 ke?, andartu ke? gadis mangsa rogol ke? Takdenye..sume tu sebab tamak...kalau tak tamak, takdenye ko nak 4 3 org bini...
penah try SD2...tp perut masuk angin sampai dr kata kalo tak bek gak kene tebuk keluarkan angin...cabut balik umah mintak mak urut.
Post a Comment