Followers

Monday, November 28, 2011

The Amazing Journey To Kuching, Sarawak: Prolog

Alhamdulillah syukur... Aku sekeluarga telah selamat mendarat di KLIA. Segala penat lelah jerih payah aku memastikan travel kali ini berjalan lancar jelas terpancar dari riak muka ayah, mak dan adik aku yang kepuasan.


Travel kali ini lebih bersifat backpakers dan hentam keromo. Segalanya dilakukan disaat akhir dan aku juga hampir-hampir membatalkannya disebabkan bebanan kerja yang tiba-tiba datang.


Pelbagai halangan ditempuhi, termasuk mak ayah aku yang kurang sihat, hotel yang ntah apa-apa, kematian dan sebagainya betul-betul aku terasa travel kali ini macam amazing race yang sangat-sangat merepek. Pertukaran tempat lawatan disaat akhir mengundang kesusahan pada kawan aku. Terima kasih Loyd. Ada rezeki dan umur kita jumpa lagi.


Insyaallah kalau ada kelapangan aku akan merakamkan segala perjalanan aku selama tiga hari dua malam di Kuching dalam blog ini. Semoga ia berguna kepada mereka yang suka berjalan tanpa bantuan ejen.


Published with Blogger-droid v2.0.1

2 comments:

Afzainizam said...

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Sky Before Pinky said...

wah beshhnye p Kuching...