Followers

Wednesday, March 31, 2010

Ole-ole dari Jakarta Oleh Yuka-Luv

ENTRY MELEKAT MODE
sila skroll kebawah untuk entry terkini
terima kasih

Yuka-LuV Blog

aku tetiba tergediks nak try giveway ni. he he he. memang x der keje bila kene keje pepagi sabtu yang x berapa nak hening ni. dan ni juga percubaan pertama aku wat ENTRY MELEKAT. giveway ni anjuran yuka luv. dan referer aku sarah-rindu selalu. aku terjumpa cabutan bertuah ni masa terjah gengblogger. so, marilah kita pakat ramai2 menyertainya. memeriahkan lagi industri blog kita yang sentiasa meriah :-)

Monday, March 29, 2010

Dari Shah Alam Ke Kuala Lumpur; Kerana 'Si Pujaan Hati' Hamba Turutkan

pertama kalinya aku mohon maaf sebab entry ni tidak disertakan gambar. bila aku nak tangkap gambar guna camera whitey, tetiba jer whitey terpadam sebab kekurangan zat.

ahad yang lepas pepagi buta sebelum nyamuk bangun aku dah bergerak ke shah alam menyertai 'Konvensyen' Pustakawan-Pustakawan Malaysia yang berlangsung di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM... (konvensyen katanya... lps ni mati aar kene kutuk. ha ha ha). 'konvensyen' yang dijangka bermula jam 9.00am di tunda ke pukul 9.20am atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. dan 'konvensyen' tu dijangka berlangsung selama 2 jam 30 minit.

ketika itu aku bertemu dengan ramai senior-senior aku dan junior-junior aku. tapi sayang cuma beberapa kerat jer dari batch aku yang menyertai.

aku cuba menyiapkan kerja yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. kalau boleh lebih awal lagi bagus. dalam tempoh 2 jam 30 minit, perut aku berbunyi-bunyi kelaparan. sebab aku x sempat lagi nak menjamah sebarang makanan. adui... aku rasa, bukan aku sorang yang mendengar perut aku berbunyi minta diisi.

tepat jam 11.50am dan annoucement diberikan, aku bergegas kuar. dalam kepala, nak makan dan bergerak ke KL. niat dihati nak bertemu ngn sipujaan hati. perjalanan ke KL memakan masa. plan asal nak balik ke rumah dulu, menukar baju dan meneruskan perjalanan ke PWTC. dalam perhitungan akal waras aku, mesti aku x punyai masa yang mencukupi. jam kat tangan pon da hampi menunjukkan keangka 2.00pm, tapi aku masih belum sampai-sampai lagi ke destinasi. batalkan niat tuk pulang kerumah terus gerak ke PWTC. berjumpa dengan teman sekuliah di The Mall lantas menuju ke Dewan Tun Hussein Onn. ketika itu sedang berlangsungnya majlis pelancaran novel 9 nyawa dan cinta sufi oleh salah seorang novelis faveret aku ramlee awang murshid. orang terlalu ramai. sehingga nak bergerak pon susah. aku keluar. destinasi setusnya; dewan tun razak 2 booth; G-07, NB Kara.

sampai kat sana aku disambut ngn penulis novel blog priasetia dan jibrail. anuar kamaruddin. dan anuar masih mengenaliku... selepas berbual seketika, mata aku melilau mencari kelibat norhayati berahim. tu dia!!! sipujaan hati tengah melayan peminat beliau ketika itu. dan aku diperkenalkan ngan anuar novel terbaru nukilan kak yati; layang-layang bertali kaca. teruja lantas mengambil dan terus membayar. balutan buku dibuka agar memudahkan aku tuk mendapatkan tandangan kak yati.

berhadapan ngn sipujaan hati membuatkan aku tak tahu nak berkata apa. serupa cam 1st date dan ini adalah kali pertama aku bertemu beliau face to face. dan lebih membuat aku terharu dan terkejut, beliau mengenaliku. dan aku mungkin adalah salah seorang peminat beliau yang mencecah puluhan, munkin ratusan dan mungkin juga ribuan. series aku terkejut dan terharu.

masa yang aku ada tak banyak. dan membataskan aku tuk berada lebih lama lagi di booth NB Kara. perjalanan diteruskan. tapi aku berasa puas. walaupun tiada sebarang rakaman dari aku, tapi memori ni akan aku lipat kemas didalam hati.

aku membesar dengan hampir keseluruhan karya beliau ketika aku mula-mula melangkah kaki ke UiTM. dan novel cinta pertama, da aku khatam pembacaannya lebih tiga kali. watak carl zafran, nurul iman, dr afifah dan pak tabib sentiasa dekat ngn hatiku.

Insyaallah ada umur ada rezeki aku pasti akan bertemu lagi ngn beliau... kali ni mesti amik gambar ngn pelbagai pose n especially ngn sicomel qaisara :-). thanks kak yati sebab melayan saya n kawan saya. ada rezeki berjumpa lagi.

Wednesday, March 24, 2010

Apa Yang Patut Dilakukan Bila Privacy Anda Dicerobohi


alkisah... ada seorang hamba Allah ni, dengan rela hati aku memberi pinjam notebook aku kat dia dengan alasan dia x der internet. so, dia x ley nak upload pic terbaru dia kat FB. aku terima. akunya internet connection special sket. kena ada software nokia pc suite baru bley connect internet. so malas nak pening kepala, aku pinjamkan notebook aku sebab aku yakin dia jujur dan aku pi la layan tv.

aku pelik la awat lama sangat dia upload... dari asmaradana sampailah supernatural nak abih. x siap2. rupanya. amik kau! diselongkarnya segala isi notebook aku. bila aku check, ada certain benda yang dia bukak! camner aku boley trace? sebab dia shocking tengok aku tetiba tersembul kat dalam bilik then aku check satu persatu document yg dia opened kat recent document. great! memang laptop aku diceroboh. ilang kepercayaan aku.

dulu aku pindah dari rumah lama pon sebab privacy aku diganggu. ada ke patut tuan rumah aku bawak member dia datang dan suh tidor dalam bilik aku ketika aku tak der! mana hak aku sebagai penyewa? senang2 dan suka2 hati dia nak keluar masuk bilik aku! aku taulah dia tuan rumah. tapi dia tak layak mengganggu privacy orang lain. kalau macam tu lebih baik ko tak payah sewakan bilik.

kes yang baru ni lain plak... aku beri kepercayaan. tp kepercayaan aku dikhianati. dan privacy aku di cerobohi. from this moment, lepas ni susah da aku nak percaya orang bulat2. aku x cakap yang aku ni bagus n jujur sangat. bagi aku laptop tu sesuatu yang peribadi n personal. bila da dikasi pinjam, that means orang tu percaya kat kamu...

Tuesday, March 23, 2010

Aku Datang Lambat Bukan Sebab Aku Lambat Bangun Tidor


hari ni berkobar-kobar aku nak pegi keje. bangun seawal pagi, bersiap-siap awal dan aku kuar rumah seperti biasa selepas bersarapan (biasanya sarapan kat opis jer) dan aku agak dalam pukul 8.30am aku da sampai opis. rupanya...

punyalah lama aku tunggu train... orang yang beratur bukan main ramai lagi. satu stesen jer train berhenti makan masa lebih 5minit. nak tunggu train sampai pon da dekat 10minit. perjalanan dari stesen universiti ke asia jaya waktu biasa pon da makan masa dekat 10 minit. kiralah, berapa lama masa yang aku pakai untuk sampai ke opis hari ni (ni bukan soklan matematik yang menyediakan hadiah yer)

pukul 9.10 baru aku sampai opis. ada plak suara2 sumbang... (ada aku kesah!)

rupanyat hari ni LRT aliran kelana jaya menghadapi masalah teknikal. diorang terpaksa menstruktur kembali jadual perjalanan. dan tiada suara-suara perempuan manis berkumandang didalam train... hampa

Friday, March 19, 2010

Aku Gila Buat Duit Sejak Nuffnang Aku Dah Tak Berfungsi


sejak nuffnang aku bermasalah (aku x tau apa sebabnya...) aku mencari alternative lain nak wat duit guna blog. mula2 pakai google adsense n innity. dua2 permohonan aku kena tolak. ye la. blog akukan x glamer. saper yg nak tajakan.

aku tak putus asa. aku guna twitter. tp kena bayor la plak... bayor membayor ni x mau la aku. last2 aku jumpa advertlets n NeoBux. alhamdulillah. la ni dua2 da ada penghasilan :-)

aku pelik naper nuffnang aku tido jer. kadang2 aku masuk blog yang lain pon nuffnang dorang cam tu jugak. blog kawan aku pon sama. korang ada apa2 idea mengenai masalah ni? nak kata template aku gah sangat, telalu banyak widget, terlalu banyak coding x leh terima dek akal. tengokjer la korang; blog aku ni plain jer...

Thursday, March 18, 2010

My Time is Not Enough


semenjak dua menjak ni aku rasa tempoh 24jam yang dipinjam Allah kepadaku macam tak mencukupi untuk melalui kehidupan aku yang semakin hari semakin mencabar aku rasakan. adakah aku tamak? adakah aku haloba?

lagi-lagi bila kene keje shift petang. sampai umah da malam. buat tu buat ni sedar2 da tengah malam. ada lagi benda yang tak settle lagi. tapi mata da nak tido. dah tidor, sedar2 da terlajak. ye la masuk petang. da tertangguh lagi kerja.

adakah time management aku yang tidak betul? perlu ke aku wat timing dan jadual waktu seperti zaman kanak ribena dulu? dan dilekatkan didinding.

kadang-kadang aku pelik, orang lain cukup pula masanya. adakah kerana mereka kurang bebanan dan tanggungjawab yang digalas maka mereka punya masa yang lebih? adakah mereka juga seperti aku tetapi berpura-pura gembira dan bahagia?

bukan aku tidak mensyukuri nikmat Allah yang diberikan pada aku. dan bukannya aku tamak meminta yang lebih. cuma aku perlu sedikit ruang untuk aku bernafas dengan lebih sempurna, gembira dan bahagia. itu aje

Wednesday, March 17, 2010

Proses Memasukan Maklumat Buku Ke Dalam Sistem


panjang tajuk aku... tapi dalam istilah librarianship proses diatas dinamakan cataloguing. dalam proses cataloguing ni beberapa maklumat didalam buku tu dimasukkan ke dalam sistem. seperti penulis, tajuk buku, edisi, volume, size, berdasarkan rules yang tertentu yang termaktub didalam Anglo American Cataloguing Rule (AACR). setiap rule hanya untuk satu maklumat sahaja. sebagai contoh rule number 100 hanya dikhaskan untuk penulis atau author dan rule number 245 untuk title and statement responsibilty dan begitulah seterusnya.

dimalaysia ada pelbagai jenis sistem library. salah satunya sistem ILMU yang diintegrated oleh anak tempatan kita berdasarkan kesesuaian di Malaysia. selain ILMU, virtua dan Horizon juga diguna pakai. jenis open source pon ada seperti yang digunakan oleh library aku iaitu sistem Koha.

selain AACR. proses cataloguing juga menggunakan Library of Congress Subject Heading (LCSH) untuk mengenal pasti subject yang specific untuk sesuatu buku bagi memudahkan pengguna mencari buku tersebut. nombor yang korang nampak kat tulang buku tu dipanggil Call Number. call number ni dibuat berdasarkan Dewey Decimal Classifications. bukan main taram jer bubuh nombor. sebagai contoh 658 adalah class number untuk management. dan 690 adalah untuk architecture. dalam call number ni pon ada gak pecahannya. sebagai contoh 658 tuk management dan kemungkinan dia boleh menjadi 658.4038 berdasarkan subject yang terkandung dalam buku tersebut. kalau buku medical, lain plak caranya. yang tu aku x berapa pasti

so, jangan ingat orang keje library chop buku n jaga kaunter. tu baru prosess cataloguing. ada banyak lagi beb. ada acquisition, circulation. tu belum lagi tambah online journal n so on. nampak senangkan keje library...? tp, hazab

Kerja Memperkemaskan Rumah


tepat jam 3.20am, akhirnya usai sudah kerja aku mengemaskini dan mencantik dan menambah baikkan blog aku selaras dengan kematangan usia aku dan usia blog aku ni. inspirasi ni aku peroleh dari blog bro eQ n bro ben. wallah... simple but nice. n hopefully semua followers aku menyukainya.

banyak lagi yang perlu diperbaiki. tu pon suma dalam proses. macam header. of course aku nak header yang cantik. tp aku x reti sangat dalam graphic mengraphic ni. x per nnt aku mintak tlg ngn budak2 architecture.

lepas ni tiada lagi link-link blog di side bar aku. bukan aku buang korang. tp aku follow korang ngn jadi followers. so aku x perlu lagi nak menjengah blog aku tuk tau perkembangan korang. hopefully cara ni lebih berkesan. just thru dashboard aku da bley masuk blog korang.

walaupun masa dah berganjak subuh tapi mata aku still segar. nasib baik sok aku masuk petang... TQ sabun Aqura. sabun tahan mengantuk yang pertama di Malaysia. berminat? hubungi la aku :-)

Tuesday, March 16, 2010

... Dan Sesudah Kisah Itu

seminggu sebelum raya haji dan tanggal hari aku melaporkan diri didaerah ini, aku menerima berita yang mengejutkan. ayah aku jatuh sakit. tp masih lagi stabil. terkejut... kelu... semuanya bercampur.

aku tak puas hati, aku ugut adik aku; " if anything happens kat ayah, n kamu x laporkan kat abang, abang x maafkan kamu dan mak dari dunia smpi akhirat" aku tau niat mak aku baik. dia x nak merisaukan aku. tp sebagai seorang anak aku berhak untuk tau dan aku takder cara lain. dan kami terpisah hampir berpuluh kilometer.

sms yang aku terima dari adik aku hampir wat aku tumbang. "salam abang. ayah tenat. banyak2 doa n jangan tanya mak" jawapan yang berlawanan ngn mak aku. aku tak pasti dimana mak aku mendapat kekuatan mengkhabarkan berita yang sebaliknya pada aku. pada hal ketika itu jiwanya tengah berperang dengan kerisauan. intonasi suaranya cukup meyakinkan bahawa ayah dalam keadaan stabil.

ketika itu aku hanya mampu pasrah dan berdoa. pn.ayu suh aku balik. aku berperang dengan perasaan. kalau aku balik, memang aku akan kena marah dengan cukup2 ngn mak aku. sebarang alasan memang x kan diterima dan ini akan beri kesan kat ayah aku ketika itu. cukup sukar situasi aku . balik dan taknak balik. kalau balik bukanlah sambutan yang akan ku terima. kalau tak balik kerisauaan melanda jiwa.

seminggu aku berperang ngn perasaan. akhirnya satu hari sebelum hari raya haji dpt juga aku balik. terkejut... tersentak... tergamam. sebelum tu adik aku awal-awal da bagi tau, jangan terkejut tengok keadaan ayah. air mata aku hanya mengalir dijiwa.

alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan semangat ayah aku melawan penyakitnya, ayah aku hampir pulih sepenuhnya. doktor sendiri pon tekejut dalam tempoh sebulan ayah aku da mampu memandu kereta sendiri. dan dalam tempoh hampir 4 bulan tiap-tiap minggu aku akan spend time ngan parent aku. balik kampung atau berkumpul dirumah adik aku dipuncak perdana. dan kadang-kadang aku menemani ayah aku menerima rawatan susulan.

sebab itu aku lebih banyak mendiamkan diri dari dunia luar. tiada aktiviti ujung minggu seperti kebiasaan. dan ada sesetengah ajakan kawan-kawan, aku terpaksa tolak. dan ada sesetengahnya melukakan hati mereka. yang memahami TERIMA KASIH. yang tidak bertanya apa sebabnya, tidak mengapa. bagi aku kawan boleh dicari. tapi mak ayah yang melahirkan dan membesarkan aku tidak ada galang gantinya.

Kala Kerinduan Menjengah Rasa


semekom kawan2 suma? ada baik? ada sihat?
amacam result SPM korang? gempak ke atau lite2 je?


seminggu berlalu tanpa entry atau citer baru...
bukan aku menyepi
tapi ketiadaan masa


korang rindu aku tak?
...

...

...

...

...

kuat sket lor. x dengar...


KORANG RINDU AKU TAK???
tak???
hurm... ok
babai

Monday, March 8, 2010

Haru Biru

Isnin yang sengal. tiga kali hari ni aku ulang alik g kerja naik train. aku akui, ni silap aku dalam memberi arahan. sepatutnya kunci yang dipinjam, dipulangkan semula. tetapi malang sunguh nasib aku hari ni, kunci tu dibawak balik oleh officemate aku yang bertugas di kota damansara. dia ingat kunci tu tuk dorang yg bertugas di sana. akibatnya, meroyan la aku nak membuka pintu library. nasib baik aku datang awal. pecah rekod. hari ni aku sampai opis sebelum receptionist sampai lg.

mula-mula aku g opis maintenance. dapat kunci. tapi kunci lain plak yg dibagi. kunci library tu aku da tukar awal2 ngn kunci staircase. jadinya kunci yg maintenance bagi tu tuk bukak staircase. bukan main door library. patah balik aku g opis maintenance. klu dekat x per. perghhh!

rupanya, nak dijadikan rencah, orang yg pegang kunci sebenar library tu terbawak balik dan tambah best beliau sedang bercuti. hampeh... kak amy offer suh kopak jer pintu library. mak aikss. sure minggu depan baru dapat mangga baru kan...

so, ngan gigihnya aku patah balik ker universiti. call fizah. suh turun bawah. bg kunci kat aku. nasib baik aku duk satu kawasan perumahan ngn fizah, tambah best lagi satu blok... terkulat-kulat fizah turun. sure baru bangun tidor fizahkan...? he he he. (tp rupa fizah comey sgt br bangun... I like. muah ha ha)

asal sampai opis awal, ujung2 pukul 9 gak aku punch card... hu hu hu. sedey. nasib dekat. cuma dua station jer. cuba imagine, fizah duk gombak n opis kitaorang kat kelana jaya. mau aku yg drive train lrt tu bagi lebih laju sket.

Friday, March 5, 2010

Tips Ketika Bekerja


Tips-tips untuk menjadikan anda kelihatan begitu sibuk di pejabat:

1. buat timbunan buku-buku di atas meja. Lagi tebal buku itu, lagi bagus.

2. Jangan kemaskan meja. Buatkannya seselerak yang mungkin. Kalau boleh, sepahkan lagi dengan kertas-kertas projek, surat-surat rasmi yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda.

3. Jika ditangkap sedang browse ke laman web yang tidak berkenaan dengan kerja, sila beritahu yang anda sebenarnya sedang belajar software baru.

4. Bawa 2 sweater/kot yang serupa ke pejabat. 1 tinggalkan di kerusi, dan 1 lagi untuk anda ketika pulang. Ini untuk memperlihatkan yang anda seolah-olah masih ada di pejabat ketika lewat petang, walhal pada masa itu anda sudah tiba di perkarangan rumah.

5. Sentiasa kerutkan muka dan buat catitan di kertas jika menerima panggilan henpon, meskipun panggilan itu dari bini anda atau mertua yang menanyakan perkara yang tiada kaitan langsung dengan kerja.

6. Sentiasa mengeluh dan memicitkan dahi ketika waktu pejabat untuk meyakinkan bos yang anda sebenarnya sedang memikirkan penyelesaian kepada masalah pejabat, sedangkan sebenarnya anda tengah berfikir nak makan apa malam nanti.

7. Buat muka garang dan serius ketika menulis artikel TKO atau email yang tidak berkaitan dengan kerja, supaya rakan sekerja di depan anda menyangkakan yang anda sedang sibuk gila dengan tugas.

8. Sentiasa off henpon ketika waktu pejabat (seboleh mungkin) supaya semua semua call masuk ke voicemail dan jangan lupa meletakkan voicemail yang berbunyi "Sila tinggalkan pesanan anda dan saya akan membalasnya dengan seberapa segera kerana sekarang saya sedang menghadiri mesyuarat penting.."

9. Sila balas panggilan atau voicemail yang ditinggalkan di dalam henpon daripada bos anda selepas waktu pejabat atau ketika waktu cuti kerana pada masa ini biasanya bos tidak akan melayan panggilan anda sebab sibuk main golf atau makan malam dengan client. Ini adalah teknik untuk meyakinkan bos bahawa anda seorang yang rajin dan tetap bekerja sehingga lewat waktu dan pada hari cuti.

10. Sila bawa fail jika mahu pergi minum di kantin/cafe. Orang yang membawa fail kelihatan seperti mahu pergi ke mesyuarat. Tetapi, jangan pula membawa surat khabar kerana ia kelihatan seperti anda hendak ke tandas.

Selamat berjaya!

Thursday, March 4, 2010

Otak Jammed



hari ni aku terlalu penat nak berfikir.
terlalu malas nak bekerja.
malas nak menggerakkan otot.
kalau boley aku nak tido jer. tido n terus tido n terus tido


it was so damn bored melalui routine yang sama
mengedit thesis.
ada mulut2 nakal bertanya; lepas ni wat phd ke?
damn...! nak wat thesis master ni pon aku da muak
boleh jer kalau ko jd sponsor. amacam?

Wednesday, March 3, 2010

Kyle Xy


kyle xy ok... bknnya KY jelly. muah ha ha... aku follow citer ni dari first season. masuk season 2, aku da terlepas. alkisahnya, tuan umah yg dulu lokek sket. dorang layan citer feveret dorang jer. citer2 macam supernatural, ghost whisperer, oprah dorang tak layan. dorang suka tengok rancangan ala gediks2 jer...

dalam sibuk2 aku kerja n wat thesis, sempat gak aku layan dvd kyle xy season 2. dvd ni aku beli since last year. tp x pernah tengok. baru la ni berkesempatan. tu pon banyak skip.

da masuk season 2 ni, baru aku terperasaan, citer ni ada sedikit persamaan ngn citer masa aku kecik2 dulu. tp aku lupa tajuknya. jenuh gak aku nak mengingat. yg aku ingat, aku da video clip pasal citer tu. brandy n monica yang nyanyi. lelama aku refresh balik minda aku, baru aku teringat lagu yang brandy n monica tu nyanyi tajuknya the boy is mine. so, merata la aku selongkar cr video clip tu... akhirnya jumpa. dan tajuk citer tu roswell. citer pasal budak alien.

aku suka cite kyle xy ni sebab banyak menyentuh sensitiviti kekeluargaan n persahabatan. x terlalu berat. memang taste aku citer2 macam ni. banyak moral dan pengajaran dalam citer ni. secara jujur aku bg tau, aku cukup tak gemar ngn drama2 melayu. aku bukan poyo. atau merendahkan hasil kretiviti orang melayu kita. cuma kadang2 citer melayu melampaui akal pemikiran waras aku nak berfikir. sebagai contoh; nak tido pon still bibir merah menyala... lu pikirla sendiri.

Hukuman Bagi Jenayah Rogol


apa agaknya hukuman yang setimpal bagi jenayah rogol? skg ni hukuman sebat dan penjara macam da tak mempan. dan tak beri kesedaran pada orang ramai. ada yang lepas kena sebat, masuk penjara n da lepas kuar still wat gak lagi.

agaknya apa hukuman yang wajar? aku terpikir bagi mereka yang sabit kesalahan merogol dikenakan hukuman diliwat ngn batang kayu selama 15 minit. baru dorang ni rasa betapa sakitnya kena rogol. hukuman ni kena dibuat dihadapan orang ramai tanpa mendedahkan identiti pesalah.

sekurangnya hukuman sebegini mampu menakutkan mereka yang terfikir nak merogol. dan bagi penjenayah yang sabit kesalahannya, mungkin taubat nasuha terus. sebab setiap kali terfikir nak melakukan perbuatan tersebut, sudah pasti teringat betapa sakitnya kena liwat secara paksa.

itu adalah pandangan kasar aku. apa plak kata korang?

Monday, March 1, 2010

Lainla Ngko, Bapak Ngko Kaya


senangla ngko cakap, bapak ngko kaya. susah2 ngko, bapak ngko boley tolong. wahhh!!! gitukan. main bapak2 plak. yang kaya tu bapak. bukannya anak.

sedari kecik sampai kebesor, aku diajar ngn mak aku tuk menambung. sikit2 lama2 jadi bukit. sedari kecik juga aku belajar. kalau hendakkan sesuatu, kena berusaha untuk mendapatkannya... apa korang ingat segala apa yang aku ada skang ni dengan cara bermanja-manja ngn bapak aku? owhhh kalau aku nak handphone baru, just bg tau jer bapak aku. so bapak aku belikan yang baru. nonsense!!! E71 aku tu aku kumpul atas titik peluh aku bekerja. kamera casio yang kena curik tu pon atas hasil duit yang aku kumpul. belum pernah aku merengek, meminta di belikan sesuatu. merengek nak duit. apa tah lagi merengek nak memakai kereta.

dari aku berhijrah ke shah alam tuk belajar dan sampai la ni merantau ke KL tuk mencari rezeki, aku menjadi pengguna tegar pengangkutan awam. dari bas mini, intrakota sampai la ni jadi rapid KL semua aku rasa. berebut naik lrt n naik bas suma aku alami. kena hujan dan panas suma aku da tempuhi. jangan korang ingat apa yang aku ada sekarang semudah ABC tuk memilikinya.

kalau aku berjalan merata, bershoping sakan tu atas duit gaji aku. bukan atas tiket kesenangan mak bapak aku...

orang yang memandang memang terlalu mudah nak mengata...