Followers

Wednesday, June 6, 2012

Berkarat

Assalamualaikum semua... Lama sungguh rasanya tak menjengah blog sendiri. Banyak yang baru rupanya. Mula-mula buka blogger.com, terkejut juga melihat layout baru. Hampir 5 bulan juga rasanya tak menulis kat sini. Hampir berkarat dan bersawang blog ni rasanya.

Blog ni masih wujud lagi. Cuma kekangan waktu yang membataskan. Insyaallah akan diteruskan menulis walaupun tidak sekerap dulu...

Thursday, February 16, 2012

Shopping Online

Asslamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya. Pejam celik pejam celik kita dah mula menghampiri penghujung bulan Februari... Baru-Baru ini kita digempar dengan beberapa kes penipuan dalam perniagaan online. Business online ni bukannya kita tak boleh percaya. Tapi bila dah percaya sengat macam tu lah jadinya. Beli handphone dapat lesung batu. Beli iphone dapat komik cina.

Muala-mula dulu, aku sukar nak percaya pasal benda-benda macam ni. Aku juga ada beberapa kali kena. Tapi idak le beli handphone dapat kalendar ke. Cuma barang tu dah nampak lama dan buruk. Tidak seperti dalam gambar. semenjak itu aku dah mula kurang minat dengan bisness online ni.

Tapi ada satu kakak ni yang aku kenal menerusi Facebook. Dia juga involved ngn bisness online ni. Mula-mula aku kurang sikit, tapi lama-lama teruja melihat barang yang beliau jual. lebih murah dari harga pasaran malahan qualitinya lebih baik. Maka aku cuba membeli dan Alhamdulillah, aku dapat barang ayng aku pesan dan bukannya lesung batu. hehehe.

Apa keistimewaannnya membeli secara online ni? Kita tak perlu susah payah berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari. Duduk menghadap PC jer kita dah boleh buat survey. Malahan barang yang kita pesan terus sampai ke rumah.

Ironismya bila kes-kes penipuan macam ni terjadi, ia bakal menjejaskan nama baik bisness online itu sendiri. Malahan rasa kurang yakin dan was-was terhadap penjual semakin meningkat. Tak kurang juga yang menipu dari segi kualiti barang. Borak bagai; kata barang replika, authentic dan sebagainya, walhal made in china yg berkualiti rendah jer.

Bagi mereka yang suka membeli belah secara online, berhati-hatilah. jangan mudah terpedaya. Kenali penjual terlebih dahulu, siasat testimonial pembeli yang telah mnembeli baru kita membuat keputusan...

Tuesday, February 14, 2012

Selamat Tahun Lama

Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar hampir dua bulan kita di tahun 2012. Dua bulan juga aku tak berupdate blog. Bukannya sibuk mana pun. Tapi setiap kali nak buat entry, masa tu lah macam-macam hal terjadi. Banyak entry aku yang tertangguh dan kebanyakkan pula dah lapuk dan basi. Bila dah lama sangat terperam, malas pula nak update.

Sedar tak sedar dah setahun aku kat MM2H. Macam-macam juga yang terjadi dan bakal terjadi. Yang penting, hidup kita kena teruskan. Insyaallah, Allah akan bersama dengan kita. dari PWTC aku berpindah ke Putrajaya. Kerana sayangkan rumah lama di Kerinchi, aku gigihkan diri berulang alik Kerinchi ke Putrajaya. Bukannya mudah pada mulanya. Tapi bak kata peribahasa; alah bisa tegal biasa. Lama kelamaan aku dah semakin terbiasa dengan situasi ini. bukannya aku seorang yang berulang alik; Kuala Lumpur-Putrajaya. Ramai lagi. Dan kami pun semakin mengenali...

Cukuplah dahulu setakat ini. Insyaallah, ada rezeki kita bersua lagi...