Followers

Monday, June 29, 2009

Hujung Minggu

last sunday aku keje. tapi aku sempat luangkan sedikit masa berjumpa ngn sorang blogger ni. bukan sorang ye... tp dua. kak atty dan anak2nya n cik wanie perancangan awal terpaksa digubal beberapa kali disebabkan masalah teknikal yang berpunca daripada aku. ye la... keje hujung minggu doo. tp alhamdulillah... segalanya lancar. KLCC jadi tempat pertemuan kami. situ tempat paling dekat ngn tempat keje aku. dan aku ni pulak pengguna setia public transport... so, faham2 la yer...

naper tak nampak gambar aku ngn dorang pon...? sbb banyak pic dlm hp berkamera dorang. aku just snape2 je yg mana aku rasa suka...


Strawbery pelepas hajat



Fir... anak kak atty... hurmmm. uncle rindula ngn fir. harap2 dpt jmp lagi.



gift drpd cik wanie

harap2 kita dapat berjumpa lagi...

Sunday, June 28, 2009

Senyumlah...

he he he. entry sebelum ni aku rasa poyo sangat. klaka pon ada. fisrt time wat entry ikut perasaan... tp alhamdulillah... semuanya da beres. so, entry tu aku pon deleted. x perlu nak kenang citer yang lepas. yang terkusut dan tersimpul da diuraikan. pengajaran untuk aku, jangan bertindak ikut perasaan... bertindak pakai akal. biar fikiran waras yang mengawal keadaan...


p/s: memang poyo :-D

Thursday, June 25, 2009

Nasi Goreng Tomyam yg x Nyum-Nyum...

alahai...
agaknya memang rezeki aku takat ni jer kot.
ataupun memang bukan taste aku
tapi masakan ni agak glamor di wisma ini
sampai ke bangunan sebelah gah namanya

mendengar namanya saja aku terliur
aku pon mencuba
sebagai pembuka selera berbuka puasa
tapi alangkah syahdunya hati
menu ini indah khabar dari rupa
perasa tom yam sekadar daun limau
yang diracik untuk menimbulkan aroma

alahai...
memang bukan rezekiku
atau tekakku tak boleh menerima
bukan takat tak der rasa
tapi kepedasan tahap maksima
inilah kali terakhir dan pertama
aku mencuba
kerana namamu tak segah rasa....

selamat tinggal nasi goreng tomyam


p/s: waaahhh! macam puisi plak...

TQ

something from kak kerull. kira award la kan kak :-)


semoga ukhwah kita berpanjangan...



to sizuka, saya hutang dua tags ngn awk... krg sy bayar. :-)

Renungan Bersama 2

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut‏

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu. Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" -"Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Amin....

- [Al-an'aam ayat 162]
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku & ibadatku, hidupku & matiku hanyalah untuk Allah s.w.t., Tuhan yang memelihara & mentadbirkan sekalian alam".


p/s: ambillah iktibar berdasarkan cerita diatas... diperolehi daripada kotak email aku untuk renungan kita bersama...

Wednesday, June 24, 2009

7.30PM

Monolog Ngn Diri Sendiri



.:: pukul 7.30PM masih di office ::.

.:: OT ke...? ::.
.:: x lah. Aku tak layak OT ::.

.:: Abih tu wat per duk office lama2?
::.
.:: sajer jer layan perasaan. Lagi pon ari kat luar hujan ::.

.:: So x wat keje ke? ::.
.:: Keje x kan abih beb... ari2 sentiasa ada. Keje ari ni da bereh ::.

.:: Lepas keje selalu wat per? ::.
.:: Balik umah. Lepak tgk tv ngn budak umah@edit thesis yg asyik kena redo ::.


.:: Tak outing ke? lepak2 ::.
.:: Jarang.. Lagi pon x der geng... ::.

.:: Selalu lepak kat mana? n wat per?
::.
.:: Shopping complex, kedai buku, movie n music store n tengok wayang
::.

.:: Kalau cuti x der kemana-mana ke? ::.
.:: Balik kampung jer. Kumpul satu keluarga ::.

.:: Boringnya Hidup Kau... ::.



.:: THATS MY LIFE n I LOVE IT!!! ::.

Sunday, June 21, 2009

Semoga Cepat Sembuh

..:: kelmarin dan semalam aku rasa pelik... bg mesej, x reply. call x berangkat ::..
..:: Blog dia... kaku jer. tanpa update. cuma ada satu entry ::..
..:: entry yang membuat aku risau ::..
..:: try call lagi, bg sms lagi, sama je... tanpa jawapan ::..


..:: ni mesti ada "something wrong goes somewhere" ::..
..:: petang semalam dapat sms... terus call... dengo suara... ala siannya dia... ::..


..:: banyak berehat k. jaga diri elok2. saya doakan awak cepat sembuh ::..
..:: Boleh berblogging macam biasa. kami semua rindu entry baru awak ::..
..:: Dan jangan banyak sangat fikir. serahkan segalanya pada Yang Kuasa ::..

Taxi Touts

aku rasa, aku cam da terlambat g opis. walupun ada 15 minit lagi sebelum pukul 9am. try tengok2 teksi. memang banyak teksi tersadai depan KLCC. aku tanya satu teksi, pergi tak IJN. tau tak korang berapa driver tu mintak?... RM10!!!. klu pakai meter, time pac hour+jamm baru RM4. Kurang hajau punya driver. memang cekik darah.

aku terus berambus. lebih baik aku naik bas walaupun lambat. tengah-tengah nak gerak tu aku terperasan satu minah saleh ni tengah bertengkar ngn driver teksi... salah satu ayat yang aku tertangkap dek halwa telinga aku yang keluar dari mulut minah saleh ni lebih kurang begini "Dont liar me ok... You Cheating. I can walk"... terus minah saleh tu blah n jalan kaki. tak tau pegi mana. dan dan tu plak driver teksi tu buat muka toya dia. sah! minah saleh tu senasib ngn aku.

aku sebagai rakyat Malaysia, berasa malu sangat dengan tindakan sesetengah driver teksi ni. menjatuhkan maruah Negara saje. apa diorang ingat dengan cara menipu begini, dorang boleh kaya ke...? tak terfikir ke diorang ni, rezeki tu halal ke idak (bagi driver teksi beragama islam). bukan dorang saja yang menikmati hasil rezeki itu. sudah pasti anak bini dorang kat umah pon berkongsi sama dengan rezeki yang di cari dengan cara menipu tu. tak pikir ke diorang???

Friday, June 19, 2009

Happy Father's Day

trut... trut... handphone aku berbunyi didalam kesibukan aku menjalankan tugas. disaat cameraman dan reporter baru blk dari buat assignment. situasi sebegitu sememangnya tak menang tangan dibuatnya. aku tengok skrin handphone, tertera perkataan "Ayah", gambar ayahku serta nombor telefonnya.

pelik... sememangnya ayahku jarang menghubungiku. biasanya khabar keadaanku akan diperolehi melalui emakku. ayahku akan menghubungi bila ada perkara-perkara penting. seperti berkaitan ngn bisnes beliau. janji untuk bertemu. berkaitan ngan cuti aku n timing nak balik ke kampung supaya ayahku mudah mengatur kerjanya.

aku pickup the phone... kedengaran suaranya dihujung talian dengan intonasi yg cukup berbeza. lembut, lebih lembut dari biasa dan tiada ketegasan seperti selalu... perbualan berkaitan file kerjanya yang hilang. dan ayah bertanya jika aku ada softcopynya. of course... aku ada menyimpannya. dan ayah menyuruh aku membuat semakan dan salinan. Insyaallah... aku akan buat. di hujung perbualan, ayahku bertanya khabar kesihatanku, serta keadaan kewanganku. sebagai seorang anak yang tidak mahu menyusahkan ibubapanya, aku memberitahu semunya ok. di akhir perbualan... aku terasa getaran rindu seorang ayah pada anaknya... aku tersenyum sendiri. aku dapat agak. kad yang aku hantar, ayahku da membacanya... Selamat Hari Bapa, Ayah...

Insyallah umur panjang, kita bertemu jua. sesungguhnya Z*** pon rindu...

Thursday, June 18, 2009

Renungan Bersama

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

P/s: info ini aku perolehi dari kotak email aku. sama-samalah kita perbaiki solat kita... amin

Tuesday, June 16, 2009

manusia biasa

banyak yang aku belajar dari pengalaman...
mula-mula aku belajar erti persahabatan
sahabat ketawa mudah dicari
aku belajar erti cinta
cinta tidak seharusnya memiliki
aku belajar erti rindu
rindu yang keterlaluan akan merosakkan diri
aku belajar erti pengorbanan
berkorban tanpa mengharapkan balasan...

kali ini aku belajar erti melepaskan dan merelakan.
memang payah melepaskan
apatah lagi merelakan
bila keadaan itu dah berubah,...
mungkin itu adalah yang terbaik...

sekali lagi aku belajar sesuatu
aku selalu nasihatkan kawan-kawan aku.
sabar dan tabah hadapi ujian
sekarang aku diuji
adakah aku akan tabah dan sabar?

Monday, June 15, 2009

Cuti-Cuti Malaysia 2

15 Jun 2009: Old Town White Coffee



"...U! Blah Sekarang!!!"



terus ke Terminal Medan Gopeng

Exchange ticket from 8.30pm to 11.00am

Balik KL on the spot

...

...

...

...

By the way... aku tetap happy. thanks a lot... apa yg aku hajatkan byk dipenuhi... makan durian gunung, g ladang strawberry, g ladang sayuran, n paling best dapat makan aiskrim strawberry berjenama cornetto :-)

to my dear friend... aku akan sentiasa disisi kau, susah n senang. duka dan nestapa, derita dan sengsara... Dan aku senantiasa doakan kebahagian kau. Dan aku juga sentiasa ada tuk kau... Dan aku sentiasa...

to my dear friend yg sorang lagi... (u know who u are :-)) tima kasih sebab menemani malam-malam saya sepanjang dua hari lepas. berkongsi cerita. sampai terlelap tanpa tersedar... (soooooorrrrrrrrrrrrryyyyyyyy) :-* . keep in touch n friendship never end. saya sentiasa ada untuk awak gak. susah dan senang. gembira dan berduka. jangan sedih2 lagi tau. sbb dunia ini terlalu indah untuk kita nikmati. yang macam selalu saya mentioned... hidup kita penuh dengan ujian. sabar n tabah. Insyaallah Allah menjanjikan yang terbaik wat hambanya yang sabar dengan ujian yang dihadapi...

p/s: jangan salahkan diri kau... kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan.

Cuti-Cuti Malaysia 1

14 Jun 2009: Cameron Highland

Thanks Nurul n Fara. melayan kerenah aku









Friday, June 12, 2009

Mengira Detik

snow cap?:packed

rayban?:packed

seluar mandi?:packed

baju?:packed

seluar?:packed

perfume?:packed

gel rambut?:packed

berus gigi?:packed


apa lagik erk? rasa-rasannya suma aku da kemaskan... tinggal tunggu time jer nak berangkat
JOM... CUTI-CUTI MALAYSIA!

award lagi

...TQ to leena n muza. award ni daripada dorang berdua...

Award dari Muza n Leena


Award dari muza

TQ so much kalian berdua... keep in touch

aku bg award ni kat:

.:sizuka:.

.:syed:.

.:Ayu:.

.:diana:.

.:fara:.

.:effa:.

.:hairani:.

.:n saper yg rasa diorang kawan aku silakan amik:.

Thursday, June 11, 2009

Bila Aku Naik HANTU!

*Title Entry ni Saje aku pinjam title kak senduk* kui kui kui

ada satu incident kat tempat kerja yg buat aku betul2 hangin. ada satu reporter baru blk dari wat assignment n nak charging tape. bila aku key in ID dia, sangkut la plak. that means dia x ley pinjam tape unless dia clearkan tape yang dia sangkut tu. aku mentioned kat dia, ada tape sangkut atas nama dia. dia x ngaku. apa lagik... aku check la apa nama tape. dpt detect. tape tu under crime. so reporter ni plak reporter sport. apa lagik... langsung la dia x nak mengaku. bertambah hangin la aku. da memang sahih system showed memang tape tu dipinjam atas nama dia. dia siap blh menyalahkan sistem ILMU lagi.

ok. aku maintain lagi... aku igt nak renew n suh dia cr tape tu blk. tp dia duk x habis2 membebel sehingga one cameraman tu terpaksa masuk campur. cameraman tuh suh dia check kat buku log. bila dicheck balik, memang sah. reporter tu yang log tape tu n pinjam under ID dia.

Apa lagik.... naik hantu la aku. aku suh dia naik on the spot gak g amik tape tu bawak turun baru aku bagi pinjam tape yang dia baru log. bila dia turun, dia siap duk membebel lagi. dia ckp ala baru dua hari jer... aku pandang muka dia, terus aku cakap... ko suka ke bila orang pinjam barang ko, tapi x reti nak pulangkan. da tau meminjam, reti la memulangkan... (cam gitula aku menjawab)

aku tak tau apa jd lepas tu, yg pasti... tetiba satu cameraman ni masuk cuba bg motivasi n menenangkan aku... pelik plak. aku x dak hal punya. lantak kau la. bukan ko yang bayar gaji aku... rupa-rupanya kes menjadi bertambah besor... bila dia mengamuk menumbuk gobok tools Hello Malaysia sampi pecah. akibatnya, dengo citer, orang-orang Hello Malaysia report sampi ke pihak mgmt atas tindakan dia menjahanamkan gobok Hello Malaysia tu. aku tak kesah ko nak heret aku sekali ke, sebab aku wat keje yang betul. kat luar pintu dah termaktub undang-undang semua barang yang keluar dari bilik arkib, x kira ler tape ke, working tape ker, tape stock pile ke, tape arkib ke, camera ke, semua tempoh peminjaman dalam masa 24jam jer... dan ko pinjam lebih dua hari bro.

p/s: buat per ko tumbuk gobok tu... x puas hati meh tumbuk muka aku. kita gaduh jantan ngn jantan ok!

Monday, June 8, 2009

Award

award cute ni dtgnya dr teman blogger aku
syed. tQ dik. semoga our relationship ni berpanjangan dialam cyber ini...

.::kadang-kadang aku fikir::.


kadang-kadang aku fikir...
tak layakkah aku mengecapi kebahagian?
apakah dosa aku sehingga aku diuji begini...?
inikah kifarah yang harus aku langsaikan atas dosa-dosa aku yang lalu...?

kadang-kadang aku fikir...
adakah kehadiran aku dalam kehidupan orang-orang yang aku sayangi
sekadar satu medium pengantaraan.
untuk mereka perbaiki diri mereka.
untuk mereka perbaiki hubungan mereka.
untuk mereka muhasabah diri mereka.
aku memasuki kehidupan mereka disaat mereka diselubungi duka...
disaat mereka memerlukan...
bila mereka sudah mengecapi kebahagiaan,
aku merasa kesunyian...

kadang-kadang aku fikir...
kemana sahaja aku pergi,
perkara sebegini senantiasa mengekori aku...
sehingga aku rasa takut.

kadang-kadang aku fikir...
hendak saja aku bawa diri.
tapi kemana?

kadang-kadang aku fikir...
inikah ujian yang harus aku tempuh?
yang aku harus lalui sebelum aku menemui kebahagian yang aku cari...

tapi sesungguhnya ya Allah...
aku terlalu penat
terlalu letih
untuk harunginya
walaupun aku yakin ada hikmah disebaliknya...

Sunday, June 7, 2009

menghitung hari

aku menghitung hari
mengira detik
untuk berpoya-poya
melupakan sibuk dikota
thesis yang asyik kena redo
kerja yang senantiasa tak pernah abis

aku menghitung hari
mengira detik
untuk berjumpa
dengan sidia
teman teristimewa
(poyola :-D)

aku menghitung hari
mengira detik
segalanya da diatur
harap segalanya lancar
tanpa halangan

Saturday, June 6, 2009

Exec ke Clerk

alahai... yeop. kadang aku rasa nak gelak jer bila certain Broadcast Journalist, Assistant Producer yang x pernah turun ke bilik arkib ni, sesekali menjengah muka. lagi2 bila staff2 aku duk mengulat. makanya tinggal la aku sengsorang kat sini. jadi secara automatik aku take over kerja dorang...

bila BJ and AP yg tak pernah nampak aku, n jarang2 turun mesti ckp "ooo... u orang baru erk. replace kak j****". aku senyum n gelak jer. ...menjadi-jadi la perangai dorang ni... igt aku ni apa...?. adus... ada yang demand n siap pelekeh aku. x per. aku rileks jer. esok aku dah kompem jawatan, korang tengok jerla keauthoritian aku yer. wat masa sekarang aku lite2 jer...

kadang-kadang aku rasa bilik arkib ni cam kaunter pertanyaan plak. pagi2 da sibuk ngn calling tanya pasal assignment. apsal dorang ni semua x nak turun tgk sendiri... malas? so, aku aku pon malas nak pick up the calling. jgn marah yer yeop. :-)

p/s: bengang tapi x kisah

Tuesday, June 2, 2009

dEmAm oh DeMaM

alahai... apa kena la ngn sistem biologi tubuh badan aku... kejap demam kejap sihat. selera makan aku susut 110 peratus. semua benda aku x larat nak telan. makan roti sekadar alas perut tuk makan ubat. (badan x kurus2 plak). bila malam terketaq-ketaq. dr. suspect denggi, tp aku rasa x. tanda-tanda denggi separuh jer yang timbul kat tubuh badan aku. mustahilla kena denggi. dr tu ckp berkemungkinan jer denggi.

p/s: demam-demam pon aku still aktif berblog. nak jadi blogger tegar ler katakan

Monday, June 1, 2009

Aduhai... gatai tangan

konon2nya nak mencantikkan blog aku. try ubah template. ini lah hasilnya cantik ke? memang la cantik... tp... huwaaaa!!!

banyak yang aku hilang. shout box aku... aku nye link ke blog member2 blogging yang aku slalu view blog dorang. adus...

so... kpd kwn2 aku yg pernah aku linkkan blog dia thru my blog, sila drop ur blog address kat comment entry ni erk. aku x igt address korang hatta member baik aku sendiri... he he he boleh tak?