Followers

Thursday, November 27, 2014

Cabaran X-treme 3 Sudu Besar Vivix Sehari

Hari ni bermulalah cabaran 3 sudu besar vivix sehari. Malam semalam terbaca perkongsian kak farah aka along di group  OTG shining star. Kisah beliau memang meruntun jiwa yang membacanya. Dengan penyakit yang dihidapi dengan anak-anak dan suami.

Sebenarnya aku hampir-hampir putus asa nak melawan penyakit aku ni. Bukan aku tak berusaha. Tapi mungkin usaha belum lagi membuahkan hasil. Tapi cabaran vivix ni aku pon belum pernah cuba. Pernah terfikir nak mencuba tapi takut kalau ada kesan sampingan dan sebagainya. Tapi bila kak along beri respon yang positif aku lagi tambah bersemangat. Insyaallah mudah-mudahan hasilnya pon positif untuk diri aku.

Baru 2 sudu besar hari ini. Tapi bukan main excitednya aku. Hahaha. Setakat ni Alhamdulillah. Belum ada lagi tanda-tanda healing crisis seperti yang disebutkan. Cuma aku rasa lebih bertenaga pagi tadi walau badan rasa sakit-sakit. Kita tengok hasilnya nanti waktu aku jumpa pakar hemato minggu depan. Bismillah...

Wednesday, November 26, 2014

Chewable Vita C: Vitamin C Untuk Kanak-Kanak

Kelebihan Vitamin E Yang Lelaki Tak Tahu

Review Filem: Spirit of The Evil

Agak lama tai review pasal film kan. Semalam entah macam mana aku boleh terfikir nak tengok wayang. No plan. Just select the movie and enjoy.

Genres filem kesukaan aku dah semestinya filem seram dan thriller. Masa tengok trailer filem ni; Spirit of The Evil, aku jangkakan sebuah filem seperti Evil Dead. Tapi aku silap…

Berlatar belakangkan abad ke 18, seorang saintis yang mengembara akhirnya terdampar di sebuah perkampungan terpencil di kawasan pergunungan. Kampung tersebut menyimpan misteri selama setahun yang tidak terungkai tentang kematian anak gadis ketua komuniti kampung tersebut. Kematiannya yang menjadi persoalan dan penduduk kampung mengaitkannya dengan sejenis makhluk bertanduk 8 yang bernama Viy.

Cerita bermula bila ketua kampung tersebut meminta bantuan saintis tersebut; Jonathan Green untuk membuat peta kawasan kampung dan beliau meminta Green untuk bermula di sebuah gereja yang telah menjadi kawasan larangan di kampung tersebut. Kerana terdesak untuk kembali ke England, Green menerima pelawaan tersebut tanpa mengetahui ada kisah disebaliknya…

Filem ini terlalu sarat dengan babak imbas kembali bagi menerangkan dan meyakinkan penonton bahawa Spirit of The Evil ialah sebuah naskah pengkisahan hantu dan jembalang. Malahan Paderi kampung tersebut bercerita perihal yang sama tentang hantu dan syaitan yang berkeliaran mengelilingi kampung, menambah keyakinan penonton bahawa hantu dan jembalang adalah wujud. Tapi anda silap!

Plot ceritanya dan garapannya kurang memuaskan. Anda kena pantas mencernakan semuanya kerana sebelum anda sempat habis berfikir anda telah dibawa ke plot yang selanjutnya. Di hujung penceritaan, babak-babaknya mula menjadi lembab dan perlahan dan di pengakhiran akan timbul beberapa persoalan yang tak terjawab.

Sinematografinya agak kemas tetapi kesan bunyi khasnya tidak mengambarkan perjalanan filem tersebut. Sepatutnya awal-awal lagi aku dapat mengagak berdasarkan kesan bunyinya, Tapi aku terlalu leka memikirkan; Jenis hantu apa cerita ni?

Aku bagi 3.5/5 Bintang. Bagi mereka yang gemarkan filem bergenre mistik, pergilah menonton

Friday, November 7, 2014

Kisah Omega Guard Lagi

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

SyuQ | 019•233•7347

Thursday, November 6, 2014

Lagi-Lagi Omega Guard

Apa kaitan Omega 3 dengan fungsi sendi?

Omega 3 mengandungi asid lemak perlu (EFA- essentials fatty acid) seperti EPA dan DHA. EPA dan DHA adalah blok binaan yang tubuh kita perlukan untuk menghasilkan resolvins.

Resolvins bekerja dalam darah untuk menghasilkan protein yang mempunyai komponen anti-radang dan mengurangkan kesan pembengkakan.

Tubuh kita TIDAK BOLEH menghasilkan sendiri resolvins dan ia HANYA boleh didapati melalui pemakanan sama ada makanan kaya Omega 3 atau suplemen.

Paras asid lemak Omega 3 ini akan melarut dalam tisu rawan, oleh itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

Tahukah anda, Omega 3 ni terkandung dalam Omega Guard shaklee...

SyuQ | 019•233•7347

Fakta Omega Guard Lagi

ALA yang terkandung dalam omega guard merupakan asid lemak omega 3 yang membantu dalam diet seharian.

Selain dari sumber minyak ikan ia juga terkandung di dalam minyak isi rong kelapa sawit... Tapi dalam kapasiti yang sedikit.

ALA dapat membantu untuk memelihara jantung, otak, tulang dan menjadi salah satu sumber diet yang di perlukan oleh badan setiap individu.

Apa itu ALA? ALA ialah Alpha Linolenic Asid. Asid jenis ini tidak dapat dijana sendiri oleh tubuh badan

SyuQ | 019•233•7347

Monday, November 3, 2014

Fakta Omega Guard

Kenapa minyak ikan shaklee? Kenapa tak minyak ikan cap XXX dari farmasi XXX belakang rumah

*di ekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara jepun
*3 kali lebih tumpat dari produk XXX kerana diekstrak sepenuhnya dari ikan bukan dari HATI ikan sahaja
*minyak ikan paling tulen kerana mengandungi spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA (sebab tu dinamakannya Omega Guard)
*1 sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan HDA

Ini fakta ye. Bukan auta

SyuQ | 019•233•7347