Followers

Tuesday, April 28, 2009

The Biggest Loser

the biggest loser merupakan sebuah rancangan relaiti tv yang mengkehendaki para pesertanya menguruskan badan dengan cara yang sihat, dan dijanjikan dengan hadiah yang lumayan jikalau mereka berjaya. tapi sejauh manakah kemampuan peserta tersebut?

aku ada berkesempatan beberapa kali menonton rancangan ini. kesungguhan para pesertanya melalui setiap senaman dan aktiviti cukup menguji kesabaran ditambah pula dengan jadual pemakanan dan diet yang wajib dipatuhi. ada sesetengah mereka yang terganggu emosi disebabkan tekanan yang terpakasa mereka lalui ini.

bukan mudah sebenarnya nak menguruskan badan kalau tidak mempunyai keazaman yang kuat. setakat usaha yang gigih seperti senaman dan exercise serta mengamalkan diet yang tertentu tidak sepenuhnya membantu.

sebab itu sewaktu salah seorang pesertanya, amy menistiskan air mata disebabkan tekanan dan rasa rindu dengan anak-anak beliau, tambahan pula bila usaha yang dia lakukan tidak setimpal dengan hasilnya, bertambah-tambahlah sedih jadinya. iyalah... macam-macam usaha yang dilakukan dalam dua minggu, cuma susut 2 paun je.

bukan mudah nak kurus. diet dan exercise saja tidak mencukupi. kekuatan mental dan fizikal juga perlu dan seimbang. keazaman yang tinggi dan motivasi yang kuat serta usaha yang gigih tanpa kenal jemu sedikit sebanyak membantu dalam proses menguruskan badan.


aku menulis berdasarkan pengalaman yang aku lalui sendiri. aku rasa, tanpa keazaman dan usaha yang gigih, aku takkan dapat berat badan seperti sekarang. dua tahun dulu, berat aku sekitar 90kg dan sekarang, alhamdulillah maintain 62kg. dengan ketinggian 167cm, aku rasa berat badan aku da ok la.
Dulu dan sekarang

aku mengambil masa setahun untuk mengurangkan berat badan. semuanya bermula bila aku nak menyambung pengajian ke peringkat sarjana. atas nasihat seorang dr. yang menjalankan proses medical checkup keatas aku, memberithu saluran darah aku tersumbat dengan kolestrol. dan berat badan aku telah melebihi tahap obesiti. bayangkan... saiz seluar jeans aku ketika itu 40"!

bermula dari hari itu, aku berazam untuk menguruskan badan. bermulala diet aku yang ntah apa ntah. avoid nasi. aku hanya makan buahan, sayuran dan roti gardenia breakthru. adalah lebih sebulan aku dapat bertahan. tapi bila aku naik mesin penimbang, sedikit hampa... cuma susut beberapa kilogram je.

sedikit terkilan tapi aku tak berputus asa. aku cuba alternatif lain. kebetulan aku da pindah duk sendiri kat puncak perdana sebab time tu aku da start wat sarjana. aku nak pegi gym, memangla x sempat. joging, jangan harap la. tapi exercise dan senaman tu perlu. makanya aku memilih tuk skipping. wat dalam umah je. mula-mula buat, rasa nak luruh jantung dan segala isi dalam badan. terseksa! sebab memang jarang bersenam. cuma dapat buat dalam kiraan 100 je. tapi setiap kiraan tu aku akan tingkatkan. hari ni 100, sok try 150. gitula yang aku buat selama 6 bulan keatas. push up n pumping pon aku wat. diet tanpa nasi, aku masih lagi amalkan. sampaikan aku sendiri dah terlupa camner rasa nasi tu. roti, yogurt, buah-buahan dan susu rendah lemak dah menjadi makanan ruji aku. kadang-kadang aku makan gak nasi dalam kuantiti yang sedikit tu pon kalau da x tertahan sangat. ataupon sup, tu pon kalau lepak ngn budak-budak kelas aku.

berapa lama aku amalkannya...? seminggu? dua minggu? sebulan? aku rasa almost 1 year, baru ternampak hasilnya. itu pon makcik-makcik aku tegur. badan aku susut sangat, macam orang tengah sakit...

alhamdulillah, dengan usaha tanpa jemu n gigih serta keazaman yang kuat aku berjaya juga. sekarang aku boleh pakai baju saiz S. seluar saiz 30" n 31" pon aku boleh pakai. tipu kalau aku x de memakai sebarang produk menguruskan badan. tapi aku x sure produk tu berkesan ke tidak. sebabnya aku x rasa produk tu membantu. mungkin ada... tapi yang aku pasti without exercise, diet yang betul dan keazaman yang tinggi, agaknya sukar tuk aku dapat berat badan camni.


p/s: sekadar berkongsi cerita

Monday, April 20, 2009

Hangin!

telefon aku berdering. nombor yang tertera... hmmm. aku memang rasa malas nak pick up. mesti ada je benda yang tak kena. tapi disebabkan aku tak mahu nama aku busuk, angkat jugak la...

"syukri... syukri dimana?". amboi... manis je suara dia
"mana lagi pn. saya kat rumah le". aku menjawab. memaniskan suara semanis yang boleh.
"syukri... syukri x boleh buat mcm ni tau... sepatutnya syukri kena kerja lagi ari ni... bila syukri start kerja kat B******...? 21hb kan... so, syukri kena kerja ari ni..." gitula bunyi suara diseblah sana yang menghangatkan jantung aku.
"pn.... pn. baca tak surat perletakan jawatan saya? saya bagi notis 24 jam pada 17hb yg lalukan? seperti yang terkandung dalam surat perlantikan saya dulu, saya boleh berhenti dengan notis 24jam dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. itu bermakna segala tugas saya sebagai pegawai eksekutif di **M berakhir pada tarikh saya meletakkan jawatan. segala tugas2 saya yang dibawah tanggungjawab saya, saya dah settlekan. dan tugas2 selepas itu bukan lagi tanggungjawab saya...." hmm amik kau.
"mana boleh macam tu... syukri tak boleh buat macam tu. walaupun notis yang syukri bagi 24 jam, syukri sepatutnya kena keje gak sampi syukri masuk keje kat B******.

amboi cik senah... sedapnya mulut kau bercakap.... kau ingat dengan aku bekerja ari isnin, satu hari deng jer, aku akan dibayar gaji ngan cina tua tu. HARAM.... gaji aku tiap2 bulan pon macam aku menagih sedekah... kau tau ke cik senah...? kau apa tau. kau bangga dengan jawatan kau tu. tapi bila orang duk ngata kau tak reti wat keje, kau melenting... nak letak jawatan la... tapi tak letak2 pon. (tapi memang kau tak reti pon wat keje)

satu lagi... aku berenti keje. kalau aku pegi keje n terjadi apa2 yang tak diingini keatas aku, sape yang nak tanggung cik senah? **M? HARAM! Perkeso? da sah perkeso tak mahu sbb aku bukan lagi bekerja dibawah **M. ke ko yang nak menanggungnya cik senah or council member yang lain nak menaggungnya. masa aku sakit dulu... ada kau ngn council member yang lain kesah. NON ADO...

lagi satu... kau ingat aku ni bertukar jabatan ke? dibawah syarikat yang sama? ari ni kene keje gak kat tmpt lama before esok g tempat baru...? kira untung jugak tau aku still datang hari jumaat tu. membersihkan bilik yang abis basah ngn air jamban yang bocor. ngn syiling runtuh lagi... ada kau kisah suma tu cik senah? ada council member yang lain amik peduli? datang tunjuk muka, duk membebel, lps tu blah jer. aku ni meredah air najis tu tau tak! menyelamatkan apa yang patut. korang ada kesah? that why la **M tu da usia dia menjangkau lebih 50 tahun masih lagi di takuk lama... tp still dok berangan lagi nak sama taraf ngan IFLA... sedar diri okay.

hah! amik kau... bukan setakat bau tembelang... bau bangkai aku sekali aku tinggalkan dalam bilik tu. aku ni bukan jenis manusia yang KIJAM. tapi kalau orang tu berbuat onar, mencabar kewarasan pikiran aku n bertindak KIJAM... aku akan jadi lebih KIJAM dari yang korang dpt sangka

p/s: puas hati...

Saturday, April 18, 2009

only 2 hours

Allahuakbar.... otak aku da buntu giler da. tinggal dua jam lagi aku nak ngadap supervisor thesis aku. tp still sangkut kat chapter 2 lagik (tp sempat lg log in blog. he he he). semalam beliau call. tya camner akunyer thesis. ada improvement ke. aku x tau nak jawab apa. bila aku mintak postpone satu sem, punya la hangin dia. dia suh aku jumpa dia esok (ari ni la). x kan aku nak ngadap dia ngn tangan kosongkan. at least aku da la bwk apa yang aku da watkan. tapi x sampi 24 jam, apa yang aku mampu wat. takat chapter 2 tu je la. huwaaaa....

tu la pasal. salah aku gak. dulu masa jd full time student gatal nak bekerja. lepas jd full time worker n part time student, baru terseksa jiwa raga...

aku harapkan ada peluang kedua tuk aku nanti.... :-(

p/s: tu la manusia. sentiasa harapkan akan ada peluang kedua. peluang pertama didepan mata, dilepaskan camtu jer...

Friday, April 17, 2009

celebrate punya pasal

"jom aku blanja ko mkn" aku ajak member aku g celebrate aku dpt keje lain
"yg pasti aku x nak kat food court" sempat demand lg aku. kerek siot
"aku mana tau area klcc ni apa yg best" member aku jawab
"kita g A&W?" member aku mencadangkan kami g sana. ewahhh. dia tau tak la ni aku x ley mkn ayam?
"aku x ley mkn ayam la weiii. hmmm. Chilis ok?" aku membantah n bg cadangan. member aku setuju makanya kami berangkut ke chilis. nasib ada tempat kat sana.

bukak menu, aisey... ayam gak. selak sana ayam, selak ini ayam. apa yg blh aku mkn. a'aaa
" spagethi with meat source, mash potato n chocolate banana shake" itu la makanan yang aku pilih. aku yakin makanan ni selamat wat diri aku. rasa aku le. tp x per, b4 that aku da makan ubat.

dalam LRT balik umah. aku da mula rasa semacam. otw dr stesen LRT abdullah hukum ke umah aku, aku da rasa telinga aku kebas.

sampai umah, usai mandi... duk lepak sat layan kliwon, telinga aku plak da rasa berdenyut, gatal n rasa kebas. aku tersilap makan ker?

naik bilik bersiap nak tido baru aku perasan muka aku... makan apa yg ada wat alas perut. telan antibiotik, tahan sakit, bengkak n apa ntah lg. tarik selimut. tido

aku cuba igt balik apa yg aku makan semalam... rasa-rasa aku sumanya safety....

Thursday, April 16, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi. sudah tersurat rezeki itu memang milikku. dan aku mampu tersenyum gembira. senyyyummmm :-)

aku pon tak sangka. segala-galanya pantas berlaku. sekelip mata. tp Alhamdulillah... berkat kesabaran, ada hikmahnya.

secara rasminya hari ini aku akan menamatkan tugas di company lama (24jam notis. amik kau!). terasa sayang pulak nak meninggalkan tempat lama ni. dan Insyaallah, tanggal 21 April 2009 aku akan mula bertugas di tempat yang baru, environment yg baru. yang penting, level gaji yang baru dan masyuk.

p/s: cik beautifulhands. TQ so much. jasamu dikenang... ALWAYS

" Petang Karang"

"Petang nanti kami akan hubungi en.syukri ye dan kami akan bagi tahu keputusannya"

Ya Allah... sesungguhnya aku berdebar-debar. tak sanggup rasanya aku nak tunggu sehingga petang nanti. satu panggilan yang pada pendapat aku akan merubah sebahagian dari hidup aku. cemas. takut. gembira. semua perasaan bercampur baur. aku memang mengharapkan panggilan itu akan membawa berita yang menggembirakan. apa pon yang bakal terjadi aku tetap menerimanya dengan redha. setiap yang berlaku itu sudah tertulis sejak azali. sama ada kita tabah melaluinya ataupun tidak.

kalau rezeki aku, Alhamdulillah... syukur sgt2. tapi kalau bukan, aku harus hargai dan menerima apa yang aku ada sekarang... tentu ada hikmah disebaliknya

:::kawan:::

aku nak ambik satu petikan entry dari seorang blogger yg selalu aku jenguk blog dia. en.zam:

kata mak,KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......
kata abah,KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk,KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....
kata nenek,KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

tu la sebahagian dari petikan entry beliau. sebelum ni aku da terima mesej n komen-komen sebegitu dalam akaun friendster aku.

ada satu lagi entry dari blogger yg br aku kenali, cik wanie:
"apapun kini aku sudah belajar sesuatu,iaitu kegembiraan dapat berkongsi bersama sesiapa saja tetapi kesedihan hanya dpt dikongsikan bersama yg tertentu sahaja kerana tidak semua memahami situasi @ perasaan kita...."

aku teringat pesan ayah aku... "Z*** (nama timangan aku) kawan biar berpada-pada. kawan ketika senang terlalu ramai. kawan ketika susah. semuanya lari. kamu lihat diri kamu sekarang. kamu duduk berkawan-kawan. kesana-kemari dgn berkawan. pergi jumpa kawan sana. pergi jumpa kawan sini. skrg kamu sakit. dimana kawan-kawan kamu?" begitula lebih kurang statement yang dikeluarkan ayah aku. tapi aku faham. keadaan kawan2 aku pon x mengizinkan mereka menjenguk aku. tapi mereka tetap bertanya khabar aku. Alhamdulillah... aku masih ada jugak kawan yg mengambil berat. susah senang dikongsi bersama.

ada jugak kawan bila senang tak hingat dunia... dan bila susah, baru terhegeh-hegeh cari kita. ada juga kawan, berkawan sekadar mengambil kesempatan. melepaskan diri dia dr bala. bila dia rasa diri dia dah lepas, dia buat-buat lupa kita. ada pulak yang sekadar utk bergembira saje. bila susah ditinggalnya kita. ada juga yang pandai bermuka-muka. kononnya ikhlas, tetapi hanya lakonan semata... itu la sandiwara berkawan. berkawan, biarla berpada.

Wednesday, April 15, 2009

Short Entry

14/4/2009
masih lg dlm mood kurang sihat. benda nak jd. nak elak camner pon jadi gak. tp betul kata org tua dulukala. mencegah lbh baguih dr mengubat. Alhamdulillah awal2 dpt detect, x la melarat lg.

otw balik ke rumah, redah hujan. walaupun renyai, sampi kerumah da separuh lukus. kepenatan. x sempat bukak apa pon, aku da terbongkang tidor. abg halim ckp apa pon aku x sedar. sedar2 da pukul 9.52mlm. baru aku teringat yg aku ni belum mandi lg lps kena ujan. alamatnya klu x kena cara, demam la esok pg.

aku tgk rumah sunyi jer. sah. aku ditinggalkan keseorangan. automatik bulu roma aku meremang. ngn ujan renyai. menambah suasana umah lbh menyeramkan. aku bkn sorg yg penakut sgt. akan tetapi peristiwa kelmarin masih teringat-ingat. tambahan pula, lepas aku kena, abg halim pon kena. apa kena ni?

lps mandi, solat n mengaji sat, hp bunyi. abg halim call. dia ada kat umah member dia. azim pon ikut skali. nak minta air pulihkan semangat. sian. semalaman dia x boleh tido. sampi x pegi kerja. aku plak memang da ber MC.

15/4/2009
aku bangun dgn kepala yg berat. sah aku demam sbb kena ujan smlm. kena gak g keje. keje mmg berlambak. lbh2 lg lps MC 2 minggu tambahan AGM da dekat. sampi office, call bos. x berangkat. yg satu lg pergi meeting. kepala aku da lalok semacam. berat giler. ndak x ndak naik gak g bilik Pengarah. tutup. kat mana dorang wat keje ni...? confius. try call hp bos, x berangkat. yg satu plak tutup. apa ni? semalam aku kat klinik, bukan main sibuknya menelepon... sampi x sempat nak tya khabar aku. lps tu mcm blame aku MC plak. aku tak mintak sakit yer. ari ni sakit2 pon aku datang keje. ADA KORANG KESAH???

Friday, April 10, 2009

Gay, PLU, Pondan, Bapok

aku rasa isu ni dah x asing lagi da. rata-rata dalam newspaper, tabloid, blog, org dok perkata benda nih. yang penerbit drama n filem plak berebut-rebut mengangkat isu ini sebagai jalan cerita. kononnya mengandungi moral la, ada mesej la. tapi, apa ke jadah nya korang g salut badan pelakon yg sememangnya "jantan" memakai pakaian perempuan. Mula-mula dulu Rusdi Ramli. lepas tu Ahmad Tarmimi Seregar. Then Jalaludin Hasan. Syawal AF. Lepas ni korang nak mewomenkan Norman Hakim ngan Fizz Fairuz plak. apa kes?

Kalau korang betul ikhlas buat filem, drama pasal isu ni n kononnya jalan citer korang tu ada moral, apsal x amik jer pondan2, mak nyah kat tepi-tepi jalan. yang sememangnya memahami perjalanan hidup dorang. train dorang jd pelakon tuk drama n filem korang.

aku teringat satu filem experimental yang mengangkat isu "pekerja2 sosial" termasuk pondan, maknyah n pelacur yg menjadi tema untuk pencegahan AIDS n HIV. Bukak Api klu tak silap aku tajuk filem tu. pelakon-pelakon dalam filem tu semuanya maknyah original. bukannya maknyah yang dipalsukan. kerana mereka-mereka ini memahami apa yang mereka lalui sendiri. bukan sandiwara yang dibuat-buat ataupun dilakonkan. tapi berdasarkan apa yang mereka lalui dan tempuhi.

cuba tanya pelakon-pelakon yang pernah membawa watak seperti itu. sebab apa mereka terima tawaran watak mcm tu? plg koman pon dorang akan ckp nak mevarietykan lakonan dorang. nak cuba pelbagai watak. bknnya merasai sendiri apa yang maknyah, pondan, bapok ni rasai, lalui, tempuhi n jalani kehidupan seharian. sepuluh kali berlakon watak yang sama, ia tetap lakonan dan bukan realiti. dan dorang n penonton x kan faham apa yang mereka-meraka (maknyah) ini lalui. sebab ini hanya lakonan semata...

p/s: teringat watak jelita aka budin dalam bukak api... :-)

Tuesday, April 7, 2009

2 week after

Lama aku tak login blog. banyak sawang kat blog aku ni. he he he. MC dua minggu. rehat cukup2. bukan aku mintak sampai 2 minggu. tp benda nak terjadi. operation yang aku jangkakan sekadar membuang bisul, rupanya lebih dari itu. Alhamdulillah... syukur. sumanya selamat. 1 jam 35 minit satu jangka masa yg singkat. tp bg aku... hanya Allah yang tahu

walaupun kecil, tp pengalaman yang aku kutip besar ertinya. dan aku yakin, aku takkan perolehinya dimana-mana....