Followers

Friday, March 25, 2011

Solat Jumaat


Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Aku beruntung sebenarnya. Tempat kerja baru aku disediakan tempat solat Jumaat. Walaupun hanya sebuah surau yang kecil tetapi telah dibaik pulih supaya dapat menampung kebanjirang jemaah yang menunaikan Solat Jumaat. Akan tetapi ada segelintir manusia-manusia ini yang dimana kesenangan ini tidak diguna pakai sehingga mengabaikan solat.

Aku terkenang dibeberapa tempat aku bekerja dulu. Terpaksa menaiki bas atau LRT untuk ke masjid. Lepas tu terpaksa berjalan kaki bermeter-meter jauhnya. Tu belum lagi berebut-rebut nak dapatkan saf yang terbaik. Ini cuma turun ke bawah jer da sampai surau. Itu masih malas lagi. Tak taulah nak kecek gapo doh. Tunggu bala jer.

Timing aku belum tepat lagi nak menunaikan Solat Jumaat ditempat baru ni. Kadang-kadang ketercepatan. Kadang kala pula keterlambatan. Teringat pesan Ayah aku. Kalau pergi Solat Jumaat, pastikan sebelum azan pertama berkumandang kita sudah beriktikaf. Aku pegang kata-kata Ayahku...

Hari ini aku keterlewatan. Sampai sahaja di surau orang dah ramai. Tempat letak kasut langsung penuh. Minggu lepas aku ketercepatan. Belum pernah lagi aku bersolat dikawasan luar surau. Hari ni kena gak... Kawasan dalam surau dah penuh. Hanya dapat menatap wajah khatib melalui skrin TV yang disediakan sahaja. Mungkin hari ni ada Konvokesyen untuk Lincoln College kot. Tak pun sebab ada Careers Fair kat PWTC. Tu pasal jemaah ramai semacam jer. Biasanya kalau ada 'pesta' kat PWTC tu memang hiruk pikuk la dibanjiri dengan bermacam ragam manusia. Aku pernah tersepit; tak boleh keluar dan tak boleh masuk diantara lautan manusia yang membanjiri MATTA Fair yang baru jer berlalu tu. Walhal aku nak balik kerja jer tu...

5 comments:

attyfir said...

itulah syuq..kadang org ni tak reti bersyukur..dah dekat pun malas nak pergi ..kalau jauh dijadikkan alasan pulak masjid jauh ..takde pengangkutan bagai.

Unknown said...

zaman skg nie,
mmg ada lah sesetgh lelaki yg malas nak pi solat jumaat,
time2 org lain pi bersolat jumaat,
ada jugak beberapa org manusia yg berpeleseran di shopping complex tanpa rasa segan silu,
huhuhuhu

Softtouch [Hanim] said...

igt ustazah ckp kalu pg solat jumaat n dpt saf depan sekali tu umpama korbankan unta kalu xsilap...kalu muza salah sorry yer...

dyea irdina said...

sabtu baru akak sampai baca en3 ko...bila baca citer ko kan akak ingt satu citer...masa tu cik soami smayang kat sejid KLCC..akak jd penunggu nga anak dlm keta...ada ke pak guard tu tak bg kami park kat area masjid tu..ko tau kenapa...sbb kereta2 duta nak park kat situ unt duta2 tu semayang..ces sungguh double standard..akak buat donno je sbb masa guard tu mai cik soami dah masuk masjid..lantak ko la..kat dunia ni pun nak kelebihan melampau tunggu la kat akirat tgk boleh ke ko nak park unta ko kat tepi titian mustakim tu...dapat ke tak...compirm tak dapet..disisi tuhan kita semua ni sama lah...mannusia je lebihkan darjat..kat dunia boley laaaaaaa

TAYAR PANCIT said...

hey :) saye da follow :) follow me back @ tayarpancit.blogspot.com