Followers

Wednesday, January 14, 2015

Wordless Wednesday: Video: Salji turun di Hallasan


Kita layan video plak ye. Tak mampu nak taip banyak-banyak dan edit draft entry korea tu ngan cermin mata lama ni. Ngadap skrin lelama rasa pening plak. Cermin yang selalu pakai tu boleh plak terjatuh dalam sungai T-T

Thursday, January 8, 2015

Hari Keenam: Seoul - Everland - Hard Rock Cafe

Ini hari keenam aku di Korea. Hari ketiga di Seoul dan hari ketujuh dalam itenary. Kenapa hari di itenary tu dah hari ketujuh sebab hari keberangkatan dan hari ketibaan aku tak kira.

Jadi kami semua memutuskan bahawa Yongpyong Ski Resort kami tak jadi pergi. Itineray ke sana kami gugurkan. Kami percaya suasana disana pun lebih kurang sama di Nami Island mahupun Hallasan. Kami kesana pun sekadar mahu melihat tempat pengambaran drama Winter Sonata je ngan main snow board. Jadi rasa macam kurang berbaloi. Jadinya kami memutuskan untuk berjimbara ke Everland pada hari itu.

Nak ke Everland ni pon ada banyak pilihan. Boleh naik subway terus direct ke Everland. Sebab ada dah subway yang ke Everland. Tapi.... Anda kena bertukar banyak kali subway. Jadi kami memutuskan untuk menaiki subway separuh perjalanan dan separuh perjalanan lagi kami menaiki bas.

Dari Jonggak Station Line 1, kami naik subway ke City Hall Station. Kenapa asyik Jonggak Station? Sebab tu la stesyen subway yang terdekat dengan penginapan kami. Dari City Hall Station kami tukar subway Line 2 (warna hijau muda) dan turun di Jamsil Station dan keluar ikut Exit 6. Keluar je dari subway anda akan nampak jalan besar di kanan anda ada simpang empat besar. Di kiri kanan simpang empat tu ada Lotte Mall dan Lotte World. Kami kena menyeberang jalan besar tu untuk ke Bus Stop yang ditengah-tengah jalan raya. Ye, ada bus stop ye di tengah-tengah jalan. Jangan tak percaya. Sampai di bus stop tu cari pondok bas untuk bas nombor 5700. Itulah bas yang akan membawa kami ke Everland. Cari sampai jumpa sebab bas akan berhenti hanya di pondok bas yang ditetapkan sahaja dan lagi satu ia amat-amat menepati masa. Kalau kat skrin tu tertulis lagi 10 minit. Bermakna memang ngam-ngam bas sampai lagi 10 minit. Segala pengangkutan awam di korea ni kami gunakan T-money. Nanti aku ceritakan pasal T-money.

Dari Bus Station Jamsil kami bergerak ke Everland. Bagi tau awal-awal dengan driver bas minta dia drop kan kami di stesyen Everland. Perjalanan memang terasa jauh dan memenatkan. Lagi satu tip untuk korang. Kalau naik bas disana, pastikan anda duduk dekat ngan driver bas. Rajin-rajin kan mulut berkomunikasi walaupun bercakap macam ayam dengan itik.

Sampai di stesyen Everland hari pun dah melepasi waktu tengah hari. Dari situ kami menaiki shuttle bas everland sampai ke pintu masuknya. Free of charge je.

Sampai je di Everland mood aku dah hilang. Hahaha. Sejuk weiiiii. Sejuk menggila. Jangan cakap aku tak cukup baju. Ni susunan baju yang ku pakai; t-shirt fit, long john (boleh tahan sehingga -10), kemeja, jaket, snow fleece dan jaket winter. Cerbayangkan berapa tebal... Tapi tak mampu nak menangani suhu yang mencecah -9 pun. Huhuhu.

Disebabkan semangat tu tinggi kami teruskan jua meneroka Everland. Tiket masuk ke Everland sekitar 32,000KRW. Hahaha. Mahal. Itu pun lepas diskaun. Saya nasihatkan anda. Sebelum berangkat ke korea, rajin-rajin kumpul kupon diskaun. Kupon diskaun juga boleh di print dari internet. Sebab semua tempat-tempat yang nak dilawati berbayar ye. Walau sekadar nak tengok air terjun je.

Apa ada di Everland? Rasanya mana-mana taman tema pon sama kan. Cuma dekorasi je berbeza. Kami habiskan sepetangan di Everland sehingga ke malam dan sebelum jam 8.00pm waktu tempatan kami keluar dari Everland. Naik shuttle bas ke stesyen bas everland. Dari situ naik bas ke Jamsil Station. Dari jamsil kami berjalan kaki ke Lotte Mall untuk singgah di Hard Rock Cafe. Lokasinya di tingkat 5 dalam Lotte Mall tu gak bersebelahan dengan Lotte Cinema. Tak susah cari. Sebab ada direction dalam Lotte Mall tu.

Selesai di Hard Rock Cafe, kami pun berangkat pulang ke hostel mengikut laluan yang sama waktu pergi tadi. Satu lagi hari yang panjang pun berakhir.

Pintu masuk Everland

Antara dekorasi Everland untuk menyambut krismas. Seriously meriah giler. Dengan lagu2 santa claus is coming to everland berkumandang di genap ceruk

Everland

Ni dah nak masuk ke malam

cantik kan

Direction ke Hard Rock Cafe dalam Lotte Mall

Hard Rock Cafe

Wednesday, January 7, 2015

Hari Kelima - Seoul: Naminara Republic/The Garden of Morning Calm

Hari kedua di Seoul dan hari kelima di korea atau hari keenam dalam itenary program. Hehehehe. Berapa banyak hari daaaa.

Perancangan asal, kami akan ke Yongpyong Ski Resort. Jam 7 pagi waktu tempatan dah kene naik bas. Tapi kami semua terlewat bangun pagi tu. Ye la. Seawal pagi semalam kami dah keluar menuju ke Jeju Airport. Sampai Seoul berehat sekejap terus pusing-pusing Seoul plak. Badan pon jadi letih dan lemau. Jadi plan ke Yongpyong Ski Resort kami batalkan dan tukar ke Nami Island.

Selesai bersarapan dengan bekal yang kami bawa dari Malaysia, kami bergerak menuju ke Nami Island. Kami naik subway Line 1 dari Jonggak Station menuju ke Heogi Station. Dari Heogi Station kami tukar subway Line Jungang menuju Sangbong. Sampai di Sangbong Station kami tukar subway naik Gyeongchun Line menuju ke Gapyeong. Kami berhenti di Station Gapyeong. Sebenarnya boleh je nak ke Nami turun kat Cheongpyeong, 2 station sebelum Station Gapyeong. Tapi dari Gapyeong lagi dekat nak ke Nami menggunakan shuttle bas.

Sampai Gapyeong perkara pertama yang kami tuju ialah Tourist Information Centre. Ini benda wajib kalau anda travel secara backpack. Ketahui perkara-perkara penting seperti pukul berapa shuttle bas terakhir, routate bas, kekerapan bas. Dari situ kita dapat merancang tempat-tempat selain Nami untuk dilawati. Kita juga boleh merancang berapa jam nak spend masa kat sesuatu tempat.

Kami tak perlu menunggu lama bila Gapyeong Tourist Resort Shuttle Bas (nama shuttle bas tu) sampai. Tiket bas sebanyak 5000KRW boleh dibeli dari driver bas. Tiket bas kena bayar cash ye. Tak boleh guna T-money. Apa tu T-Money? Nanti aku cerita... Tiket shuttle bas ni boleh pakai untuk sehari ye. Maknanya anda boleh naik shuttle bas berkali-kali. Hanya tunjukkan tiket kat driver bas je. Jadi jangan hilangkan tiket bas tu. Dari Gapyeong kami terus menuju ke Nami Island dengan shuttle bas. Sampai je kat situ, kena jalan kaki kedepan sedikit untuk sampai ke kaunter tiket.

Sebelum naik feri, kena beli tiket untuk feri and admission. Untuk pelancong asing; 8,000KRW dan 10,000KRW untuk warga tempatan. Kami juga tak perlu menunggu lama bila feri nak ke Nami pon tiba. Perjalanan dengan feri lebih kurang 30 minit aku rasa. Sebab aku boleh tertidor dalam feri tu. Hahaha.

Sampai di Nami, bermulalah penerokaan kami... Sesungguhnya kami kurang teruja. Mungkin sebab pertamanya; terlalu ramai pelancong. Seriously memang ramai giler. Yang keduanya cuaca yang terlalu sejuk. Yang ketiganya kurang keterujaan. Mungkin sebab kami dah puas main salji masa di Hallasan, Jeju. Jadi kami jalan-jalan menikmati pemandangan keindahan Nami Island. Sebab faktor cuaca juga, kami kehilangan mood untuk merakamkan gambar…

Di Nami ni kami terjumpa sebuah restoran halal. Restoran ni agak jauh kedalam. Anda kena berjalan sampai habis pokok2 winter sonata tu baru nampak bangunan-bangunan kedai disebelah kiri. Kat situ juga ada tan tema gak. Kat situ ada papan tanda restoran halal. Aku lupa nama restoran tu. Kat situ kami makan tengah hari. Aku order nasi goreng berharga 10,000KRW. Hahaha. Mahal giler ye. Nasib sedap. 

Selesai meneroka Nami, kami bergerak semula ke tanah besar menggunakan feri. Dari Nami kami bergerak menuju ke Morning Calm Arboretum@The Garden of Morning Calm. Anda kena tunggu shuttle bas di seven eleven seperti di gambar. Disitulah shuttle bas akan berhenti.

Perjalanan sejauh 40 minit atau lebih terasa begitu memenatkan. Dengan suhu yang begitu dingin aku mula rasa tak sedap badan. Serius, memang tersangatlah sejuknya. Disitu kami menunggu sehingga matahari terbenam bari segala lampu neon dalam taman tu menyala. Allahuakbar! Pemandangan yang sungguh cantik memukau. Bagi kami sangat berbaloi menunggu.

Kami tak lama disitu sebab kami kena bergerak ke pulang dengan shuttle bas jam 6.30pm. Bas terakhir jam 7.30pm tapi kami tak nak ambil risiko sekiranya bas tak sampai atau bas tak boleh nak datang ambil penumpang. Sebab perkara ni pernah terjadi ketika kami di Hallasan dulu.

Dari The Garden of Morning Calm kami naik shuttle bas menuju ke Cheongpyeong Station. Station subway. Situ ialah station yang terdekat cuma 25 minit dari The Garden of Morning Calm. Macam aku bagi tau tadi. Kalau nak ke Nami pon boleh dari Cheongpyeong cuma agak jauh sedikit.

Dari Cheongpyeong kami naik subway menggunakan laluan sama waktu nak pergi tadi untuk pulang ke hostel. Satu hari lagi yang sangat indah.

Gapyeong Tourist Resort Shuttle Bas Station. Ni Stesyen Nami. Kena tunggu kat 7-11 tu

Bas warna hijau tu la shuttle basnya

Pintu masuk nak jetty

Mercu Nami Island

Feri menuju ke Nami Island

Peta Naminara Republic / Nami Island

Nami Island… Tak berkemampuan nak fefeeling Jun Sang. Hahaha. Sebelum kesini, plan macam-macam. Dah sampai, nak keluarkan tangan pun rasa sayang. Sebab takut beku. Hehehe.

Lihatlah… Betapa ramainya pelancong

Winter Sonata katanya...

Nasi Goreng 10,000KRW = RM32. Hahaha. Nasib lazat.

The Garden of Nami Island

Tadaaaaa

Aku berdiri di jambatan ye. Kalau bukan musim sejuk, kiri kanan aku tu tasik.

The Garden of Morning Calm

The Garden of Morning Calm

The Garden of Morning Calm

The Garden of Morning Calm

Pengasas The Garden or Morning Calm

The Garden of Morning Calm Museum. Menyimpan sejarah pasal Garden tu

Tuesday, January 6, 2015

Hari Keempat: Jeju - Seoul Through Gimpo

Hari keempat sebenarnya. Tapi hari terakhir kami di Jeju. Di hati mula dilawangi rasa pilu. Entah adakah umur untuk ku sampai lagi kesini... Sejujurnya aku terlalu bahagia bila di Jeju. Cerita di Hallasan, Kisah di Seongsan Illchulbong Peak. Catatan di Sun Gumburi Carter, Manjanggul Cave, Seopjikoji Mountain.... Semuanya terpahat kemas dalam memori aku. Ini antara tempat yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila…

Seawal pagi sebelum subuh kami bergerak ke limousine bus, bus stop yang bakal membawa kami ke Jeju Airport. Bus stop tak jauh sebenarnya dari Jeju Hiking Inn. Tapi disebabkan kedudukannya yang keatas bukit nuuunnn tu menjadikan kesukaran buat kami untuk mendaki dengan segala beban disangkut dibadan. Bus stop ni selang satu blok dengan sebuah hotel. Maaf sangat-sangat aku lupa nama hotel tu. Sun Inn hotel rasanya kalau tak salah.

Ikutkan masa, kami memang sudah terlewat untuk menaiki bas pertama kami seawal 6.20 pagi waktu korea. Tapi entah dari mana datangnya seekor anjing yang agak comel mengikuti kami dari belakang. Kak Kat yang jadi sasarannya. Hahahaha. Punyalah ketakutan kakak tu. Dia boleh lari mendaki bukit terjerit-jerit dengan segala beban dibadan meninggalkan kami berdua dibawah... Mungkin dengan sebab itu juga perjalanan kami bertambah laju. Memang rezeki kami sesampai kami di bas stop, bas dah tersedia dan hampir siap memasukkan barang penumpang kedalam bonet bas. Allahuakbar. Mungking anjing yang comel tu pertolongan dari Allah supaya kami lekas-lekas berlari sebab bas dah nak jalan. Dengan tambang 5000KRW kami bergerak menuju ke Jeju Airport. Dari Jeju Airport kami akan ke Seoul pula melalui Gimpo Airport dengan Easter Jet dengan tambang RM100 macam tu kalau tak silap…

Sampai di Gimpo Airport, perkara pertama yang kami cari ialah makanan. Kami makan di lotteria. Menu pilihan; burger udang. Kat lotteria saje la yang tak menghidangkan pork burger kalau tak silap aku.

Dari Gimpo kami naik teksi menuju ke penginapan kami; Seoul Hostel Centre yang bertempat berdekatan dengan Jonggak Subway Station, Line 1. Tambang teksi sekitar 20,000KRW per teksi. Plan asal kami, aku dengan PZ duduk berdua. Tapi disebabkan biliknya yang agak kecil untuk berdua, kami ambil keputusan untuk menyewa secara berasingan. Kos 5 hari 4 malam di Seoul Hostel Centre untuk seorang sebilik lebih kurang 100,000KRW.

Lepas chek in dan berehat kami keluar menghirup udara Kotaraya Seoul. Destinasi kami seterusnya ke Namdaemun Market; syurga membeli belah untuk perhiasan wanita seperti rantai tangan dan sebagainya. Tapi, sebelum itu dari Jonggak Station kami ke Seoul Station dulu. Nak beli tiket keretapi nak balik ke Busan. Sebab penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur melalui Busan.

Tambang keretapi dari Seoul Station ke Busan sekitar 28,600KRW. Kami naik keretapi biasa je; Mugunghwa namanya. Bukannya KTX; keretapi ekspress. Sebab tiket keretapi ekspress bernilai 50,000KRW sama dengan tambang kapal terbang. Dengan itu kami mengambil keputusan menaiki keretapi biada je ke Busan. Keretapi biasa ni memakan masa perjalanan selama 5 jam lebih atau kurang.

Selesai urusan pembelian tiket di seoul station kami meneruskan perjalanan ke Namdaemun Market. Dari seoul station kami naik subway Line 4 dan turun di Hoehyeon Station. Tadaaaa. Keluar je dari situ, sepanjang jalan itulah Namdaemun Market Street. Pelbagai jenis produk dijual, beg tali pinggang. Kelabu biji mata. Tapi harganya... Silalah bawa duit berkepuk-kepuk ye.

Destinasi kami ialah Iledang Building. Bangunan hijau. Keluar je dari stesen subway Hoehyeon anda ambik kanan dan jalan straight lepas information kaunter ada bangunan hijau sebelah kiri. Anda kena jalan kedepan sikit menghadap bangunan tu baru nampak tulisan iledang. Terus pergi ke tingkat 2, disitu terdapat pelbagai gerai menjual perhiasan wanita berupa bracelet, kerongsang dan sebagainya termasuk butang baju melayu yang diperbuat dari batu asli swaroski. Seriously memang kelabu biji mata. Harganya memang terlampau murah.

Selesai disitu kami meneruskan perjalanan ke Myeongdong Market. Dari stesen Hoehyeon kami terus je naik subway line yang sama; Line 4menuju ke Myeongdong. Kat sana jangan bimbang. Papan tanda merata-rata dalam subway. Anda cuma kena bijak membaca peta subway dan Line apa yang perlu anda naiki. Setesen mana anda perlu tukar subway line. Lagi pun mereka gunakan huruf Romanji bagi memudahkan bukan warganegara korea menggunakan kemudahan awam.

Kedatangan kami ke Myeongdong disambut hujan yang sederhana lebat disulami salji. Banyak gerai-gerai yang dah tutup. Hanya kedai2 besar sahaja yang bukak. Disini kami berjalan-jalan melihat keindahan Myeongdong Street yang ala-ala macam Bukit Bintang cenggitu. Dalam dok jenjalan tu kami terjumpa gerai makanan orang Lubnan menjual kebab. Kami menjamu selera makan malam dengan kebab yang berharga 5000KRW sambil ditemani hujan.

Disebabkan hujan yang bertambah lebat disertakan dengan suhu yang semakin menurun kami mengambil keputusan untuk kembali ke hostel menggunakan laluan subway yang sama.

Gimpo Airport

Di Area ni Kami Menginap

Bangunan Tingkat 6 ni la Seoul Hostel Centre

Gimpo Airport

Dalam Iledang Building. Nampak tak? Pilih je apa yang anda berkenan

K-Pop Store

Myeongdong Street

Myeongdong Street

Monday, January 5, 2015

Hari Ketiga - Jeju

Wah! kisah masih di Jeju. Ye kami memang betul2 explore Jeju mengikut daya mampu tahan kami. Best Backpack ni sebabnya kita tak perlu nak ikut jadual travel guide. Asalkan berdisiplin semua jadi, Insyallah.

Sebelum itu aku memohon ampun dan maaf sebab kisah korea ni tersangatlah tertangguhnya. Insyallah aku akan cuba selesaikannya dalam minggu ni juga sebelum kebasian.

Hari ketiga dijeju kami berpindah ke selatan untuk meneroka bahagian selatan jeju pulak. Kami ke bandar seogwipo. Dari Jeju Intercity Bas Terminal kami menaiki bas bernombor 720 menuju seogwipo. Kami turun di stesen yang terakhir sekali. Sebenarnya kami tersalah turun stesen. Hahaha. Tapi hentam sajelah. Dari stesen terakhir tu kami naik teksi lebih kurang kurang 10 minit menuju ke tempat penginapan kami; Jeju Hiking Inn. Penginapan semalaman berharga 17,500KRW lebih kurang RM54 je. Tambang teksi pula lebih kuran 8000KRW je.

Kisah di korea agak menyayat hati sebenarnya. Especially kat jeju. Tersalah naik bas, kene kejar anjing, driver teksi tak tau hostel, tapi kita orang hadapinya dengan senyuman dan kegembiraan menjadikan aku ketagih nak backpack ala gamble je lagi.

Cer bayangkan, nak carik bas stop tak jumpa. Jumpa bas stop n aci naik bas berpandukan apa orang korea tu kata. Kebanyakannya kami main agak-agak je. Alih2 sesat. Plan asal nak ke Jungmun Complex. Tapi driver bas tu turunkan kami kat daerah Jungmun. Hahaha. Jenjalan je la ikut arah hati dan akhirnya kami bertemu dengan warga korea yang baik dibantunya kami pergi ke tourist center. Dari tourist center tu kami naik teksi ke hello kitty island. Sebelum tu sempat lagi menikmati jusangjeolli cliffs tanpa rasa takut tak boleh balik nanti. Hahaha. Segalanya penuh kegembiraan. Kat Jusangjeolli Cliffs tu kene bayar ye untuk masuk. Tak silap aku dalam 9000KRW.

Sampai di hello kitty island, enjoy n menikmati. Siap masuk 3D theater lagi yang kebanyakannya dipenuhi budak-budak je. Ye lah! Dah bayar lebih kurang 12,000KRW tuk masuk. Masa tu, kami tak terfikir lagi acaner cara nak ke teddy bear museum. Boleh? Hahaha. Dengan bantuan akak kaunter ngn keramahan kak kat, kami dpt direction nak kesana. Just tunjukkan kertas yg akak kaunter tu bagi dan bagi tau driver bas kami nak turun kat situ. Itulah pertama kali kami berjaya menahan bas yang betul. Hehehe.

Sampai kat situ perkara yang penting ialah mencari tourist information center. Jangan bimbang kebanyakan mereka fasih berbahasa inggeris dan mereka sangat-sangat membantu. Dari situ baru kami decide nak kemana dan kemana. Dahsyat tak? Apa yang patut kami dahulukan dan teddy bear museum menjadi destinasi yang terakhir.

Destinasi seterusnya kami ke Cheongjeyeon Waterfall dulu. Dari waterfall tu kami bergerak menyeberangi Jambatan Saeyongyo. Chenogjeyeon Waterfall mengenakan bayaran sekitar 2,500KRW. Manakala jambatan tu free je lalu. Dari jambatan Saeyongyo kami bergerak ke destinasi yang terakhir; Teddy Bear Museum. Kami menghabiskan masa sekitar 1jam 30minit rasanya didalam tu. Teddy Bear Museum mengenakan bayaran sebanyak 8000KRW.

Kami pulang ke Jeju Hiking Inn dengan menaiki teksi. Tambang sekitar 12,000KRW per teksi. Malam tu kami keluar lagi meneroka bandar Seogwipo sesambil mencari bas stop untuk limousine bas ke Jeju Airport esok pagi
Seogwipo City

Jusangjeolli Cliffs

Jusangjeolli Cliffs Garden

Tiket Hello Kitty Island Museum and Cafe

Hello Kitty Castle

tadaaaaaa

menghayati

Dari Pintu Cafe

Jumpa Lagi

Cheongjeyeon Waterfall

Di Pintu Masuk Cheongjeyeon Waterfall

Itulah dia; Cheongjeyeon Waterfall

Hallasan Mountain dari Jambatan Saeyongyo

Entrance Teddy Bear Museum