Followers

Friday, April 30, 2010

Tazkirah Tengahhari Jumaat



sama-samalah kita mengambil iktibar dari video diatas. sekali kita gagal, tidak bererti kita gagal selamanya. hidup ini suatu perjalanan yang cukup panjang menuju ke akhirat. dalam perjalan ini, kita bakal melalui kehidupan suka dan duka yang tidak disangkai. mungkin hari ini kita ketawa, gembira dan bahagia. mungkin esok pula kita bakal berduka, bersedih dan kecewa.

jangan berdukalara ketika menghadapi musibah, jangan terlalu lama meratap. apa yang penting, hadapinya dengan tabah dan redha. berusaha untuk memperbaiki keadaan ataupun berusaha untuk bangkit kembali. memang susah. tapi kita perlu bangkit untuk meneruskan kehidupan. siapa lagi yang akan membantu diri kita kalau bukan diri kita sendiri?

cuba bayangkan, bagaimana insan kerdil di dalam video tu menghadapi kehidupan seharian? berjalan, makan, minum dan sebagainya dilakukan sendirian tanpa pertolongan sesiapa. kita hanya diuji dengan ujian yang kecil, itu pon sudah mengeluh. (aku memberi peringatan untuk diri aku juga...)

Wednesday, April 28, 2010

Kesakitan dan Kesengsaraan Itu Membuatkan Aku Demam

perit... memang perit.
sakit... memang sakit.
namun aku pasrah...
aku akur...
aku redha...

mungkin ini ujian ilahi
setelah segala nikmat diberi, aku tak hargai
kemudian di tarik balik segala nikmat satu persatu...

untuk diuji
adakah aku bersyukur?
adakah aku akan mengeluh?
sesungguhnya kesengsaraan dan kesakitan ini
boleh meranapkan iman dihati...
ohhh

...

...

...

...

...

wei... wei... apa yang korang fikir ni? aku bukan putus cintalah. kesakitan dan kesengsaraan ini disebabkan oleh mata ikan dalam mulut aku. dalam bahasa saintifiknya ialah ulcer. bukan satu, tapi empat tempat. satu kat bibir atas dan bawah, satu lagi kat belakang lidah dan satu lagi kat dalam mulut kat sebelah pipi.

bayangkan kalau yang satu jer pon boleh meleleh air mata menahan sakit, ini kena sekali empat. tak ke haru.

sebelum ni aku ada bercita-cita nak mengurangkan berat badan. badan aku yang dulunya berat dalam 64kg tetiba naik sampai 68kg. seluar semua da x muat. naik pulak kat perut. memboyot macam wanita hamil 3 bulan. aduhhhhh. so nak kurangkanlah pengambilan makanan. itu tak nak makan, ini tak nak makan. itu banyak lemak, ini banyak kalori. sekali kena mata ikan. ambik kau. terus nikmat untuk menikmati makanan ditarik balik ngn Allah S.W.T. makan jer sket, sakit. minum jer sket, sakit. hu hu hu. bukan setakat nak makan. nak bercakap pon susah. sungguh terseksa. lama-lama aku tinggal tulang jer.

tambahan pula aku kena sembelit. nak buang air, mak aikss.... mcm nak terbersalin rasanya. part yang "tut" tu punya la sakit sampai aku nak jalan pon macam baru lepas bersunat. mana tak seksa jiwa raga dibuatnya.

segala kesakitan yang aku hadapi ni wat suhu badan aku naik mendadak. nak melawan kesakitan tu bukan perkara yang mudah. rasa nak tercabut segala urat. bila malam tak dapat tidur. tidur pon tak lena.

takperlah... mungkin ini balasan atas kekhilafan aku yang lepas tanpa aku sedari. mudah-mudahan ada hikmahnya. amin...

Tuesday, April 27, 2010

Anime Winter Sonata

mata aku terpejam, tercelik tak ley nak tido. buka aceriena, connected ngn whitey, layan youtube. cari citer2 lama zaman aku kanak-kanak rebina dulu. macam flashman, maskman, gaban, saber rader n so on. macam-macam la aku layan hinggalah mata aku ngantuk.

tengah dok syok surfing youtube tetiba aku terpandang benda ni. mula-mula aku tak percaya, gosok-gosok mata, tenyeh sket, manalah tau kalau-kalau power mata aku da naik ke. rupanya x. memang betul-betul kejadian.

mungkin korang ada yang da tau, atau aku yang ketinggalan keretapi seperti selalu. tapi tetap nak bagi tau... drama korea winter sonata yang aku minat tu n mungkin korang juga minat telah dianimekan (dikartunkan). series, aku memang teruja... suara-suara untuk watak-watak anime ni adalah suara asal pelakon winter sonata

winter sonata anime opening


winter sonata anime episode 14

Monday, April 26, 2010

Apa Ada Pada Nama

td petang, aku g la naik ke HR department nak amik medical card insurans. keje kat c ni seronoknya aotomatik ada insurans yg cover. sampai kat kaunter, sign kat borang penerimaan, baru la aku terperasan dorang salah tulis nama aku n nama ayah aku. nama aku MOHD SYUKRI dan dorang mengeja MOHD SHUKRI...

yang aku peliknya nama kat pay slip gaji aku betul. nama bapak aku pon betul. kenapa benda2 macam ni dorang tak particular? urusan yang berkaitan ngan opis macam meeting dan sebagainya dorang bley letak MOHD SHUKRI. aku ni x kisah sgt. asalkan no IC, jawatan n department betul. tapi bila da kes medical kad ni salah, aku da mula start berfikir. macam mana kalau aku nak dapatkan rawatan n nama kat medical kad tu x sama dalam IC walaupun no IC tu betul. x ke haru???

la ni kad medical aku kena dipulangkan semula, kan tu da menyusahkan korang ngn menyusahkan aku gak.

dorang ni langsung x berfikir sebelum wat keje la. pada hal kat offer letter aku tu da tertera nama betul aku. sama gak kat formal email opis. da tertera gak full name aku. tapi apsal boleh silap lagi...?

seksa jiwa raga dibuatnya. agak-agaknya boleh jugak diorang ni tersalah isi borang nikah. lagilah haru biru dan kacau bilau jadinya...

Mengidam

last friday, aku keje full shift. balik tu lebih kurang pukul 8.00pm singgah night market sat. (night market katanya. pada hal pasar malam jerk). dalam kepala da dok berangan nak makan satey, apam balik, kuih peneram ngn laksa. sampai jer kat gerai yang biasa aku singgah, ternganga mulut aku. tutup. gerai satey tutup, gerai apam balik pon tutup (gerai satey ngn apam balik bersebelahan jer)

argghh meroyan aku. sure malam tu tido mesti meleleh ayaq liur. aku jalan kedepan sket. menghala ke gerai laksa n kuih peneram... what??? tutup. aku da mula jadi Ubuntu. sebab x tau nak makan apa da...

ngan keterpaksaan aku g cari kedai lain, belilah gak laksa ngn apam balik. tapi sayang rupanya cantik kualitinya kurang. sedey. jadilah wat pelepas hajat.

malam ni ada pasar malam lagi. apam balik, satey, laksa n kuih peneram adalah menu wajib. walaupun saban minggu mentekedarah menu yang sama, aku x pernah jemu.

Terima Kasih

beranjak setahun usiaku lagi dan bermakna, genap 1 tahun 2 bulan dan 13 hari juga aku berblogging. macam-macam peristiwa manis dan pahit aku alami dan terpaksa kutelan...

terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan. sama ada melalui facebook, panggilan dan sms. dan tak juga yang wat entry khas tuk aku. terima kasih banyak2. terharu sungguh... hanya ucapakan terima kasih yang mampu kuhulurkan. keperihatinan kalian, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...

Wednesday, April 21, 2010

Entry Lipas Kudung: Award

entry paling pendek n paling cepat.

...

...

...

...

...

...



taaaaadddaaa

tq kak E-na. klik pic kat atas nak ke blog beliau



yang ni daripada lela. klik pic atas tuk ke blog beliau


TQ so much... keep in touch

Sunday, April 18, 2010

How To Train Your Dragon at Shutter Island Without Clash of The Titans


cam best jer title entry aku... tiga movies dalam masa tak sampai 24jam aku layan! amacam, ada terer ka? :-)

sebenarnya aku tak plan pon nak wat camni. tapi sekali dapat lepas kandang, memang aku tak bagi can. malam sabtu semalam around 8.00pm lepas balik keje aku terus cabut g midvalley. pelan asal nak tengok clash of the titans. tapi semua full. hampa. alang2 da sampai, aku layan shutter island dan beli tiket tuk clash of the titans. dan alang kepalang, aku tibai gak how to train you dragon.

antara ketiga-tiga ni aku pilih how to train your dragon. x rugi aku amik 3D. jalan citer dia sempoi, catchy and cam ada sket2 tiru pokemon ngn digimon. jalan citer die simple n mudah nak faham. citer ni bukan hanya sesuai untuk budak2, tapi mak ngn bapak budak pon sesuai. banyak morality ngn pengajaran korang boley cedok dari citer ni.

lepas tu shutter island. seriesly, citer ni memang best giler. tapi disebabkan aku dapat selesaikan 'case' tu dulu sebelum citer tu abih, maka aku letakkannya di no 2. citer ni wat otak aku berputar dan x de can nak berenti berfikir untuk mencari penyelesaian. bagaimana seorang pompuan boleh hilang dari sel kurungan tanpa meninggalkan jejak. siapa sebenarnya andrew dan apa kaitannya ngan marshal teddy, saper budak pompuan yang selalu muncul dalam mimpi dia? korang g la tengok sendiri. kalau aku tak tau citer ni adaptasi dari novel, memang aku puji abih orang hollywood ni buat filem. tapi rupanya filem ni adaptasi dari novel. so, bukan la idea mutlak penerbitnya. sedikit mengecewakan

then, clash of the titans, hurmm... ok la citer ni. dari segi kesan graphic n imej pengkomputeran nampak real walaupun ada sedikit cacat. sebagai contoh, kota agros tu nampak cam lukisan jer. dan watak IO, walaupun da jatuh guling2 kena sepak ngn kala jengking gergasi, pon boleh maintain chantek.... x der luka n x der comot. maybe guna kuasa sihir kot :-)

kepada mereka yang belum menonton; pergila ke panggung yang terdekat dan selamat menonton...

Thursday, April 15, 2010

Search Engine Yang Memberi Duit

sila klik

kebenarannya tidak dipastikan. tapi ramai gak kawan blogger aku yang lain mencuba. aku pon try la.

memang betul nampak duit tu bergerak. tapi dari segi camner nak claim duit tu, tak dapat dipastikan dan diterangkan secara terperinci. butir-butir peribadi kita pon tidak diminta untuk diisi macam nufnang, adverlets ngan neubox.

tapi benda ni percuma ajer. tak salah mencuba. so try la. mana tau rezeki anda...

Monday, April 12, 2010

Apa Kurangnya Lelaki Melayu??? Dan Perempuan Pulak...

klik sini

apa yang diperkatakan pada pic diatas. semuanya memang betul. semua tu memang ciri-ciri lelaki. tapi tak semua lelaki sebegitu. dan aku menulis ni bukanlah nak mencari salah orang. apatah lagi nak mencari sensasi. tapi sekadar apa yang terlahir dari pemerhatian dan pemikiran aku.

apabila kita bercakap mahupun menulis jangan terlalu ikut perasaan. seolah diri kita ni betul dan sempurna. memang kita terasa diri kita betul, tapi sempurnakah diri kita ni hingga nak mencari kesilapan orang lain dan mengatakan orang lain tak betul?

tak semua lelaki sama. memang lelaki ego. aku tak nafikan. dan lelaki juga sukar untuk meminta maaf. tu memang betul. sebab tu dinamakan lelaki. paras keegoaan lelaki depend pada lelaki itu sendiri. tipu kalau aku cakap aku tak ego. of course aku ada ego aku sendiri. tapi ego aku ada batasannya. dan ada time2nya. bukan ego yang tak bertempat. dan kalau aku berbuat salah, tidak ada kesusahan untuk aku meminta maaf.

hipokrit dan berlagak? aku perbetulkan disini. bukan lelaki hipokrit dan belagak. tapi manusia. selagi kita digelar manusia, kita tak terlepas dari sifat-sifat mazmumah. termasuklah hipkorit dan berlagak.

Tak reti menghargai dan perangai di takuk lama? tu bukan lelaki. tapi itu lumrah manusia. tak semua lelaki yang sebegitu. kalau korang masih ingat lagi, aku pernah menulis pasal lelaki-lelaki melayu malaysia yang tidak romantik. dan aku mengulas berdasarkan kehidupan dua orang lelaki dalam hidup aku. dan kalau nak tahu, klik disini.

aku bukan nak menegak benang yang basah. ataupun nak mencari kesilapan perempuan pulak. kita manusia. kita takkan lari dari berbuat kesilapan. semua makhluk yang diciptakan Allah, semuanya tak sempurna. begitu juga kita. sebagai lelaki, kita perlukan perempuan. dan perempuan juga perlukan lelaki untuk saling melengkapi. sebab itu disyariatkan perkahwinan.

lelaki juga kena ingat. kejadian keturunan perempuan terlalu unik dengan pencipataan Hawa yang diambil dari tulang rusuk adam, untuk dilindungi. dan bukan disakiti.

Wednesday, April 7, 2010

What The...


tak nak komen panjang2.

korang tengok jer pic kat atas...

x nampak? klik la pic tu, bg besor







so,
sakit hati tak?

Monday, April 5, 2010

Susahnya Menjadi Baik Dan Mudahnya Menjadi Jahat


tidak sukar untuk kita menjadi jahat. dengan segala hasutan iblis dan syaitan yang sentiasa disekeliling kita dah boleh membantu kita menjadi seburuk-buruk perangai. dan bila kita ingin berubah kearah kebaikan, bukanlah semudah yang dijangka.

yup! memang mulut berkata mudah. "berubahlah... perubahan tu bermula dari dalam diri kita sendiri..." tapi faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting. seminggu dua minggu yang lepas, entah macam mana hidayah Allah menuruni hatiku. membisikan kalimah suci. sehingga...

adikku sendiri terkejut melihat perubahanku. sehingga dia cakap "I want my bro back..." apa yang terjadi? aku menjadi sesabar-sabar manusia... aku belum pernah berperangai begini dan berperasaan begini. bayangkan ada satu ketika aku wat maybank2u, whitey aku meragam. dan2 tu plak aku da transfer some amaun tapi x boleh nak view balik, x bley nak print sebab connection putus tetiba. kalau aku yang dulu, whitey tu aku da baling kedinding dan aceriena aku, da aku ketuk disertai kata-kata carutan dan cacian. tapi tindakan reflect aku ketika itu disertai ngn kalimah Istighfar... bayangkan lebih 10x aku try access maybank2u tapi x berjaya. dan aku boleh lagi bersabar dan tersenyum.

sungguh x sangka... tapi tidak bertahan lama. cam aku cakap tadi faktor persekitaran memainkan peranan penting. dan persekitaan aku ketika itu tidak memihak pada aku. sekarang baru aku faham kenapa bekas-bekas penagih, dan bekas-beka banduan terlalu sukar untuk memulakan kehidupan baru walaupun mereka ingin mengubah hidup mereka dan menjadi diri mereka yang baru. tanpa sokongan orang sekeliling dan masyarakat, memang mudah untuk mereka kembali ke jalan kebatilan...

dan akhirnya, benteng yang aku bina, terpunah jua atas faktor yang cukup kecil. segala devil, setan dan hantu raya yang da lama kuar, kembali semula... nasib ada malaikat dikiri dan dikanan aku...

walaupun aku tidak sebaik mula-mula berubah dulu tapi aku berharap yang aku x kan kembali seperti aku yang dulu.



amin...