Followers

Thursday, December 29, 2011

10 Lagu Paling Kerap Diputarkan Dalam Playlist Aku Untuk Tahun 2011

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya. Lama rasanya aku tak bersiaran di blog sendiri. Agak sibuk pun iya, tak der masa pun iya. Baru kali ini berkesempatan.

Tiba-tiba aku rasa macam nak buat carta lagu untuk tahun 2011 pula. Hahaha. Ini berdasarkan kepada lagu yang kerap berputar dalam Playlist aku. Bukan berdasarkan lagu terbaik ke, lirik terbaik ke, artis paling popular ke... Ini adalah 10 senarai lagu yang selalu berkumandang dalam playlist player aku:


1) Broken Angel/Arash featuring Helena
Lagu ni menduduki carta teratas dan paling kerap aku putarkan. Lagu ni diperkenalkan oleh seorang kawan opis. Mula-mula dengar terus jatuh cinta. liriknya pun sedap. lagu yang simple dan mendayu serta meruntun kalbu...


2) Kisah Hati/Alyah
Lagu ni sangat berhantu sebenarnya. aku pernah terlepas stesen train kerana melayan video clipnya...


3)Hatiku Milikmu/Nera AF9
Mula-mula aku ingat lagu ni, lagu Ziana Zain berdasarkan kepada Intro melodinya. Pertama kali dengar menerusi Era.fm terus ku jatuh cinta...


4) Beribu sesalan/Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah
Perrrhhhh! lagu yang meruntun kalbu bagi aku. Tapi hanya mampu menduduki carta nombor empat sahaja. Mula-mula dengar terus menangkap ke jiwa. Sedap dan lunak. Paduan 3 suara yang betul-betul memukau


5) Gamnida@I'm Going/M to M (OST Pasta, drama Korea)
Sesat celah mana lagu Korea ni boleh menduduki ranking ke 5. Hahaha. Tapi lagu ni memang sedap... Official video tak dapat dijumpai


6) Mr.Simple/Super Junior
Korea lagi. Hahaha. Kali pertama aku dengar dalam kereta menerusi Carta 30 Hot.fm. Mula-mula dengar terus suka. sedap dan catchy. Layan...


7) Nur Kasih/Yasin
Sebenarnya, aku lagi prefer versi asal nyanyian yasin ni dari versi Tiz Zaqiyah. Versi yasin ni lebih banyak jiwa dan emosinya. Lagu ini kembali berhantu disebabkan penayangan Filem Nur Kasih The Movie pada tahun ini.


8) Rela/Tila
Lagu ni tetiba jer naik carta. Hehehe. Masakan tidak sebab lagu ni tetiba jer berputaran dalam playlist aku semenjak dua menjak ni. Banyak kali dengar pun tak jemu. Versi asal aku tak pasti. Tapi aku lagi suka versi yang ini.


9) Falling in Love/ Dato' Siti Nurhaliza
Lagu ni pertama kali dengar aku tak berapa suka. Tapi dah selalu radio pasang, makin lama dengar makin sedap. Terus aku download dan pasang tak berhenti. hehehe


10) Biting My Lips/Kyuhyun, Sungmin and Ryewook (Super Junior-OST President)
Lagu ni pertama kali aku dengar bila tetiba jer berkumandang menerusi corong speaker member opis aku ni. Lagu ni memang masuk dalam halwa telinga aku. Boleh tahan sedap melodinya. Official video tidak dapat dijumpai


Itulah 10 senarai lagu yang kerap berputaran dalam playlist player aku ni. Kalau aku rajin, aku buat pula 10 Best Movie 2011 Dari Kaca Mata Aku dan 10 Best Drama Series 2011 Dari Kaca Mata Aku... Kalau aku rajinlah ye. Nak buat entry ni jer aku rasa dah memakan masa hampir 3 jam. Itupun menjadi salah satu sebab kenapa aku jarang bersiaran. Nak cerita pasal jenjalan ke sarawak pun tak dan lagi... Harap-harapnya enjoylah mendengar lagu kesukaan aku sepanjang tahun ni..

Monday, November 28, 2011

The Amazing Journey To Kuching, Sarawak: Prolog

Alhamdulillah syukur... Aku sekeluarga telah selamat mendarat di KLIA. Segala penat lelah jerih payah aku memastikan travel kali ini berjalan lancar jelas terpancar dari riak muka ayah, mak dan adik aku yang kepuasan.


Travel kali ini lebih bersifat backpakers dan hentam keromo. Segalanya dilakukan disaat akhir dan aku juga hampir-hampir membatalkannya disebabkan bebanan kerja yang tiba-tiba datang.


Pelbagai halangan ditempuhi, termasuk mak ayah aku yang kurang sihat, hotel yang ntah apa-apa, kematian dan sebagainya betul-betul aku terasa travel kali ini macam amazing race yang sangat-sangat merepek. Pertukaran tempat lawatan disaat akhir mengundang kesusahan pada kawan aku. Terima kasih Loyd. Ada rezeki dan umur kita jumpa lagi.


Insyaallah kalau ada kelapangan aku akan merakamkan segala perjalanan aku selama tiga hari dua malam di Kuching dalam blog ini. Semoga ia berguna kepada mereka yang suka berjalan tanpa bantuan ejen.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 22, 2011

Langkawi... Mengimbau Kembali Kenangan Aku Dan Dia

Asslamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. hendaknya...

Dulu aku pernah berjanji. Tidak sesekali aku akan mencoret semula segala mala kisah pahit maung hidup aku disini. Seharusnya aku bergerak lebih kehadapan untuk meraih kehidupan yang lebih sempurna. Tapi kita manusia biasa yang tak kan terlepas dari sebarang sifat mazmumah. Sekuat mana kita cuba menahan rasa hati, akhirnya kita akan tertewas jua.

Bila MM2H mengumumkan akan mengadakan retreat di Langkawi, aku sangat-sangat setuju. Diruang mata aku terbayang pinggan mangkuk Correlle, Luminarc, Arcopal dan segala mala jenis coklat yang aku gemari. Gigih aku mengumpul duit 2 bulan pertama. Mengikat perut untuk berjimba-jimba di Langkawi sehingga aku terlupa; Langkawi pernah menghadiahkan kenangan manis buat diri aku yang telah bertukar menjadi kenangan yang sangat pahit sehingga hari ini... Segala-galanya aku kunyah sendiri, aku telan sendiri... Bila ku sedar, segalanya telah terlambat untuk aku menarik diri.

Sehingga kesaat akhir keberangkatan aku hampir-hampir membatalkan hasrat. Dipujuk seorang teman. Tak kan ada saat lain yang serupa untuk bersama-sama teman-teman sepejabat melupakan seketika hiruk pikuk kota dan kerja-kerja pejabat yang tak kan ada kesudahannya. Aku setuju dan aku akur...

Saat keberangkatan tiba, aku masih cuba mengutip kembali sisa-sisa semangat aku yang hampir hilang. Aku lalui hari-hari aku di Langkawi dengan seribu satu perasaan yang aku sendiri tak dapat nak tafsirkan. Bercampur baur. Cuba berlagak seperti biasa, tapi hakikatnya aku menjadi luar biasa sehingga ditegur; apsal ko senyap jer... Gelora dihati hanya Allah yang tahu.

sehingga ke saat ini aku masih termamang entah kemana. Sekejap fikiran aku menerawang dan melayang jauh dari tempat aku berpijak. Segalanya menjadi rumit buat aku semula. Mungkin cinta dan kisah yang baru mampu mengubat luka ini dari terus bernanah kembali... Hanya Allah tempat untuk aku mengadu. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik buat diri ini... Saat ini...

Saturday, November 19, 2011

Retreat Perancangan dan Hala Tuju MM2H

Assalamualaikum semua. Lama tak bersiaran. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.


La ni aku updated blog live dari Meritus Pelangi Beach Resort and Spa Langkawi. Ada retreat perancangan dan hala tuju tempat aku bekerja.


First time aku dapat ambik gambar ngn taiko blogger ni. Pada hal satu tempat kerja. Ni kerja sambil berjimba-jimba namanya. Hehehehe


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, October 28, 2011

Testing Naik Bas Kementerian Kali Kedua

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Kali kedua sebenarnya aku cuba naik bas yang disediakan kementerian aku. Kali pertama terseksa jiwa raga aku ni. Jalan jem tak hinggat! Lagi2 nak masuk ke Jalan Duta tu. Perggghhh!

Aku bukannya tak nak naik bas yang kementerian sediakan dari PWTC ke Putrajaya tu. Tapi jaraknya tersangat jauh. Lepas tu masa pun jadi halangan. Kalau naik bas yg biasa, aku cuma perlu berhenti di Mid Valley jer. Jarak rumah aku dari Mid Valley cuma memakan masa 5 minit kalau tak jem. Cuma terseksa jiwa raga sebab terpaksa rushing nak ke Putrajaya Sentral. Kalau timing bas Nadi Putra tu tetap dan tepat tak menjadi masalah. Biasanya aku akan sampai rumah sebelum pukul 7 malam.

Kali pertama dulu aku naik, Masyallah... Saper yang kerja kat KL taulah jalan jem macam mana. Lepas tu dengan aku rushing mengejar train. Memanglah nampak sedap, keluar jer opis bas dah sedia menanti. Tapi lepas tu...

Tapi berdasarkan komentar pengguna, biasanya dalam sekitar pukul 6 petang, bas kementerian ni dah sampai PWTC. Kita tunggu dan lihat macam mana nanti.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Perang Telefon Bimbit

Nokia Lumia 800 dan Nokia Lumia 710

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Disaat Apple Inc. mengumumkan pelancaran model terbaru Iphone 4, Nokia pula dengan kerjasama Microsoft Windows bakal melancarkan model terbaru Nokia; Lumia 800 dan Lumia 710 selewat-lewatnya Disember ini. Model tebaru ini bakal menggunakan Platform Microsoft Windows sebagai sistem operasinya (Operating System-OS-). model ini juga bakal dilengkapi pelayar Internet Explorer 9 yang baru.

Kerjasama ini dibuat bagi memberi persaingan kepada iOS dan Android. Selama ini Nokia banyak memonopoli pasaran telefon bimbit dunia. Dengan pelancaran iOS dan juga Android OS, penguasaan Nokia semakin menurun. Itu belum lagi dengan persaingan dari Blacberry dan Samsung Galaxy... Nokia Lumia 800 bakal dijual dengan harga sekitar £420 (RM1,830) tidak termasuk subsidi dan cukai. Manakala Nokia Lumia 710 pula bakal dijual dengan harga sekitar £270 (RM1,346) juga tidak termasuk subsidi dan cukai.

Nampak gayanya semakin hari semakin maju teknologi telefon bimbit ni. Dulu siapa dapat menyangka nada dering telefon bimbit yang macam bunyi kentut tu boleh bertukar menjadi nada dering MP3. Malahan boleh juga mengakses Internet terus menerusi telefon bimbit...

SyuQ berkata: semakin dunia hilang dari sempadan, semakin banyak bahayanya...

Thursday, October 27, 2011

Kesempurnaan

Assalamualaikum semua pembaca. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. hendaknya...

Kesempurnaan kadangkala memberikan keuntungan dan kadang kala juga membebankan. Aku jenis manusia yang mementingkan kesempurnaan. Dari segi pakaian mahupun gaya hidup. Serba serbi mau perfect dimata aku dan dimata masyarakat.

Ini ada satu kisah yang terjadi pada aku. Berkaitan dengan kerja. Kerja aku; memproses segala mala permohonan foreigners yang nak join MM2H program. Kalau boleh, aku nak achieved zero failure. Zero mistakes. Semua permohonan mesti lulus bawah aku. (kerek seeeh!. Hahaha). Sebab tu bila ada income or savings from applicants yang tak cukup, seboleh mungkin aku cukupkan. Aku kaji balik segala mala akaun yang diorang bagi takut aku terlepas pandang. Itu termasuklah interest yg diterima walaupun ciput jer. Tak pun, aku call ejen diorang bagi tahu tak cukup income or savings (kebanyakan yang gagal tu sebab tak cukup savings dengan income jer)

Satu hari aku incharge sekali untuk meeting approval. Ada satu permohanan ni aku handle. Tapi gagal. Sebab Savings tak cukup. Through ejen pulak tu. Mustahil! I never fail... Aku buat checkup sekali lagi. Check account savings applicant ni satu persatu. Sah aku terlepas pandang. Sebab aku memang yakin yang aku dah betul buat dan mustahil la ejen ni berani menghantar permohonan yang tak lengkap dan tak mencukupi. Disebabkan sifat dan sikap perfectionist aku ni, telah menyelamatkan permohonan applicant ni dari digagalkan. dan aku memang malu sekali masa tu sebab kesilapan tu berpunca dari aku sendiri. Siap TKSU aku pun dok komen2 bagai. Ni perfectionist yang boleh menyelamatkan keadaan.

Ini pula kisah perfectionist aku yang memberi mudarat; satu hari aku bangun dan bersiap nak pergi kerja seperti biasa. tapi bila aku nat set rambut, tak jadi. Tak seperti yang aku nak. Jenuh aku buat pelbagai cara. Tetap hodoh. Sampai mengambil masa berminit-minit lamanya dan akhirnya aku terlepas train yang mengakibatkan aku bakal terlepas bas pertama ke Putrajaya. Memang kelam kabut gila aku masa tu. Dah tahap berlari mengejar bas dan train. terseksa sungguh...

Ironisnya kisah aku ni, tak semua perfectionist memdatangkan mudarat. Ada gak yang membawa kebaikan. tapi kalau dah terlalu perfect sangat, melampau lah tu... Aku tahap biasa-biasa jer. Kadangkala jer menjadi luar biasa. Hehehe

Tuesday, October 25, 2011

Kuasa Blogger

MENULIS BIAR GUNAKAN AKAL DAN BUKAN PAKAI TANGAN SEMATA-MATA JER...

Tuesday, October 18, 2011

Blogger Professional

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Pernah tak korang terpikir hendak menjadi blogger professional. Maksud aku, menjana pendapatan melalui blogging sepenuh masa? dan menjadikan blogging sebagai suatu kerjaya. Itu yang aku panggil Blogger Professional. Hehehe

Bila aku tengok rata-rata Blogger Malaysia ni menjana pendapatan ribu-riban, tak mustahil kalau ada yang berminat. Masalahnya sejauh mana kita mampu bertahan. Blogger umpama seorang artis (pendapat aku ler...) Ada masanya kita disanjung dan lebih ramai lagi yang mengeji dari memuji. Ada masanya ko laku. Buat entry pasal makan jer yang view sampai ratus ribu...

Cer tengok redmummy. Walaupun dah berpuluh ribu, tapi beliau still maintain ada pekerjaan tetap. Abg ben pun sama gak. Dengor citer Simply Siti bayor sampai ratusan hengget untuk 1 iklan kat blog beliau. Jadi tak mustahillah kalau mereka ni berminat jadi Blogger Professional. Yang lain tu aku taknak sebutlah. Yang aku ketahui dan ku ikuti cuma mereka berdua jer.

Friday, October 14, 2011

Tua-Tua Pun Laku Lagi

Assalamualaikum semua... Ian Mckellen, nama yang tak asing lagi. Umur sekitar 70 tahun tapi masih laku lagi. Pelbagai watak dan peranan diberikan. Tapi yang paling berkesan lakonan beliau dalam Lord of The Ring dan X-men Trilogy.

Ian Mckellen


Magneto


Gandalf The White

Kat Malaysia pun ada pelakon seperti beliau, Kita ada Seniwati Mariani, Dato' Jalaludin Hassan dan Ahmad Tarmimi Saregar. Itu antara yang aku minati lakonannya...

p/s: Aku terlayan Lord of The Ring Trilogy. Tapi tak habis-habis lagi. Tu pasal namanya terpacul dalam kepala otak aku... Suka sangat watak Gandalf

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday 2

Adakah Siti tersalah eja namanya?

Tuesday, October 11, 2011

Nuffnang Tarik Balik Status Aku...


Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Aku sangat-sangat terkejut sebenarnya bila status glitterati nuffnang aku ditarik balik... Tengah-tengah masyuk dapat buffered earnings, tiba-tiba jadi macam ni. Rasa-rasa aku, aku dah memenuhi segala-mala syarat nuffnang. Terutama no others advertising host kat blog aku. Benda ni terjadi baru ni jer kejap tadi. Apa sebenarnya yang berlaku?

Aku baru lepas email person in charge kat nuffnang. Hopefully dapat ler feedback as soon as possible. Sebab benda ni belum pernah terjadi kat aku... Ada apa cadangan dari kalian tak?

Monday, October 10, 2011

Bau Badan

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Kalian semua pernah bertanya tak kat kawan-kawan, bau badan korang macam mana? Wangi? Neautral? Tengik?

Sebenarnya aku dalam perjalanan pulang kerumah. Seperti biasa naik bas dari Putrajaya merempit ke Kuala Lumpur. Sampai di Persint 9, bas ni berhenti dan mengambil penumpang. Yang naik orang Bangla. I'm not racist! Tapi kalau dah namanya mereka, korang sendiri dapat agak macam mana bau badan dorangkan?

Aku bukanlah nak cakap bau badan aku ni wangi macam bau kasturi. Tapi as long as kita kena jaga jangan sampai orang tercium.

Aku menulis ni sebab aku pernah tercium bangla yang wangi. Kalau ada yang berbau wangi, mustahillah mereka tak reti menjaga kebersihan. Boleh diterima akal kalau mereka ni bekerja ditapak pembinaan. Makanya bau badan diorang berbau bila petang. Tapi cuba korang cer fikir sikit. Tak kan pepagi buta pun dorang berbau sepesen yang sama. Melainkan dorang tak mandi pagi. Tak ke pelik tu.

Aku rasa aku teringin menegur diorang ni. Tak ke diorang sendiri tak perasan bau badan diorang sendiri atau bertanya dengan sesama diorang? Pelik sungguh...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 8, 2011

KFC Perasa Tom Yam

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Dah rasa ke KFC perasa tom yam. Gigih aku mencarinya malam semalam. Terkesima juga bila keluar iklan TV KFC perasa tom yam ni. Bertahun aku menunggu akhirnya keluar juga. Malam tu juga aku merempit ke KL Sentral.

Bagi aku suka rasanya. Ada rasa2 rempah sikit. Lebih crunchy berbanding hot n spicy. Cubalah. Manalah tau anda menyukainya
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 6, 2011

Tewas Akhirnya...

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Akhirnya aku akur dengan tuntutan alami diri aku. Sehebat mana jua manusia itu bertahan akhirnya dia tewas juga. Aku yakin 100% aku mampu bertahan pada mulanya. Tapi rupanya tidak...

Hampir 2 bulan lebih aku berulang alik Kuala Lumpur-Putrajaya, bangun seawal 5 pagi dan keluar rumah sekitar 6.50 pagi, mengejar bas balik ke Kuala Lumpur sekitar 5.30 petang dan cuba sampai kerumah sebelum Maghrib sangat meletihkan.

Dalam seminggu tu mesti ada sehari aku akn terlajak tidur kerana keletihan yang teramat sangat. Aku terfikir, dulu masa zaman sekolah, aku boleh pula bangun seawal 5.00 pagi selama 6 tahun tak pernah missed. Bayangkan... Maka aku jangkakan aku mampu juga lakukan kali ni. tapi rupanya tidak. Mungkin satu; faktor usia. Kedua faktor masa. Yelah, dulu sekolah sampai pukul 2.00 petang jer. Ini sampai 5.00 petang. Sampai rumah pula dah nak masuk Maghrib. Buat itu ini, usik itu ini sedar tak sedar dah masuk pukul 10.00pm. Kadang-kadang rasa diri dah macam dah tak terurus.

Hujung minggu pula, dah balik ke kampung halaman. Memang mustahillah la sangat kalau dapat berehat kan. Ada sajer benda yang nak dibuat dan disuruh buat.

Badan ni terasa letih dan penat. Aku cuma nak sehari jer dalam sebulan untuk diri aku. Cuma untuk makan tidur, bersenam, tengok wayang bersauna dan sebagainya... Cuma sehari jer.

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday 1

sekeping gambar, sejuta persepsi...

Tuesday, October 4, 2011

Segmen: Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih syaang daripada Allah S.WT...

Sesungguhnya memang aku dah kemaruk berblog. Hahaha. Kali ni aku join segmen blogger Eyryn. Sajer seronok-seronok. Tak best la kalau jadi blogger syok sendiri kan. Hehehehe

Nak join kene ada pengerasnya... Mestilah. Dalam hidup ini mana ada yg free. Nak kencing pun kene bayor 50 sen. Syarat-syaratnya ialah:-

1) kene jadi follower blog Eyryn (done. since beliau follow blog aku, aku dah follow blog beliau. Hehehe).
2) Blog Eyryn ada official pagenya. Kalau anda berminat join, klik sini. Eyryn tak paksa pun katanya. (done)
3) Buat entry simple bertajuk 'Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita' (done. Inilah entrynya...)
4) Copy header Eyryn kat atas tu, kemudian letak dalam entry (done)
5) Tag 2 orang blogger lain dan pastikan mereka tahu... Mangsa aku... Tadaaaaa; Cik Pinky aka Fizah n Mrs.Naftalena.
6) Hantar link anda ke entry ini. (Done)
7) Tarikh tutup: 7 Oktober 2011

Ada syarat, mesti ada hadiahkan... Inilah hadiahnya;
Eyryn akan pilih 10 blog yang beliau minat dan suka untuk diriview. Beliau akan buat entry khas untuk promote blog2 yang beliau pilih selama 5 hari...

Bukan hadiah yang aku fikirkan. Tapi keseronokan menyertai segmen-segmen macam ni. Tak percaya, anda cubalah sendiri...

Monday, October 3, 2011

Al-kisah, Puasa Yang Yuk...

Assalamualaikum semua... Bersiaran lagi. Hehehe. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T

Bak kata kawan aku kan, sejak duduk sebelah Abg Ben ni, bukan main lagi aku rancak berblogging. Ahaks... Dapat Inspirasi katanyala kan... Hehehe. Oh ye. Aku satu office ngn Abg Ben yang korang sayang tu. Duduk sebelah lagi. Hari-hari duk menatap lenganya yang bermuscle tu kan.... Auewwww. Hahahaha (Apa aku repekkan ni)

Sebenarnya aku berpuasa hari ini. Sajer berpuasa sunat. Tapi kononya nak berdiet. (ye kengkawan. berat aku dah bertambah 5 kilos lepas raya ni. Mana ke tidaknya. Lepas raya jemputan Office Terbuka memanjang diadakan. Seminggu sebelum habis bulan Syawal tu, direct seminggu penuh ngan Office Terbuka sesajer). Makanya aku sahur dengan dua keping roti dan segelas susu jer. Lepas sahur aku terus merempit pergi kerja.

Mula-mula rasa ok. Tapi bila perut dah mula masuk angin, aku mula sendawa. Kalau biasa tak per. Ni dah bercampur dengan bau asid perut. Masyallah... Aku boleh tahankan lagi. tapi bila dah sampai angin tu keluar ikut lubang belakang, aku dah tak tahan. Manakan tidak! Sikit-sikit kentut. Sikit-sikit kentut. Tak ke haru. Itu pun aku masih bertahan lagi.

Nasib hari ni kerja tak banyak mana. Office ni pun masih lagi dalam proses renovation, maka ramai pula kawan-kawan yang buat minit satu terlibat. Makanya mereka tu tak dapat melaksanakan kerja masing-masing. Kalau mereka tak siapkan minit satu, macam mana nak siapkan minit dua....

Disebabkan kerja tak banyak, maka aku ambil keputusan melelapkan mata sekejap. Manalah tau, tup tup tersedar dah pukul 2 ker kan. jadi terasa sangatlah masa tu berlalu dengan cepatnya. Tengah lena dibawa mimpi indah, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi deringan telefon dari meja sebelah. Punah mimpi indahku...

Perut terasa sangat beranginnya. Sampai berbunyi. Dan aku sendiri pun dah hilang kawalan untuk berfikir secara waras. Hendak tak hendak aku terpaksa batalkan la juga. Walaupun sedih, aku terpkasa... Takperlah mungkin ada lagi rezekinya dilain kali... Ironisnya, kalau perut dah jenis pagi, petang, siang, malam makan nasi, kene melahap nasi la gak... Tak payah nak berangan jadi Mat Salleh atau Mat Iran

Segmen: Tambah Trafik Blog!

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Hari ini aku sajer je gatal tangan nak buat entry untuk join segmen. segmen ni di kelola oleh salwa ismail. Aku dapat link segmen ni pun dari blog eddy syrol. Selalu aku join segmen Abg Ben. La ni ubah selera katanya.

So, bagi mereka yang berminat, marilah bersama meriahkan segmen ini. Tak salah kita bersama-sama memeriahkan dunia blog.

Friday, September 30, 2011

Sekadar Berkongsi Cerita

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Aku sekadar nak berkongsi cerita. Betul tak betul Wallahua'lam... Tapi kalau dah orang asyik bercerita dan dah ramai orang asyik bercerita mustahillah cerita itu tipu belaka ye tak?

Alkisahnya, bangunan ditempat aku bekerja sekarang ini ada satu lif yang sangat busuk baunya. Masa mula-mula aku sampai sini pun memang dah berbau busuk. Aku cuma fikir positif jer. Mungkin makcik cleaner angkut sampah dan air sampah tu tertumpah atau menitis keluar. Siapa tau kan... tapi kan, bau busuknya amat lain macam sekali. macam bau bangkai.

Sudah hampir dua bulan lebih aku disini dan hampir beberapa kali aku ternaik lif busuk tu, suatu hari aku nak beli makanan tuk breakfast. Aku keluar bersama dengan officemate aku; Kak Wati dan Ida. Masa nak naik lif balik ke office, Kak Wati tak mahu naik lif yang berbau busuk tu. Sebab dia kata dia sakit kepala kalau naik lif tu disebabkan baunya busuk sangat. Maka kami pun tunggulah lif yang seterusnya.

Lif yang seterusnya kami naik bersama dengan seorang staff pihak pengurusan maintenance. Kak Wati buka cerita pasal lif berbau tu kat beliau. Kalau boleh dibersihkanlah supaya tak malu kalau orang luar naik lif tu. Pihak pengurusan tu cakap dah banyak kali cuci tapi bau tu tetap ada. Aku masih teringat kata-kata Kak Wati. Lif tu berbau macam bau mayat manusia. Busuk sangat. Entah-entah ada orang mati kot. Staff pengurusan Maintenance tu cakap, ada tikus mati kat lif tu, tu pasal lif tu berbau busuk. Maka kami pun terdiam...

Tengah hari tu, tetiba Ida datang kemeja aku membawa cerita yang mengejutkan. Lif yang berbau busuk tu berpunca dari bau mayat Bangla yang mati semasa proses pembinaan bangunan ni... Aku tanya dia, mana dia tau cerita. Dia kata dia naik lif yang sama kemudian terserempak juga dengan staff pengurusan maintenance yang lain dan staff tu buka mulut pasal cerita ni. Gulp!

Yang paling bestnya beberapa jam kemudian, Kak Wati datang kemeja aku pula mengkhabarkan berita yang sama tapi dari sumber yang berbeza. Awal-awal dia bagi tau aku jangan sebarkan cerita. Nanti orang takut. Tapi masalahnya memang berita ni sudah tersebar dengan cepatnya.

Bila aku fikirkan kembali, memang aku rasa sedikit berlainan bila naik lif tu. Aku rasa meremang-remang tak tentu pasal. Aku juga pernah periksa lif tu kalau-kalau ada air sampah ke, bangkai terselit ke tapi tak de kesan apa-apa. Tapi bau busuknya sangat menusuk hidung... Setakat ini kesahihan cerita tu benar atau tidak dapat dipastikan. Tapi kalau dah ramai orang bercerita, apakah itu tandanya? Wallahua'lam...

Review Filem: The Sorcerer and The White Snake

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Semalam aku meluangkan masa menonton filem yang bertajuk The Sorcerer and The White Snake. Ketika orang tengah ghairah menonton filem Johny English Reborn, aku memilih filem keluaran China berbahasa Kantonis. Aku memang minat filem dongeng klasik cina. Macam Journey To The East, Chinese Ghost Story dan sebagainya. Bila aku dapat khabar The Sorcerer and The White Snake dibuat semula dan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Jet Li (Sami Fahai), Charlene Choi (Qing Qing@Green Snake), Raymond Lam (Xi Xian), Eva Huang (Susu@White Snake) dan sebagainya, aku terus nak menontonnya.

Filem ini mempunyai dua jalan cerita yang berbeza; yang pertama kisah pengembaraan seorang sami bernama Fahai bersama anak muridnya Nen Ren dalam membanteras keganasan syaitan dimuka bumi. Ketika zaman itu syaitan digambarkan sangat berleluasa dalam menyesatkan manusia termasuk memakan manusia.

Kisah kedua berkisah dua adik beradik syaitan ular; White Snake yang bernama Susu dan Green Snake yang bernama Qing Qing. Mereka ini hidup harmoni ditempat yang tenteram bersama syaitan kura-kura, arnab, ayam dan katak sehingga suatu ketika munculnya seorang lelaki pemetik herba yang merubah kehidupan dua beradik ini...

Pada mulanya Qing Qing sekadar mahu menyakat pemetik herba ini yang bernama Xu Xian, tetapi malang tak berbau bila Xu Xian terjatuh ke dalam tasik dan hampir mati lemas. Maka terpaksalah Susu campur tangan demi menyelamatkan Xu Xian. Dalam usaha menyelamatkan Xu Xian secara tak sengaja, Susu telah mengalirkan intipati badannya ke dalam tubuh Xu Xian. Secara tak langsung mereka saling jatuh cinta bersama. Susu bertindak nekad demi cinta sejati dia, dia bersama Qing Qing masuk kedunia manusia.

Berbalik kepada kisah Sami Fahai dan Nen Ren, dalam usaha membanteras syaitan, Nen Ren telah terkena gigitan Syaitan Kelawar yang menyebabkan Nen Ren bertukar menjadi Syaitan Kelawar. Ketika inilah detik perkenalan Qing Qing dan Nen Ren bermula.

Dalam usaha menolong manusia yang menjadi mangsa Syaitan Rubah, Xu Xian mencipta pelbagai formula ramuan herba tapi satu pun tak berkesan. Kerana kesiankan Xu Xian, Susu (yang ketika itu telah menjadi isteri Xu Xian) telah memberikan intipati badannnya sekali lagi bagi memujarabkan ramuan herba Xu Xian. Kemujaraban ramuan herba Xu Xian menjadi terkenal sehingga menarik perhatian Sami Fahai. Ketika ini lah Sami Fahai dan Susu aka White Snake bertemu...

Sami Fahai mempertahankan ajaran Budha bahawa Syaitan dan manusia tidak boleh hidup bersama. Manakal Susu mempertahankan cinta sejatinya, maka bermula pertarungan demi pertarungan yang tiada kesudahan...

Apa yang telah terjadi pada Susu? Dapatkah dia hidup bersama Xu Xian? Adakah Xu Xian dapat menerima Susu setelah mengetahui siapa Susu sebenarnya? Apa yang terjadi pada Nen Ren dan Qing Qing? Adakah memang benar syaitan dan manusia tidak boleh hidup bersama? Anda saksikan sendiri dipawagam berdekatan.

Pendapat aku antara filem asal dan remake sangat berbeza walaupun jalan ceritanya sama. Kedua-duanya aku suka. Mungkin disebabkan teknik CGI sekarang lebih canggih maka tiada masalah bagi merealisasikan babak pertarungan yang lebih hebat. Cuma ada beberapa kekurangan dari segi teknik CGI. Ada beberapa babak yang menggunakan teknik CGI tidak nampak realistik. Malahan penceritaannya agak sedikit longgar berbanding filem yang asal.

Bagi mereka yang mengimpikan aksi mantap Jet Li, ini bukan filemnya. Tapi bagi mereka yang sedang hangat bercinta, sangat berbaloi untuk ditonton. Aku bagi 3.5 dari 5 bintang. Selamat menonton

Thursday, September 29, 2011

Giveaway "Anuar Zain vs Siti Nurhaliza"

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya. Huhuhu. Lama aku tak bersiaran rupanya.

Entry kali ni, berbaur giveaway. Kali ni anjuran blog Abg eQ yang dulunya dikenali dengan nama kurasakan something... Sekarang beliau dah tak berasa apa-apa lagi; maka jadilah simple guy with a PhD... Hehehe (gurau jer Abg eQ).

Kenapa aku berminat nak join giveaway ni? Sebab hadiahnya; 1CD baru Dato' Siti Nurhaliza dan 1 CD baru Anuar Zain. Dua-dua aku minat! Dua-dua aku nak. Hahaha

Aku dah pernah dengar lagu baru Anuar Zain; Cinta Harus Memiliki memang masuk dalam telinga aku. Begitu juga dengan lagu Dato' Siti Nurhaliza; Falling in Love.

Bagi peminat-peminat Dato' Anuar Zain dan Dato' Siti Nurhaliza, jangan lepaskan peluang menyertai giveway ini. Manalah tahu rezeki itu milik anda. Harap-harapnya rezeki itu milik akulah. Hahahaha

Tuesday, September 20, 2011

Tangan Dihulur, Ringankan Beban


Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Seorang hamba Allah memerlukan pertolongan bagi membiayai pembedahan suaminya yang sedang menderita penyakit kerosakan hati. Kos pembiayaan berjumlah RM150,000... Kisah ini aku perolehi menerusi blog Pn.Norhayati Berahim.

Terkesima seketika aku bila disuruh membayangkan bahawa yang sedang menderita itu adalah sebahagian ahli keluargaku. Membayangkan sahaja tidak mampu apatah lagi menghadapinya. Bagaimanakah Pn. Ramlah menghadapinya dengan tabah dan redha?

Pn. Ramlah merupakan rakan sekerja Pn.Kusyi Hirdan. Beliau merupakan sahabat kepada Pn.Norhayati Berahim. Pn.Norhayati Berahim bersama beberapa orang rakan melancarkan Kempen RM10 Seorang bagi mengutip dana membiayai kos pembedahan En.Amir; suami Pn.Ramlah. Cuba anda pejamkan mata dan membayangkan... Kalau setiap seorang menderma RM10 kalau dah 15,000 orang tidakkah sudah mencapai RM150,000? bagi aku tidak mustahil untuk mengumpulkan 15,000 orang kalau kisah ini disebar-sebarkan. Sama-samalah kita membantu apa yang kita terdaya bantu. Tangan dihulur, Ringankan beban...

Thursday, September 15, 2011

Kifarah 9 Syawal...

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin... Hehehe

Cerita ini berlaku hampir seminggu yang lalu. Ketika tu aku mahu pulang dari kerja. Sebelum melintas jalan, memang aku dah pastikan tiada kenderaan yang akan melintas. Aku memang yakin betul, memang tiada kenderaan yang akan melintas. Tapi memang malang tidak berbau. Ketika aku mahu melintas jalan, ketika itulah sebuah kenderaan pacuan empat roda datang. Nasib aku sempat melentikkan badan aku sikit dan cuma kaki aku sahaja yang digilis kenderaan terbabit.

Terkesima, terpana... Tak tahu aku nak gambarkan macam mana keadaan masa itu. Kaki rasa kebas, ngilu dan perit. Berdenyut-denyut. tapi aku gagahkan diri melangkah ke seberang jalan. takdir Allah sebuah bas berhenti untuk mengambil penumpang. Maka aku naik bas tu terus ke Hospital Putrajaya. Aku tak terfikir untuk menghubungi sesiapa untuk meminta bantuan. Yang terlintas difikiran aku hanya abang aku yang sorang tu. Dia pula sibuk menguruskan anak-anaknya. Tak perlah... Aku sudah biasa bergerak sendiri.

Sampai di Hospital Putrajaya aku terus dirujuk ke Laige Room (betul ke ejaan aku). Kat situ aku diperiksa dengan teliti untuk menentukan tahap kecederaan aku. Alhamdulillah menurutkan pengiraan Penolong Pegawai Perubatan tu, paling kritikal pun tulang aku retak jer... Aku dah mula risau... Beliau menawarkan suntikan pain killer untuk melegakan kesakitan aku. Aku menolak. Sebab aku takut selepas tu aku langsung kehilangan deria rasa kaki aku. Sekurang-kurangnya bila aku menapak berjalan, aku masih lagi dapat merasa sakit dan aku yakin kaki aku masih lagi berfungsi.

Aku sedia maklum tahap perkhidmatan hospital kerajaan semenjak kejadian di PPUM dulu. Jadi aku langsung dah tak heran. Tapi Alhamdulillah... Perkhidmatan yang diberikan memuaskan dan mesra pelanggan. Jururawat, Doktor dan Pembantu Perubatan mesra pesakit berbanding PPUM.

Ketika inilah aku baru mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Tanpa disangka-sangka, kawan-kawan tempat kerja aku datang menjengah selepas menerima khabar. Mereka inilah yang mengusung aku kesana-kemari; masuk bilik doktor, pergi x-ray dan sebagainya. Terima kasih banyak-banyak zaza, hanim, nisa, reha dan izah. Memang aku betul-betul tak sangka... Dan orang yang aku harapkan... Entahlah...

Lebih kurang selepas Isyak, abang aku pula datang mengambil alih tempat kawan-kawan aku ni. Dua kali aku di X-Ray bagi memastikan keadaan tulang kaki aku tiada keretakan mahupun patah. Alhamdulillah doktor kata cuma otot dan urat membengkak. Doktor pun hairan sebenarnya, Mengikut pengamatan mereka dan berdasarkan cerita aku tentang kejadian tu terjadi, mereka yakin tulang aku retak. Bagi aku itu semua kuasa Allah.

Alhamdulillah... Selepas hampir tujuh jam aku disitu aku dibenarkan pulang. Terima kasih buat abang dan kakakku yang menumpangkan aku tidur dan berehat beserta menjaga makan minum aku. Terima kasih buat staff Hospital Putrajaya kerana berjaya membuktikan korang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik pada pesakit tanpa membentak-bentak. Syabas! (PPUM you should learn!). Buat kawan-kawan office aku, Terima kasih tidak terhingga... Jasa kalian tak mungkin dapat aku balas. Masih terbayang dimata aku, zaza yang bertubuh kecil tu cuba menolak aku menggunakan kerusi roda sehabis daya...

Aku anggap kajadian ini sebagai satu kifarah buat aku... Alhamdulillah aku dah boleh berjalan semula cuma tidak lagi sesempurna dulu. Masih lagi terasa sakit bila menapak.

Miss World 1998. Malaysia Pernah Melakar Sejarah



Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Tetiba jer aku nak buka cerita pasal ratu cantik ni. Hehehehe. Aku tahu ramai yang kecewa dengan kegagalan Deborah Henry menempatkan diri dalam kalangan 10 yang terbaik. Banyak respon yang diterima mengatakan Malaysia berpeluang menyandang gelaran tahun ini. Buktinya bila beliau berjaya memenangi tempat ketiga dalam kategori pakaian tradisional. Banyak juga spekulasi yang timbul; antaranya penganjur seperti Donald Trump tidak menyukai Malaysia dan lain-lain lagi. Mungkin juga belum sampai rezeki kita...

Dalam kita sibuk-sibuk berkisar pasal isu ini, korang tahu tak, sebenarnya Lina Teoh pernah mengharumkan nama Malaysia dalam pentas Miss World 1998. Beliau menyandang tempat ketiga yang masa itu telah dimenangi oleh Linor Abargil dari Israel? Munkin ramai yang telah lupa... Maklumlah. Zaman ketika itu teknologi IT masih lagi dicelah gigi.

Tak kira lah Miss Universe ke, Miss World ke, Miss Earth ke..., yang penting apa sumbangan mereka pada negara dan juga dunia. Agak-agaknya apa cerita yer Lina Teoh tu?

Wednesday, August 17, 2011

Manguji Kesabaran Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Pagi-pagi buta jer dah ada perkara yang membakar kesabaran aku hari ni. Dah hampir sebulan rasanya aku berulang alik dari KL ke Putrajaya. Dah dua kali juga aku updated pas bulanan aku tuk RapidKL bas dan juga train. Selama ni memang tak pernah ada masaalah. Cuma tadi tetiba driver bas tu persoalkan aku kenapa tak touch kad aku. For what aku nak touch? Sebab kat situ tak de kad reader tuk monthly pass. Lepas tu dia mintak aku punya resit. Of course lah dah tak de sebab aku dah buang. Lepas tu dia persoalkan aku kenapa aku buang resit tu. Haiyoooo! Ko nak aku simpan resit sampai tahun depan ke? Aku akan simpan resit untuk tempoh dan jangka waktu yang tertentu sahaja. Biasanya dalam tempoh seminggu macam tu. Kalau pass tu dah ok, x der apa masalah, mmg aku akan buang.

Memang aku bengkek giler. Sikit lagi memang aku nak bertumbuk kat situ. Aku cakap kat driver bas bodoh tu, sepatutnya RapidKL yang sediakan kad reader tuk monthly pass bukannya customer kena simpan resit tuk tunjuk kat driver. Bila dia tengok mostly yang naik bas tu semua tak touch kecuali si PATI2 tu, barulah dia kunci mulut. What the...!

Kalau aku dah meroyan, panas hati, bengkek jiwa memang nasib kau lah! Nasib puasa... Sesak nafas aku menahan marah. Ikut hati aku memang kena driver ni... Bukan mudah sebenarnya kalau aku dah naik darah nak melegakan rasa. Selagi orang tu tak sujud mintak maaf memang hati aku takkan lega. Selagi tu hati membengkak. Cara yang mudah aku dengar lagu2 berunsur keinsafan. Nasib ada lagu Sami Yusuf; Asma Allah. Lega sikit jiwa aku...

Ironisnya cerita aku ni, simpanlah resit selagi benda tu belum lagi tamat tempoh. Selepas ini memang aku akan kepil sekali resit topup aku tu kat kad monthly pass aku. Lepas tu gantung sekali ngn pass kerja aku. Biar nampak poyo sket.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, August 16, 2011

Nostalgia Ramadhan

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Tahun lepas, aku ada bercerita kisah nostalgia ramadhan. Memori yang terpahat kemas dalam kepala otak aku. Kali ini aku terbaca kisah seorang sahabat FB aku di blog beliau. Kisah pasal beliau terlupa menanak nasi. Ini pula kisah emak aku...

Disekitar tahun 1997, dah hampir setengah bulan umat Islam berpuasa, kami sekeluarga menyambut iftar bersama arwah embahku dan adik perempuan sebelah ayah aku. Pelbagai juadah sudah dimasak termasuk jua yang dibeli. Seingat aku ketika itu lauk pauk yang ada; ayam percik dan ikan talapia goreng.

Azan Maghrib berkumandang jer, masing-masing sibuk manadah tangan berdoa dan tak sabar-sabar mahu menjamu selera. Bagi aku nasi adalah pilihan yang terkemudian. Kurma, air, buah dan kuih menjadi pilihan. Tetapi ayahku lebih suka memakan nasi selepas mendahulukan kurma. Disaat emak aku mahu menyedokkkan nasi untuk ayahku, tu diaaaaaaa... masih beras lagi. Sungguh terkesima mak aku. Embah aku apa lagi lah! merungut-rungut. Kami yang lain terpinga-pinga. Emak aku berani jamin, suis dah dipetik, nasi dah pun ditanak. Tapi hakikatnya, nasi masih lagi berupa beras yang terendam air... Nak buat macam mana. Terpaksalah kami bersolat Maghrib dulu barulah menjamah nasi. Itu kisah emak aku, sama ada terlupa atau suatu kejadian yang bermisteri, Wallhualam...

Ini pula kisah aku yang baru berlaku tahun ni. Kementerian aku ada mengedarkan bubur lambuk untuk setiap unit. Aku pun dapat. Masyallah! Banyak ok... Aku ingat nak ajak budak-budak rumah aku join sekali, rupanya hanya Fairuz dan aku jer yang ada, Fairuz pun ambil sedikit sahaja. Maka berbaki lagilah bubur lambuk tu.

Bila tiba waktu bersahur, aku panaskan balik bubur lambuk tu. Masukkan dalam periuk nasi biasa, pasang plug, hidupkan suis, hidupkan suis periuk nasi. Kemudian aku tinggalkan ke bilik air; cuci muka, gosok gigi, masak air, sediakan minuman. Lebih kurang 20 minit kemudian bila aku nak bersahur... Aikssss??? Apsal aku punya bubur sejuk lagi. Rupanya aku tersalah pasang suis daaaa. Aku terpasang plug laptop aku. Memanglah aku hidupkan suis periuk nasi tu. Tapi kalau plugnya tak terpasang, apa ke jadahnya nak masak. Huhuhu. Haru sungguh. Pagi tu aku bersahur dengan bubur lambuk sejuk jer. Nasib tak basi. Ironisnya, jangan kita terlalu yakin dengan perkara yang kita sudah lakukan sebelum memastikan perkara tu betul-betul terlaksana...

Wednesday, August 3, 2011

Hari Kedua Di bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Hari kedua (semalam) umat Islam berpuasa betul-betul menguji kesabaran iman aku. Mula-mula di pagi hari bas yang sepatutnya aku naiki sekitar jam 6.30am menuju ke Putrajaya tak kunjung tiba. Tiada alasan yg wajar diberikan oleh pihak pengurusan RapidKL. Bas gantian pula tiba sekitar 7.45am menyebabkan ramai orang merungut khususnya kakitangan kerajaan. Alhamdulillah walaubagaimana lewat sekalipun, belum pernah aku terlewat masuk kerja.

Bila tiba waktu kerja, aku banyak menerima fail permohonan dari negara berlabel high risk country. Dimana negara ini berisiko dalam memberi maklumat palsu berkaitan dengan status kewangan mereka. Tambahan pula mereka ini berisiko tinggi menyalahgunakan visa yang telah diberikan. Fail yang kuterima pula kebanyakannya dari negara Bangladesh; dimana mereka akan mengangkut segala mala anak cucu diorang untuk ikut sekali menetap di Malaysia. Tambah menyesak jiwa aku bila kebanyakan mereka ini memohon tanpa liquid asset yang cukup contohnya memohon menggunakan salinan penyata pelaburan. Bukan tidak boleh diterima pakai. Boleh. Tapi akan melambatkan perjalanan pemprosesan permohonan tersebut.

Tiba waktu tengah hari dan hampir ke petang, tetiba tekak aku ni teringin sangat berbuka dengan roti naan cheese. Confirm aku tak nak yang lain. Aku nak yang the mall punya. Maka selepas waktu kerja, dengan gigihnya aku pergi mencari naan cheese ni. Syukur Alhamdulillah rezeki aku. Kedai tu buka sepanjang Ramadhan. Dan akak kedai tu mengenali aku. Sangat mengejutkan. Kerana naan cheese ni juga aku tak berapa tenteram nak buat kerja. Seba tak kena. Salah issued surat, salah kira duit, blur dan sebagainya. Segalanya serba tak kena. Harapnya hari ini segalanya berjalan dengan lancar walaupun sekali lagi bas RapidKL buat hal. Kali ini bas bertolak sekitar jam 6.50am. Mudah-mudahan aku sempat lagi sampai ke opis...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !


Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Kali kedua aku join program Abg Ben ni. First; Gegar 1000 Blog Oleh Ben Ashari. Ini entry merempit. Sambil-sambil menaip sambil buat entry. Hehehehe. Mata melilau melihat. Manalah tau tetiba bos datang menyergah. Masak aku.

So kalau ada sesiapa yang nak masuk silakan. Klik disini. Tak salah kita memeriahkan dunia blog. Kita berblog sebab kita mahu berkongsi cerita dan rasa, bertukar pendapat dan mencari kenalan. Kalau kita asyik menulis tapi tidak 'bermasyarakat' tak guna juga. Habis siapa nak baca tulisan kita tu? Barrack Obama???

Pilihan Alternatif

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Hari ini, diluar kebiasaan. Aku datang lebih awal dari yang sepatutnya. Biasanya aku sampai di Putarajaya Sentral tepat jam 7.05am. Bas Nadi Putra ke Percint 5 bergerak pada pukul 7.15am dan aku sampai ke opis lebih kurang dalam pukul 7.45-8.00am. Hari ni 7.30am dah sampai.

Kebetulan masa aku tengah dok menunggu bas 601 ni, tetiba aku terpandang satu bas bernombor 903. Tertera di skrin arah tuju bas tersebut; jabatan peguam negara-kem. pengajian tinggi-kem.pelancongan... Kementerian aku tu! Bagaimana boleh ada?

Tak buang masa aku terus naik. Rupanya bas ni laluan khas straight ke 3 jabatan dan kementerian ni. Bas ni takkan masuk ke Percint 2 yang terletaknya segala mala jenis Kementerian dan Jabatan yang mana kalau lalu disitu, confirm akan menghadapi kesesakan. Traffic light satu hal, hal yang kedua banyak kenderaan dan hal yang ketiga setiap 500 meter atau kurang mesti akan ada orang berhenti turun.

Ironisnya kisah aku ni, kalau kita tak mencuba benda yang kita tak tahu, kita takkan tahu hasilnya dan kita juga takkan dapat pengalaman yang mungkin takkan ada pada orang lain. Mula-mula aku cuak jugak. Tapi disebabkan perasaan nak cepat sampai dan mencari alternatif lain untuk cepat sampai aku mencuba juga. Akhirnya aku dapat jimatkan masa hampir 20 minit.

Tuesday, July 26, 2011

Seminggu Sudah Berlalu, Akhirnya Aku Disini

Assalamualaikum semua. Semoga dalam keadaan sihat walafiat serta mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Alhamdulillah, syukur... Seminggu sudah berlalu akhirnya Bahagian aku selamat berpindah kesemuanya ke bangunan baru; Menara 1, Percint 5 Putrajaya. Bermula rutin harian aku bangun seawal jam 5.30am, naik train pertama pukul 6.00am dan naik bas RapidKL yang pertama ke Putrajaya Sentral dan naik bas Nadi Putra pada pukul 7.15am menuju ke Percint 5. Sampai betul-betul depan puncher sekitar dalam pukul 7.45-7.55am. Tidak boleh awal dan tidak boleh lewat. Nak awal apanya, Kalau bas Nadi Putra terawal 7.00am. Kalau lewat, jalan jem pulak. Lagi haru...

Baru dua hari saje berulang alik, aku dah berasa letih lesu. Bangun pagi rasa tak bermaya dan bersemangat. Tengok dalam masa sebulan dua. Kalau keadaan tidak mengizinkan untuk aku, maka hendak tak hendak aku kena berpindah juga ke Putrajaya.

Kadang-kadang terkenang juga tempat lama. Terutamanya The Mall (tempat shopping tu!), roti naan cheese yang marvelous tu (akak yg amik order tu selalu sangat pelupa) dan PWTC (paling syok kalau ada event). Disini, cuma ada satu kafetaria. Nak cari kedai makan lain terpaksa pula menaiki kenderaan. Bukan macam ditempat lama. Jalan ke The Mall, banyak pilihan sudah tersedia. Tinggal keluarkan duit je.

Disini jua, kompem kawan-kawan opis aku mati kutu terutamanya yang jenis kaki shopping (muah hahaha. Tak boleh lah korang nak curi-curi masa ke Sogo, Masjid India), kaki karaoke, kaki makan (muah hahaha. aku le tu....)

Apa pun tengoklah dua tiga bulan. Insyaallah boleh sesuaikan diri di tempat baru dengan persekitaran yang baru. alah bisa tegal biasa kan...

Thursday, July 14, 2011

Review Filem: Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2

'I never wanted any of you to die for me...' -Harry Potter-

Superb, Fantastic, Marvelous, Legendary... Apa lagi patah perkataan yang patut aku tulis bagi menggambarkan betapa gahnya bahagian kedua Harry Potter and The Deathly Hallows...

Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya. Semalam aku berpeluang menyaksikan filem Harry Potter and The Deathly Hallows bahagian kedua. Sepatutnya aku bakal menyaksikannya pada hari Jumaat, jam 7.30pm di GSC Pavillion. Tiket sumbangan ikhlas daripada Kak Anna. Tapi atas ketidaksabaran aku menunggu, aku mencuba nasib membeli tiket pada tayangan pembukaan. Memang rezeki aku...

David Yates menggarap bahagian kedua ini begitu teliti. Imaginasi beliau bagi merealisasikan naskah novel ke sebuah latar yang hidup amat berjaya. Setiap babak diadun kemas bagi menggambarkan setiap jalan cerita yang terkandung di dalam novel. Bukan mudah sebenarnya mengadaptasikan sebuah mahakarya berupa novel ke layar perak. Bagi peminat kipas susah mati Harry Potter pastinya sudah terlebih dahulu mengetahui apakah kesudahan perjuangan Harry Potter dalam menentang kuasa gelap Lord Voldermort. Cuma mereka sekadar menanti bagaimanakah hasilnya naskah novel ini diangkat kelayar perak. Bukan mudah juga bagi memenuhi selera kipas susah mati ni. Setiap mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi bagi menggambarkan setiap jalan cerita didalam novel dan setiap imaginasi mereka juga berbeza. Tahniah David Yates!

Cerita bermula dengan adengan Lord Voldermort mengambil alih tongkat elder dan disusuli dengan pengebumian Dobby The Elf... (masa ni orang dah bertepuk tangan bersorak... Sungguh mengujakan, terutamanya aku yang juga menjadi sebahagian daripada kipas susah mati Harry Potter). Permulaan yang agak membosankan, disusuli dengan pertarungan yang kurang menggemparkan menjadikan penonton tidak sabar untuk ke babak yang seterusnya. Penonton tidak perlu terburu-buru untuk memahami jalan ceritanya. Setiap babak juga digarap dengan lebih santai dan teratur tidak seperti filem-filemnya yang terdahulu.

Bagi mereka yang tidak pernah membaca naskah The Deathly Hallows juga mampu memahami setiap jalan ceritanya. Malahan ada beberapa kejutan yang menanti anda... Siapa Sebenarnya Professor Severus Snape? Apa hubungannya dengan Harry Potter? Kenapa Harry Potter begitu dibenci oleh beliau? Babak yang paling penting dan dinanti-nanti oleh semua orang ialah pertarungan terakhir Lord Voldermort dengan Harry Potter. David Yates merealisasikan impian aku bagi menyaksikan sebuah pertarungan yang menarik. Walaupun tidak seperti yang aku imaginasikan, tetapi mampu membuat aku tidak senang duduk...

Bagi pihak Ilmu Hitam, pertarungan terakhir ini adalah pertarungan bagi menguasi dunia sihir. Dengan kematian Harry Potter, Lord Voldermort mampu menguasi dunia. Bagi mereka yang menentang Ilmu Hitam, ini merupakan pertarungan hidup dan mati bagi mempertahankan diri dan orang-orang yang disayangi serta kubu paling kukuh dalam dunia sihir iaitu Sekolah Ahli Sihr Hogwarts yang telah dibina dan ditubuhkan berkurun-kurun lamanya.

Gabungan ahli-ahli sihir Ilmu Hitam, Dementor dan Gergasi serta kehebatan sihir Lord Voledermort berjaya memecahkan tembok jampi penghadang Sekolah Sihir Hogwarts. Dengan bantuan Ahli Kumpulan Pheonix yang masih tinggal beserta penduduk sekitar Hogsmeade, ahli sihir yang menentang kekejaman Lord Voldermort berjuang habisan-habisan termasuk para penuntut Hogwarts yang masih mudah. Pertarungan yang boleh diibaratkan kalah mati ini lebih memihak kepada Kumpulan Lord Voldermort bilamana ramai nama-nama besar seperti Professor Lupin serta isterinya Tonks dan Fred Weasly mati dalam pertarungan. Kematian Bellatrix Lestrange adalah yang paling tragis ditangan Molly Weasly bagi melunaskan dendamnya diatas kematian anak lelakinya.

Atas kepentingan peribadi, Lucius, Narcissa dan Draco Malfoy meninggalkan kumpulan Lord Voledermort kerana mereka tahu, kemenangan berada di pihak Harry Potter, ini kerana kesemua Hocrux yang menyimpan roh Lord Voldermort termasuk Harry Potter sendiri telah berjaya dimusnahkan...

Perghhh amacam? Rasa teruja tak? Hehehe. Inilah filem yang aku nanti-nantikan tahun ini. Aku bagi 4 bintang dan Insyaallah aku akan menontonnya kembali dalam masa yang terdekat. Kali ini dalam versi 3D pula. Bagi kipas susah mati Harry Potter, jangan lepaskan peluang bagi menyaksikan perjuangan terakhir Harry Potter dan bagi penggemar filem, anda tidak berasa rugi menontonnya...

Wednesday, July 13, 2011

Walaupun Sekadar Ucapan Terima Kasih...

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Ada satu hari tu, aku terpaksa jaga kaunter dan secara tak langsung aku incharge sekali bahagian permohonan. Kebetulannya ada satu hamba Allah ni, nak buat permohonan dan kebetulan aku yang menerima permohonan beliau...

Satu-satu permohonan sama ada direct application menerusi applicant sendiri atau melalui ejen perlu diteliti satu persatu. Kena ada resume, surat permohonan bertulis, borang MM2H, borang jabatan imigresen untuk permohonan visa, letter of good conduct (pengiystiharan rekod jenayah di negara applicant), marriage certificate, income statement, fix deposit, bond dan ada beberapa lagi perkara-perkara yang aku dah terlupa. Tapi yang paling menghazabkan bila terpaksa calculated income mereka-mereka ni, kemudian kena tukarkan ke mata wang RM. Kalau pendapatan kurang dari RM10,000 secara automatik permohonannya ditolak dan jika fixed deposit dia kurang RM100,000 pun akan ditolak secara automatik.

Applicant ni strictly mat salleh berasal dari UK dan berkahwin dengan wanita tempatan. Aku yang terlibat dalam menyelia permohonan beliau ni. Sebenarnya, permohonan beliau ni banyak kekurangannya. Antaranya; tanpa marriage certificate, tanpa letter of good conduct and tak der bond tapi income statementnya sangat-sangat masyuk.

Aku cakap aku boleh terima dan permohonannya juga boleh diproses tapi tak tau sama ada berjaya atau tidak. Hari berikutnya beliau datang semula untuk menghantar marriage certificate beliau. Guess what??? Rupanya beliau berkahwin dengan wanita Islam dan beliau merupakan saudara baru. Sangat-sangat terkejut aku ketika itu. Patutlah sewaktu aku berurusan dengan beliau, beliau tersangatlah berhemat, lemah lembut bila berbicara. Sedikit pun tiada perasan riak, sombong dan bongkak walaupun permohonan beliau ditolak indirectly. Berbanding dengan mana-mana applicant yang aku pernah handle, dia ni terasa sangat kelainnanya. Sangat-sangat mulia perangainya aku rasa. Begitu juga dengan wife dia. Untuk pengetahuan korang, mereka berdua ini sangat-sangat kaya. Tak perlu nak meroyan kira insurans dan sebagainya sebab pendapatan beliau sebulan jer mampu membeli ipad seguni ok!

Walaupun tanpa dokumen yang lengkap, tapi mereka ni bertawakal kepada Allah berharap agar permohonan mereka ini berjaya. Guess what readers??? Memang permohonan beliau diluluskan oleh Committee Meeting! Macam mana terjadi aku tak pasti... Bagi aku itu semua urusan Allah. Betapa Allah menunjukkan bila kita ikhlas dan redha dalam satu-satu perkara Allah akan membantu kita.

Satu hari, isteri applicant ni datang sekadar nak menghantar salinan letter of good conduct suaminya, (letter of good conduct mesti yang original dan wajib diterjemahkan kalau selain dari bahasa inggeris) dan aku mennyampaikan berita gembira kepadanya. Sambil menadah tangan beliau mengucapkan syukur berkali-kali. Sungguh tersentuh hati aku.

Kelmarin aku menerima satu email, begini bunyinya;

Dear Syukri

M***** (nama isterinya aku terpaksa rahsiakan atas urusan rasmi) has passed to me all the information you gave her about my MM2H application when you met in KL recently.
Thank you so much for helping move my application to "approved" status...


Apakah yang telah aku lakukan? Aku hanya menerima dan memproses permohonan beliau sahaja dan bukannya membuat keputusan sama ada permohonannya diterima atau ditolak. Aku sangat-sangat terharu (ceee waaahhh! hahaha) Memang terasa kerja aku walau sekelumit kuman pun terasa dihargai sangat walaupun dengan sekadar ucapan terima kasih...

Tuesday, July 12, 2011

Bila Teknologi Di Hujung Jari

Assalamualaikum pembaca semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Aku tak pernah terfikir satu hari nanti aku akan berblogging sambil berbaring. Tapi inilah yang sedang aku lakukan. Hehehe. Bukan nak menunjuk, tapi sejak pakai galaxy tab ni, dah seminggu aku tak hidupkan laptop. Segala benda berkaitan dengan aplikasi teknologi dan internet aku lakukan menerusi mr.android ni termasuklah mengecheck email pejabat. Sungguh mudah bukan. Aku pun tak pernah terfikir, satu hari teknologi bakal memudahkan kita. Tapi, ada kesannya...

Manusia akan menjadi malas. Contoh terbaik aku ler... Hehehe. Dulu masa tak der mr.android ni, terconggok aku menghadap laptop. Update blog, melayari internet dan blog, update status fb dan sebagainya. Sekarang, aku lakukannya sambil bergolek-golek atas tilam. Kalau dulu, mesti cepat rasa penat dan sakit leher. Sekarang kalau lenguh duduk, boleh menaip sambil berbaring.

Kalau aku dah mula aksess mr.android ni, memang susahlah nak berhenti. Sebab kita dah terlalu asyik dan selesa.

Mula-mula dulu aku nak rembat ipad. Tapi setelah mengkaji baik buruk dan kelebihannya maka aku memilih galaxy tab. Jawapan aku mudah jer. Carilah mana-mana tablets, hanya yang ini sahaja yang ada aplikasi membuat panggilan. Maksudnya disamping korang membuat kerja pengkomputeran menggunakan galaxy tab ni, korang juga boleh menerima dan membuat panggilan. Kelebihan untuk aku sebenarnya sebab aku pakai sim card digi data unlimited rates (broadband) beserta dengan pakej membuat panggilan sekali.

Teknologi sebegini, memang ketara kelemahannya. Terutama sekali ia cepat hang. Aku jenis yang buka aplikasi sekali banyak. Muzik memang sentiasa terpasanglah, facebook usah cakap. Internet memang sentiasa diakses. Chatting kalau tak mr.android ni off memang on sentiasalah. Mana tak jahanam benda tu kan. Paling best, tiap-tiap hari aku kena charge mr.android ni. Mengalahkan handphone sendiri dah. Ye lah! Kalau dah asyik online jer, maunya tak cepat habis battery tu...

Tapi sehebat mana pun teknologi ciptaan manusia pasti akan ada kelemahannya. Sedangkan kita ciptaan Allah pun ada kelemahannya tanpa kita sedari...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 8, 2011

Sana Sini Jammed

Assalamualaikum pembaca semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Kala ini aku sedang dalam perjalanan ke Shah Alam. Seboleh mungkin aku cuba keluar dari Kuala Lumpur sebelum malam bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Ternyata dugaanku hampir betul. Kesesakan yang melampau telah terjadi di Federal Highway menghala ke Shah Alam. Malahan kat Shah Alam sendiri pun sudah mengalami kesesakan terutamanya di bulatan dan persiaran kayangan.

Semua sedia maklum apa yang akan berlaku esok hari. Pelbagai kemungkinan akan terjadi. Tapi bagi aku benda ni ada pro dan kontranya. Ini lah kontranya yg sedang aku hadapi. Nampak kecil tapi sebenarnya besar bagi sesetengah individu. Orang hanyak bertindak pada sebelah pihak tanpa memikirkan kesannya pada pihak yang lain.

Sebelum melakukan sesuatu pekara tu, kaji baik buruknya. Pro dan kontranya, kesan dan akibatnya. Kalau benda ni dapat diselesaikan secara baik, apa salahnya dilakukan rundingan. Betul juga kata pepatah Melayu. Dua ekor gajah bertelagah. Pelanduk yang mati tersepit. Fikir-fikirkanlah...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, June 24, 2011

Al-kisah Bila Air Tiada

Assalamualaikum semua. Sudah sebulan aku tak mengupdate blog. Banyak cerita gak yang aku nak ceritakan. Tapi masa membataskan aku.

Beberapa minggu lepas, selepas pulang dari kerja, terasa badan letih sangat. Makanya aku terus merebahkan diri atas tilam dan terlelap sampai pukul 11.oopm (lebih kurang macam tu lah). Aku terus bangun nak mandi dan bersolat. Rupanya tak de air... Haru.

Sampai ke pagi aku menunggu. Tapi air masih tak de lagi. Hendak tak hendak pagi tu aku kena mandi gak. Ye lah, nak pergi kerja kan. Tapi aku mandi ngn dua gayung air jer. Nasib baik aku ada simpan air untuk stock kecemasan sebagai langkah berjaga-jaga. Jadilah dapat basahkan badan. Walaupun tak de rasa melekit, tapi masih rasa tak selesa.

Ironisnya selepas peristiwa tu, lepas balik kerja je aku terus mandi.

Monday, May 23, 2011

Review Filem: Paul


Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Ahad semalam aku menonton filem secara spontan. Biasanya aku yang akan uruskan segalanya. Dimana, filem apa, seat yang mana; aku yang akan tentukan... Tapi kali ini aku pasang badan jer. Filem yang jadi pilihan ialah Paul. Sebenarnya aku hampir menonton filem ni minggu lepas. Tapi tak de masa tayangan yang sesuai.

Filem ini hasil lakonan mantap dan bersahaja; Simon Pegg (Graeme), Nick Frost (Clive), Kristen Wiig (Ruth) dan Seth Rogan (suara Paul). Paul mengisahkan dua sahabat baik Graeme dan Clive yang berbangsa Britain berasal dari England yang menghadiri Konvensyen Komik di Amerika. Disana mereka berjumpa dengan idola mereka Adam Shadowchild seorang kartunis. Mereka sering disalah ertikan sebagai pasangan Gay kerana keakraban mereka yang terlalu pelik. Perjalanan mereka ke Amerika bukan sahaja menghadari Konvensyen Komik. Tetapi juga menjejaki jejak-jejak makhluk asing di beberapa daerah di Amerika seperti di sektor 51, blackmail, Roswell. Di sektor 51 berlakunya kemalangan yang melibatkan sbuah kereta sehingga mempertembungkan Graeme dan Clive dengan makhluk asing yang bernama Paul. Bagaimana Paul mendapat nama? Bagaimanakah Paul boleh sampai ke bumi? Macam mana Paul boleh terserempak dengan Graeme dan Clive? Apa misi Clive, Greame dan Paul seterusnya? Anda kena saksikan sendiri...

Hampir Keseluruhan filem ini menggunakan teknik CGI kerana watak Paul itu dihidupkan dengan imej janaaan komputer dan hampir 50% bahasa yang digunakan adalah berunsur lucah yang tidak melampaui batas tetapi masih tidak lagi sesuai untuk didengari oleh golongan kanak-kanak.

Sepanjang filem, penonton dihidangkan dengan lawak bersahaja Graeme, Clive dan Paul. Kemunculan Ruth pula mengeruhkan keadaan yang sememangnya keruh. Lawak-lawak yang ditampilkan sungguh tidak dijangkakan. walaupun jalan ceritanya simple, tetapi disulami dengan adengan yang menarik dan penuh kejutan. Bukan itu sahaja; misi Graeme, Clive dan Paul serta Ruth juga dihujani dengan pelbagai halangan yang menghidupkan lagi jalan cerita ini, terutamanya secret agent dari kerajaan Amerika yang ingin menangkap Paul. Ditambahi dengan Bapa Ruth yang menyangka Ruth telah diculik oleh Paul.

Penulis lakonlayarnya pandai memanipulasikan watak Paul sehingga ketahap maksima. Sebagai contoh; Paul juga digambarkan mampu menghidupkan makhluk yang tidak bernyawa selain mampu menjadi halimunan. Bila di tengah perjalanan Paul menghidupkan seekor burung, aku dapat mengagak apa yang bakal terjadi di penghujung cerita. Tekaan aku hampir benar bila Graeme ditembak mati.

Pengarahnya, Greg Mottola juga bijak menyusun atur plot cerita supaya tampak lebih kemas dan padat serta tidak meleret. Walaupun kisah Paul seiras under the mountain, tetapi Paul lebih hidup, rileks dan catchy. Malahan pula penonton tidak perlu menunggu lama untuk menyusuri disebalik kisah Paul terperangkap di bumi.

Bagi aku filem ini tampak lebih originality berbanding filem makhluk asing yang lain. Paul digambarkan berkepala bulat besar dengan tubuh badan yang kecil serta berwarna grey. sebijik dengan gambaran makhluk asing seperti yang selalu digembar-gemburkan. Mungkin itu menjadi salah satu sebab mengapa filem ini dapat 'diterima' penonton yang menontonnya.

Secara keseluruhan, filem ini sangat sesuai ditonton bagi melepaskan stress, lelah dan penat bekerja di sepanjang hari dan minggu. Luangkan sedikit masa untuk menonton Paul kerana anda tidak akan berasa rugi. Aku bagi 4 dari 5 bintang. Selamat menonton!

Friday, May 20, 2011

Review Filem: Nur Kasih The Movie

Detik waktu dan suratan
siapa tahu ketentuan...

Assalamualaikum pembaca semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Kali kedua aku menonton filem pada tarikh tayangan. Tiket dibeli seawal tiga hari. Aku bukanlah kipas susah mati drama siri Nur Kasih. Aku pun baru mengikuti siri ini bila ditayangkan semula di TV3. Bila diberitakan drama siri ini akan dibawa ke layar perak, aku tidak berasa teruja.

Bila ramai rakan-rakan aku provok pasal drama Nur Kasih dan filemnya yang bakal ditayangkan, secara automatik aku terikut sama. Bermula episod aku menjejaki semula rentetan kisah hidup Adam, Aidil dan Nur Amina...

Kalau disebut Khabir Bhatia; mesti korang terbayang Cinta, Sepi, Kekasihku Seru, Kasih Suci. Sentuhannya cukup dramatik, tragik, valuable. Setiap scene yang cuba dipaparkan dan diolah Khabir dalm bentuk penceritaan, mempunyai maksud tersirat yang sangat mendalam.

Nur Kasih The Movie adalah konklusi kepada drama sirinya yang terdahulu. Sarat dengan emosi, nilai murni, kekeluargaan, ketuhanan, pengorbanan dan kemasyarakatan. Cerita bermula dengan pergolakan emosi Nur Amina yang belum mempunyai zuriat serta Aidil yang kehilangan isteri tercinta. Bila Nur Amina keguguran, bermula konflik kisah Nur Kasih The Movie...

Bagi aku Mira cuma mengolah kembali rentetan kisah drama Nur Kasih. Tapi kali ini dalam bentuk yang lebih padat (terlalu padat sebenarnya). Ditambah dengan rencah pergolakan emosi Aidil yang kehilangan isteri, Adam dan Nur Amina yang terlalu teringin menimang cahaya mata serta letupan di Mumbai (Drama Siri) yang memberi kesan pada kesihatan Adam. Tiada kejutan seperti karya-karya Mira sebelum ini. Segalanya dirancang teliiti dan mungkin terlalu berhati-hati sehingga aku terasa kekok menontonnya. Mira mampu menghasilkan naskah yang lebih baik daripada ini. Tengok sahaja Sepi dan Cinta.

Tambahan watak seperti Mariam dan Ilyas menjadikan cerita ini bertambah hidup dan ceria. Ramai memuji lakonan Mia Sara yang membawakan watak Mariam . Tapi aku lebih berkesan dengan watak Ilyas. Seperti ayahnya, Ilyas pandai bermain dengan emosi. Masih terngiang-ngiang dialog Ilyas... "Ayah tidur dengan siapa...?" "Ilyas rindukan Umi..." Hanya sebaris perkataan dengan mimik muka yang semulajadi sedih mampu meruntun hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Khabir mengolah karya Mira dengan baik sekali. Setiap babak diterjemahkan dengan cantik. Aku rasa bagi apa sahaja naskah ke tangan Khabir, beliau mampu menterjemahkannya dalam bentuk yang kita tidak jangkakan. Bukan mudah kita nak menghasilkan filem yang berprofail tinggi serta menjalani penggambaran di negara orang, menggunakan pelakon-pelakon tempatan dan berbahasa tempatan.

Ada beberapa kelemahan dalam filem ini dan yang paling ketara ialah teknik CGInya yang lemah serta isu cincin yang diperbesarkan... Untuk sebuah Filem, bagi aku Mira perlukan sesuatu yang lebih realistik untuk membawa watak Adam kembali ke tempat kejadian kereta api meletup. Pencarian Aidil dan Nur Amina dalam mengesan Adam terlalu berlebih-lebihan. Ini terlalu ketara bila mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa ditemani pihak berkuasa tempatan.

Penamatan ceritanya seperti fairy tales. Ever After... Dan Aidil menunaikan janjinya pada Adam untuk menjaga Nur Amina sehingga keakhirnya... Bagi mereka yang merupakan kipas susah mati Drama Siri Nur Kasih, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya. Bagi aku tidak rugi. Tapi bagi penggemar-penggemar filem seperti aku yang pada mulanya bukanlah penonton setia drama Nur Kasih, Lupakan niat anda...

Untuk keseluruhan cerita ini, aku bagi 3 dari 5 bintang. Untuk itu , maka selesailah misi aku menonton drama Nur Kasih saban hari bagi memahami penceritaannya serta mencari auranya supaya meresap dalam diri sebelum aku menonton filemnya pula...

Wednesday, May 18, 2011

Semalam Yang Sedih

tinggal kenangan...

Assalamualaikum pembaca semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T...

Semalam atas permintaan ayah aku, aku menemani beliau meninjau tanah yang baru dimohon dibawah tanah lesen untuk pertanian. Kata ayah aku, tempat tu disekitar sungai berbatu yang sungguh indah dan jernih airnya. Sesungguhnya tempat itu bersebelahan dengan hutan simpan. Memang sungguh nyaman dan mendamaikan. Aku pernah sampai sekali kesana. Sungai tu memang sangat jernih dan sesuai untuk berpiknik dan bermandi manda.

Makanya, aku memang dah plan awal-awal pakai seluar pendek, pakai jersi yang x serap air. Tapi hati aku stil gundah gelana. Kenapa erkkk?

Sampai sahaja ditempat yang dituju setelah meredah hutan belantara, ladang getah dan sebagainya, akhirnya kami sampai juga ke tempat yang dituju. Wallah! memang heaven... Tapi hati aku still tak tenteram lagi... Kenapa erkkk?

Bila pakcik aku cakap kita kena meranduk sungai untuk meninjau tanah yang dipohon, aku dah mula tak sedap hati. Dengan air sungai yang deras, tidak diketahui kedalamannya, dengan berita orang lemas... pergh! seriau.

Segala mala handpone, wallet, kunci, semuanya ditinggal dikereta takut dihanyutkan air. Aku yang ketika tu feeling ala-ala Dato' Sharifah Aini; apa lagi, bawa beg bimbit isi tuala dan baju ganti (konon-kononnya nak feeling bersiram ala-ala Puteri Gunung Ledang katanya...). Tak lupa gak handphone berkamera yang bakal digunakan untuk mengambil gambar.

Mula-mula mencecah kaki ke air, tak der apa-apa yang berlaku. Tetapi arus teramatlah deras. Sedangkan aku yang terlebih dewasa ini pun ada kadangkala boleh terbabas gak, ini pula kanak-kanak. Sampai ke satu bahagian tetiba aku terpelusuk keair yang dalam. Paras pinggang ok. Sejuknyaaaa! Subhanallah. Dah mengaruk, meredah sungai, baru aku teringat... Handphone!!! waaaah! Handphone boleh pulak aku letak dalam poket seluar. Huwaaaaa!

Sampai ke air yang cetek sikit, aku check handphone aku, sah! Padam! Memang masuk air... Sedih. Baru dua bulan aku guna... Patutlah aku rasa macam tak der mood teruja nak meredah sungai sambil mandi manda... Rupa-rupanya ada musibah. Baru pagi tadi aku dok menguliti handphone tu, tengah hari nyawanya tinggal hujung-hujung jer. Apa boleh buat. Dah nasib. Itu memang kecuaian aku sendiri. Itu aku akui...

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Cikgu! : Trend Sekarang atau Menunjuk-nunjuk?

picture credit to lagunamerbok

Assalamualaikum pembaca semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya. Selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia.

Rata-rata aku baca blog kawan-kawan meriah dengan pemberian hadiah sempena dengan sambutan hari guru. Adakah ini sudah menjadi suatu kemestian ataupun satu trend ataupun untuk menunjuk-nunjuk? Sorry yer kawan-kawan. Bukan niat untuk mempertikaikan kalian semua. Tetapi aku berasa pelik sebab zaman aku dulu, tak der lah sampai wajib nak bagi hadiah bagai kat guru-guru. Hanya sekadar sambutan hari guru seperti sukanneka dan sebagainya.

Lagi satu trend sekarang; sambutan hari lahir anak-anak dilakukan disekolah. Siap dengan goodies bag dan sebagainya. Belum lagi kek berhiasa cantik. Kadang-kadang hati aku terdetik. Ikhlas ke atau sekadar menunjuk-nunjuk? Aku bukan nak pertikaikan. Itu hak individu. Tapi apa salahnya kalau buat majlis dirumah dengan bacaan doa selamat...

So, tepuk dada tanya hati dan iman... Selamat Hati Cikgu dan Hari Wesak!

Wednesday, May 11, 2011

Hidup Ini Mudah Kalau Kita Sentiasa Permudahkannya.

Assalamualaikum... Semoga pembaca semua dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Amacam hari ni? Berbahang dan panas lagi? Normallah kalau cuaca panas-panas sikit dan berbahang. Kat 'sana' mungkin lagi panas keadaanya bergantung pada amalan masing-masing. Anggaplah ini sebagai satu preparation kita kan... ;-)

Baru-baru ini kerja-kerja aku menjadi bertambat rumit. Lebih-lebih lagi permohonan bagi pembatalan peserta MM2H yang tidak lengkap. Sebagai contoh Fix Deposit yang dinyatakan tiada endorsement stament MM2H Programme. Maka terpaksalah berhubung dengan bank pula bagi mendapatkan kepastian. Nampak mudah. tapi sebenarnya sangat merumitkan dan merensakan aku. Lebih-lebih lagi kalau jenis bank yang tak mahu beri kerjasama. Jenis yang tolak sana tolak sini. Azab!

Jadi, ketika masa lunch hour tadi, aku terlihat kelibat teman sepejabat sedang memfotokopi passport participant. Lantas aku bertanya untuk termination ke? Dia kata bukan. Lepas tu dia tanya aku, Kalau termination kenapa? Kau nak handle sendiri ke? Aku jawab yer... Sebabnya aku dah tak larat lagi nak menghadapi karenah-karenah participants yang nak buat pembatalan tapi dokumen tak lengkap. Lepas tu dah siap, tak reti-reti pula nak datang mengambil. Aku nak incharge sendiri bahagian depan untuk termination bagi memudahkan kerja-kerja aku kat belakang karang. Kali ini aku akan tanya juga nak datang ambil atau hantar menggunakan pos. Kalau datang ambil sendiri, tempoh 3 hari berkerja sahaja diberikan. Selepas tu surat tu akan dilupuskan. Nasib kau lah kan. Datang meroyan-royan nak cepat. Dah aku wat cepat. tak datang pula nak ambil.

Ada satu kes aku ingat lagi. Participants dari Korea. Mereka nak buat termination melalui ejen mereka. Puas seorang akak ni bagi explaination tapi tak faham-faham gak dokumen yang diperlukan dan tidak diperlukan. Akak tu terus cari aku. Aku apa lagi, membahanglah sekejap. Aku cakap dokumen dia tak lengkap. Aku perlukan itu, aku perlukan ini. Kalau tak, aku tak dapat nak isu kan surat. Lepas tu ejen tu tetap berkeras nak guna cara dia (guna surat approval dari JIM jer). Aku cakap tegas dan tepat. Aku perlukan benda itu, perlukan ini untuk buat termination. kalau bagi tu jer, aku letak kat tepi meja aku jer. Dia diam, lepas tu angguk bersetuju.

Benda-benda ni semua nampak remeh tapi sebenarnya memudahkan kerja kami untuk menyelesaikan masalah anda. Kalau dokumen tak lengkap, macam mana kami nak proses? Aku berasa pelik dengan sesetengah participants ni. Masa nak masuk Malaysia bukan main meroyan. Sangup buat itu, sanggup buat ini. Sanggup sediakan itu, sanggup sediakan ini. Ada yang sanggup kira pendapatan insurans, pendapatan sewa rumah nak mencukupkan syarat; "mesti ada aset cair or simpanan tetap bernilai RM300K".

Sebenarnya nak masuk Malaysia ni prosudernya lagi seksa. Kena sediakan surat akuan nikah. Lepas tu kena diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris pula dan melalui penterjemah yang diperakui keterrorannya dalam menterjemah serta diperakui valid oleh pesuruhjaya sumpah terjemahannya itu. Mudah ke senang? Tu baru surat nikah. Belum lagi surat perakuan jenayah dari negara mereka sendiri. Tu pun kena diterjemahkan juga. Itu belum lagi kena ada pendapatan tetap sebulan minima RM10K, Simpanan tetap atau aset cair mencecahRM300K. Belum lagi kena sediakan simpanan tetap kat bank di Malaysia sekitar RM150K. Amacam? Mudah ke senang? Nak wat termination cuma perlukan salinan passport muka depan, Salinan SVP MM2H, tiket flight pulang ke negara participants, salinan Fix Deposit dan surat approval JIM. Itu jer. Dan tidak perlu diterjemahkan.

Sepanjang aku kat sini yang dah menyediakan surat yang hampir mencecah ratusan, Alhamdulillah belum lagi menimbulkan masalah yang kronik sehingga bos nak melaung nama aku pun naik muak. Setakat ni cuma satu grammatical error dan satu surat withdrawal yang aku tersilap nak mention harga rumah... Jadi aku tak nak nama aku jadi buruk gara-gara benda macam diatas; permohonan pembatalan yang tidak lengkap.

Jadi, penyediaan dokumen itu semua memudahkan kerja kami untuk mempercepatkan proses yang dipohon bukannya menyusahkan anda.

Hidup ini mudah kalau kita sentiasa permudahkannya.