Followers

Wednesday, June 30, 2010

Cuti-Cuti Labuan: Hari Ketiga

Hari ketiga di Labuan dan hari pertama bermalam di Tiara Labuan Hotel. Bangun pagi, gosok gigi, mandi... Abang aku dah bangun lebih dulu dan pergi breakfast sengsorang. Hantu betul.

Lepas breakfast, aku terus gerak ke lobby hotel dan requested shuttle ke bandar Labuan. Lebih 1 jam aku menunggu, baru ada shuttle datang. Bagus! nice services...

Dari bandar Labuan, aku gerak ke kampung air yang diberi nama Kampung Patau-Patau. Kali ni aku pergi menaiki teksi dan dikenakan tambang RM10. Sadis. hu hu hu. RM10 aku boleh beli coklat cadbury sepapan. Tapi tak mengapa. Melalui pakcik teksi ni aku belajar selok belok Labuan... :-) Pakcik teksi tu cakap, kampung air ni ada dua tempat. satu; Patau-Patau 1 dan satu lagi Patau-Patau 2. Pakcik tu cakap lagi, Patau-Patau 2 yang paling cantik sekali yang boleh nampak permandangan bandar Labuan.


Kampung Air. Titi atau jambatannya dah pakai konkrit


Jamban. Aku rasa aku x mampu nak terberak. he he he


Rumah dah menyerupai banglo


Pemandangan bandar Labuan dari Patau-Patau 2


Celah-celah rumah

Aku habiskan masa lebih kurang 30 minit di Kampung Patau-Patau 2. Pusing sana-pusing sini. Ambil gambar sana, ambil gambar sini dan aku baru perasan... Akulah satu-satunya pelancong disitu dan tempat yang aku berjalan keliling terpusing-pusing tu rupanya adalah kawasan perumahan rumah orang. ha ha ha. Aku tak dapat membayangkan kalau-kalau halaman rumah aku didatangi orang, terpusing kesana-kesini sambil mengambil gambar. Mesti aku cakap orang ni gila...

Kampung air ni dah moden sedikit. Sebelum sampai kesini, aku membayangkan, sebuah rumah yang dibina diatas pangkin buluh dengan setiap titinya pun dibuat dengan menggunakan buluh. Rupanya, semua tu hanya imiginasi aku sahaja. Rumah kat sini semua dah macam banglo, cuma atas air je dan setiap satu rumah dihubungkan dengan titi konkrit.

Dari Kampung Patau-Patau 2, aku bergerak balik ke Bandar Labuan menggunakan perkhidmatan bas awam bernombor 2. Bas awam kat sini, ialah bas mini. Tambang yang dikenakan hanyalah RM1 seperjalanan.

Dari Bandar Labuan, dengan menggunakan bas mini nombor 6, aku bergerak ke Taman Burung yang terletak di Tanjung Kubong. Tambang yang dikenakan sebanyak RM2.80. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Nak masuk ke Taman Burung ni juga dikenakan bayaran sebanyak RM3 sahaja dan sekali lagi, aku satu-satunya pelancong di situ.

Pintu gerbang taman burung


Burung Merak


Tak pasti spesis apa ni


Burung Kasuawari


Direction

Dari TamanBurung aku ke Kompleks Sejarah Chimney yang terletak bersebelahan dengan Taman Burung. Kompleks Sejarah Chimney merangkumi dua kompenen, iaitu Pusat Informasi dan Menara Chimney. Pusat Informasi juga merangkap sebagai muzium tapak yang mempamerkan sejarah perlombongan arang batu di Tanjung Kubong. Tanjung Kubong merupakan kawasan aktiviti perlombongan arang batu yang pertama di Malaysia sekitar 1847 sehingga 1911. Chimney pula merupakan satu daripada beberapa peninggalan sejarah di Tanjung Kubong dan menjadi mercu tanda Labuan. Uniknya berkenaan Chimney, pakar arkeologi tidak menemui sebarang aktiviti mahupun bukti yang dapat mengaitkan Chimney ni dengan cerobong. Pelikkan. Mesti banyak hantunya... :-)

Replika terowong arang batu.


Chimney


Kalau bukan kerana aku sengsorang, aku da redah ke tempat ni


Explorace pernah sampai sini beb


Lebih kurang tengah hari, aku bergerak balik ke Bandar Labuan dengan menggunakan perkhidmatan bas mini bernombor 6 dan dikenakan kadar bayaran yang sama. Sampai di bandar, apa lagi, shopping ler...

Aku sampai ke hotel penginapan sekitar pukul 1.30pm dengan menggunakan teksi, dengan kadar tambang RM10, itulah pengangkutan awam utama jikalau anda memilih untuk menginap di Tiara Labuan Hotel.

Sebelah petang, dengan ditemani Abang aku dan kawan beliau Sharil (mereka ni pakat memonteng. PPj, sila ambil tindakan tegas keatas mereka. he he he) aku turun ke bandar Labuan lagi. Kali ni dalam misi mencari makanan laut kering dan aku terjumpa kacang pistachio yang dijual dengan harga RM32 sekilo. Sayang sungguh. Aku hanya membeli sekilo sahaja sebab bagasi aku dah terlebih muatan. hu hu hu. Untuk lebih experience, Abang aku mencadangkan kami berjalan kaki. Sampai di Ujana Kewangan kami singgah makan dan kemudian meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan. Sesungguhnya aku terlalu letih ketika itu sebab terlebih berjalan diwaktu siangnya.

Sudah separuh jalan, baru Abang aku mencadangkan kami menaiki teksi. Haru sungguh. Untuk pengetahuan anda yang bercita-cita ke Labuan, tidak ada teksi yang bergerak kosong dari mana-mana arah tanpa penumpang. Kalau hendak menaiki teksi, anda mestilah menaikinya dari stesen teksi yang berdekatan sama ada di depan ferry jetty, pelabuhan, airport dan dibandar Labuan. Hendak tak hendak kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sebab stesen teksi yang berdekatan, jauhnya bersamaan dengan meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan.

Malam tu dengan kepenatannya, aku dapat jua berendam dalam tub mandi. Heaven sungguh...

4 comments:

Sky Before Pinky said...

erm..nice pic.. cam truja je nak p sana.. shopping2..jalan2.. ehehe..

pasnie nak p mane plak?? huhu

mardhiah syazwani said...

cantiknya labuan :D

SyuQ said...

pinky@fizah:
dlm kepala otak ni igt nak jalan ke labuan lagi. x tau kenapa hati terpaut kat sana berbanding langkawai... nnt la tunggu air asia bagi tambang murah lg :-)


Mardhiah:
ada gak tempat2 yang cantik dan ada gak tempat2 yang sgtla azab utk di tgk... :-)

Sya Isya said...

ohoho..x pe, pengalaman berharga tu jadi pelancong tunggal. glamour tu. Sya tak sampai pun lagi, Sabah. InsyaAllah, tahun depan, family holiday di Sabah. Tapi destinasi yang tepatnya, belum ditentukan lagi. X de ole-ole dari Labuan ke untuk Sya..hehe..