Followers

Saturday, May 30, 2009

aWARd n TaG

sebelum ini ada dpt award n tag... tapi aku x berkesempatan nak membuatnya... mohon maaf yer. ada masa aku wat n paste... walaupun da lapok, tp award n tag tu x lapokkan?

award n tag ini diterima daripada pn.muza

1. Copy paste award


2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
a) kawan2 waktu diploma dulu.
b) lama da lost contact tp terjumpa dalam blog.
c) da berkeluarga n ada anak. (bila agaknya time aku erk)
d) muza, ko suka masak kan
e) rasanya dia dulu size2 aku gak... he he he. dia pon ada rahsia menslimkan badan :-)


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
a) single and available.
b) kedai VCD, DVD, CD, music, movie store also kedai buku adalah tempat faverat kegemaran aku. aku boleh duduk berjam-jam kat situ tanpa membeli apa2 :-).
c) very sensitve person. so jaga la hati aku dengan sebaik-baiknya.
d) kuat cemburu... :-)
e) mudah menerima kemaafan orang lain... tapi sukar melupakan perbuatan mereka.
f) someone told me that... aku ni jenis yang suka berfikir...
g) kuat berangan
apa lagik erkkk? aku rasa enough la... pn.muza pon wat smpi g jerk. he he he


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
a) cik fara:
someone yang sentiasa hadir ketika aku susah dan senang.
b) cik beautifulhands: sorang kawan yang kehadirannya diibaratkan seperti pelangi... sekejap, tetapi menyenangkan
c) n sesiapa sahaja yang kenali aku didalam dunia blogging ini, yang sudi amik award ni... silakan. semoga ukhwah kita berpanjangan

Tuesday, May 26, 2009

...aduhai...

bila tau sok cuti, aku dah mula rasa malas nak pegi keje. pagi-pagi da rasa malas nak bangun. abg halim duk mengingatkan aku suh bangun n bersiap cepat coz ari kat luar da nak ujan. dia siap offer nak antar ke stesen lrt. aku tolak. coz aku nak walking. perut ni da terasa memboyot sket. kena exercise lebey ni.

sampai opis, semangat kerja naik balik. siapkan kerja yg sepatutnya. wat cataloguing tuk arkib, DVD, naik notis tuk pengemaskinian stock pile, wat duty roster tuk bulan jun n klu sempat wat B.O n bar code tuk tape baru. nampak bz kan... :-) (bz la kononnya). kalau boleh, aku nak siapkan semua kerja aku. aku memang nak bercuti sakan lepas ni. he he he.

Saturday, May 23, 2009

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu


Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Thursday, May 21, 2009

Mereka Masih Mengenaliku...

kerja straight seminggu setengah, menyebabkan badan aku rasa letih lesu. rutin harian, 7.30am keluar rumah, 6.30pm kuar opis. begitula selama seminggu setengah ni. nak kuar melepak dan menonton wayang rasa malas. banyak movie yg aku skip. kat rumah sekadar berborak dgn abg2 housemate aku n layan dvd je. jadi kesempatan bercuti selama 4 hari, aku gunakan utk blk ke kampung halaman. rindu ngn mak aku... he he he. anak mak la katakan.

hendak dijadikan cerita, sudah terlalu lama aku tak berkunjung ke pasar basah sungai besar. berkesempatan yang ada, aku menemani mak aku membeli barangan dapur. biasanya mak aku akan masak mengikut selera aku.

seawal jam 7.00 pagi aku dan mak aku da sampai ke pasar basah sungai besar (market le...). mak aku tanya nak beli barang dulu atau nak beli sarapan. aku decide kami beli sarapan. pagi2 buta ni, teringin plak tekak aku nak makan soto. jadi aku pegi kesatu gerai yang menjual pelbagai variety makanan selain nasi lemak cam soto, pecal, mee kari. gerai ni memang menjadi pilihan.

belum sempat aku memilih juadah, akak kat gerai tu terlebih dahulu menyapa aku.
"lama tak nampak?"
"aiks... akak kenal saya lagi ker? blh cam saya?" aku bertanya balik kakak tu.
"ish... kamu ni. mesti la kenal. mesti la cam. senyuman kamu tu... akak tak kan lupa."

aku tergelak mendengar jawapan kakak tu.
"hah! cara kamu gelak tu pon akak masih ingat lagi." kakak gerai tu menyambung kata.
"lama tak nampak kamu... kamu kemana?" kakak tu bertanya lagi.
"saya tak kemana-mana kak. masih lagi ada. cuma sibuk sket." aku masih lagi berbasa-basi ngn kakak tu.
"makcik mana?" aku bertanya kakak tu. biasanya, kakak tu akan berniaga bersama mak dia sekali. mak dia memang takkan ditinggalkan.

kakak tu terdiam seketika.
"mak dah 6 bulan meninggal dik..." akak tu menjawab perlahan. aku terkejut...
"tu la kamu... lama sangat x nampak..." kakak tu menyambung kata. mungkin hendak menyembunyikan kesedihan dia...
"akak tengok kamu pon da kurus sket... makan hati ker?". aku tergelak mendengar kata kakak tu. aku tak berkata apa. setelah membayar harga soto n sedikit kuih, aku pon berlalu masuk ke market.

dalam market, aku menuju ke gerai menjual ayam. tiba-tiba aku disapa oleh abang penjual ayam. (abang penjual ayam la pulak. ha ha ha.)
"lama x nampak kamu... kamu kemana?"
"keje bang. la ni da duk KL. aiks... abg ingat sy lagi?"
"hish... mana boleh lupa. kamu senyum tu..., manis." abang tu menjawab sambil tergelak. aku pon tegelak sama. manis ke?

aku membelek ayam yang ada disitu dan selepas berpuas hati dengan pilihan aku, aku menyerahkan ayam tersebut kat wife abang tu.

"cam biasa ke?" akak tu bertanya. aku tergelak besar sambil mengangguk. masih ingat lagi dia... biasanya aku membeli ayam, aku minta dibuang kulit n lemaknya. lepas tu potong kecil2 sedikit.

lepas membayar harga ayam tersebut, aku pon menuju ke gerai menjual ikan. aku teringin makan ikan merah goreng. aku pergi ke gerai yang biasa aku pegi dulu. kat kerai tu nyonya tu da tersenyum memandang aku...
"haiya... lama talak nampak lu. selalu lu punya mak beli ikan..." nyonya tu awal2 da bertanya aku.
"sibuk la nya. saya sudah keje sekarang."
"ooo. itu mcam ka..."
"nyonya masih ingat saya lagi?"
"haiya... mana bole lupa woo. lu punya mak, lu punyak apak selalu beli ikan sini." aku tergelak mendengar jawapan nyonya tu... ye la tu.
"lu punya gelak pon saya masih ingat." nyonya tu menyambung lagi. bertambah galak la aku gelak mendengarnya.

usai membeli barang, kami pon bergerak balik kerumah... ironisnya cerita aku ni, mereka-mereka yang dalam cerita aku ni, mcm makcik jual soto, abang n kakak jual ayam, nyonya jual ikan, aku kenali mereka lebih dua tahun yang lalu sebenarnya. ketika itu aku menjadi penganggur kehormat dirumah. pagi-pagi tugas aku membeli sarapan n membeli barangan dapur. begitula rutin aku. secara tak langsung, aku mengenali mereka ni semua. dalam tempoh dua tahun setelah aku menyambung pengajian n menempuhi alam pekerjaan, aku jarang berkesempatan mengunjungi market basah sungai besar. walaupun berkesempatan, akan tetapi gerai-gerai mereka ini tidak aku kunjungi... walaupun dua tahun berlalu, tapi mereka masih mengenaliku. walaupun dari sebesar alam, aku da mengecil jadi sebesar zarah... (ceee wah), mereka masih cam aku lagi. mungkin kerana keramahan aku ataupun kerana murahnya senyuman aku ataupun kerana begitula taktik diorang menjual produk, itu aku tak pasti. yang pasti, mereka masih mengenaliku...

Friday, May 15, 2009

Surti dan Tejo

aku upload video ni special untuk member aku merangakap member blogger aku. so layanzzz.

Thursday, May 14, 2009

satu lagi dari Project Pop... Layanz

Wednesday, May 13, 2009

x der keje

La Usurpadora

Rosalinda

bagi penggemar-penggemar telenovela... masih ingatkah anda dengan dua intro diatas. di zaman kegemilangan telenovela, 2 telenovela ini sememangnya menjadi kegilaan ramai ketika itu. kalau x silap aku la usurpadora di tayangkan di NTV7 ketika itu pada jam 5pm. manakala rosalinda ditayangkan di TV3 pada jam 2pm. ketika zaman rosalinda, waktu tu aku di tahun akhri di UiTM. manakala la usurpadora pula ditayangkan ketika aku mahu jejak kaki ke UiTM.


betty la fea, miss 3 hermanas, juanas miracle, maria mercedez, la intrusa, secreto d amor juga antara telenovelas yang pernah menguasai kaca tv rumah kita. malahan kuasa telenovelas juga merentas dunia. percaya atau tidak. aku pernah menyaksikan sendiri rosalinda dalam versi arab di abu dhabi... itu la kuasa telenovela ketika itu.


kejatuhan era telenovela di negara ini apabila munculnya drama dari korea seperti winter sonata, autumn in my heart yang mula menjadi kegilaan ramai. tambahan pula bila munculnya 8TV yang banyak memaparkan cerita dari negara berkenaan n jepun. cerita-cerita dari korea lebih menjurus kearah kisah romantik ala fairy tale. yang sememangnya dapat menarik pengaruh remaja. manakala telenovela lebih menjurus kepada kisah romantik thriller dan menampilkan pelakon-pelakon yang boleh menghangitkan ikan dikuali makcik-makcik didapur.


era sinetron pula bermula dengan penayangan slot drama dr indonesia di tv2 (kalau tak silap aku). bagi meraka yang memiliki Astro dirumah, penguasaan sinetron telah lama bertapak. yang aku ingat ketika itu ialah sinetron ikhlas dan hikmah. malahan sinetron hikmah sahaja telah dilanjutkan menjadi hikmah 1, 2 dan 3. sinetron bawang putih bawang merah yang disiarkan TV3 menjadi fenomena untuk drama-drama dari seberang menguasi TV kita. malahan astro sendiri pon membuka saluran aruna bagi menyiarkan drama-drama dari seberang.


bagi menghadapi persaingan, banyak stesen tv yang mencari kelainan. TV2 dan TV3 misalannya mengambil langkah menyiarkan drama dari negara jiran yang lain seperti filipina dan thailand. mula sa puso, pa nga ko sayo, blood peonix n bakekang antara drama yang pernah ditayangkan. sambutannya menggalakan, akan tetapi mungkin waktu tayangan yang tidak bersesuaian menyebabkan slot drama ini terpaksa dihentikan atau pon dipinda.


sinetron ke... telenovela ke... drama korea ke... bagi peminat2 setia slot2 rancangan tv diatas, sedikit sebanyak ia pasti pernah memberikan impak dalam kehidupan seharian kita. untuk diri aku sendiri saat paling sewel aku menggilai rosalinda, apabila kami pakat ramai2 ponteng kelas economy tuk tgk episod terakhir rosalinda :-) begitulah penangannya...

Monday, May 11, 2009

.::NUR KASIH::.

Bagaikan permata di celahan kaca
Kedipnya sukar untuk dibezakan
Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan ketepaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah…
Kurniakanlah kami
Isteri dan zuriat yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana dunia
Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Relaku menjadi miliknya…

Sunday, May 10, 2009

10 Alasan Menolak Cinta

hah! kerja ujung minggu mmg paling membosankan. reporter n cameraman pon tak ramai. nak keje pon malas. rasa cam duduk bilik mayat plak :-). x de keje, aku update blog le... ada satu topik yang aku terbaca dalam majalah APO. interesting plak nak share ngn korang. 10 Alasan Menolak Cinta...

dalam menolak cinta seseorang, lelaki dan perempuan mungkin menggunakan kalimah yang sama, tapi di dalam hati mereka mungkin jauh berbeza. Berikut 10 kalimah yang diucapkan LELAKI ketika menolak cinta, dan kata hatinya:

1) kamu sudah kuanggap sebagai adik.
(kamu membosankan)

2) Beza usia kita terlalu jauh.
(kamu membosankan)

3) Aku tidak tertarik padamu bukan kerana penampilanmu
(kamu membosankan)

4) Fikiranku sedang kacau sekarang
(kamu membosankan)

5) Aku sudah punya kekasih
(kamu membosankan)

6) Aku tidak suka bercinta dengan teman sepejabat
(kamu membosankan)

7) Bukan kerana kamu, tapi aku...
(kamu membosankan)

8) Aku ingin menumpukan perhatian dalam karier
(kamu membosankan)

9) Aku masih ingin sendiri
(kamu membosankan)

10) Kita berkawan saja ya
(kamu sangaaaatttt membosankan)

Wallahua'lam

p/s: sesungguhnya hati manusia itu terlalu sukar diduga, ada yang tulus menyayangi... tapi ada yang hipokrit n penipu. bersyukurla jika anda mendapat kekasih yg ikhlas dan jujur. jangan khianati kejujuran dan kasih sayangnya... berbahagiala kamu... tetapi bila kamu dikhianati. bersyukurla kerana ALLAH menyayangi kamu. DIA tak mahu kamu terus tertipu. dan redhailah setiap kejadian kerana DIA menjanjikan ganjaran kepada hamba-hamba yang redha dan tabah hadapi ujian.

cinta tak datang hanya sekali. yang patah tumbuh, yang hilang berganti...

Kerja Hujung Minggu

adusss... sejak aku bertukar kerja ni, kerja hujung minggu adalah perkara yang harus dihadapi. kerja ikut giliran n shift. aku tak blh pentingkan diri aku tuk cuti sabtu n ahad. member2 aku pon berhak jugak nak cuti diujung minggu. inilah hakikat yang harus dihadapi bila kita bekerja di syarikat TV yang beroperasi 21jam perday. ni belom lagi operasi 24jam.

aku ni dah terbiasa bila tiba hari sabtu n ahad adalah hari utk beristirehat. jadi badan ni secara automatik memang akan berasa malas untuk bekerja dihari minggu ni. nak bangun pagi bukan main susah... kerja pulak office hour 9.00-6.00. nasib baik budak2 ni konsider n memahami. dorang selalu cakap... camni la syuk kerja kat syarikat TV yang hanya tutup 3jam je sehari.

aku terpaksa korbankan masa ujung minggu aku. da x bley lepak2 cam dulu. kuar tengok wayang. hu ha hu ha kat bukit bintang. dok menonton tv n mengumpat ngan housemates aku. betul ckp exec yang aku replace tmptnya ni. mula-mula kau akan rasa seronok syuk... sbb ko cuti bila time org keje. n ko blh pilih cuti pd hari apa yang ko nak. tp lama-lama ko akan rasa bosan. sbb bila time org cuti especially ujung minggu n cuti umum, ko kena kerja.

la ni aku baru rasa apa yang dia citer. aku x menyesal pilih kerja ni ataupon x bersyukur. tapi aku belum boleh lg sesuaikan diri dgn environment baru ni. tapi aku yakin. lama-lama aku akan terbiasa gak.

p/s: alah bisa tegal biasa.

Saturday, May 9, 2009

Harapan by Lela

.::Gantung?::.

lagu dari melly yg menyentuh perasaan. hanya org yang tak berperasaan sahaja yang tak tahu menilai lagu ni...

Friday, May 8, 2009

TAG Lagik

dunia blogger ni memang x boleh larik dari tag erk? sila jawab... he he he. aku ditagged oleh pn.farasela... siapa dia tu. fofuler ke. hua hua hua (jangan marah farasela). nak tau, dia ni member sekelas aku masa diploma dulu. lama terputus hubungan. tapi terserempak dalam dunia blogging. nampakkan. dunia cyber ni kecik jer. jadi toksah la korang nak menipu disebalik topeng cyberian korang tu. satu hari terbongkar jua. apa aku merepekan ni... terussss jawab tag. sila lihat dibawah ye:-

1) Guna HP apa?
hmmm.... handphone aku jenis cap ayam je. nak tau gak ke?




inilah hp aku LG KP500@cookie



2) Guna keta/Moto apa?
nak tau gak ke? ok... aku x pakai keta or moto. tp aku pki mende alah dibawah tu utk kemana-mana sahaja. bkn x mampu k... tp duk KL ni lbh baik la berjimat-cermat.







3) Guna wallet rupa mcm mana?
rupa wallet aku pon ko nak tgk gak ke? ok... tgk je la..




ini la wallet aku. nampak buruk. tp... handmade by rushai ok



4) Guna apa update blog
Ya ampun... ko x der soalan lain ke? nak ngn gambar skali erk? ok....




aku update blog, of course ler guna computerkan... then


mesti kena ada line internetkan...? so aku pki DiGi Broadband. Then...



then, aku guna jari jemari aku utk menaip. btl x?






lps tu aku pki otak... berfikir apa yg aku nak cerita n letak dlm blog aku




last but not least, of course mata ler... x der mata camner nak tau blog kita rupa apa...




5)Guna jam tangan apa?
hmmm... aku pki jam tangan Guess Collection (GC). x tau model apa. tp pemberian drpd ayahanda n bonda tersayang...



Inila jam tangan kesayangan aku. klu benda ni ilang, mau meraung aku....

S0.... farasela, adakah sy sudah menjawab tagged anda? jadi secara rasminya tag ini aku perturunkan pada:-
1) Faridah Ali (Cik Fara)
2) Mazwani Ayu (Pn.Nafty)
3) Norhairani (Cik Beatifulhands)
4) Pn. Muza
5) dan si pemula tag. he he he PN. FARASELA. Silakan menjawab tag anda sendirik yer :-)

.:IKLAN UJIBAKAT:.

Kelab Kilat Kuala Lumpur TNB dengan kerjasama Allkin'd Music Entertainment ingin mencari bakat baru untuk diketengahkan sebagai Artis Nasyid Solo atau Berkumpulan, Lelaki atau Wanita berumur diantara 18-35 tahun. Yang mempunyai kriteria seperti berikut:-
  • Mempunyai bakat dalam seni suara.
  • Boleh memberi komitment sepenuhnya.
  • Tidak terikat dengan mana-mana pihak dan seorang yang "FreeLance"

Yang berminat boleh menghubungi pihak kami ditalian 016-2654502 (MizeeHalim) 017-2653326 (Hafiz) untuk mendapat maklumat selanjutnya

Thursday, May 7, 2009

Ketulusan Hati By Anuar Zain

Saturday, May 2, 2009

.:Entah:.