Followers

Tuesday, December 23, 2014

Hari Kedua - Jeju

Sebelum tu aku mohon ampun kalau cerita pasal korea ni asyik terpending. Mana taknya. Kepenatan berjalan. Tambah sakit kaki. Tambah salji. Semuanya jadi tak larat dan caca marba. Segala info pon berterabur.

Tapi aku post dulu aktiviti. Berkenaan bajet dan nombor bas aku akan edit lagi sikit-sikit kalau dapat info dari kak kat dan pz ataupun memori aku dah recovery balik sikit-sikit. Hehehe.

Hallasan Mountain
Hari kedua di jeju, kami bertambah excited. Sebab destinasi kami hari ni ialah Hallasan Mountain atau Gunung Halla. Lepas sarapan, kami terus gerak dari Yeha Guest House ke Jeju Intercity Bus Terminal. Di sinilah pusat segala bas di pulau jeju ni beroperasi. Tak jauh, lebih kurang 100-300 meter je aku rasa dari Yeha Guest House. Tempatnya senang nak cari. Bersebelahan jalan besar dan disebarang jalan ada bank dan disebelahannya ada balai polis.

Dari Jeju Intercity Bus Terminal kami naik bas nombor 740 lebih kurang jam 9.00 pagi waktu korea. Inilah bas pertama menuju ke kawasan pergunungan halla. Sayugia di ingatkan pada mereka yang merancang bercuti ke korea dan menggunakan pengangkutan awam disana sila tepati masa yang telah ditetapkan. Sebab mereka tersangatlah punctual. Kalau bas tu bergerak jam 9.00 pagi bukan bermakna jam 9.00 pagi baru nak jalan ye. 9.00 pagi tu bas dah keluar dari stesen ye. Jadi 10 minit lebih awal digalakkan dah berada di hadapan bas.

Dengan tambang lebih kurang 1300KRW kami menuju pergunungan halla dengan semangat berkobar-kobar. Separuh perjalanan hujan mulai bertukar salji. Seriously kami bertambah excited. Kami yang terpaksa berdiri didalam bas sebab bas dah kepenuhan, terus hilang segala lenguh dan penat. Di pertengahan jalan bas pula tersangkut. Jalan licin. Bas tak boleh bergerak mendaki keatas. Jadi kami semua terpaksa turun dari bas bagi mengurangkan beban supaya memudahkan pemandu bas memasang rantai kat tayar bas bagi mengurangkan risiko penggelinciran sewaktu bas mendaki.

Sewaktu diluar bas, salji tengah turun selebat-lebatnya. Punyalah excitednya kami bertiga seumpama mendapat harta karun. Hahaha. Lebih kurang dalam 5 minit macam tu, tayar bas siap di pasang rantai. Kami naik bas semula dan perjalan diteruskan. Kami berhenti di stesen Eurimok Trail. Disitulah trek paling mudah untuk mendaki. Waktu sampai tu kami mula mempersiapkan diri. Kasut kami pasangkan dengan spike (wajib bagi mereka yang nak mendaki gunung berais) warmer pad selitkan dalam jaket. Maka bermulalah perjalanan kami meneroka pergunungan halla...











Semasa perjalanan pulang, bas yang sepatutnya membawa kami balik ke Jeju Intercity Bas Terminal yang sepatutnya tiba jam 1.15 petang tak dapat sampai ke stesen eorimok disebabkan salji tebal. Jadi kami terpaksa menunggu 1 jam lebih lagi untuk bas yang seterusnya. Masa tu kami dah kehabisan tenaga. Tenaga yang ada pon tak mampu menahan rasa sejuk.

Tapi berkat kerajinan dan keramahan kami berbual walau umpama itik dan angsa adalah seorang makcik k pop yang sudi menumpangkan teksi yang dipanggil beliau untuk mengambil beliau di eurimok trail station. Kalau tak kami mungkin dah sejuk membeku. Dengan tambang 10,000KRW bertiga kami selamat tiba di Jeju Intercity Bas Terminal.

Loveland/Mysterious Road
Seusai solat zohor, kami menggigihkan meneruskan destinasi seterusnya; Loveland dan Mysterious Road. Dua-dua tempat ni bersebalahan. Disebabkan daya tahan badan kami dah berkurangan, kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke destinasi seterusnya. Tambangnya lebih kurang 8000KRW bertiga. Sebenarnya tambang teksi lagi murah berbanding tambang subway bila dikongsi-kongsi.

Destinasi kami yang pertama; Mysterious Road. Mysterious Road ni jalan bermisteri dimana walau enjin kenderaan dimatikan, kenderaan tu akan dapat berjalan dengan sendirinya. Misteri tak? Hehehe. Kami singgah makan pizza korea di kawasan yang berdekatan. Jangan bimbang. Asalkan dorang tak jual daging atau daging babi maka halal untuk di makan.

Ketibaan kami disambut dengan deraian hujan salji. Alhamdulillah. Seusai di Mysterious Road kami ke Loveland. Bersebelahan je. Entrance fees untuk Loveland sebanyak 9000KRW.

Mysterious road

Pintu masuk loveland. Boleh agak kan loveland ni apa. Hahaha.



Cukup takat ni gambar loveland. Kang anda fengsan plak. Hehehe

Seusai eksplorasi kami di loveland, kami pon pulang ke Yeha Guest House. Menaiki teksi dengan tambang 8000KRW bertiga. Serious teksi memang tersangatlah murahnya kalau sama-sama dikautim membayarnya. Kebetulan pula teksi yang kami  gunakan untuk pulang itulah juga teksi yang kami tumpang di pergunungan halla. Adakah kebetulan atau sesuatu yang ditakdirkan? Sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa ada...

Friday, December 12, 2014

Hari Pertama - Jeju

Perjalanan kami dimulakan jam 9 pagi. Kami sewa teksi je hari ni. Sebab kami pergi ke tempat yang agak perdalaman dan jauh sedikit. Tambang teksi pon bagi aku agak murah; 43,333KRW seorang. Kami bertiga

Destinasi pertama kami ke Manjanggul Cave. Hahaha. Jangan tanya aku; jalan apa, menghala ke mana. Kami masuk je teksi, tunjuk itinerary untuk hari tu Uncle Ko terus bawak kami menuju ke destinasi yang di tuju.

Manjanggul Cave memang best. Gua semulajadi yang disebabkan aliran volcano. Gua tu juga mendapat pengiktirafan UNESCO. Bayaran masuk 2,000KRW. Dalam gua tu memang unik sekali. Suasana agak gelap tetapi selesa sebab di pasang lampu suram. Jangan risau anda tak kan terjatuh sebab pencahayaannya agak bagus.

Destinasi kami kedua ialah Seongsan Illchulbong Peak. Bayaran masuk 2,000KRW. Tiada kata yang dapat aku gambarkan... Sangat cantik pemandangannya. Kami habiskan masa hampir 3 jam 30 minit disitu. Syukur kami berjaya sampai ke puncak.

Kemudian kami dibawa makan tengah hari oleh Uncle Ko di sebuah restorang makanan laut dan sayur-sayuran. Maaf aku tak ingat nama restoran tu. Tapi tak jauh dari Seongsan Illchulbong Peak. Kami makan nasi dengan sayuran berlaukkan ikan parang bakar sepanjang 2 kaki. Hahaha

Destinasi kami seterusnya ke Seopjikoji Mountain. Apa ada kat situ. Ada rumah coklat. Tapi orang korea panggil Cozy House. Kami tak masuk pon sebab masa tak berapa nak mengizinkan. Kami ambik gambar sahaja. Kata Uncle Ko. Bayaran masuk adalah percuma.

Kemudian kami menuju ke Seongeup Folk Village. Rumah perkampungan masyarakat korea dahulukala. Kebanyakan bangunan disitu sudah dibina sekitar 100 tahun ke 200 tahun dahulu. Itu kata abang yang bagi informasi kat situ. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Destinasi akhir kami sebelum pulang ke hostel; San Gumburi Volcano Carter. Kami singgah sebentar di ladang limau. Sekadar melepaskan hajat untuk mengambil gambar. San Gamburi Carter ialah destinasi paling best sebab kebetulan salji turun. Allahurobbi memang aku tersangat excited. Salji just turun sekejap-sekejap je tapi sangat berpuas hati.

Kami sampai ke hostel lebih kurang jam 6.30pm waktu tempatan. Pengalaman hari ini memang sangat2 berharga... Selesailah perjalan untuk hari ini

Jalan masuk Manjanggul Cave. Cantik kan

Manjanggul cave map

Selfie sekeping

Dalam gua

Pintu masuk gua

Seongsan Illchulbong Peak, papan tanda
Puncak Seongsan Illchulbong Peak

Sangeup Folk Village

Pintu gerbang Sangeup Folk Village. Aku panjang tembok nak ambik view yg ni

Pintu masuk San Gumburi Volcano Carter

Keindahan ciptaan Allah. Berkat kesabaran mendaki

Ikan parang 2 kaki. Sila percaya.

Main buaian dulu sebelum turun

Cozy House/Candy House@Seopjikoji

Thursday, December 11, 2014

Kuala Lumpur - Busan - Jeju

Alhamdulillah, syukur selamat sampai ke bumi Korea. Destinasi pertama Pulau Jeju. Siapa sangka ia hanya sebuah angan-angan kosong yang akhirnya menjadi nyata.

Dari Kuala Lumpur ke Busan mengambil masa selama 6 jam dan dari Busan ke Jeju mengambil masa sekitar 1 jam.

Tapi nak ambik flight ke jeju pon kami dah menunggu sekitar 3-4 jam. Jadi sampai betul ke Yeha Guest House di Jeju pon dah malam sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan.

Dengan suhunya yang sejuk tapi tak lah mencecah paras beku, tapi bagi aku dah sejuk giler. Sampai berasap mulut bila bercakap. Hehehe

Yeha Guest House tak seperti rumah tumpangan ah kaw jalan loke yew ye. Guest House yg sangat proper dan menjaga tata susila. Series kemas dan cantik. Dapurnya pon asing untuk muslim guest.

Orang korea memang ramah tamah. Dorang memang bagi greeting warm heart sampai kadang-kadang kita sendiri pon tak terlayan dia. Hehehe

Insyaallah full itineray program aku akan update lepas balik. Dengan gambar sekali. Sebab banyak gambar kat kamera bukan kat phone. Untuk aktiviti harian aku akan update sebelah malam. Semoga ia bermanfaat untuk anda semua.


Wednesday, December 10, 2014

Shaklee Memang Awesome

Seperti yang di ketahui, saban bulan shaklee mesti ada promo. Untuk bulan Disember 2014 ni, pengakhiran tahun 2014 ni shaklee bagi promo:

1) Vitamin E
Beli ENAM percuma SATU

Bukan itu sahaja. Beli 2 dengan 5% Diskaun



ADA LAGI
2) Vitamin C
Beli ENAM percuma SATU

Bukan itu sahaja. Beli 2 dengan 5% Diskaun



ADAAAAA LAGIIIIIIII
3) Shaklee Collagen Powder
Beli 3 PERCUMA 1


Year End Sale (YES) oleh shaklee
Tersangatlah berbaloi

SyuQ | 019.233.7347
FREE consultation seumur hidup

Monday, December 1, 2014

Vitamin E, Istimewa Untuk Lelaki

Masa dapat mesej shaklee; vitamin e promo... hati dup dap dup dap. Ehh, ye ke? Betul ke?

Ni lah vitamin yang lelaki langsung tak ambik kesah TETAPI kelebihannya? Waaauuu?

Jangan percaya cerita saya. Karut marut saya. Segala provokasi saya TAPI anda pi farmasi cari vitamin e paling murah dan amalkannya dalam masa 30 hari. Lepas cukup tempoh 30 hari, sila masuk bilik air di rumah anda (anda tau apa yg anda perlu buat. Hahaha) dan anda boleh uji sendiri. BOHONG ke tidak apa yang saya coretkan ni...

Segala healing crisis kesan sampingan anda tanggung sendiri sebab anda beli vitamin e yang murah dan beli sendiri di farmasi.

Jika anda beli vitamin e shaklee, dengan saya. Kita akan sama-sama harungi segala prosess untuk anda capai impian anda. Selamat mencuba