Followers

Monday, April 25, 2011

Selamat Hari Lahir Tuan Punya Blog


Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan dan rahmat serta kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya...

Pejam celik-pejam celik rupanya sudah 29tahun aku menghirup nafas di muka bumi ini. Alhamdulillah Syukran Ya Allah. Sesungguhnya tiada pujian yang lebih baik hanya untuk MU.

Dari malam tadi handpone berdering-dering, mesej, calling (maaf... mesej tidak dapat dibalas sebab kredit tak der. Terima kasih banyak2 atas segala ucapan...) dan juga wishing through facebook... Terima kasih

Thanks to my lovely sister. Surprise cake delivered to my office. Ya! memang surprise sungguh. Gosip pun melanda. What the despatchman said; special cake from your wife sir...! FENGSAN! Suatu office sok sek sok sek.

Wednesday, April 13, 2011

Hati Yang Rawan

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T... Dikala semua orang macam bergembira berpindah ke Putrajaya, hatiku dirundung rawan bukan kepalang. Masing-masing dah mula sibuk mencari rumah. memikirkan jenis rumah yang bakal diduduki.

Banyak benda yang aku fikirkan. Walau dapat rumah sekalipun, bagaimana dengan pengangkutan? Ya... Setiap lima minit bas Nadi Putra sentiasa ada. Tapi bagaimana pula dengan jammed? Tahap kesesesakan lalu lintas di Putrajaya bagi aku melebihi tahap kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Kalau di Kuala Lumpur boleh gak aku menggunakan train ke tempat kerja. Putrajaya? Celah mana trainnya? Aku cuma perlukan masa 40minit bermula dari keluar rumah, berjalan kaki, menaiki train dan berjalan kaki lagi ke opis.

Rumah... Kat area ceruk mana pulak aku akan duduk? Percint berapa? Tak semua rumah kerajaan kosong dan tak semua dekat dengan pusat pentadbiran dan dengar ceritanya, tempat baru ni di kawasan Perbadanan Putrajaya. Makanya tak jauh dari Pusat Pentadbiran Kerajaan. bagaimana tu nanti?

Mahu ulang dari rumah lama, pukul berapa pula aku mahu bergerak ke tempat kerja? Sedangkan tempat lama jer aku dah kena keluar rumah sebelum pukul tujuh sebab aku masuk kerja 7.30am. Bayangkan pukul berapa pula aku mahu keluar rumah bila berkeras mahu tinggal di KL. Bagi sesetengah mereka, masalah ini nampak kecil. Ya memang kecil... Tapi yang kecil ni juga kadang-kadang boleh mendatangkan bala. Ingat! kecil-kecil cili padi. Pedasnya berapi. Api yang kecil jangan disangka tak mampu membakar! fikir-fikirkanlah...

Tuesday, April 12, 2011

Testing Bloging Guna Blogger Mobile dan Xperia X10 mini

Salam semua. Sihat ke? Title tak boleh blah! Hahaha

Pertama kali guna. Leceh gak rasanya. Dengan skrin kecik dan touch skrin, rasa macam tak puas nak taip. Asyik salah tekan pun iye. Nak pakai iPad atau iPhone, tak mampu awok nak beli. Jadilah Xperia X10 mini ni. Meriah gak macam iPhone. Kenapa mini? Sebab aku suka yg comel-comel.
Published with Blogger-droid v1.6.8
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, April 5, 2011

Alahai... Bestnya


Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Alangkah bestnya kalau dapat melancong percuma kan? Walaupun atas urusan kerja atau belajar. Mustahillah dalam 3,4,5 hari tu sibuk memanjang dengan urusan kerja atau urusan akademik. Aku dulu pun pernah menyertai lawatan akademik. Contohnya masa ke Academic Visit ke Thailand [1], [2], [3], [4], [5] dulu. Sebelum tu ke Indonesia. Memang jadual tersangatlah padat. Tapi ada gak masa yang terluang digunakan untuk membeli belah dan melawat tempat-tempat menarik.

Baru-baru ni seorang rakan sekerja sibuk membuat salinan borang permohonan dan maklumat untuk Program MM2H (Malaysia My Second Home). Aku ingatkan borang kat kaunter dah habis. Rupanya bukan. Borang dan maklumat tu digunakan bertujuan untuk mempromosikan program ni di Korea. Wahhhh, Siapalah yang beruntung dapat pergi kesana.

Sebelum ini, aku sibuk mengupdate pasal program ni serta harga2 runcit pasaran Malaysia dalam bentuk slide yang rupanya bakal digunakan untuk presentation di Beijing nanti. Then menyelongkar segenap sudut almari mencari VCD program ni dalam Bahasa Jepun pula. Alahai... Untungnya lah siapa yang dapat pergi.

Memanglah kita pergi atas urusan kerja dan ilmiah. Tapi tak salah rasanya sambil menyelam minum airkan. Kalau nak harapkan pergi atas bajet sendiri, alamatnya tak sampai-sampai.

Friday, April 1, 2011

Penangan Pari Masak Asam Pedas


Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T... Hari ni pergi Solat Jumaat, ngam-ngam beberapa minit lagi nak masuk waktu. Sibuk berborak dengan teman sekerja sampai terlajak masa. Nasib minggu ni event kat PWTC tahap High Class punya. Maka tak ramai lah orang. Dapatlah aku beriktikaf kat dalam walaupun bukan disaf yang paling depan.

Tengah dok kusyuk dengor adik khatib berkhutbah (minggu ni khutbah pasal pengurusan kewangan masjid secara berhemah), tetiba perut aku berbunyi. Ada angin. Apsal? Baru jer lepas makan sebelum ke Surau...

Aku tak ambil kisah sangat. Lepas Solat Jumaat, tengah mengaminkan doa dan doa dah nak sampai hujung-hujung, tetiba rasa nak terkentut. Aku cuba lepaskan perlahan-lahan (jangan kutuk aku! Korang pun pernah buat kerja kotor ni dulu kan? kan? kan? Hahaha). Tapi rupa-rupanya bukan... Kentut disusuli mahu terberak. Confirm cherries berries.

Mana taknya! Aku makan nasi berlaukkan ikan pari masak asam pedas dengan sayur lemak labu manis pucuk paku. Memang syurga betul la. Akibatnya, memang kena tanggunglah. Perut aku tak boleh terima. Terus macam masuk angin dan memulas-mulas.

Tak dan nak sambung iktikaf balik aku terus bergegas keluar. Biasanya aku duduk dulu dalam 10 ke 15 minit menyambung iktikaf. Kat minda ni dah terbayang-bayang lubang jamban. Ahaaaaa!. Nikmatnya dapat melepas. Masa-masa ni la pula lif lambat. Dan-dan tu pula ada Dato' mana ntah yang semua orang bagi dia dulu masuk lif. Aku? memang dah tak tahan dah... Taram jer. Acih redah. Memang aku tak tahan dah. Nasib sempat sampai ke department aku. Kalau tak... Nanges