Followers

Wednesday, April 13, 2011

Hati Yang Rawan

Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T... Dikala semua orang macam bergembira berpindah ke Putrajaya, hatiku dirundung rawan bukan kepalang. Masing-masing dah mula sibuk mencari rumah. memikirkan jenis rumah yang bakal diduduki.

Banyak benda yang aku fikirkan. Walau dapat rumah sekalipun, bagaimana dengan pengangkutan? Ya... Setiap lima minit bas Nadi Putra sentiasa ada. Tapi bagaimana pula dengan jammed? Tahap kesesesakan lalu lintas di Putrajaya bagi aku melebihi tahap kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Kalau di Kuala Lumpur boleh gak aku menggunakan train ke tempat kerja. Putrajaya? Celah mana trainnya? Aku cuma perlukan masa 40minit bermula dari keluar rumah, berjalan kaki, menaiki train dan berjalan kaki lagi ke opis.

Rumah... Kat area ceruk mana pulak aku akan duduk? Percint berapa? Tak semua rumah kerajaan kosong dan tak semua dekat dengan pusat pentadbiran dan dengar ceritanya, tempat baru ni di kawasan Perbadanan Putrajaya. Makanya tak jauh dari Pusat Pentadbiran Kerajaan. bagaimana tu nanti?

Mahu ulang dari rumah lama, pukul berapa pula aku mahu bergerak ke tempat kerja? Sedangkan tempat lama jer aku dah kena keluar rumah sebelum pukul tujuh sebab aku masuk kerja 7.30am. Bayangkan pukul berapa pula aku mahu keluar rumah bila berkeras mahu tinggal di KL. Bagi sesetengah mereka, masalah ini nampak kecil. Ya memang kecil... Tapi yang kecil ni juga kadang-kadang boleh mendatangkan bala. Ingat! kecil-kecil cili padi. Pedasnya berapi. Api yang kecil jangan disangka tak mampu membakar! fikir-fikirkanlah...

3 comments:

Anna said...

gayanye kalo terpaksa pindah gak Syuk, harus beli cup chai..tak pun skuter ego utk kemudahan ulang alik pi keje...dgrnya transport adalah masalah paling kritikal kat area sana tuh..tak pun beli beskal..cam KSU tuh..p off naek beskal jer..sihat dan kuat..

atty's said...

semoga syuq akan dpt jln penyelesaian nanti ye

dyea irdina said...

sabaq syuq...pelan2 kayuh...
tak pe la ko tgk ketentuan takdir ko adakah ko akan duk kat situ or duk kat tmpt lain tp kerja kat situ...nenati klu akak p dataran putajaya tu leh la ko lanja mkn ek...huhuhu