Followers

Thursday, December 31, 2009

Academic Visit 2009 Bangkok: Day 5

Chulalongkorn University

leabih kurang pukul 8.00am waktu thai, lepas sarapan kami check out dan bergerak menuju ke Chulalongkorn University and arrived around 8.45am at the Central of Academic Resources of Chulalongkorn University. kemudian kami dibawa kebilik mesyuarat di tingkat basement dan diberi taklimat ringkas oleh Dr. Pinrumpai Premsmit, the Director of Academic Resources. kemudian kami dibawa melawat ke satu department ke satu department dan diberi penerangan serba sedikit setiap department.


pose wajib depan signboard. klu x org a tau aku g sana. ha ha ha

di sini, buat pertama kalinya aku mendapati ada gerai muslim yang menjual makanan halal. di kafe university. hampir 10% pelajar dan staff di Chulalongkorn University adalah yang beragama islam. aku memilih tuk makan nasi putih, telur masak kicap, sayur dan ikan dengan harga sebanyak 23baht sahaja. yang beranggaran rm2.30. murahkan! sebotol air mineral hanya 7 baht dan dalam anggaran 70 sen jer. wahhh! syoknya klu aku studi kat sini.


The Grand Palace

lebih kurang pukul 1pm waktu thai, kami berangkat ke destinasi terakhir sebelum berlepas pulang. destinasi berikutnya The Grand Palace. (che wan cakap kat aku, if g bangkok x pergi sini, serupa macam kau g thai tp x g memana. lebih baik balik KL jer).

kalau tak silap aku tiket masuknya sekita 400 baht lebih kurang Rm40. n harga tour guide yang kami sewa tuk tour group sekitar 1000baht lebih kurang rm100


with the Pengarah Program; Mohd Alfarabie aka roommate aku kat thailand


guees what? this is library yg dipanggil Phra Mondop yg mengandungi kitab budha zaman dulu kala. saper yg nak jadi librarian kat sini?


The Royal Monastery of the Emerald Budha. seriously all part from the building making from a gold.


from left to right, farabie, aku, abg wan n dasuki at the grand palace

kat sini patung-patung dibina besar2 belaka. sehingga rasa gerun takut tersampuk sekali lagi macam masa g indon dulu. mula-mula aku ingat sekadar istana sahaja. sekali segala jenis patung, tokong n kuil dibina segah-gahnya. setiap satu benda aku tengok seriesly menaikkan bulu roma aku. mulut aku tak henti2 selawat and istighfar....

tapi nama pon manusia la kan. he he he. sikap ingin tahu sentiasa ada. selepas beristighfar, selawat n fatihah banyak kali aku memberanikan diri masuk ke The Royal Monastery of the Emerald Budha. nak tengok dengan mata kepala sendiri patung budha yang terhasil dari jed. secara ringkas sejarah patung jed budha ini bermula dengan penemuan khazanah purba termasuk patung jed budha ni. patung ni seasalnya hanyalah patung simen yang berukir budha. akan tetapi bila masa bertukar dan zaman berganti, terhakislah patung budha sehingga menampakkan jed budha didalam. for your information, patung jed budha ni di pakaikan baju emas mengikut musim yang tertentu seperti musim panas n musim sejuk. dan hanya raja thai saje dan tok sami pengiring yang boleh menukar baju patung jed budha ni. menarik tak? sebab tu la aku nak masuk tengok sendiri. aku sendiri terkejut mula-mula masuk. semuanya diperbuat daripada emas. tangga, payung n everything... cuma patung budha tu jer daripada jed. patung jed budha ni kecil sahaja... lebih kurang sebesar patung teddy bear yg medium size.


Suvarnabhumi-Kuala Lumpur

lebih kurang jam 4.00pm waktu thai kami berangkat menuju ke lapangan terbang suvarnabhumi. fligh kami dijangka berlepas pd pukul 6.50pm waktu thai. disebabkan keadaan yang tertentu, flight kami delayed n kami dibenarkan boarding lebih kurang pada pukul 8.00pm

time tu sempatla aku menghubungi malaysia menggunakan kad phone yg aku beli masa mula-mula sampai kat suvarnabhumi dulu. time tu juga aku try cari mana2 kedai bebas cukai tuk perabih duit baht aku. tapi kedai bebas cukai kat thai lebih kurang sama ngn kedai bercukai di malaysia. hu hu hu

lebih kurang pukul 11.20pm waktu Malaysia, penerbangan kami MH781 Suvarnabhumi-KLIA, selamat mendarat. kerana masalah teknikal, luggage kargo aku hanya dapat diambil dlm pukul 12.00am. disebabkan kelewatan, aku mengambil keputusan tuk transit putrajaya dulu sebelum balik ke rumah aku di bangsar. kalau aku tekad balik bangsar pepagi buta memang x lepas. aku hanya lepas sampai di KL sentral jer. dan ketika tu aku hanya ada beberapa RM dan selainnya suma duit baht...

sesungguhnya... hatiku tertinggal disana

0 comments: