Followers

Tuesday, April 5, 2011

Alahai... Bestnya


Assalamualaikum semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T. Alangkah bestnya kalau dapat melancong percuma kan? Walaupun atas urusan kerja atau belajar. Mustahillah dalam 3,4,5 hari tu sibuk memanjang dengan urusan kerja atau urusan akademik. Aku dulu pun pernah menyertai lawatan akademik. Contohnya masa ke Academic Visit ke Thailand [1], [2], [3], [4], [5] dulu. Sebelum tu ke Indonesia. Memang jadual tersangatlah padat. Tapi ada gak masa yang terluang digunakan untuk membeli belah dan melawat tempat-tempat menarik.

Baru-baru ni seorang rakan sekerja sibuk membuat salinan borang permohonan dan maklumat untuk Program MM2H (Malaysia My Second Home). Aku ingatkan borang kat kaunter dah habis. Rupanya bukan. Borang dan maklumat tu digunakan bertujuan untuk mempromosikan program ni di Korea. Wahhhh, Siapalah yang beruntung dapat pergi kesana.

Sebelum ini, aku sibuk mengupdate pasal program ni serta harga2 runcit pasaran Malaysia dalam bentuk slide yang rupanya bakal digunakan untuk presentation di Beijing nanti. Then menyelongkar segenap sudut almari mencari VCD program ni dalam Bahasa Jepun pula. Alahai... Untungnya lah siapa yang dapat pergi.

Memanglah kita pergi atas urusan kerja dan ilmiah. Tapi tak salah rasanya sambil menyelam minum airkan. Kalau nak harapkan pergi atas bajet sendiri, alamatnya tak sampai-sampai.

3 comments:

NB KARA said...

syuq patutlah suruh Pak Seyit ambik progrm 2nd home tu, ha ha..sekarang dah ada spouse program yang visa sampai 5 tahun, tak payah apply 2nd home yang kena ada BG sampai 100k. Alhamdulilah..

SyuQ said...

owh da ada visa cam tu...

hahaha. tu la pslnya kak. manalah tau blh kan... sian ngn pak seyit klu asyik kene renew saban thn...

kak ina kl (2) said...

memang best kan klu gi luar negara secara percuma..bukan senang nak merasa camtu.

ishhh apa ke hal jadi camtu...lain kali makan kena beringat yer..semuga tak terjadi kejadian macam ni