Followers

Sunday, October 20, 2013

Shaklee Ceritaku...

Ini kisah saya. setelah hampir 3 bulan menjadi pengguna shaklee...


Saya mengalami allergi. Bagi orang mungkin tidak seberapa. Tetapi tidak bagi saya. Walaupun hanya sesudu kuah yang saya hirup mengandungi makanan laut seperti kerang, udang dan sotong, saya akan menerima kesannya...

Muka naik jerawat. Bukan sedikit. Tetapi banyak. Ada yang kecil dan ada yang besar dan makan masa berminggu-minggu untuk kecut. Bermacam cara saya cuba. Sampai jumpa doktor pakar kulit dan Dermatologist bagi mendapatkan rawatan.

Setiap kali rawatan, kosnya hampir mencecah RM1000. Malahan saya terpaksa menanggung kesakitan menerima lebih dari 8 jarum suntikan bagi mematikan kuman dan menyurutkan bengkak. Suntikan pula dikenakan pada setiap jerawat yang timbul. Saya teringat satu treatment yang saya hadiri, pembedahan kecil terpkasa dilakukan bagi membuang segala isi nanah didalam jerawat tu tanpa diberikan ubat bius! Sakit, Allah sahaja yang tahu.

Waktu itu saya telah menggunakan Lecithin dan Alfalfa Complex untuk kurus dan detox. Hasil dari luahan hati saya kepada seorang Shaklee Independent Distributor (saya beli Lecithin dan Alfalfa dengan beliau), beliau memperkenalkan saya dengan Shaklee B-Complex dan Zinc-Complex. 

Setelah hampir 2 bulan menggunakannya, ia mula menampakkan hasil menjadikan saya jatuh cinta dengan Shaklee dan terus menjadi Shaklee Independent Distributor dengan bayaran hanya RM65 untuk seumur hidup saya. Saat itu saya mula mengenali Vivix; tonic ajaib untuk sebarang jenis masalah kesihatan, Insyaallah...

Inilah hasilnya sekarang seperti digambar. Saya masih lagi mengamalkan Lecithin, Alfalfa Complex, B-Complex, Zinc Complex dan Vivix. Alhamdulillah syukur, saya sudah boleh makan makanan laut. Saya tidak malu lagi untuk bergambar. Saya juga boleh makan kekacang, makan coklat, minum susu dan milo. minum minuman kegemaran saya Chatime Pearl Milk Tea. Alhamdulillah, Syukur.

Terima kasih Shaklee, terima kasih pada Ibu Nani saya dan juga terima kasih Allah kerana mempertemukan saya dengan insan hebat yang rela hati membantu saya serta mempertemukan saya dengan produk ini. 

Ironisnya, tidak ada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati... Insyaallah kita berusaha dan selainnya biarlah Allah yang menentukan...

0 comments: