Followers

Thursday, November 27, 2014

Cabaran X-treme 3 Sudu Besar Vivix Sehari

Hari ni bermulalah cabaran 3 sudu besar vivix sehari. Malam semalam terbaca perkongsian kak farah aka along di group  OTG shining star. Kisah beliau memang meruntun jiwa yang membacanya. Dengan penyakit yang dihidapi dengan anak-anak dan suami.

Sebenarnya aku hampir-hampir putus asa nak melawan penyakit aku ni. Bukan aku tak berusaha. Tapi mungkin usaha belum lagi membuahkan hasil. Tapi cabaran vivix ni aku pon belum pernah cuba. Pernah terfikir nak mencuba tapi takut kalau ada kesan sampingan dan sebagainya. Tapi bila kak along beri respon yang positif aku lagi tambah bersemangat. Insyaallah mudah-mudahan hasilnya pon positif untuk diri aku.

Baru 2 sudu besar hari ini. Tapi bukan main excitednya aku. Hahaha. Setakat ni Alhamdulillah. Belum ada lagi tanda-tanda healing crisis seperti yang disebutkan. Cuma aku rasa lebih bertenaga pagi tadi walau badan rasa sakit-sakit. Kita tengok hasilnya nanti waktu aku jumpa pakar hemato minggu depan. Bismillah...

2 comments:

Putera Zach said...

update info healing tu lepas ni.... im waiting

Hanani said...

Semoga dipermudahkan segalanya