Followers

Tuesday, January 6, 2015

Hari Keempat: Jeju - Seoul Through Gimpo

Hari keempat sebenarnya. Tapi hari terakhir kami di Jeju. Di hati mula dilawangi rasa pilu. Entah adakah umur untuk ku sampai lagi kesini... Sejujurnya aku terlalu bahagia bila di Jeju. Cerita di Hallasan, Kisah di Seongsan Illchulbong Peak. Catatan di Sun Gumburi Carter, Manjanggul Cave, Seopjikoji Mountain.... Semuanya terpahat kemas dalam memori aku. Ini antara tempat yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila…

Seawal pagi sebelum subuh kami bergerak ke limousine bus, bus stop yang bakal membawa kami ke Jeju Airport. Bus stop tak jauh sebenarnya dari Jeju Hiking Inn. Tapi disebabkan kedudukannya yang keatas bukit nuuunnn tu menjadikan kesukaran buat kami untuk mendaki dengan segala beban disangkut dibadan. Bus stop ni selang satu blok dengan sebuah hotel. Maaf sangat-sangat aku lupa nama hotel tu. Sun Inn hotel rasanya kalau tak salah.

Ikutkan masa, kami memang sudah terlewat untuk menaiki bas pertama kami seawal 6.20 pagi waktu korea. Tapi entah dari mana datangnya seekor anjing yang agak comel mengikuti kami dari belakang. Kak Kat yang jadi sasarannya. Hahahaha. Punyalah ketakutan kakak tu. Dia boleh lari mendaki bukit terjerit-jerit dengan segala beban dibadan meninggalkan kami berdua dibawah... Mungkin dengan sebab itu juga perjalanan kami bertambah laju. Memang rezeki kami sesampai kami di bas stop, bas dah tersedia dan hampir siap memasukkan barang penumpang kedalam bonet bas. Allahuakbar. Mungking anjing yang comel tu pertolongan dari Allah supaya kami lekas-lekas berlari sebab bas dah nak jalan. Dengan tambang 5000KRW kami bergerak menuju ke Jeju Airport. Dari Jeju Airport kami akan ke Seoul pula melalui Gimpo Airport dengan Easter Jet dengan tambang RM100 macam tu kalau tak silap…

Sampai di Gimpo Airport, perkara pertama yang kami cari ialah makanan. Kami makan di lotteria. Menu pilihan; burger udang. Kat lotteria saje la yang tak menghidangkan pork burger kalau tak silap aku.

Dari Gimpo kami naik teksi menuju ke penginapan kami; Seoul Hostel Centre yang bertempat berdekatan dengan Jonggak Subway Station, Line 1. Tambang teksi sekitar 20,000KRW per teksi. Plan asal kami, aku dengan PZ duduk berdua. Tapi disebabkan biliknya yang agak kecil untuk berdua, kami ambil keputusan untuk menyewa secara berasingan. Kos 5 hari 4 malam di Seoul Hostel Centre untuk seorang sebilik lebih kurang 100,000KRW.

Lepas chek in dan berehat kami keluar menghirup udara Kotaraya Seoul. Destinasi kami seterusnya ke Namdaemun Market; syurga membeli belah untuk perhiasan wanita seperti rantai tangan dan sebagainya. Tapi, sebelum itu dari Jonggak Station kami ke Seoul Station dulu. Nak beli tiket keretapi nak balik ke Busan. Sebab penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur melalui Busan.

Tambang keretapi dari Seoul Station ke Busan sekitar 28,600KRW. Kami naik keretapi biasa je; Mugunghwa namanya. Bukannya KTX; keretapi ekspress. Sebab tiket keretapi ekspress bernilai 50,000KRW sama dengan tambang kapal terbang. Dengan itu kami mengambil keputusan menaiki keretapi biada je ke Busan. Keretapi biasa ni memakan masa perjalanan selama 5 jam lebih atau kurang.

Selesai urusan pembelian tiket di seoul station kami meneruskan perjalanan ke Namdaemun Market. Dari seoul station kami naik subway Line 4 dan turun di Hoehyeon Station. Tadaaaa. Keluar je dari situ, sepanjang jalan itulah Namdaemun Market Street. Pelbagai jenis produk dijual, beg tali pinggang. Kelabu biji mata. Tapi harganya... Silalah bawa duit berkepuk-kepuk ye.

Destinasi kami ialah Iledang Building. Bangunan hijau. Keluar je dari stesen subway Hoehyeon anda ambik kanan dan jalan straight lepas information kaunter ada bangunan hijau sebelah kiri. Anda kena jalan kedepan sikit menghadap bangunan tu baru nampak tulisan iledang. Terus pergi ke tingkat 2, disitu terdapat pelbagai gerai menjual perhiasan wanita berupa bracelet, kerongsang dan sebagainya termasuk butang baju melayu yang diperbuat dari batu asli swaroski. Seriously memang kelabu biji mata. Harganya memang terlampau murah.

Selesai disitu kami meneruskan perjalanan ke Myeongdong Market. Dari stesen Hoehyeon kami terus je naik subway line yang sama; Line 4menuju ke Myeongdong. Kat sana jangan bimbang. Papan tanda merata-rata dalam subway. Anda cuma kena bijak membaca peta subway dan Line apa yang perlu anda naiki. Setesen mana anda perlu tukar subway line. Lagi pun mereka gunakan huruf Romanji bagi memudahkan bukan warganegara korea menggunakan kemudahan awam.

Kedatangan kami ke Myeongdong disambut hujan yang sederhana lebat disulami salji. Banyak gerai-gerai yang dah tutup. Hanya kedai2 besar sahaja yang bukak. Disini kami berjalan-jalan melihat keindahan Myeongdong Street yang ala-ala macam Bukit Bintang cenggitu. Dalam dok jenjalan tu kami terjumpa gerai makanan orang Lubnan menjual kebab. Kami menjamu selera makan malam dengan kebab yang berharga 5000KRW sambil ditemani hujan.

Disebabkan hujan yang bertambah lebat disertakan dengan suhu yang semakin menurun kami mengambil keputusan untuk kembali ke hostel menggunakan laluan subway yang sama.

Gimpo Airport

Di Area ni Kami Menginap

Bangunan Tingkat 6 ni la Seoul Hostel Centre

Gimpo Airport

Dalam Iledang Building. Nampak tak? Pilih je apa yang anda berkenan

K-Pop Store

Myeongdong Street

Myeongdong Street

2 comments:

Unknown said...

Anjing tu comel.....
Sakit perut gelak tak bleh bla...mencicit lari kath dengan keadaan jalan mencanak berbukit tu.
Ikutkan hati nak je pelok cium gomol.

SyuQ said...

hahaha

memang kenangan sungguh