Followers

Wednesday, November 18, 2009

penat+demam

hari2 terakhir aku di BERNAMA TV, aku bekerja directly shift pagi selama 5 hari. masuk hari ketiga aku da mula rasa semacam. macam nak demam. nak kata aku terkena hujan, memang takder. seboleh-bolehnya memang aku mengelakkan diri dari terkena hujan. demam2 pon aku still datang bekerja. pekerja contoh la katakan...

masuk hari keempat, aku da flat. macam nak tumbang. rupanya bukan aku sorang yang alaminya. si panjang (member stor) pon mengalami nasib yang serupa, tapi lagi teruk. siap muntah n cirit birit. dan lebih syok lagi, bos aku pon alami nasib yang sama. demam. dan dia, buat pertama kali dalam sejarah aku bekerja di BERNAMA TV, tidor berbaring dalam bilik arkib yang selama ini digunakan cameraman untuk tidor berehat.

mula-mula aku masuk bilik arkib tuk wat archive shelving, terkejut bagak aku. aku ingatkan cameraman mana, rupanya bos aku. dengan suara garau dia, dia cakap, dia da x tahan. rasa macam nak pitam. lepas telan panadol, terus dia baring...

agaknya, memang musim demam kot kat department aku ni... tp Alhamdulillah. saat entry ni ditulis, aku da bertambah lega... amin

2 comments:

atty's said...

makan ubat syuq..getwell soon .

SyuQ said...

tq kak atty. long time no see... fir apa khbr?