Followers

Saturday, October 24, 2009

penat

hari ni off day. aku amik leave kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. pepagi aku da pergi ke beberapa buah bank. ada urusan sedikit. ini semua berpunca dari kerompakan yang aku alami dua minggu lepas. abis suma wallet aku ngn isi-isinya lesap. duit, aku x beberapa kira sangat. tapi nak wat semula mykad, kad bank, lesen memandu dan lain-lain kad membuatkan jiwa aku terbakar.

settle suma, aku ada consultation plk psl masalah aku semenjak dua menjak ni.... bergegas lagi. nasib sampai tepat pd masa. kat situ jer da makan masa 3 jam. adoila. jenuh gak aku mendengar leterannya kali ni...

lepas solat jumaat, terus g shah alam. amik my kad yg da siap (gatal sungguh... p wat my kad kat s.alm. mcm la kat KL x der tempat... amik kau!). tp malang tak berbau, aku tak sempat nak siapkan beberapa kad ATM lagi. sebab bank da tutup.

adoila... nasib-nasib.

Thursday, October 22, 2009

terlalu lama

terlalu lama sungguh aku x berblogging. semenjak dua menjak ni mood blogging aku x der. byk invitation tuk blog event, aku ignore jer. maaf erkkk! (sekarang kemaruks facebook. he he he)

alhamdulillah. syukur. aku dapat balik momentum diri aku yang hilang dulu. bukan mudah nak membina, memupuk dan menjadikannya seperti dahulu kala. Insyaallah, aku x kan sia-siakannya. sekarang ni aku tgh blaja membiasakan dan mendisiplinkan diri aku dengan environment yg baru. :-)

dalam kesibukan aku bekerja, sedar x sedar da tamat rupanya kontrak aku ngan BERNAMA TV. sekarang ni aku tgh tunggu confirmation letter dari HR BERNAMA TV as a permanent worker dan dalam waktu yang sama aku menunggu offer job yang lebih masyuk dari sebuah private kolej. either one yang datang dulu, itu aku cekup. aku x nak mengharap dan menanti macam dulu lg.

insyaallah selepas ni aku try tuk update sekerap mungkin. tq atas korang punya support. keep in touch ya my followers. klu terserempak kat facebook add je. he he he (mojacko_ms@hotmail.com)

Friday, October 2, 2009

Fatty

alahai... baru sebulan puasa, ditambah dua minggu raya, berat badan aku naik macam dipam-pam. sampai ada orang menegur. aku perasan gak, bila aku rasa seluar opis aku sendat sket bila dipakai. perut da nampak boroi. muka pon da tembam.

last day, masa kuar melepak di pavillion, some of my friend cadangkan pegi wat checkup kat fitnes centre. saje jer. timbang berat, ukur BMI, ukur peratus lemak n so on. seriesly memang aku cuak giler. sebab aku rasa more then three month aku x menimbang n melihat alat timbang. bila kuar hasilnya, bagai nak pitam aku... hua hua hua

berat aku 68.9kg. dengan penambahan lemak sebanyak 20%. dan kiraan BMI aku mencecah 25.6 yang mencapai tahap overweight. what???.... sudah tidak seksi aku lagi :-(

adoila. jenuh jugak aku nak maintain berat asal ni karang, 63kg. perlu berusaha lebih keras lagi ni. x cukup sekadar berjalan kaki pergi balik kerja jer. aku perlu ikhtiarkan sesuatu yang lebih relevan. dengan masa aku yang begitu limit, mana sempat nak pegi gym. nak g jogging follow abg halim pon x dan... any ideas?

Special Raya

selama ni aku cuma banyak mencoret jer kan... untuk entry raya kali ini, apa kata "ANDA" semua melayan pic-pic dibawah. aku x moh citer2 atau coret2 panjang2... just ada pic jer. Layannn…

riang ria malam raya (adik2 sepupu aku)


my beloved ayah. abaikan pipiku yang telah tembam itu


upacara meminta maaf, selepas majlis khatam al-quran


ngan fitri, cousin aku


dua orang nenekku...


memproses duit raya


ketupat in the making


peach team


barbeque di malam raya


bermain bunga api... (awas! meletup kereta abang yong karang...)