Followers

Thursday, May 27, 2010

Ohh Tidak!!!


kahwin... siapa yang tak nak kahwin, siapa yang tak nak berkeluarga dan mempunyai anak. bila balik kerja ada isteri yang menyambut didepan pintu dan berkata "abang dah balik...? hari ni sayang masak lauk kegemaran abang" <---(wah!-wah! terlebih feeling aku. he he he). ada anak yang menjerit riang "yeah! yeah! ayah dah balik... bawak jajan"... siapa yang tak mahu. cuba bagi tahu aku?

sebenarnya isu ini menjadi-jadi bila aku kerap ditanya dan diterjah dengan soalan-soalan "bila nak kahwin?" hingga satu tahap aku dah tak mampu untuk memberikan jawapan yang wajar dan relevan lagi.

aku pernah berbicara hati ke hati sebagai seorang anak dengan emaknya. secara jujur aku memberitahu emakku yang aku tidak mampu lagi untuk bercinta. pengalaman lalu memberi tamparan hebat. dalam sekelip mata seluruh hidup aku berubah... dan aku tak sanggup lagi. maka terkeluarlah ayat dari mulut aku. "if mak nak sangat bermenantu, cari jer la anak dara mana yg berkenan bersuamikan zaki ni..." (zaki ialah nama panggilan aku dikalangan keluarga. jangan ditanya kenapa, memang ada kisah disebalik nama tu muncul dan menjadi siulan...) mak aku terdiam. aku tak berupaya membaca apa yang tersirat dihati seorang emak ketika itu.

ditambahkan cerita... bila ayahku mula bersuara. "jangan lewat sangat membujang. dalam usia kamu sekarang, ayah dah ada kamu dengan adik". gulppp. aku terus terdiam... ayahku menyambung bicaranya lagi; "kamu takder calon lagi ker?" ohh tidak!!! sungguh straight to the point ayahku ini... aku diam lagi. sesungguhnya isu kahwin memang aku tidak mampu untuk membuka mulut. tambah best bila emakku mula membuka kitab; "dia dah tak berkenan nak bercinta lagi. dia rela dikahwinkan dengan sesiapa yang kita berkenan" ohh tidakkkk lagiiiii. sesungguhnya emak aku memang tak pandai untuk menyimpan rahsia. lantas ayahku mula membilang satu persatu teman-teman dia yang mempunyai anak perempuan yang nak dikenenkan dengan aku. satu persatu juga terkeluar nama-nama disebut. wallahhh...., emak dan ayahku. yang hendak berkahwin itu aku. hu hu hu.

satu hari aku mendapat panggilan dari ayahku; "ayah nak pinang anak sipolan untuk kamu...!". terkedu aku... ohh tidak lagiii dan lagiiiiiiiii. "jangan! bagi zaki masa." aku menjawab tegas. pertama kali aku bersuara pasal isu ni. "abis, bila lagi....?" bila lagi? hu hu aku terdiam. tak der jawapan. sesungguhnya aku tak mampu nak abiskan seluruh hidup aku dengan orang yang aku tak kenal. kahwin bukan perkara main-main. dan aku tak nak hidup aku jadi pertaruhan. nanti jadi macam citer Adamaya plak. hu hu hu. tetiba wajah dia terbayang ditubir mata. he he he. mode happy tetiba. la la la.

tiba-tiba. terdengar ayahku tergelak diujung talian. apa hal pulak ayahku ini... lantas bersuara "kalau tak nak, cepat-cepat cari calonnya..." walllaaaaaahhh. lega hati aku... aku sayang ayah dengan emakku. sesungguhnya merekalah yang paling memahami anaknya ini.

ok... selepas ni misi mencari calon isteri diteruskan... :-) calon isteri yer. bukan lagi calon kekasih...

6 comments:

zati said...

huhu..
sesugngguhnye situasi abg yang paling menakutkan bagi adq

maaf sebab bahasakan abg dengan adiq..mungkin juga pnggilan tu lebih sesuai sebab usia kte jauh berbeza & 1st time kot tinggalkn komen kat blog nie

takut jadi macam nie & adq berfikir berkemungkinan juga adq akan berada macam situasi nie..

even baru "19 tahun", still budak huhu, tidak mustahil lagi 2-3 tahun adq akan berada di situasi macam nie sebab cinta

kalau saya ada kat tempat abg, sudah tentu adq akan suruh ibu bapa yang tolong carikan

pilihan ibu bapa terbaik, dorang tahu ape yang terbaik untuk anak-anak mereka, kan sweet cam dalam cerita adamaya hikhik

by the way..gud luck tuk misi dalam mencari calon isteri ;)

Sky Before Pinky said...

hehe..cuak gak bacenye..dah cam dalam filem lar.. tapi itulah lumrah.. so..ape ag...hehe.. ^_^

afzainizam said...

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Selamatkan Palestin.. Tanggungjawab Yang Wajib Ditunaikan ... Selamatkan Gaza!
Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran..

Misi KeAmanan dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...

lumrah hidup betul tu.. sape yang tak mau kawin woiiii

atty's said...

kty doakan syuq dpt mencari calon isteri yang solehah ..amin .

hana said...

hihihihihi... akak nak tergelak baca cter syuQ nih!.. klu akak ader calon kosong maybe akak dh kenenkan kat ko! tp malangnya xde... dan lum tentu akak bg kat ko, ko leh angguk paler tanda setuju!hihihi... selamat mencari la yer! mudah2an jumpa yg solehahh... istikharah syuQ jgn luperr! :)

SyuQ said...

zati:
kita hanya mampu merancang... merancang tu lah yg sy wat. tp perancangan sy x berjalan seperti yg dirancang... memang betul pilihan ibubapa adalah yg terbaik. tp kena ingat. mereka fikirkan dan cuba yang terbaik wat kita. tp x semestinya yg terbaik wat mereka adalah yg terbaik wat kita...


pinky@fizah:
cuak? sbb apa tu? he he he. kawin tu mmg lumrah fizah. tp apakan daya, calonnya x der. fizah nak ke jd calonnya...? kuang kuang


afzainizam:
terima kasih sbb sudi mengikuti blog aku yg x seberapa ni dan sentiasa memberikan komen. setuju 100%... saper yg x nak kawen. kawen tu salah satu kenikmatan dalam hidup... juga perintah Allah dan rasulullah dalam pengembangkan lagi zuriat secara sah dimuka bumi ini...


kak atty:
tima kasih kak. mudah2an amin...


kak hana:
ha ha ha... sy x brapa gemar kenen mengenen ni. mmg bkn cara sy. Insyallah adalah tu. cuma belum ditemukan lagi.