Followers

Thursday, October 7, 2010

Perempuan Cantik Berangan Diva

Salam semua. Terasa sungguh lama aku tidak bersiaran. Terasa kekok pula untuk membuat entry yang baru. Hehehe. Apa khabar kalian semua? Masih lagi mode berhari raya ataupun sudah tidak sabar-sabar lagi menyambut ketibaan Pesta Cahaya yang bakal menjelang? hehehe.

Malam semalam aku menemani ayahku yang menghadiri jamuan makan yang dianjurkan oleh rakan-rakan perniagaan beliau yang berbangsa Cina. Jam sudah menunjukkan keangka 11pm ketika itu, tetapi orang masih lagi ramai diruang legar dan balkoni ditempat penginapan aku. Dalam waktu aku dan Ayahku menyusuri perkarangan rumah aku, sekilas aku terpandang perempuan cantik yang sedang menuruni anak tangga. Cukup cantik sehingga memukau aku...

Aku berfikir, untung wanita ini mempunyai raut wajah yang menawan serta rupa paras yang menarik. Beruntung anak dia mempunyai ibu secantik itu (jika dia sudah beranak). Untung suami dia kalau dia sudah berkahwin. Tidak pun, beruntung teman lelaki dia mempunyai kekasih persis Dewi dari kayangan kalau dia mempunyai teman lelaki.

Aku memandangnya, lantas melontarkan senyuman sebagai tanda semangat kejiranan. Tiada sekelumit niat dihati mahu mengurat mahupun cuba menjalin hubungan. sekadar satu isyarat 1 Malaysia... Alangkah sentapnya hati, bila dia menarik muka dan melerekkan jelingan mata yang tajam yang terlalu kekwat. Seolah-olah berbangga dengan kecantikannya yang bagi dirinya tak layak untuk menerima senyuman daripada aku yang sememeh ini. Gelagat dia ketika itu, kalau Miss World atau Miss Universe atau paling koman pun Miss Earth lalu melintas, lagak dia seolah-olah dialah yang paling menyelah aura kecantikannya sehingga menyilaukan mata orang yang lalu lalang. Tolonglah!...

Tapi hakikatnya, bila dia berselisih dengan aku, Ya Allah... Ya Rabbi Ya Karim... Bau badannya masam dan tengik. Kalau lembu ada disebelah pun boleh dapat penyakit lembu gila.

Orang yang berperangai sebegini biasanya mendapat balasan daripada Allah S.W.T secara tunai. Dan dan tulah dia jatuh terjelepuk. Bukan 1, tapi 3 anak tangga sekaligus. Nasib baik ketika itu ada Ayah aku. Kalau tidak, masa tu juga aku gelak guling-guling. Masa tu aku rasa macam nak palu kompang dan rebana. Nak panggil seluruh penghuni kediaman aku serta mahu membuat lambaian ala Miss World nak mengejek dia dengan bangganya betapa kecantikannya itu bertukar menjadi kebangangan. Hahahaha.

Sila ambil iktibar yer, wahai perempuan-perempuan cantik diluar sana. Lelaki kadangkala memandang hanya mengkagumi kecantikan kamu. Aku sendiri pun kadang-kadang teruja melihat perempuan cantik. Tapi maaf... bukanlah keinginan aku untuk mendampingi tapi hanya kagumi, hanya memuji... :-)

Naima Moora


Alex Wek


Fatima

Definisi cantik sangat berbeza bagi sesetengah individu. Tapi bagi aku, aku lebih menyukai perempuan-perempuan berwajah eksotik macam Naima Moora,(Winner ANTM Cycle 4), Fatima (Top 3 ANTM Cycle 10), Alex Wek (Supermodel, kaki dia cantik wooo!), Agbani Darego (Miss World 2001), Iman (Ikon Supermodel). Mereka ini mempunyai aura serta kecantikannya yang tersendiri berbanding wanita-wanita cantik seperti Heidi Klump, Beyonce, Kate Hermosa, Sofea Jane.... Wanita yang aku ceritakan ini bukanlah dikalangan wanita eksotik tetapi kecantikannya cukup menyerlah. Tetapi sayang, sombong...

Agbani Darego


Iman

7 comments:

Sky Before Pinky said...

lawak lah ceritera encik syuq nie..huhu.. malu giler2 lah kalo jadik pompuan tu...

Sky Before Pinky said...

lawak lah ceritera encik syuq nie..huhu.. malu giler2 lah kalo jadik pompuan tu...

NB KARA said...

tak baik syuq ketawa kan dia.ha ha haha..
dia jeling2 manja tu, abis asal tak hulur tangan..tolong dia bangun?

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

cantik i2 subjektif
cntik luaran je ta cukup kan?



btw..

do folow me ye?

http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~

hanny said...

hahaha.. sy sukee kisah nih.. tul2.. sebagai pompuan, sy sendiri kadang2 malu dgn kaum sejenis..bkn per,xyah la nak perasan cantik sbb sememangnya ada lg ramai pompuan lain yg cantik dr anda..cantik kena la luar dalam,luar je xguna.. :) p/s en syuQ : kalau kamu jumpa diva divana mcm nih,jgn tgk2, nanti dia lg perasan cantik walau pun dia xcantik mana... hehehehe

dianahaznida said...

salam syuq..betul2 tu..kadang ada gak kaum hawa yg pasan cantik & BAGUS..kalau aku ada kat situ..aku akan KETAWA BERDEKAH2...xpayah nak kisah ayah/mak aku ada kat situ ke takde...bukan apa, sometimes org mcm ni bila dh terkena batang hidung sendiri, baru diaorg tau.

FF said...

syuk kamu mmg terbaik..haha