Followers

Friday, April 1, 2011

Penangan Pari Masak Asam Pedas


Assalamualaikum semua... Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T... Hari ni pergi Solat Jumaat, ngam-ngam beberapa minit lagi nak masuk waktu. Sibuk berborak dengan teman sekerja sampai terlajak masa. Nasib minggu ni event kat PWTC tahap High Class punya. Maka tak ramai lah orang. Dapatlah aku beriktikaf kat dalam walaupun bukan disaf yang paling depan.

Tengah dok kusyuk dengor adik khatib berkhutbah (minggu ni khutbah pasal pengurusan kewangan masjid secara berhemah), tetiba perut aku berbunyi. Ada angin. Apsal? Baru jer lepas makan sebelum ke Surau...

Aku tak ambil kisah sangat. Lepas Solat Jumaat, tengah mengaminkan doa dan doa dah nak sampai hujung-hujung, tetiba rasa nak terkentut. Aku cuba lepaskan perlahan-lahan (jangan kutuk aku! Korang pun pernah buat kerja kotor ni dulu kan? kan? kan? Hahaha). Tapi rupa-rupanya bukan... Kentut disusuli mahu terberak. Confirm cherries berries.

Mana taknya! Aku makan nasi berlaukkan ikan pari masak asam pedas dengan sayur lemak labu manis pucuk paku. Memang syurga betul la. Akibatnya, memang kena tanggunglah. Perut aku tak boleh terima. Terus macam masuk angin dan memulas-mulas.

Tak dan nak sambung iktikaf balik aku terus bergegas keluar. Biasanya aku duduk dulu dalam 10 ke 15 minit menyambung iktikaf. Kat minda ni dah terbayang-bayang lubang jamban. Ahaaaaa!. Nikmatnya dapat melepas. Masa-masa ni la pula lif lambat. Dan-dan tu pula ada Dato' mana ntah yang semua orang bagi dia dulu masuk lif. Aku? memang dah tak tahan dah... Taram jer. Acih redah. Memang aku tak tahan dah. Nasib sempat sampai ke department aku. Kalau tak... Nanges

5 comments:

attyfir said...

hahahhaha..dugaan betul ye syuq..

SyuQ said...

owhhh kak ty
ni memang dugaan maha hebat
silap haribulan maunya tercicir
hahaha

hanny said...

saya juga pernah begitu..tgh2 mkn kat pantry lagi..hikhikhik..

dyea irdina said...

wah sedapnya masak asam pedas tu..ko buat aku teringin la syuk...kn g melaka la ni cari asam pedas...kat johor berlambak tp yg the best kat melaka la

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ha ha mesti keluar peluh jantan segalanya. Part ini paling tak suka, apatah lagi kalau tengah drive atau travel oversea yang kita tak tahu toiletnya mana dan bersih tidaknya. Aduhh..ha ha