Followers

Friday, May 20, 2011

Review Filem: Nur Kasih The Movie

Detik waktu dan suratan
siapa tahu ketentuan...

Assalamualaikum pembaca semua. Semoga dalam limpahan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T hendaknya.

Kali kedua aku menonton filem pada tarikh tayangan. Tiket dibeli seawal tiga hari. Aku bukanlah kipas susah mati drama siri Nur Kasih. Aku pun baru mengikuti siri ini bila ditayangkan semula di TV3. Bila diberitakan drama siri ini akan dibawa ke layar perak, aku tidak berasa teruja.

Bila ramai rakan-rakan aku provok pasal drama Nur Kasih dan filemnya yang bakal ditayangkan, secara automatik aku terikut sama. Bermula episod aku menjejaki semula rentetan kisah hidup Adam, Aidil dan Nur Amina...

Kalau disebut Khabir Bhatia; mesti korang terbayang Cinta, Sepi, Kekasihku Seru, Kasih Suci. Sentuhannya cukup dramatik, tragik, valuable. Setiap scene yang cuba dipaparkan dan diolah Khabir dalm bentuk penceritaan, mempunyai maksud tersirat yang sangat mendalam.

Nur Kasih The Movie adalah konklusi kepada drama sirinya yang terdahulu. Sarat dengan emosi, nilai murni, kekeluargaan, ketuhanan, pengorbanan dan kemasyarakatan. Cerita bermula dengan pergolakan emosi Nur Amina yang belum mempunyai zuriat serta Aidil yang kehilangan isteri tercinta. Bila Nur Amina keguguran, bermula konflik kisah Nur Kasih The Movie...

Bagi aku Mira cuma mengolah kembali rentetan kisah drama Nur Kasih. Tapi kali ini dalam bentuk yang lebih padat (terlalu padat sebenarnya). Ditambah dengan rencah pergolakan emosi Aidil yang kehilangan isteri, Adam dan Nur Amina yang terlalu teringin menimang cahaya mata serta letupan di Mumbai (Drama Siri) yang memberi kesan pada kesihatan Adam. Tiada kejutan seperti karya-karya Mira sebelum ini. Segalanya dirancang teliiti dan mungkin terlalu berhati-hati sehingga aku terasa kekok menontonnya. Mira mampu menghasilkan naskah yang lebih baik daripada ini. Tengok sahaja Sepi dan Cinta.

Tambahan watak seperti Mariam dan Ilyas menjadikan cerita ini bertambah hidup dan ceria. Ramai memuji lakonan Mia Sara yang membawakan watak Mariam . Tapi aku lebih berkesan dengan watak Ilyas. Seperti ayahnya, Ilyas pandai bermain dengan emosi. Masih terngiang-ngiang dialog Ilyas... "Ayah tidur dengan siapa...?" "Ilyas rindukan Umi..." Hanya sebaris perkataan dengan mimik muka yang semulajadi sedih mampu meruntun hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Khabir mengolah karya Mira dengan baik sekali. Setiap babak diterjemahkan dengan cantik. Aku rasa bagi apa sahaja naskah ke tangan Khabir, beliau mampu menterjemahkannya dalam bentuk yang kita tidak jangkakan. Bukan mudah kita nak menghasilkan filem yang berprofail tinggi serta menjalani penggambaran di negara orang, menggunakan pelakon-pelakon tempatan dan berbahasa tempatan.

Ada beberapa kelemahan dalam filem ini dan yang paling ketara ialah teknik CGInya yang lemah serta isu cincin yang diperbesarkan... Untuk sebuah Filem, bagi aku Mira perlukan sesuatu yang lebih realistik untuk membawa watak Adam kembali ke tempat kejadian kereta api meletup. Pencarian Aidil dan Nur Amina dalam mengesan Adam terlalu berlebih-lebihan. Ini terlalu ketara bila mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa ditemani pihak berkuasa tempatan.

Penamatan ceritanya seperti fairy tales. Ever After... Dan Aidil menunaikan janjinya pada Adam untuk menjaga Nur Amina sehingga keakhirnya... Bagi mereka yang merupakan kipas susah mati Drama Siri Nur Kasih, jangan lepaskan peluang untuk menontonnya. Bagi aku tidak rugi. Tapi bagi penggemar-penggemar filem seperti aku yang pada mulanya bukanlah penonton setia drama Nur Kasih, Lupakan niat anda...

Untuk keseluruhan cerita ini, aku bagi 3 dari 5 bintang. Untuk itu , maka selesailah misi aku menonton drama Nur Kasih saban hari bagi memahami penceritaannya serta mencari auranya supaya meresap dalam diri sebelum aku menonton filemnya pula...

8 comments:

Unknown said...

saya juga yg belum berkesempatan utk menonton citer nie,
makanya kenalah luangkan masa skit utk pegi menontonnya....

:)

attyfir said...

kty lom lagi buyat review..
tp tu lah hanya kerana cincin..beriyer benor nak cari.dan dijadikkan isu..

byk sgt flashback..pun ye..
and last sekali..knp guna org lain utk watak tua adam ngn nur.makeup je diaorg jadik tua..

yuka said...

hermm moral of the review tak payahla kak yuka nengok filem ni sebab kak yuka bukan kaki wayang dan bukan kipas susah mati drama nur kasih ni..thanks for the review. apa maksud syuq tengok kali ke-2 pada tarikh tayangan? tengok filem tu 2 kali ke?

SyuQ said...

kak yuka... Nur Kasih filem kedua selepas Hikayat Merong Mahawangsa yang saya tonton pada hari pertama tayangan. Belum pernah saya tengok filem on date release. Walau sehebat mana pun filem tu...

hanny said...

saya mula2 ghase serabut tgk citer ni..tp mungkin sbb sy dah tk drama nya jd,tau la jln cerita asal..huhuhu..citernya best cuma tul kata incik Syuq..plot citernya padat sgt2 kot..
per pun..sy masih menitis air mata tgk citer tuh...

p/s : mybe ada kena mengena ngan emosi sy yg xstabil sgt nih..

fairuz said...

ops ada spoiler.. hbs la dh tau sblm p menonton sendiri..

patutnye kena faham tajuk pn Review Filem. hehehe

chomelista homestay said...

Sy mmg follow drama siries tp bila tgk movie NKTM ni.. banyak sggh menguap & asyik tgk jam bila lah nak habis?

Sedih tu sedih la tp ntah la.. bg 3/5 jgk lah hehe.

KhairulZamanKhobin said...

15 MOVIE MISTAKES DALAM NUR KASIH THE MOVIE