Followers

Friday, December 12, 2014

Hari Pertama - Jeju

Perjalanan kami dimulakan jam 9 pagi. Kami sewa teksi je hari ni. Sebab kami pergi ke tempat yang agak perdalaman dan jauh sedikit. Tambang teksi pon bagi aku agak murah; 43,333KRW seorang. Kami bertiga

Destinasi pertama kami ke Manjanggul Cave. Hahaha. Jangan tanya aku; jalan apa, menghala ke mana. Kami masuk je teksi, tunjuk itinerary untuk hari tu Uncle Ko terus bawak kami menuju ke destinasi yang di tuju.

Manjanggul Cave memang best. Gua semulajadi yang disebabkan aliran volcano. Gua tu juga mendapat pengiktirafan UNESCO. Bayaran masuk 2,000KRW. Dalam gua tu memang unik sekali. Suasana agak gelap tetapi selesa sebab di pasang lampu suram. Jangan risau anda tak kan terjatuh sebab pencahayaannya agak bagus.

Destinasi kami kedua ialah Seongsan Illchulbong Peak. Bayaran masuk 2,000KRW. Tiada kata yang dapat aku gambarkan... Sangat cantik pemandangannya. Kami habiskan masa hampir 3 jam 30 minit disitu. Syukur kami berjaya sampai ke puncak.

Kemudian kami dibawa makan tengah hari oleh Uncle Ko di sebuah restorang makanan laut dan sayur-sayuran. Maaf aku tak ingat nama restoran tu. Tapi tak jauh dari Seongsan Illchulbong Peak. Kami makan nasi dengan sayuran berlaukkan ikan parang bakar sepanjang 2 kaki. Hahaha

Destinasi kami seterusnya ke Seopjikoji Mountain. Apa ada kat situ. Ada rumah coklat. Tapi orang korea panggil Cozy House. Kami tak masuk pon sebab masa tak berapa nak mengizinkan. Kami ambik gambar sahaja. Kata Uncle Ko. Bayaran masuk adalah percuma.

Kemudian kami menuju ke Seongeup Folk Village. Rumah perkampungan masyarakat korea dahulukala. Kebanyakan bangunan disitu sudah dibina sekitar 100 tahun ke 200 tahun dahulu. Itu kata abang yang bagi informasi kat situ. Tiada bayaran masuk dikenakan.

Destinasi akhir kami sebelum pulang ke hostel; San Gumburi Volcano Carter. Kami singgah sebentar di ladang limau. Sekadar melepaskan hajat untuk mengambil gambar. San Gamburi Carter ialah destinasi paling best sebab kebetulan salji turun. Allahurobbi memang aku tersangat excited. Salji just turun sekejap-sekejap je tapi sangat berpuas hati.

Kami sampai ke hostel lebih kurang jam 6.30pm waktu tempatan. Pengalaman hari ini memang sangat2 berharga... Selesailah perjalan untuk hari ini

Jalan masuk Manjanggul Cave. Cantik kan

Manjanggul cave map

Selfie sekeping

Dalam gua

Pintu masuk gua

Seongsan Illchulbong Peak, papan tanda
Puncak Seongsan Illchulbong Peak

Sangeup Folk Village

Pintu gerbang Sangeup Folk Village. Aku panjang tembok nak ambik view yg ni

Pintu masuk San Gumburi Volcano Carter

Keindahan ciptaan Allah. Berkat kesabaran mendaki

Ikan parang 2 kaki. Sila percaya.

Main buaian dulu sebelum turun

Cozy House/Candy House@Seopjikoji

4 comments:

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

Terasa seperti berada di sana...masuk wishlist ni

Bazilah (^0^) said...

bestnye syuq. nnti syuq balik sy nk tnye mcm2 pasal budget ke sana hehe

Unknown said...

bestnyaaaa

SyuQ said...

terima kasih semua

nnt sy listkan bajet. rasanya blog pz. dah update kot. hehehe

insyallah, sy doakan 1 hr nnt semua akan kesana. amin