Entry kali ni aku dedicated untuk insan yang aku gelar SAHABAT sempena memperingati hari lahir beliau yang bakal menjelang... Percaya atau tidak dia adalah seorang perempuan. Tapi kami mampu bersahabat sehingga kehari ini, berkongsi cerita suka dan duka, derita dan bahagia...
Sebagai seorang lelaki, tipu kalau aku tidak mengatakan bahawa aku tidak terjerumus dalam kancah cinta Melankolik; mencintai sahabat sendiri yang berlainan jantina. Tapi rupanya persahabatan itu lebih indah dari sebuah percintaan. Mungkin ketika itu aku terlalu naif untuk menilai erti sebuah persahabatan dan percintaan...
Selamat Hari Lahir yang ke 27. Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki. Aku sentiasa doakan agar kau sentiasa tabah menghadapi liku-liku kehidupan. Hidup ini tak semanis yang kita impikan. Sabar, Usaha, Doa dan Tawakal...
Puncak Perdana 2005
2 comments:
waduh...cinta x ada logika ke..hehe...
ni ape..nak menyindir aku ke nok?
salam,
ukwah fillah abadan abada
Post a Comment