Followers

Tuesday, February 17, 2009

PGL The Musical

Setelah dua musim berlalu, baru sabtu lepas aku berkesempatan menyaksikan sendiri kehebatan teater PGL ini. Fantastic, Awesome, apa lg yg boleh menggambarkan betapa gahnya PGL the musical yg digembar-gemburkan selama ini. Dgn mata sendiri aku menyaksikannya… seolah2 aku turut berada dalam penceritaan tersebut. Bukan mengampu. Tapi itu adalah hakikat.

Saat kemunculan Gusti Putri Retno Dumilah diawal penceritaan..

Kemunculan nenek kebayan dan keghaibannya berjaya ditangani dgn berkesan. Begitu juga dgn pertukaran nenek kebayan menjadi gusti putri mengambil masa beberapa detik saja disebalik jubah nenek kebayan tersebut. Kehilangan gustri putri disebalik kain penutup tubuh mbok bayan pon secara mistrius. Props yg cantik juga menjadi tunggak kejayaan PGL the musical ini.

Sebuah karya percintaan agung… itu lah yg mampu aku gambarkan. Betapa seorang gusti putri sanggup menurunkan darjatnya demi rasa cinta dan kasihnya. Sanggupkah anda berbuat begitu? Satu dialog yg cukup menyentuh hati yang menjadi penutup tirai PGL the musical oleh gusti putri; “ku hinakan diriku, demi meraih cinta sejati…”. Membuat aku terkesima seketika. Dan bagi hang tuah, perasaannya berbelah bahagi antara cintanya pada gusti putri dan taatnya pada sultan yang ingin memperisterikan kekasih hatinya.

Banyak dialog dalam PGL the movie di gunakan semula dalam pementasan teater ini. Seperti babak percintaan gusti putri dgn hang tuah. Akan tetapi aku kurang berminat dgn lakonan AC Mizal yg seolah-olah menjadi klon kpd alex komang. Aku rasa untuk menjadi seorang Gusti Adipati tidak perlulah menggaraukan suaranya sebegitu rupa. Tetapi disebalik raut wajah dan gaya kegagahannya sudah boleh mengambarkan ketegasan dan attitude seorang Gusti Adipati.

Dua watak yang aku rasa terkesan sgt ialah mbok bayan dan sultan mahmud. Aku dapat bayangkan betapa bersungguh-sungguhnya pelakon itu membawakan watak mbok bayan. Seolah watak tersebut sebati dgn dirinya. meremang bulu roma aku seketika bila mendengar mbok bayan membacakan mentera sehingga kuntum bunga tersebut mampu terapung-apung diudara (walaupun gimik semata-mata). Watak sultan mahmud pula berjaya ditangani adlin. Itu dapat dilihat sewaktu babak yang menunjukan sifat sebenar sultan mahmud yang memerlukan adlin menyanyi dan menari. Pada penutup pementasan sewaktu sesi perkenalan para pelakon, kemunculan mbok bayan mendapat tepukan paling gemuruh sekali dan siapa sangka pengkritik paling pedas di Akademi Fantasia boleh menyanyi dan menari! Sehingga mengundang hilai tawa penonton…

4 comments:

run.rush said...

Haha...:D

merapu merapik..kih2...ok lah ko nyer preview pasal citer ni. aku pun suke gak teater ni...nanti kite gi tgk konsert m.nasir nak?

LaraHati said...

no hal... ko plak cari tiket erk. ekekeke.

siti rohani said...

ello...
nmpaknya menghayati sggh2 teater muzikal tu nih...
hehehehehehe

LaraHati said...

byar da mahal2... kena la fokus lebey. he he he