Followers

Thursday, February 26, 2009

Weekend Yang Happening

JUMAAT

last friday, family aku wat reunion di "Math'am Ar-Rausyah" yang terletak berdekatan dengan Jalan Ampang. Sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan arab. sesungguhnya... aku memang menggemari makanan begini. rempah ratus yang digunakan menimbulkan aroma yang membuat perutku terus berasa lapar.



Pintu masuk dan papan tanda restoran tersebut


Antara menu yang menjadi pilihan

Nasi mandi berlaukan kambing. (marvellous)

Grilled Chicken





aroma turkish coffee yang meliurkan



aku makan memang tak hengat dunia. sumanya aku sembat.


SABTU

Selepas segala urusan yang memerlukan komitment aku dilaksanakan, aku mengambil keputusan merewang sakan di shah alam. perut berkeroncong minta diisi. makanya, kyros kebab menjadi destinasi aku.


Cuba korang perhati tagline dia "The Healthier Delight!"


Inila yang aku order. Spagetti Kebab with Mushrom. korang rasa healthy ke makanan sebegini?

selepas melantak aku meneruskan aktiviti merewang aku. tanpa di sangka aku terserempak dengan dua orang member aku yang sedang menghitung detik hari bahagia mereka. makanya kami pon dok lepak beborak panjang. mengimbas kenangan lalu dan kisah alam pekerjaan yang sememangnya berbeza... destinasi pilihan lepak kami, Only Mee yang terletak di SACC Mall.

menu yang ditawarkan cukup menggiurkan aku untuk mencuba. Apa lagik... rembatla!

Inilah dia gambaran bubur pulut hitam yang menggoda aku untuk menikmatinya



Inilah rupa bubur pulut hitam yang sebenar. indah khabar dari rupa


Ahad


pagi ahad kami sekeluarga dijemput oleh kenalan ayah aku. seorang lelaki dari mesir yang telah bermastautin di Malaysia hampir 15 tahun setelah berkahwin dengan rakyat tempatan untuk bersama-sama menikmati sarapan pagi ala arab. beliau mengusahakan business catering specilize in arabian cuisine. nak cuba? boleh visit laman web ini http://www.alhabibcatering.com/.

Sarapan pagi yang menyelerekan. roti lubnan dan lain-lain masakan arab

jadi last weekend aku yang happening adalah aktiviti membaham makanan.


sebenarnya aku agak kurang mengerti dengan stuktur biologi diri aku sejak akhir-akhir ini. aku bukanlah jenis yang kuat makan. akan tetapi baru-baru ni aku terlalu gemar makan. sehinggakan adik aku dan member dia menegur betapa pelahapnya aku makan. nak kata lapar sangat tak juga. malahan aku sanggup berjalan kaki dari tempat kerja untuk menikmati keenakan masakan tengah hari di istana budaya. tapi yang bestnya figure badan aku tetap maintain... mungkin anugerah Allah.

1 comments:

run.rush said...

x besh lngsg mknn arab