Followers

Sunday, May 10, 2009

Kerja Hujung Minggu

adusss... sejak aku bertukar kerja ni, kerja hujung minggu adalah perkara yang harus dihadapi. kerja ikut giliran n shift. aku tak blh pentingkan diri aku tuk cuti sabtu n ahad. member2 aku pon berhak jugak nak cuti diujung minggu. inilah hakikat yang harus dihadapi bila kita bekerja di syarikat TV yang beroperasi 21jam perday. ni belom lagi operasi 24jam.

aku ni dah terbiasa bila tiba hari sabtu n ahad adalah hari utk beristirehat. jadi badan ni secara automatik memang akan berasa malas untuk bekerja dihari minggu ni. nak bangun pagi bukan main susah... kerja pulak office hour 9.00-6.00. nasib baik budak2 ni konsider n memahami. dorang selalu cakap... camni la syuk kerja kat syarikat TV yang hanya tutup 3jam je sehari.

aku terpaksa korbankan masa ujung minggu aku. da x bley lepak2 cam dulu. kuar tengok wayang. hu ha hu ha kat bukit bintang. dok menonton tv n mengumpat ngan housemates aku. betul ckp exec yang aku replace tmptnya ni. mula-mula kau akan rasa seronok syuk... sbb ko cuti bila time org keje. n ko blh pilih cuti pd hari apa yang ko nak. tp lama-lama ko akan rasa bosan. sbb bila time org cuti especially ujung minggu n cuti umum, ko kena kerja.

la ni aku baru rasa apa yang dia citer. aku x menyesal pilih kerja ni ataupon x bersyukur. tapi aku belum boleh lg sesuaikan diri dgn environment baru ni. tapi aku yakin. lama-lama aku akan terbiasa gak.

p/s: alah bisa tegal biasa.

0 comments: