Followers

Tuesday, September 15, 2009

4 in 1

Assalamualaikum... apa khabar semua? beberapa hari lagi kita bakal menyambut ketibaan syawal. macam mana persiapan korang? ok ke? tahun ini adalah kali pertama aku beraya sebagai seorang "pekerja". terasa sedikit lainnya. raya ketiga (mengikut kalendar) aku da mula bertugas balik. hu hu hu.

kalau korang baca title diatas, apa yang korang fikir, 4 in 1? kopi segera ka? x lah... entry ni aku wat sekali harungi bersempena 4 hari direct aku berbuka puasa secara special. speciala sangatkan...

kalau tak silap aku, ari rabu lepas, aku decide ngn someone tuk berbuka puasa ala buffet. jenuh gak mencari tempat. lastly we decided tuk berbuka di chicken hut times square. tapi malangnya, chicken hut tu ditutup for renovation. jadinya kami bertukar angin ke sweet chatz. boleh tahan gak menunya. dengan harga rm29.90, aku rasa berbaloi gak. apa yang bestnya kat sweet chatz? try la pan cake durian n mangonya....

hari khamis plak, lepas abih kerja, dengan tak tahu malu, aku menumpang sorang cameraman ni ke KL sentral. destinasi kali ni Putrajaya. ada apa kat sana? aku kerumah abang ngn kakak. kali ini berbuka puasa bersama famili abang. petang tu, secara paksa aku mintak abang aku bawak aku ikut dia ke bazaar ramadhan di serdang. walaweiii. kuih murah giler siot. aku beli kuih sagu 3 rm 1 jer. kat bangsar 50sen seketul. belah malam sekali lagi aku paksa abang aku bawak aku. kali ni gi terawikh di masjid besi (masjid sultan mizan zainal abidin, putrajaya). alhamdulillah... segala angan-angan aku sebelum bertandang ke putrajaya dapat aku capai.

hari jumaat plak, selepas solat jumaat, aku rushing balik bangsar. sebab ada majlis berbuka puasa biro nasyid kelab kilat tnb kuala lumpur yang meraikan anak-anak yatim dari rumah anak-anak yatim limpahan kasih. aku terlibat secara tak langsung sebagai AJK tuk biro protokol. seronok gak dapat menyertai majlis-majlis seperti ini. berkenalan dengan orang-orang baru. beramah mesra ngn anak yatim (yang pertama kali aku rasai).

hari sabtu, aku berbuka puasa di food court KLCC... dengan siapa? dengan kawan-kawan degree aku. Ina, Pyar n Usop. pyar seperti biasa, mempromosikan barangan terbaru dia, karipap serunding ngn popia serunding... karipap serunding pyar, memang marvelous. 5 bintang aku kasi. 100 biji cuma rm15 jer. so kalau korang berminat boleh contact pyar: 0199298806. aku jamin, sedap giler... lepas berbuka, aktiviti kami seterusnya..., shoping. destinasi pertama kami parkson (wahhh! kelas kau SyuQ. tengah kering bagak g shoping kat parkson...). destinasi berikutnya, kami ke jalan TAR n masjid india. waahhh! memang hapening giler sampai aku pening giler sebab terlalu ramai orang.

so, itulah aktiviti berbuka puasa 4 hari direct. sehingga abang halim komen, aku ni langsung x der masa berbuka puasa dirumah. budak-budak opis especially cameraman yang mengajak aku mencari "duit raya" sambil berbuka puasa pon aku terpaksa tolak. bukan x mahu berbuka dirumah dan bukan duit raya yang aku cari... tetapi kemeriahan berbuka puasa bersama mereka-mereka yang aku sayangi, itulah yang aku cari n nikmati...

p/s: gambar x dapat aku publish sebab whitey buat hal. abih semua gambar corrupted. :-(

3 comments:

imHepPie said...

huhu hengatkan kopi tongkat ali 4 in 1 tadi ahaks!!

sizukaDeboss said...

sweet chat punye spaghetti+black pepper chicken best!=D

SyuQ said...

imHepPie
he he he bkn kopi. tp ceghita 4 in 1

sizuka
ye ker best, krg cikgu beso nak try gak aaar