Followers

Thursday, September 10, 2009

sawang

assalamualaikum suma... selamat berpuasa. semoga kedatangan ramadhan kali ini memberi sinar baru dalam kehidupan kita hendaknya. aminnn.

lately aku memang tak berkesempatan mengupdate blog. sekadar blogwalking thru my whitey saje. tu pon kalau ada kesempatan yang terluang cam dalam lrt. dalam bas. selepas dua hari berpuasa, aku straight 2 weeks keje shift pagi tanpa cuti. kekurangan staff di unit aku menyebabkan aku sedikit keletihan. bukan disebabkan banyak kerja. tetapi nak run 19hour per day bukannya mudah. just imagine hanya dua orang yang berkerja!

last weekend baru aku dapat berehat. dan beberapa hari lepas baru aku dapat kerja normal shift semula. dan pagi ini, dan sampai ujung bulan ni, aku da start balik shift pagi. shift pagi aku start pukul 6.00am. biasanya aku akan sampai opis around 6.30am. dan kebiasaannya assignment tuk cameraman akan bermula seawal 6.30am-7.00am. pukul 7.00am-9.00am adalah waktu2 pac hour. time ni memang berlambak cameraman nak kuar g assignment. satu cameraman paling koman akan bawak 8-10 items of equipment, termasuk camera DV or mini DV, tape, tripod, kereta n so on. mula-mula dulu, kelam kabut gak aku. lama-lama da terbiasa. alhamdulillah, sekarang ni, sesorang pon aku boleh handle semua.

disebabkan kesibukan yang tidak menentu, aku beberapa kali menolak tawaran berbuka puasa bersama kawan-kawan lain. sori sangat2. keadaan aku agak tidak menentu. korang cuti, aku kerja, korang kerja, aku cuti. alahaiiii.

disebabkan ni juga, corat coret aku bersawang tanpa citer-citer terbaru... tanpa update. sehingga seorang teman bertanya, lama sungguh aku tak mengupdate corat coret. tima kasih sebab follow blog aku ni. Insyaallah ada kelapangan, aku akan mencoret apa yang terlintas. di hati mahupun difikiran...

Selamat Berpuasa Semua...

0 comments: