dalam kepenatan dan keletihan aku bekerja seharian, aku menggagahi diriku menyusuri kesibukan shopping complex ampang park. sambil mata melilau mencari kelibat kedai muzik. mata tertancap seketika... album tahajjud cinta ku belek dan ku amati. setelah kubayar harganya rm29.90, aku keluar dari shopping complex menuju stesen lrt ampang park. jam di tangan jelas menunjukkan tepat pukul 6.15pm. hurmmm... sempat ke aku berbuka. tapi yang pasti aku berpuas hati. apa yang aku hajati dapat diperolehi.
"umpama nyanyian bidadari dari syurga" itulah komentar seorang journalist dari akhbar kosmo! membuat aku terkesima. secara jujur, aku bukanla peminat setia Dato' Siti Nurhaliza. album beliau yang terakhir sekali aku beli adalah prasasti seni. bayangkan berapa tahun berlalu... komentar journalist itu membuat aku berfikir sejenak. best sangat ke album terbaru beliau ni? sehingga nyanyian beliau digambarkan seumpama itu?
dalam menunggu waktu berbuka, tahajjud cinta ku putarkan. dari satu track ke satu track aku mendengar sambil menikmati keindahan susunan muziknya yang cukup teratur. diadun cukup indah diselangi suara lemak merdu siti. begitu memukau! itulah yang dapat aku gambarkan. senikatanya yang cukup simbolik seperti pintu rindu, ketika cinta dan tahajjud cinta mampu meruntun hati... alunan asma ul husna mengikut lenggok beliau yang tersendiri cukup menyentuh hati sanubari. nyanyian semula ya rasulullah, cukup terkesan buat diri aku. penuh emosi yang disalut kerinduan yang mendalam...
secara jujur aku menyatakan... ini lah album terbaik Dato' Siti Nurhaliza setakat ini selepas Sanggar Mustika... walaupun sekadar hanya 8 track, tapi aku rasa berbaloi untuk dimiliki... seperti kata beliau, bingkisan beliau kali ini merupakan satu amanah. dan apa sahaja yang diperolehi darinya mudah2an dapat memberikan manfaat buat semua...
Amin...
2 comments:
x berminat sbb x suka dia huhu
sy pon bkn peminat siti. tp album dia yg ini best
Post a Comment