Followers

Friday, May 21, 2010

Akademi Fantasia 8 Sudah Sampai Ke Penghujungnya


pejam celik, pejam celik, rupanya AF8 dah menghampiri keambang konsert akhir. macam mana? korang follow ke?

dalam sejarah kemunculan Akademi Fantasia@AF, ini lah kali pertama buat julung kalinya aku langsung tidak menonton sebarang konsert, diari dan sebagainya. bukan sebab aku tak der astro. tapi aku langsung tak berminat.

adakah sebelum ni aku mengikuti AF? sejak AF5 lagi, aku dah mula kurang berminat. sebab terlalu banyak drama dan lakonan. hakikatnya AF sebuah rancangan realiti TV. mungkin juga anjakan usia membuatkan aku rasa AF bukan lagi satu rancangan yang mampu menarik perhatian aku (spongebob lagi best... he he he).

selepas AF5, ada juga aku menonton beberapa edisi AF yang lain. itu pon secara tak sengaja. macam kat kedai makan. tak kan aku nak suruh tokeh kedai makan tu tukar channel. sedangkan majoriti pelanggan kat situ asyik menonton konsert AF. tak pon balik ke rumah, budak-budak rumah dah tersedia memasang siaran AF. terpaksalah aku menonton bersama. kalau aku lari masuk bilik, nanti dikatanya aku macam-macam; kera sumbanglah, tak reti nak bergaullah. duduk jugalah menghadap.

pendapat aku, rancangan realiti TV untuk jadi penyanyi dan pelakon dah tak relevan lagi kat Malaysia ni. sebab dah terlalu ramai lambakan artis-artis kat Malaysia. kuantiti sudah melebihi kualiti. fahamkan? kita tengok Yuna, Zee Avi. mereka juga artis. tetapi mereka bukan peserta rancangan realiti TV. tapi mereka memang berbakat. menyanyi boleh, mencipta lagu boleh.

aku tak nafikan, ada juga dikalangan penyanyi kita yang mampu mencipta nama selepas berakhirnya rancangan realiti TV yang mereka sertai. sebagai contoh; macam Faizal Tahir (OIAM), Aizat (AF) kerana mereka memang berbakat. bagi mereka yang bersandarkan pada paras rupa semata-mata, kemanakah hala tuju mereka? industri hiburan kita tak boleh disamakan dengan industri hiburan di US, Jepun, Korea, Taiwan dan Indonesia. release jer satu single, tidak sampai seminggu salinan jualan sudah mencecah ribuan unit. terutama di Jepun dan US. kalau kat malaysia, satu single jer dikeluarkan, setahun belum tentu boleh bayar balik modal.

bagi mereka yang memasang angan-angan diluar sana untuk bergelar artis realiti TV, fikir-fikirkanlah. bukan dengan menjadi artis sahaja anda mampu mengubah hidup anda. tak semua kita bernasib baik seperti Black. banyak cara lagi untuk anda mengubah nasib anda. semuanya terletak pada diri anda sendiri. tepuk dada tanya selera. jangan kerana tak terpilih untuk menyertai sebuah rancangan realiti TV ataupun tersingkir awal sudah menangis, meraung dan merasakan masa depan dah gelap. (kalau tak dapat masuk american idol, taperlah kalau korang nak menangis sampai pengsan. he he he)

apa kata selepas ni pihak penerbitan TV menerbitkan pula rancangan realiti TV untuk memberi peluang pekerjaan macam The Apprentice tu. buka laluan kepada para graduan yang menganggur untuk menceburkan diri dalam bidang-bidang yang diorang minati dan yang lebih mencabar.

jadi, kepada peminat-peminat AF diluar sana, selamat menonton konsert akhir yang bakal menjelang...

1 comments:

NIA said...

oh.tak dapat follow AF dari sini.students pun tak kenal sape2.bce dri blog je bile shahir memang.heee~