Followers

Monday, May 17, 2010

Hari Ini... Esok dan Akan Datang

tebal telinga aku hari ini menahan bebelan dan omelan koordinator aku. tindakan aku dan 5 orang lagi rakan memohon cuti khas untuk semester lepas tanpa pengetahuan beliau cukup memberi tamparan hebat kepada beliau sebagai seorang koordinator.

apa yang dikatakan dan dibicarakan semuanya benar, memang salah kami. tetapi ketika itu kami mengejar tarikh akhir untuk cuti khas tersebut.

memang salah kami juga sebab jarang bertemu dan berbincang dengan beliau hatta supervisor kami sendiri. aku setuju dengan tulisan abg eq. thesis ni akan menjadikan seseorang itu rajin atau menjadi malas. dan aku boleh dikategorikan sebagai MALAS.

teringat aku masa mula-mula menyambung pengajian ke peringkat Master. betapa ketika itu aku rajin mentelaah. ada masa terluang aku akan ke perpustakaan untuk mencari bahan. ataupun aku akan ke bilik master di fakulti. sebelum ada kemudahan bilik untuk student master, dan sebelum ada kemudahan broadband, aku akan berulang alik dari Puncak Perdana ke workstation di IPSIS di seksyen 7 untuk mengakses e-jurnal dan e-book.

setuju dengan kata Farah yang beralas; bila kita sudah bekerja, masa memang amat terhad untuk kita... aku betul-betul menyesal sebab aku tak gunakan peluang yang ada semasa aku jadi full time student dulu... malahan peluang yang datang, aku abaikan.

alhamdulillah. perbincangan hati kehati antara kami membuahkan hasil. aku bertambah bersyukur bila ketika itu supervisor aku menyertai sekali dan dia bersetuju untuk supervise aku semula... begitu juga dengan 3 orang rakanku yang lain. mereka juga menemui jalan terbaik buat mereka. dan harapan aku agar thesis aku akan berakhir juga by the end of september. good luck to ja, farah, sj, kak rina dan en.zaid. hopefully kita bukan lagi dikelaskan sebagai pelajar yang membebankan...

3 comments:

Afzainizam said...

Keluk kemudi tidak dilupa,
Baru seimbang pelayaran kita;
Para Guru amat berjasa,
Bakti Guru disanjung mulia.
~~~@@@~~~
Selamat Menyambut Hari Guru
”Guru itu bukan lagi lilin yang menyuluh sedang diri sendiri dibiar terbunuh”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

jangan malas-malas yeeee

attyfir said...

lepas ni syuq jangan malas-malas tau ..

SyuQ said...

afzainizam n kak atty:
tq. insyallah kali kena rajin dan kuat usaha. kwn2 yg sealiran semuanya da grad. sedey