Followers

Wednesday, May 19, 2010

Wanita Berketurunan Arab Menang Miss USA


rasanya ramai yang sudah mengetahui berita ni. reaksi yang diterima pon pelbagai. ada yang terkejut dan ada yang gembira dan tak kurang juga ada yang mencemuh. mengejutkan lagi wanita ini yang diberi nama Rima Fakih adalah wanita muslimah.

menariknya pasal beliau; beliau pernah menyertai pertandingan tarian bogel dan memenanginya. dan lagi satu beliau meraikan hari keramaian islam dan juga kristian...

boleh pula macam tu. mengaku beragama islam tetapi merayakan perayaan agama lain. maknanya beliau juga menyambut krismas, thanksgiving, easter day dan lain-lain. dalam waktu yang sama beliau juga berpuasa, solat, mengaji dan juga menyambut maulidur rasul. macam mana tu? rasa kelakar pula bila difikirkan.

pendapat aku; itu antara beliau dengan Allah bila beliau menyertai pertandingan ratu cantik sehingga sanggup berbikini dan juga menyertai pertandingan tarian bogel. tapi aku rasa kurang enak bila beliau mengeluarkan kenyataan; beliau meraikan keramaian penganut kristian dan juga islam.

aku sebagai seorang muslim tidak bersetuju dengan kenyataan beliau. aku rasa penganut kristian pon berpendapat yang sama. kita di Malaysia tidak meraikan keramaian penganut agama lain tetapi kita menghormatinya. sebagai contoh; aku pernah dijemput seorang kenalan rapat beragama kristian untuk memeriahkan thanksgiving yang dianjurkan beliau. aku dan beberapa kenalan muslim aku pegi ke majlis sekadar menghormati jemputan seorang sahabat. sekadar berbual dan juga memberi ucapan. begitu juga dengan perayaan tahun baru cina. ramai kenalan ayah aku yang berbangsa cina. maka bila tiba tahun baru cina, banyak jemputan makan besar dan sebagainya. sebagai sahabat, ayah aku sekeluarga menerima jemputan sekadar menghormati majlis. atau datang berkunjung sekadar memberi ucapan.

bila disebut perkataan 'meraikan' bermakna beliau sama-sama menyambut perayaan tersebut. membuat persiapan dari awal dan juga merayakan sampai keramaian tu berakhir. jadi sebenarnya beliau ni beragama apa? dalam islam sendiri pon kita dilarang untuk menyekutukan Allah. tetapi bila beliau meraikan hari krismas, macam mana tu? sedangkan memang sudah sahih perayaan krismas tu bagi meraikan kelahiran christ. hurmm... musykil

7 comments:

attyfir said...

kty tau baca kosmo semalam..

Softtouch [Hanim] said...

dunia dah akhir zaman syuq..mcm2 lah terjadi..boleh plak ngaku islam tp sambut kristian punya perayaan...

eqbalzack said...

abg eq rasa ni politik US je....
nak jahanamkan org islam...

Mak Su said...

salam kenal..... dorang ni tak respek kepada keperluan beragama dan Tuhan kot... :(

AJ said...

politik ni dan motif tersendiri diorang...

P/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk
saya...mudah saya...register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:

http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944

Aduka said...

tunggu ppuan mlayu lak menang miss USA..
hahaha..
ade ke?
O_0

SyuQ said...

kak atty:
sy terjumpa dlm surat khbr berita harian...

hanim:
setuju...

abg eQ:
boleh jd propaganda US. mcm2 la dorg ni...

mak su:
bukan x respek, tp dorang x memahami...

eriqazz:
propaganda US gamaknya...
da vote. mudah2an berjaya

aduka:
ha ha ha. aku pon ternantikan gak. x yah menang miss usa, menang miss malaysia pon jadi n menang miss universe or miss world... :-)